Plans are nothing, planning is everything ~ Dwight D. Eisenhower
Ada sesiapa lagi yang hendak ke Perth atau ke destinasi yang lain dan bagaimana pula persediaannya? Di sini saya akan memberi tips dan penyediaan yang anda perlu buat sekiranya anda bergerak sendiri dan tidak menggunakan sebarang perkhidmatan travel pakej dari mana-mana syarikat.
Tidak semua orang yang suka travel akan rajin membuat kajian / studi mengenai sesuatu tempat, jarak perjalanan, dan yang penting sekali kos. Sekiranya anda bukanlah orangnya, anda boleh membayar sahaja kepada travel agent dan menunggu dengan bersenang hati, ketibaan hari anda untuk bercuti di Perth atau lain-lain tempat. Saya jenis yang sayang duit, sebab itu saya rancang sendiri itinerari dan buat kajian mengenai keseluruhan tempat yang hendak dikunjungi. Kawan-kawan yang mengikut saya, sangat beruntung. Mereka mendapat faedah dari kerajinan saya itu. Kalau ada yang murah hati, mereka akan memberi sedikit ganjaran di atas usaha yang telah dibuat. Bagi yang tidak prihatin, kering hati, mereka akan membayar sahaja jumlah yang dinyatakan tanpa memikirkan penat lelah orang yang berusaha menjadikan trip percutian ini satu kenyataan. Dalam proses penyediaan dan plan trip, juga semasa travel, kita akan mengenali kawan-kawan yang travel bersama dengan kita. Begitu juga mereka. Ada kawan travel yang saya tidak akan ajak lagi untuk travel disebabkan attitude mereka. Dan setakat ini, yang pernah travel dengan saya, akan minta lagi untuk dibuatkan trip ke destinasi yang lain pula kerana mereka rasa lebih selesa dan menguntungkan daripada mereka membayar kepada agensi travel.
Ok, balik kepada tujuan asal.
“Plan for what is difficult while it is easy, do what is great while it is small.” – Sun Tzu
Persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk sesuatu trip:
- Untuk mendapatkan tiket murah bagi destinasi yang hendak dituju - pastikan anda install aplikasi seperti SkyScanner, AirAsia Mobile Apps, MAS Apps dan lain-lain di dalam HP anda. Ianya memudahkan bagi anda untuk mengetahui atau mengintai-intai tiket murah di mana sahaja anda berada.
- Ketahui tarikh promosi bagi sesuatu penerbangan - contohnya Airasia Free Seats Promo dan lain lain.
- Pastikan tarikh trip anda telah ditetapkan di persetujui bersama sekiranya anda pergi secara berkumpulan.
- Sekiranya tarikh belum ditetapkan, kerana anda ingin mendapatkan tiket penerbangan paling murah sekali bagi sesuatu destinasi, pastikan semua informasi ahli2 yang ingin turut serta telah sedia ada dan setiap dari mereka sentiasa online semasa promosi diadakan. Sedikit kelewatan di dalam mendapatkan pengesahan tarikh penerbangan akan merugikan anda kerana anda perlu menunggu seorang dua kawan-kawan anda yang tidak reply mesej anda dengan segera. Kawan-kawan lain, perlulah memberi kerjasama. Anda perlu memikirkan kawan anda yang seorang ini menunggu di hadapan PC berjam-jam untuk membuat tempahan tiket paling murah. Kos masa dan internet itu juga sebenarnya perlu anda kongsi bersama. Sekiranya tiket dua hala ke Perth adalah RM550, anda perlu membayar sedikit tambahan sebagai mengenang jasa dan penat lelah kawan anda yang berusaha itu. Nasib baik kawan anda tidak mengenakan caj servis sebanyak 10% kepada anda!
- OK, setelah berjaya mendapatkan tiket paling murah sekali, masing-masing happy/gembira kerana berjaya mengurangkan kos tiket kepada lebih separuh dari harga biasa, jangan lupa membayar terus kepada kawan anda yang membuat tempahan tersebut. Anda perlu membayar segera. Kawan anda bukannya mempunyai dana yang banyak untuk menanggung kos tiket anda itu. Sekiranya ada 10 orang yang akan mengikuti anda dan kos tiket 2 hala tersebut berjumlah RM550, tidak termasuk tambahan kos bagasi dan makan, bayangkan berapa ribu kawan anda perlu mendahulukan wang beliau untuk membeli tiket tersebut. So, be considerate dan bertimbangrasa. Anda nak tiket murah dan anda nak orang lain yang membelinya, anda perlu belajar menghargainya usaha beliau. Nasib baiklah kawan-kawan saya ni, bukan orang yang suka menangguhkan hutang :)
Tips ke-2 dan seterusnya akan saya sambung di entri yang lain. Sabar...:))
No comments:
Post a Comment