Tuesday, August 4, 2015

Ada berapa 0 dalam billions

Senyum-senyum kambing apabila membaca status kawan-kawan di FB. Masing-masing berharap ada penderma yang sangat baik hati, kayanya melimpah ruah seumpama 10 keturunan pun tak habis makan kekayaan tersebut. Cuba bayangkan kalau di dalam akaun masing-masing ada billionssss. Dan ada berapa 0 dalam billions tersebut? Jom kita mengira...😁😁😁

Sepuluh sen ada 1 kosong = hampir semua ada
Seratus ada 2 kosong = sangat-sangat ramai yang ada
Seribu ada 3 kosong = sangat ramai yang ada
Sepuluh ribu ada 4 kosong = ramai yang ada
Seratus ribu ada 5 kosong = tak berapa nak ramai yang ada
Sejuta ada 6 kosong = tak ramai yang ada
Sepuluh juta ada 7 kosong = ramai yang takde
Seratus juta ada 8 kosong = beberapa orang ja yang ada
Seribu juta ada 9 kosong bersamaan dengan satu billion = hanya orang yang sangat rare dan bertuah je ade, lebih-lebih lagi 9 kosong tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi sebagai derma dan bukannya atas hasil titik peluh usaha dan keringat penerima. Untunggglaaa....nikmat dunya yang sementara

Namun kene ingat...banyak billions tersebut di dalam akaun, banyak juta-jutaan dari billions tersebut mungkin sekali kepunyaan dan hak orang lain...atau semuanya itu merupakan hak orang lain yang sangat memerlukan. Dan cuba bayangkan, dengan duit yang billions itu disimpan dipelok diguling-gulingkan diatas tilam atau direnungkan apabila menyemak akaun penyata bank secara online atau di atas kertas, Allah swt cabut nikmat kehidupan, dan tak sempat nak jadikan billions tersebut sebagai amal dan penolong di sana nanti. Banyaknya rugiii...banyak sangat rugiii

Berdoalah kita agar Allah swt tidak menjadikan kita orang-orang yang rugi.
Allahul musta'aan

Post a Comment

Most Popular