"The good life is one inspired by love and guided by knowledge."~Bertrand Russell
3 komponen utama bagi persediaan untuk travel telah pun didedahkan.
Berikutnya merupakan tips tips kecil yang tidak kurang pentingnya di dalam melawat negara yang lain tanpa mengikut mana-mana pakej pelancongan.
- Persediaan stok makanan - bagi yang mengunjungi negara bukan Islam, stok makanan halal amat penting bagi sesuatu trip. Anggarkan stok makanan tersebut mengikut waktu makan, berapa kali makan dalam sehari dan berapa hari trip. Contohnya, trip saya baru-baru ini ke Perth selama 6h5m. Stok makanan dibeli untuk 5 hari. Hari 1 = makan malam sahaja, Hari 2 - 5 = makan seharian, Hari 6 = makan pagi sahaja. Sekiranya anda mempunyai plan untuk makan di luar dan mencuba makanan tempatan yang halal, tolak stok makanan anda itu. Dengan itu, anda tidak akan membazirkan makanan dan tiada lebih makanan yang melampau ditinggalkan di tempat penginapan anda.
- Pastikan juga anda membuat senarai stok makanan yang dibawa dan buat deklarasi. Penting bagi kebanyakan negara. Jangan malas ya!
- Permohonan VISA apabila anda melawat ke negara yang memerlukan Visa. Mohon awal untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku. Bagi persediaan ke Perth, nasib baik saya memohon awal. Seorang dari rakan saya mengalami masalah dan perlu menghubungi Embassy untuk re-submit permohonan dengan menyertakan butiran-butiran yang diperlukan.
- Buat anggaran kos bagi trip anda. Contoh: Anggaran kos masuk / entrance fee ke sesuatu tempat, anggaran petrol sekiranya anda memandu, anggaran tol sekiranya ada tol. Kami beruntung apabila menjelajah Perth kerana highway di sana adalah FREE. Terasa seperti nak duduk di sana tak? :))
- Buat kajian mengenai perjalanan anda sepanjang trip - jarak dari homestay ke destinasi pertama, kedua dan seterusnya. Sekiranya anda terlebih rajin, sediakan itinerari bergambar yang diambil dari google maps untuk mengetahui jarak dari satu tempat ke satu tempat, waktu ketibaan dan berapa lama masa untuk diambil apabila berada di suatu tempat. Dengan itu, anda boleh mengagak, waktu yang sesuai untuk keluar dan waktu balik semula ke tempat penginapan.
- Passport - pastikan passport anda sah laku 6 bulan sebelum trip.
- Hutang - pastikan hutan PTPTN anda selesai dibayar. Anda pasti tidak mahu menangis di kaunter atau di pintu balai pelepasan kerana anda dilarang keluar negara
- Ubat-ubatan - pastikan anda membuat senarai ubat-ubatan yang hendak di bawa. Penting bagi kebanyakan negara.
- Oh ya...jangan lupa membawa botol kosong untuk beristinjak sekiranya anda ke negara yang tidak mempunyai tandas ber-paip.
- Wet tissues - penting ni 😁
- Bawa juga Kompas - untuk mengetahui arah kiblat.
- Ada banyak lagi tips sebenarnya...bila ingat, saya akan kongsi dan tambah sahaja di sini
Stay tune dan selalulah kembali untuk membaca dan mencari tips berguna bagi trip anda. Semoga bermanfaat :)
Sharing knowledge is not about giving people something, or getting something from them. That is only valid for information sharing. Sharing knowledge occurs when people are genuinely interested in helping one another develop new capacities for action; it is about creating learning processes. ~ Peter Senge
No comments:
Post a Comment