"Travel teaches toleration, patient and discover own potential."~uark
Tips ke-3 adalah pengangkutan.
Di mana-mana lokasi trip yang saya pergi, pengangkutan merupakan elemen ke-3 terpenting selepas tiket penerbangan murah dan tempat tinggal.
Keperluan pengangkutan bergantung kepada keadaan. Faktor tempat destinasi, tujuan dan bajet juga antara faktor utama yang memberi kesan ke atas keputusan anda di dalam memilih pengangkutan.
Bagi saya, sekiranya trip berdua atau bertiga ke tempat ulangan, saya lebih selesa menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya destinasi yang hendak dituju mempunyai masalah dengan pengangkutan, lebih baik mengupah pakej ground. Atau sekiranya pakej ground sepanjang trip tersebut lebih menjimatkan, lebih bagus lagi. Saya tidak perlu bersengkang mata, pening kepala memikirkan jadual perjalanan, route perjalanan, kos dan lain lain yang berkaitan sepanjang trip tersebut.
Sekiranya anda mempunyai grup yang besar, jangan peningkan kepala untuk menaiki pengangkutan awam kerana ianya memakan masa dan merugikan anda.
Semasa di Perth baru baru ini, kami menyewa 2 kereta sedan memandangkan tempat tempat lawatan agak jauh antara satu sama lain dan kami mempunyai kebebasan masa untuk merancang jadual tanpa mengikut jadual pengangkutan awam.
Sekiranya anda membuat keputusan untuk menaiki pengangkutan awam, pastikan anda mengetahui jadual bas, tren dan sebagainya. Anda boleh menggunakan Google Maps untuk menuju ke sesuatu tempat dari A ke B. Pilih "Direction" di dalam google maps dan ketahui bas atau tren yang boleh anda naiki beserta masa yang akan dihabiskan dengan menaiki kenderaan tersebut.
Contoh Directions dari A ke destinasi B di dalam Google Maps. Sekiranya anda ingin menaiki bas, disertakan sekali no bus tersebut. |
Anda juga boleh instal aplikasi kemudahan awam destinasi yang anda ingin pergi. Transperth (http://www.transperth.wa.gov.au/) merupakan aplikasi yang boleh anda install untuk mengetahui route pengangkutan awam.
Sekiranya anda menyewa kereta, pastikan anda buat kajian terlebih dahulu, kereta sewa mana yang lebih menguntungkan anda dan memberi tawaran rendah serta boleh dipercayai. Buat perbandingan harga...jangan malas. Nanti anda juga yang rugi. Pastikan syarikat penyedia kereta sewa tersebut menghantar kereta ke lapangan terbang atau mengambil anda untuk proses penyewaan yang selanjutnya.
Ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian sebelum menyewa kereta.
1. Harga sewa kereta - adakah pelan termasuk perlindungan insuran secara menyeluruh. Baca syarat-syarat penyewaan kereta sebelum bersetuju.
2. Berapakah bond yang perlu dibayar sepanjang tempoh penyewaan anda itu.
3. Sekiranya anda mempunyai "2nd driver", ketahui berapa kos untuk driver tambahan.
4. Ketahui sama ada lesen memandu anda di Malaysia, boleh digunakan di negara tersebut. Di Australia, lesen memandu dwi bahasa Malaysia boleh digunakan di sana.
5. Jangan lupa tawar menawar dengan pemilik kereta sewa sekiranya anda berurusan melalui Messenger atau Wassap atau Sms atau telefon. Sekiranya anda mendapat nombor pemilik kereta sewa tersebut dari pelanggan sebelumnya, pastikan anda mendapatkan harga terbaik.
6. Pastikan anda menyewa kereta dari syarikat berdaftar dan bukannya orang perseorangan kerana atas sebab sebab keselamatan dan memudahkan urusan insuran sekiranya berlaku perkara perkara yang tidak diingini.
7. Pastikan anda tidak mempunyai lebihan penumpang. Lebihan penumpang lebih dari yang dibenarkan akan menyebabkan anda di saman. Dan di Australia, samannya tidak murah! Sekiranya anda di dalam kumpulan 8 orang, anda boleh menempah kereta 8 seater. Sekiranya 9 hingga 12 orang, anda boleh menempah kereta 12 seater. Dalam kes saya sebelum ini, kos terpaksa dirombak semula memandangkan pada asalnya ada 8 orang, kami ambil keputusan untuk menyewa kereta 8 seater. Lebih kurang 2 minggu lagi untuk trip ke Perth, seorang kawan saya turut serta. Kos kereta sewa terpaksa diubah semula dan keputusan untuk menyewa 8 seater terpaksa dibatalkan dan kami memutuskan untuk menyewa 2 kereta sedan memandangkan saya tidak konfiden untuk membawa kereta 12 seater. Kos sewa kereta menjadi lebih mahal dari asal. Perkara-perkara sebegini juga perlukan perancangan dan keputusan yang cepat. Sekiranya anda sebagai ketua kumpulan, anda perlu bertindak cepat dan kawal keadaan agar perjalanan anda sepanjang trip tersebut menjadi teratur.
8. Pastikan lesen memandu anda sah pada tarikh trip anda.
9. Pastikan rakan-rakan yang lain membuat pembayaran bagi kos sewa kereta tersebut. Seboleh bolehnya, jangan dahulukan duit anda. Minta semua ahli membayar kos yang dikongsi bersama agar anda tidak terbeban seorang. Rakan-rakan yang lain juga perlu faham bahawa anda bukannya seorang travel agent atau syarikat travel. Kalau saya ambil komisyen atau caj servis bagi tempahan yang dibuat, saya sudah boleh berhenti kerja dan membuka syarikat travel sendiri. :))
“For my part, I travel not to go anywhere, but to go. I travel for travel’s sake. The great affair is to move.” – Robert Louis Stevenson
No comments:
Post a Comment