31 March 2017

Travellingbie : 6h5m di Perth kurang dari RM2000???

"You dont have to be rich to travel."~uark

Ramai yang tak percaya trip saya ke Perth seramai 9 orang untuk 6hari 5malam kurang dari RM2000 tidak termasuk makan, petrol, entrance fee (per sharing basis) dan shopping.

Saya sertakan itinerari lengkap sepanjang perjalanan di Perth seperti di bawah.
Ringkasan perbelanjaan
Hari 1
Hari 2
Hari 3
Hari 4
Hari 5
Hari 6
Kalau masih tak percaya lagi...hmmm, bolehlah upah saya jadi travel planner dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 10% dari kos anda. :))

Travellingbie : Menyingkap Keindahan Taman Negara Gunung Gading

The poetry of earth is never dead.~ John Keats
Nature lovers, hikers dan adventurers yang datang berkunjung ke Kuching, pastikan anda tidak melepaskan peluang ke Taman Negara Gunung Gading ini. Tidak banyak maklumat atas talian yang saya jumpa mengenai Gunung Gading. Mungkin juga gunung ini tidak begitu terkenal berbanding dengan Gunung Santubong dan Gunung Serapi. Kali ini merupakan kali ke-2 saya menjejakkan kaki ke Gunung Gading, namun berlum berjaya lagi sampai ke puncak Gading. Kali ini, saya mencuba lagi. :))
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Taman Negara Gunung Gading - nampak puncak gading dari kejauhan
Taman Negara Gunung Gading, terletak di daerah Lundu mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ianya dikatakan merupakan tempat  yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang. Terdapat 17 spesis bunga Rafflesia dan ada segelintirnya telah diancam kepupusan. Spesis bunga Rafflesia yang terdapat di Taman Negara Gunung Gading adalah Rafflesia Tuan-Mudae.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut. 
Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 dan pada tahun 1994, ianya dibuka kepada orang awam agar pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia ini iaitu bunga Rafflesia. Selain itu, Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang tersendiri yang lain seperti air terjun yang cantik, laluan pejalan kaki, puncak Gunung Gading (906m) , Sesco Reservoir, beberapa tempat mandi manda dan pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Bagi memastikan pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan, satu laluan lingkaran berkayu di bina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai agar pelawat berpeluang melihat bunga ini mekar berkembang.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Flora dan fauna yang cantik di sini
Psst : Bunga Rafflesia paling kerap berkembang di antara bulan November sehinggalah Januari.

Memang bukan rezeki saya lagi untuk melihat bunga Rafflesia.

Panduan Perjalanan
Taman Negara Gunung Gading ini hanya 5 minit memandu dari Bandar Lundu. Sekiranya anda dari Bandar Kuching, ianya akan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dengan memandu kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress Lundu atau bas bernombor 2B dari bandar Kuching ke pusat bandar Lundu. Dari pusat bandar Lundu, anda perlu menaiki bas Pandan dan meminta untuk diturunkan di tepi jalan masuk ke Taman Negara Gunung Gading. Anda juga boleh menyewa teksi sama ada dari bandar Kuching ataupun dari bandar Lundu.
Dari lapangan terbang antarabangsa Kuching ke Gunung Gading mengambil masa lebih 1jam 30minit
Dari rumah, kami bertolak pada jam 8 pagi untuk ke Gunung Gading. Bekalan yang mencukupi di bawa bersama untuk rehlah di kawasan air terjun.

Lebih kurang jam 10pagi, kami sampai di pintu masuk Taman Negara Gunung Gading. Bayaran masuk bagi seorang dewasa adalah RM10 dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA. :)
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Selepas memarkir kereta, kami bersiap-siap untuk treking ke air terjun. Gunung Gading mempunyai 3 kawasan air terjun yang sangat cantik. Air Terjun 1, Air Terjun 3 dan Air Terjun 7. Tidak diketahui kenapa nama Air Terjun 2,4,5 dan 6 tiada di dalam peta. Misteri!
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Treking dari bawah ke Air Terjun 1 mengambil masa lebih kurang 15 minit. Jalan yang santai dan di kiri kedengaran bunyi air terjun dari sebelah bawah.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Treking dari Air Terjun 1 ke Air Terjun 3 mengambil masa lebih kurang 15 minit. Jalan yang agak santai dan sesekali menaik tetapi tidak mencanak canak, sesuai untuk yang baru belajar dan baru nak jatuh cinta dengan aktiviti pendakian.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Dari Air Terjun 3 ke Air Terjun 7 pula mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Air Terjun 7 ke Puncak Gunung Gading akan mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Kalau ikutkan hati saya, memang nak teruskan sehingga ke air terjun 7 atau ke puncak. Setibanya kami di Air Terjun 3, saya baru sahaja nak teruskan perjalanan, tiba-tiba adik pula jumpa jalan kecil menuju air terjun 3. :)) Nampaknya terpaksalah akur dengan keputusan majoriti untuk berhenti rehat di air terjun 3 tanpa mengetahui yang Air Terjun 3 ini ada kesahnya. :))
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.

Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
bekalan makanan kami - nasi putih, telur rebus dan ayam goreng + kicap
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Air Terjun Puteri 3
Dari jam hampir 12 tengahari kami tiba di Air Terjun 3, mandi manda dan makan di kawasan tersebut serta solat zohor, tanpa kami mengetahui kisah Air Terjun 3 ini. Sedang mereka bermandi manda, saya pula tidur di atas batuan besar di tepi kolam air terjun yang sangat cantik. Terasa segar sedikit bila dapat tidur melelapkan mata sebentar setelah hampir 2 minggu tidak dapat melelapkan mata. Terasa nak menyelam tetapi tak pandai berenang. Main-main air di tepian kolam sahajalah nampaknya.

"I felt my lungs inflate with the onrush of scenery - air, mountains,, trees, waterfall and beautiful sounds from the forest. I thought, ""This is what it is to be happy."~ua

Yang peliknya air terjun ini, kolamnya hijau kebiruan biruan dan sangat cantik seolah-olah ianya kawasan jagaan. Saya sering mengingatkan diri saya apabila berada di tempat sebegini untuk menjaga tingkah laku dan tutur kata, kerana bukan manusia sahaja yang berada di sini. Tempat yang cantik dan terjaga di dalam hutan kebiasaannya ada yang menjaganya.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Sepanjang kami berada di Air Terjun 3, tiada kelihatan dan kedengaran pendaki/pelawat naik atau turun dari Gunung Gading. Kawasan air terjun 3 ini hanyalah di tepi jalan treking sahaja. Yang kedengaran, hanyalah suara si kecil bermandi manda dengan seronoknya.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Lebih kurang jam 2.30pm kami berkemas-kemas untuk turun ke bawah. Sepanjang berada di Air Terjun 3, perasaan saya merasa rasa seperti ada yang memerhati, namun saya diamkan sahaja. Semasa keluar dari kawasan air terjun, kami bersihkan tempat berkenaan seperti mana kami datang. Sampah sarap, plastik semuanya di bawa balik dan tiada apa yang tinggal kecuali perasaan. :))
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Sepanjang perjalanan turun, kedengaran dari belakang dan dari tepi suara binatang yang mendengus dengus. Saya diamkan sahaja dan mula menyuruh yang lain jalan ke hadapan. Sesekali saya di hadapan dan kebanyakan masanya saya di belakang. Ada satu ketika, kedengaran suara sekumpulan remaja dari arah belakang dan akhirnya memotong kami. Pada masa itu, suara tersebut hilang. Bila kami mula berjalan berempat, suara tersebut kedengaran semula. Harap-harapnya si kecil tidak mendengar apa-apa. :))
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Lebih kurang hampir sejam kami berjalan, suasana di dalam hutan semakin gelap. Ketika berada di persimpangan Sesco Resevoir, suara dengusan tersebut semakin hilang. Saya mula menarik nafas lega apabila suara berkenaan hilang. Namun, apabila kami memasuki lingkaran Rafflesia dan apabila saya keseorangan kerana ditinggalkan akibat sibuk mengambil gambar, suara burung yang sangat bising pula mengekori saya, sehinggalah saya menghampiri yang lain. Perjalanan turun kami selama 45minit berakhir di kawasan perkhemahan dan tempat mandi manda awam. Alhamdulillah, trip kali ini berakhir dengan selamat tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini walaupun peristiwa misteri berlaku sepanjang perjalanan turun ke kaki Taman Negara Gunung Gading.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Setibanya di bawah, kami rehat sebentar dan masa itu, baharulah saya bertanyakan yang lain mengenai suara berkenaan. Rupa-rupanya, masing-masing mendengar tetapi didiamkan sahaja sambil menoleh kiri dan kanan.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Jam 4pm, kami keluar dari Taman Negara. Saya dengan azam untuk kembali lagi bagi menakluk puncak Gunung Gading, InsyaAllah :))
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Perjalanan balik juga mengambil masa 1jam 30minit dan sebelum tiba di rumah, kami singgah sebentar untuk membuangkan semua yang tidak perlu.
Hak cipta terpelihara #travellingbie. Sila dapatkan kebenaran untuk menggunakan gambar tersebut.
Bagi yang ingin mendaki dan jelajah Gunung Gading, jagalah tingkah laku dan pertuturan serta niat. Niat yang baik InsyaAllah, tiadalah kejadian yang tidak diingini berlaku. Tempat-tempat seperti itu, banyak yang menghuninya dan kita perlu hormati entiti entiti lain yang menghuni dan menjaga tempat tersebut. :)

Nota penting: Gambar-gambar di dalam entri ini adalah kepunyaan pemilik blog. Sila hubungi pemunya blog sekiranya anda ingin menggunakan gambar tersebut untuk sebarang tujuan.

“Not just beautiful, though—the stars are like the trees in the forest, alive and breathing. And they’re watching me.”—Haruki Murakami, Kafka on the Shore

28 March 2017

Travellingbie : Tips penyewaan kereta dan pemanduan di Perth

The first condition of understanding a foreign country is to smell it.-Rudyard Kipling

Baru-baru ini, #travellingbie dan rakan-rakan memberanikan diri untuk memandu di Perth memandangkan upah seorang pemandu adalah AUD300 sehari. Sangat mahal. Disebabkan upah pemandu yang mahal, maka #travellingbie kali ini terpaksa menyewa kereta dan juga memandu. Seronok sebenarnya memandu di Perth. Jalan tak sesak kecuali sedikit sesak di bandar, pemanduan berhemah...kalau kat Malaysia, hmmmm...memandu lebih laju cilok sana, cilok sini. :))
"All you need are great friends and a full tank of petrol along the journey."~uark
Entri kali ini adalah khas untuk tips pemanduan di Perth dan serba sedikit tips penyewaan kereta. Tips penuh penyewaan kereta ada di entri ini - https://mymotivations.blogspot.my/2017/03/travellingbie-persediaan-ke-mana-mana_26.html.
  1. Bagi yang pertama kali ke Perth seperti saya, mungkin akan berasa risau mengenai kaedah pemanduan di sana. Jangan risau, tempat pemandu adalah sama dengan Malaysia iaitu di sebelah kanan :))
  2. Pemanduan di Australia, tidak memerlukan lesen antarabangsa. Memadai dengan lesen memandu Malaysia yang dwi bahasa.
  3. Prihatin dan ambil peduli mengenai peraturan lalu lintas. 
  4. Perlu ambil tahu mengenai keadaan cuaca semasa seperti hujan lebat, ribut pasir, hujan ais atau frost (pada musim sejuk).
  5. Sekiranya anda menyewa kereta, yuran pemandu sudah termasuk di dalam harga sewa. Bagi pemandu tambahan, dikenakan caj AUD20 seorang.
  6. Syarikat kereta sewa tidak menerima tunai, walau sebanyak manapun dollar tunai anda. Pastikan kad kredit anda aktif semasa di sana. Dan pastikan anda menempah kereta sewa lebih awal kerananya lebih murah berbanding walk-in.
  7. Sekiranya anda pergi berdua sahaja dan berjalan sekitar bandar Perth - lebih baik menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya anda berkumpulan 5 orang, sewa 1 kereta sedan. Sekiranya lebih 5 orang, sewa 8 seater dan sekiranya lebih 9 orang, sewa 12 seater atau 2 kereta sedan untuk yang 10 orang. Sekiranya lebih dari 12 orang, silalah sewa bas sahaja :))
  8. Bagi mat rempit atau minah rempit, anda akan mengalami kesukaran dan stress apabila memandu di Perth. Had laju yang paling laju adalah 110km/h, itupun di freeway. :))
  9. Setiap kereta sewa kami dibekalkan dengan GPS. Untuk menggunakan GPS dan mendapatkan tempat yang tepat, alamat perlulah lengkap dengan poskod sekali. Contoh: Sekiranya anda mahu ke Kailis Fish Market - ketahui alamat lengkap = 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia. Masukkan poskod terlebih dahulu iaitu 6160, kemudian Area = Fremantle WA, Street Road = Mews Rd dan nombor lot = 46. Barulah GPS akan memberikan kordinat destinasi yang betul. Untuk memudahkan lagi perjalanan, kami menggunakan 2 GPS iaitu dari GPS yang disediakan dan Google Maps. Google Maps lebih tepat dan terkini berbanding GPS. Anda perlu sediakan powerbank sebanyak yang mungkin untuk sepanjang hari perjalanan kerana GPS di HP akan menyebabkan bateri HP anda cepat habis.
  10. Pemakaian tali pinggang keledar adalah WAJIB bagi semua penumpang termasuk bayi (baby seater). Setiap penumpang perlu menggunakan tali pinggang keledar sama ada anda duduk di hadapan, di belakang atau ditengah belakang. Untuk kereta sedan, maksima penumpang adalah 5 orang. Tidak boleh lebih dari itu. Peraturan jalanraya di Perth amat ketat dan dendanya juga amat tinggi. Anda pasti tidak mahu saman jalanraya sampai ke alamat di dalam lesen memandu anda nanti. Pengsan juga nak bayar sekiranya ditukar jumlah denda AUD kepada RM.
  11. Setiap kali anda berada di atas jalan raya, perhatikan tanda had laju sedia ada dan jangan memandu melebihi had laju. Di setiap jalan di sana ada sahaja kamera litar dan anda pastinya tidak mahu disaman. Had laju yang paling laju pernah saya lihat adalah 110km/h, itupun sekejap sahaja dan ianya adalah had laju paling laju di highway. Di jalan-jalan biasa, had laju yang paling maksima adalah 80 km/h. Di kawasan-kawasan perumahan, had laju paling laju adalah 60km/h dan sekiranya anda menghampiri kawasan lampu lalu lintas dan kawasan kerja-kerja sedang dijalankan, had laju terus menjunam turun kepada 40km/h. Anda boleh bayangkan tak, sedang anda memandu dalam kelajuan 80km/h, tiba-tiba anda perlu perlahankan kereta kepada 40km/h. Ikut sahaj peraturan. Di Perth, tiada kereta yang akan meng-hon anda sekiranya anda membawa 40km/h. Rilek rilek sahaja sambil menghirup udara segar. Kalau di KL memang dah kene hon dah. :))
  12. 100 meter sebelum trafik light, ada satu signboard amaran untuk kurangkan had laju. Kalau di sini, warna kuning tu tandanya bersiap sedia untuk berhenti. Bukannya macam kita di Malaysia, bila nampak lampu kuning jer, pecut selaju lajunya. :))
  13. Utamakan Pedestrian / pejalan kaki. 
  14. Sekiranya memandu di highway, ada logiknya kenapa pemanduan tidak boleh melebihi 100km/h. Highway di Perth merupakan kawasan lalu lintas kangaroo pada waktu pagi dan petang. Sekiranya kereta dengan kelajuan lebih 100km/h melanggar kangaroo yang mungkin 2 kali lebih besar dari manusia, sama ada kangaroo yang terpelanting atau kereta bersama-sama isinya yang terpelanting. Bila berada di highway, kene cukup berhati hati dengan keadaan di kiri dan kanan jalan terutamanya pada waktu awal pagi dan petang. Sebab itulah, apabila kami melawat tempat yang jauh, kami keluar sekitar jam 8 pagi dan cuba untuk keluar dari highway sekitar jam 4 petang untuk mengelakkan pertembungan dengan kawanan kangaroo.
  15. Di WA, tiada highway yang bertol dan tiada RnR. Yang ada mungkin tempat berhenti di stesen petrol dan anda akan nampak tanda PARKING. 
  16. Jangan parkir sesuka hati di tepi jalan. Di kawasan yang lain selain dari yang ada tanda PARKING, kereta tidak boleh berhenti kerana ianya bahaya kepada kenderaan anda dan juga yang lain.
  17. Sekiranya kenderaan anda melanggar binatang di freeway / highway dengan sengaja, anda akan didenda dan boleh dipenjara. Sekiranya anda terlanggar binatang-binatang tersebut, sila hubungi ranger  kawasan dengan seberapa segera. Melanggar haiwan juga akan menyebabkan kereta / kenderaan anda rosak dan anda dipertanggungjawabkan untuk membaiki kenderaan tersebut. Kos pembaikan kereta adalah sangat mahal.! Sentiasalah berhati-hati.
  18. Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali bagi pemandu, hatta memegang telefon bimbit juga adalah satu kesalahan.
  19. Berada di laluan yang betul. Lagi satu, sekiranya anda hampir berada di simpang bulatan dan anda hendak ke simpang pukul 12, anda perlu berada di lane kanan. Lane kiri adalah untuk simpang pertama sahaja. Sekiranya kereta anda berada di lane kiri, dan anda memberi signal untuk ke simpang no. 12 atau no.3, kereta di belakang anda akan hon anda dan marah walaupun anda memberi signal untuk ke kanan. Prihatin dengan laluan anda dan kereta anda berada di lane mana. Kami dah kene beberapa kali apabila tersilap lane dan GPS lambat memberi arahan. Nasib baik tidak kene tahan bapak polisi. :))
  20. Petrol kereta telah diisi penuh semasa kereta tersebut diberi sewa kepada anda. Pastikan anda hanya mengisi petrol 95 dan ke atas dan memulangkan keretea tersebut dengan isian penuh petrol sepertimana kereta tersebut disewakan kepada anda pada hari pertama.
  21. Amati dan awasi harga petrol. Setiap hari, stesen stesen petrol akan memaparkan harga yang berbeza. Sekiranya anda ingin lebih jimat, isi petrol di stesen minyak yang menawarkan harga promosi dan lebih rendah dari biasa. Boleh gunakan aplikasi ini untuk mencari petrol yang murah http://wafuelfinder.com/.
  22. Kadar parking adalah berbeza-beza bergantung dengan kawasan. Sekiranya anda menjumpai tanda seperti 1/4P = 15 parking free sahaja, 1/2P = setengah jam parking sahaja, 2P = 2 jam parking, 4P = 4 jam parking dan lain-lain tanda lagi. Anda perlu mengetahui tanda-tanda tersebut dan waktu parking berbayar dan waktu parking free. Saman parking juga mahal ya :)).
  23. Akhir sekali, sentiasa berhati-hati dan awasi had laju pemanduan anda.
"Wherever you go, go with all your heart. If you have a broken heart, travel to fix it."~uark

27 March 2017

Travellingbie : Persediaan ke Mana-mana Destinasi Luar Negara - Tips 4 dan seterusnya

"The good life is one inspired by love and guided by knowledge."~Bertrand Russell

3 komponen utama bagi persediaan untuk travel telah pun didedahkan.

Berikutnya merupakan tips tips kecil yang tidak kurang pentingnya di dalam melawat negara yang lain tanpa mengikut mana-mana pakej pelancongan.
  1. Persediaan stok makanan - bagi yang mengunjungi negara bukan Islam, stok makanan halal amat penting bagi sesuatu trip. Anggarkan stok makanan tersebut mengikut waktu makan, berapa kali makan dalam sehari dan berapa hari trip. Contohnya, trip saya baru-baru ini ke Perth selama 6h5m. Stok makanan dibeli untuk 5 hari. Hari 1 = makan malam sahaja, Hari 2 - 5 = makan seharian, Hari 6 = makan pagi sahaja. Sekiranya anda mempunyai plan untuk makan di luar dan mencuba makanan tempatan yang halal, tolak stok makanan anda itu. Dengan itu, anda tidak akan membazirkan makanan dan tiada lebih makanan yang melampau ditinggalkan di tempat penginapan anda.
  2. Pastikan juga anda membuat senarai stok makanan yang dibawa dan buat deklarasi. Penting bagi kebanyakan negara. Jangan malas ya!
  3. Permohonan VISA apabila anda melawat ke negara yang memerlukan Visa. Mohon awal untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku. Bagi persediaan ke Perth, nasib baik saya memohon awal. Seorang dari rakan saya mengalami masalah dan perlu menghubungi Embassy untuk re-submit permohonan dengan menyertakan butiran-butiran yang diperlukan.
  4. Buat anggaran kos bagi trip anda. Contoh: Anggaran kos masuk / entrance fee ke sesuatu tempat, anggaran petrol sekiranya anda memandu, anggaran tol sekiranya ada tol. Kami beruntung apabila menjelajah Perth kerana highway di sana adalah FREE. Terasa seperti nak duduk di sana tak? :)) 
  5. Buat kajian mengenai perjalanan anda sepanjang trip - jarak dari homestay ke destinasi pertama, kedua dan seterusnya. Sekiranya anda terlebih rajin, sediakan itinerari bergambar yang diambil dari google maps untuk mengetahui jarak dari satu tempat ke satu tempat, waktu ketibaan dan berapa lama masa untuk diambil apabila berada di suatu tempat. Dengan itu, anda boleh mengagak, waktu yang sesuai untuk keluar dan waktu balik semula ke tempat penginapan.
  6. Passport - pastikan passport anda sah laku 6 bulan sebelum trip.
  7. Hutang - pastikan hutan PTPTN anda selesai dibayar. Anda pasti tidak mahu menangis di kaunter atau di pintu balai pelepasan kerana anda dilarang keluar negara
  8. Ubat-ubatan - pastikan anda membuat senarai ubat-ubatan yang hendak di bawa. Penting bagi kebanyakan negara.
  9. Oh ya...jangan lupa membawa botol kosong untuk beristinjak sekiranya anda ke negara yang tidak mempunyai tandas ber-paip.
  10. Wet tissues - penting ni 😁
  11. Bawa juga Kompas - untuk mengetahui arah kiblat.
  12. Ada banyak lagi tips sebenarnya...bila ingat, saya akan kongsi dan tambah sahaja di sini
Stay tune dan selalulah kembali untuk membaca dan mencari tips berguna bagi trip anda. Semoga bermanfaat :)

Sharing knowledge is not about giving people something, or getting something from them. That is only valid for information sharing. Sharing knowledge occurs when people are genuinely interested in helping one another develop new capacities for action; it is about creating learning processes. ~ Peter Senge

Travellingbie : Persediaan ke Mana-mana Destinasi Luar Negara - Tips 3

"Travel teaches toleration, patient and discover own potential."~uark

Tips ke-3 adalah pengangkutan.

Di mana-mana lokasi trip yang saya pergi, pengangkutan merupakan elemen ke-3 terpenting selepas tiket penerbangan murah dan tempat tinggal.

Keperluan pengangkutan bergantung kepada keadaan. Faktor tempat destinasi, tujuan dan bajet juga antara faktor utama yang memberi kesan ke atas keputusan anda di dalam memilih pengangkutan.

Bagi saya, sekiranya trip berdua atau bertiga ke tempat ulangan, saya lebih selesa menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya destinasi yang hendak dituju mempunyai masalah dengan pengangkutan, lebih baik mengupah pakej ground. Atau sekiranya pakej ground sepanjang trip tersebut lebih menjimatkan, lebih bagus lagi. Saya tidak perlu bersengkang mata, pening kepala memikirkan jadual perjalanan, route perjalanan, kos dan lain lain yang berkaitan sepanjang trip tersebut.

Sekiranya anda mempunyai grup yang besar, jangan peningkan kepala untuk menaiki pengangkutan awam kerana ianya memakan masa dan merugikan anda.

Semasa di Perth baru baru ini, kami menyewa 2 kereta sedan memandangkan tempat tempat lawatan agak jauh antara satu sama lain dan kami mempunyai kebebasan masa untuk merancang jadual tanpa mengikut jadual pengangkutan awam.

Sekiranya anda membuat keputusan untuk menaiki pengangkutan awam, pastikan anda mengetahui jadual bas, tren dan sebagainya. Anda boleh menggunakan Google Maps untuk menuju ke sesuatu tempat dari A ke B. Pilih "Direction" di dalam google maps dan ketahui bas atau tren yang boleh anda naiki beserta masa yang akan dihabiskan dengan menaiki kenderaan tersebut.
Contoh Directions dari A ke destinasi B di dalam Google Maps. Sekiranya anda ingin menaiki bas, disertakan sekali no bus tersebut.
Anda juga boleh instal aplikasi kemudahan awam destinasi yang anda ingin pergi. Transperth (http://www.transperth.wa.gov.au/) merupakan aplikasi yang boleh anda install untuk mengetahui route pengangkutan awam.

Sekiranya anda menyewa kereta, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu, kereta sewa mana yang lebih menguntungkan anda dan memberi tawaran rendah serta boleh dipercayai. Buat perbandingan harga...jangan malas. Nanti anda juga yang rugi. Pastikan syarikat penyedia kereta sewa tersebut menghantar kereta ke lapangan terbang atau mengambil anda untuk proses penyewaan yang selanjutnya. 

Ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum menyewa kereta.

1. Harga sewa kereta - adakah pelan termasuk perlindungan insuran secara menyeluruh. Baca syarat-syarat penyewaan kereta sebelum bersetuju.

2. Berapakah bond yang perlu dibayar sepanjang tempoh penyewaan anda itu.

3. Sekiranya anda mempunyai "2nd driver", ketahui berapa kos untuk driver tambahan.

4. Ketahui sama ada lesen memandu anda di Malaysia, boleh digunakan di negara tersebut. Di Australia, lesen memandu dwi bahasa Malaysia boleh digunakan di sana.

5. Jangan lupa tawar menawar dengan pemilik kereta sewa sekiranya anda berurusan melalui Messenger atau Wassap atau Sms atau telefon. Sekiranya anda mendapat nombor pemilik kereta sewa tersebut dari pelanggan sebelumnya, pastikan anda mendapatkan harga terbaik.

6. Pastikan anda menyewa kereta dari syarikat berdaftar dan bukannya orang perseorangan kerana atas sebab sebab keselamatan dan memudahkan urusan insuran sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak diingini.

7. Pastikan anda tidak mempunyai lebihan penumpang. Lebihan penumpang lebih dari yang dibenarkan akan menyebabkan anda di saman. Dan di Australia, samannya tidak murah! Sekiranya anda di dalam kumpulan 8 orang, anda boleh menempah kereta 8 seater. Sekiranya 9 hingga 12 orang, anda boleh menempah kereta 12 seater. Dalam kes saya sebelum ini, kos terpaksa dirombak semula memandangkan pada asalnya ada 8 orang, kami ambil keputusan untuk menyewa kereta 8 seater. Lebih kurang 2 minggu lagi untuk trip ke Perth, seorang kawan saya turut serta. Kos kereta sewa terpaksa diubah semula dan keputusan untuk menyewa 8 seater terpaksa dibatalkan dan kami memutuskan untuk menyewa 2 kereta sedan memandangkan saya tidak konfiden untuk membawa kereta 12 seater. Kos sewa kereta menjadi lebih mahal dari asal. Perkara-perkara sebegini juga perlukan perancangan dan keputusan yang cepat. Sekiranya anda sebagai ketua kumpulan, anda perlu bertindak cepat dan kawal keadaan agar perjalanan anda sepanjang trip tersebut menjadi teratur.

8. Pastikan lesen memandu anda sah pada tarikh trip anda.

9. Pastikan rakan-rakan yang lain membuat pembayaran bagi kos sewa kereta tersebut. Seboleh bolehnya, jangan dahulukan duit anda. Minta semua ahli membayar kos yang dikongsi bersama agar anda tidak terbeban seorang. Rakan-rakan yang lain juga perlu faham bahawa anda bukannya seorang travel agent atau syarikat travel. Kalau saya ambil komisyen atau caj servis bagi tempahan yang dibuat, saya sudah boleh berhenti kerja dan membuka syarikat travel sendiri. :))

“For my part, I travel not to go anywhere, but to go. I travel for travel’s sake. The great affair is to move.” – Robert Louis Stevenson

24 March 2017

Travellingbie : Persediaan ke Mana-mana Destinasi Luar Negara - Tips 2

Tips 2
Penginapan dan tempat tinggal

Selepas selesai pembelian tiket untuk trip anda itu, anda sudah boleh merancang sama ada ingin tinggal di homestay, hostel, hotel, apartment, atau lain-lain.

1. Sebelum membuat tempahan, cari tempat penginapan yang memenuhi citarasa anda dan ahli-ahli trip. Walaupun anda suka tinggal di hostel sebab kosnya yang murah, akan perlu mengambil kira rakan-rakan yang lain yang mungkin sekali atau dua kali setahun keluar negara dan tidak biasa travel secara backpacking.

2. Instal aplikasi seperti Trivago, Airbnb, Couchsurfing dan yang seumpamanya untuk mengetahui kadar yang berpatutan, lokasi yang strategik atau sesuai bagi trip anda. 

3. Pastikan rakan-rakan anda aware dan tahu mengenai tempat penginapan yang akan anda tempah. Berikan gambar-gambar rumah penginapan tersebut. Setelah mendapat persetujuan bersama, barulah anda membuat pengesahan. Bagi yang tidak aware, itu salah mereka. Jangan pula nak mengadu itu ini semasa tiba di tempat penginapan nanti.

4. Kos bagi penginapan perlu dimaklumkan pada semua rakan-rakan yang terlibat dan minta mereka membayar kos tersebut. Sekiranya anda murah hati, dahulukan dulu deposit atau bayaran penuh. Namun, perlu diingatkan...anda bukannya banker atau pencetak duit, jangan bebankan diri anda. Rakan-rakan trip anda yang lain perlu membayar dahulu anggaran kos berkenaan dan sekiranya ada lebihan, barulah anda pulangkan semula lebihan baki duit tersebut kepada mereka. Dengan itu, bank anda tidak akan menipis dengan tiba-tiba.

5. Sekiranya anda menempah homestay, pastikan anda sentiasa berhubung dengan tuan rumah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sama ada mengenai kawasan kediaman, do's and don't semasa tinggal di sana. Kemudahan dan fasiliti di persekitaran, kemudahan pengangkutan awam dan sebagainya.

6. Sekiranya anda menempah bilik hotel atau apartment, pastikan anda membaca terms n conditions. Ada yang memberi syarat yang ketat contohnya, tidak boleh ada tambahan ahli setelah anda sahkan tempahan dan sebagainya.

7. Pengesahan telah dibuat, bayaran juga telah dibuat. Perkara utama ke-2 telah selesai. Sekarang tibalah masanya untuk mengatur dan merancang perkara seterusnya.

"Everytime I start feeling lazy, I plan and I trip."-uark

Travellingbie : Persediaan ke Mana-mana Destinasi Luar Negara - Tips 1

Plans are nothing, planning is everything ~ Dwight D. Eisenhower

Ada sesiapa lagi yang hendak ke Perth atau ke destinasi yang lain dan bagaimana pula persediaannya? Di sini saya akan memberi tips dan penyediaan yang anda perlu buat sekiranya anda bergerak sendiri dan tidak menggunakan sebarang perkhidmatan travel pakej dari mana-mana syarikat.

Tidak semua orang yang suka travel akan rajin membuat kajian / studi mengenai sesuatu tempat, jarak perjalanan, dan yang penting sekali kos. Sekiranya anda bukanlah orangnya, anda boleh membayar sahaja kepada travel agent dan menunggu dengan bersenang hati, ketibaan hari anda untuk bercuti di Perth atau lain-lain tempat. Saya jenis yang sayang duit, sebab itu saya rancang sendiri itinerari dan buat kajian mengenai keseluruhan tempat yang hendak dikunjungi. Kawan-kawan yang mengikut saya, sangat beruntung. Mereka mendapat faedah dari kerajinan saya itu. Kalau ada yang murah hati, mereka akan memberi sedikit ganjaran di atas usaha yang telah dibuat. Bagi yang tidak prihatin, kering hati, mereka akan membayar sahaja jumlah yang dinyatakan tanpa memikirkan penat lelah orang yang berusaha menjadikan trip percutian ini satu kenyataan. Dalam proses penyediaan dan plan trip, juga semasa travel, kita akan mengenali kawan-kawan yang travel bersama dengan kita. Begitu juga mereka. Ada kawan travel yang saya tidak akan ajak lagi untuk travel disebabkan attitude mereka. Dan setakat ini, yang pernah travel dengan saya, akan minta lagi untuk dibuatkan trip ke destinasi yang lain pula kerana mereka rasa lebih selesa dan menguntungkan daripada mereka membayar kepada agensi travel.

Ok, balik kepada tujuan asal.

“Plan for what is difficult while it is easy, do what is great while it is small.” – Sun Tzu

Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk sesuatu trip:

TIKET PENERBANGAN
  1. Untuk mendapatkan tiket murah bagi destinasi yang hendak dituju - pastikan anda install aplikasi seperti SkyScanner, AirAsia Mobile Apps, MAS Apps dan lain-lain di dalam HP anda. Ianya memudahkan bagi anda untuk mengetahui atau mengintai-intai tiket murah di mana sahaja anda berada.
  2. Ketahui tarikh promosi bagi sesuatu penerbangan - contohnya Airasia Free Seats Promo dan lain lain.
  3. Pastikan tarikh trip anda telah ditetapkan di persetujui bersama sekiranya anda pergi secara berkumpulan.
  4. Sekiranya tarikh belum ditetapkan, kerana anda ingin mendapatkan tiket penerbangan paling murah sekali bagi sesuatu destinasi, pastikan semua informasi ahli2 yang ingin turut serta telah sedia ada dan setiap dari mereka sentiasa online semasa promosi diadakan. Sedikit kelewatan di dalam mendapatkan pengesahan tarikh penerbangan akan merugikan anda kerana anda perlu menunggu seorang dua kawan-kawan anda yang tidak reply mesej anda dengan segera. Kawan-kawan lain, perlulah memberi kerjasama. Anda perlu memikirkan kawan anda yang seorang ini menunggu di hadapan PC berjam-jam untuk membuat tempahan tiket paling murah. Kos masa dan internet itu juga sebenarnya perlu anda kongsi bersama. Sekiranya tiket dua hala ke Perth adalah RM550, anda perlu membayar sedikit tambahan sebagai mengenang jasa dan penat lelah kawan anda yang berusaha itu. Nasib baik kawan anda tidak mengenakan caj servis sebanyak 10% kepada anda!
  5. OK, setelah berjaya mendapatkan tiket paling murah sekali, masing-masing happy/gembira kerana berjaya mengurangkan kos tiket kepada lebih separuh dari harga biasa, jangan lupa membayar terus kepada kawan anda yang membuat tempahan tersebut. Anda perlu membayar segera. Kawan anda bukannya mempunyai dana yang banyak untuk menanggung kos tiket anda itu. Sekiranya ada 10 orang yang akan mengikuti anda dan kos tiket 2 hala tersebut berjumlah RM550, tidak termasuk tambahan kos bagasi dan makan, bayangkan berapa ribu kawan anda perlu mendahulukan wang beliau untuk membeli tiket tersebut. So, be considerate dan bertimbangrasa. Anda nak tiket murah dan anda nak orang lain yang membelinya, anda perlu belajar menghargainya usaha beliau. Nasib baiklah kawan-kawan saya ni, bukan orang yang suka menangguhkan hutang :)

Tips ke-2 dan seterusnya akan saya sambung di entri yang lain. Sabar...:))

22 March 2017

Travellingbie: Perth day 6

“Traveling is like flirting with life. It’s like saying, ‘I would stay and love you, but I have to go; this is my station.'” – Lisa St. Aubin de Teran
Hari ke-6, merupakan hari akhir kami di Perth. Hari ini kami keluar lewat sedikit setelah berhempas pulas mengemas barang-barang dan beg untuk kembali ke Malaysia.

Minum pagi dahulu di homestay dan sekitar jam 1030 pagi kami check out dari homestay. Kenangan menginap di Perth tidak akan kami lupakan, apatah lagi tuan rumah yang sporting dan baik. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada tuan rumah, kami terus perjalanan dengan misi akhir.
Dari beberapa hari yang lepas lagi, ada yang mencari-cari skateboard untuk anak-anak mereka. Sehinggalah hari akhir, disebut sebut scateboard tersebut. Untuk tidak mengecewakan kawan-kawan dan menunaikan hajat mereka, 1 kereta ke Westfiled dan kereta yang saya pandu pula ke Chemist Warehouse memandangkan ada yang mengirimkan perfume saat akhir. 

Kami berjanji untuk berjumpa terus di pejabat kereta sewa di Kewdale. Selesai pembelian saat akhir, ada lagi yang berhajat untuk ke Coles, namun sepanjang perjalanan, tiada bertemu dengan pasaraya Coles sehinggalah tiba di pejabat kereta sewa.

Setibanya di pejabat Aries Car Rental, staf bertugas memeriksa kereta sekiranya ada kecacatan pada kereta dan memastikan kereta berada di dalam keadaan yang baik. Setelah berpuas hati dengan kondisi kereta, barulah dipulangkan bond kereta berjumlah AUD100 yang dikreditkan dari kad kredit. Lebih kurang 15 minit kemudian, kereta ke-2 sampai di pejabat. Masing-masing keluar dengan senyuman kerna benda yang dihajati dijumpai. Seterusnya pemulangan kunci dan pemeriksaan ke atas kereta dibuat oleh staf Aries. Alhamdulillah, kedua dua kereta dipulangkan dalam keadaan yang baik tanpa cacat cela dan bond berjumlah AUD100 dipulangkan.

Tips: Sekiranya anda memulangkan kereta sewa, pastikan petrol diisi penuh dan kereta berada di dalam keadaan yang baik. Anda pasti tidak mahu bond anda hangus begitu sahaja. Kadar minima bond sekitar AUD100 dan mencecah AUD400 sekiranya anda tidak tawar menawar. Jadi, pastikan anda tawar menawar dahulu dengan pemilik kereta sewa sebelum menyewa. Lebih senang sekiranya anda berurusan terus dengan pemilik kereta sewa. Negotiate till both parties agree.

Setelah semuanya selesai, staff Aries menghantar kami ke lapangan terbang Perth untuk proses check in dan seterusnya penerbangan balik ke Malaysia.

Jam 2 pm barulah kaunter bagagge drop buka.
Tips dan peringatan penting: Pastikan anda tiba di airport lebih awal 3 atau 4 jam sebelum penerbangan terutamanya jika anda ingin membuat GST REFUND ke atas barangan yang anda beli.

Lapangan terbang Perth ini tidaklah sebesar mana. Kuching International Airport lagi besar rasanya. Setibanya di airport, kami membawa menuju ke tempat wrapping bag. Untuk makluman, troli di airport ini bukan PERCUMA. Ianya perlu disewa/dibayar dengan kos AUD4 untuk 1 troli. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan menemui troli yang telah ditinggalkan oleh penumpang. Selamat AUD4 anda. Saya kurang bernasib baik kerana tidak bertemu dengan troli yang ditinggalkan penumpang. Makanya saya dan seorang kawan lagi berkongsi kos troli memandangkan haversack saya agak berat dan beg kawan saya agak banyak.

Tips: Untuk menjimatkan kos troli sebanyak AUD4, carilah dahulu troli yang telah ditinggalkan oleh pengunjung di dalam airport.

Kos wrapping di airport adalah AUD11 bagi 1 beg. Mahal!
Tips: Anda boleh membeli wrapping cling yang digunakan untuk memasak. Lebih jimat dan fungsinya adalah sama dengan wrapping plastik yang disediakan di airport. Untuk 2 wrapping cling di Malaysia, kos nya adalah lebih kurang RM12. Untuk 1 beg trolley biasa atau haversack 50L, memadai menggunakan 1 wrapping cling sahaja.

GST Refund
Tips: GST refund bagi tourist merupakan kemudahan yang disediakan kepada semua pelawat yang membeli belah di negara yang dilawati.

Daripada maklumat yang saya baca, pelawat boleh claim GST dari 1 kedai dengan pembelian minima sebanyak AUD300. Bila dikira kira, banyak juga lah refund yang kami dapat dari pembelian Corelle, Perfume dan Souvenir.

Tips: Sebelum anda mendapatkan rebat GST tersebut, anda perlu melaporkan dan menunjukkan barang-barang yang telah dibeli kepada pegawai di pejabat Australian Border. Dan sebelum itu, jangan wrap beg anda selagi anda belum declare barangan belian anda itu. Pegawai di sana memang strict. Kami bernasib baik kerana beliau membenarkan kami claim GST walaupun hampir semua beg yang penuh dengan barang-barang telah dibungkus. Tapi sebelum itu, kena dengar dahulu officer berkenaan memberi lecture. :)) Perkara lain yang penting adalah - sekiranya anda dalam kumpulan 8 orang, pastikan resit pembelian anda dikumpulkan secara individual dahulu kerana officer tersebut akan membuat pemeriksaan secara individual. Setelah selesai pemeriksaan dan pengesahan dari pegawai berkenaan >> teruskan check in beg beg anda dengan segera. Selepas itu, baharulah anda gabungkan resit resit anda mengikut pembelian dari 1 kedai. Di ruangan masuk DEPARTURE Tingkat 1, selepas melepasi pemeriksaan imigresen untuk pengesanan identiti, anda akan menemui kaunter GST Refund. Pastikan resit resit tersebut telah disusun mengikut kedai dengan jumlah lebih dari AUD300. Dan pastikan juga kedai tersebut adalah kedai yang sama alamatnya.

Hasil dari GST Refund untuk 2 jenis barang-barang belian saya dan seorang kawan saya, agak lumayan juga, lebih dari AUD100.

Resit kami yang tidak mencukupi AUD300, digabungkan pula dengan resit kawan-kawan yang lain. Dan jumlah GST refund dari sahabat yang lain adalah lebih AUD200. Berbaloi baloi. :)

Tips: Untuk GST Refund, pastikan anda mempunyai kad kredit yang aktif untuk penggunaan di luar negara kerana pegawai GST Refund akan refundkan semula GST tersebut di dalam kad kredit anda.

Proses imigresen dan kastam, Alhamdulillah selesai dan berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang yang terpaksa melalui proses secara manual. Barangkali ada besi di dalam badan. Yang lucunya, apabila mesin penggera berbunyi, officer bertugas mengucapkan kata kata lebih kurang berbunyi begini kepada salah seorang sahabat saya, "Congratulations! You have been selected as a lucky passenger. Please step aside." sambil melakukan pemeriksaan lebih lanjut ke atas beliau.

"Treat other people nice and good, as they will treat you nicer and better."~uark
Di ruang menunggu agak selesa untuk kami berehat dan meluruskan kaki. Sambil mengimbas kembali momen-momen di Perth.
“The most dangerous risk of all – the risk of spending your life not doing what you want on the bet you can buy yourself the freedom to do it later.”~unknown

Jam 10 malam kami tiba di KLIA2, Alhamdulillah. Beg masing-masing juga selamat dan tidak pecah. Alhamdulillah. Saya terus kembali ke rumah kerana keesokan harinya pula ke Melaka. Penat memikirkan nak bawa beg seberat hampir 20kg naik ke rumah. :))
Manakala yang lain, bermalam di airport KLIA untuk penerbangan balik ke Kuching.

"What would you be without your BFF? "It takes a friend to make a friend," through adulthood, where we mingle at cafes or at the park, we crave closeness with each other. Friendship comes in all sort of forms. Each friendship offers something totally unique — and irreplaceable. Each friendship ultimately makes us who we are. Thank you for being a good friend, friends!" ~ uark

Summary of Day 6:

pssst - kalau ada yang perlukan tour guide di Perth ataupun travel planner, bolehlah hubungi saya ye. :))