23 January 2019

Travellingbie: Weekend gateway to Sambas

“I guess sometimes the greatest memories are made in the most unlikely of places, further proof that spontaneity is more rewarding than a meticulously planned life.” 
― J.A. Redmerski, The Edge of Always

Apa ada di Sambas???
Soalan yang ditanya dan akan ditanya bagi yang belum pernah ke Sambas.

Soalan pertama = Sambas itu di mana?

Kabupaten Sambas terletak di provinsi Kalimantan Barat. Merupakan wilayah yang terletak pada bahagian pantai barat paling utara dari wilayah provinsi Kalimantan barat. Di sinilah terletaknya sejarah kesultanan Sambas yang mempunyai ikatan dengan Sultan Tengah dari Sarawak. 

Apa yang menarik di Sambas?
Pertamanya - menyopping barangan dan produk Indonesia terutamanya barangan keperluan rumah dan makanan. Pelbagai jenis makanan dan minuman dipaketkan kecil-kecil dan kreatif dijual di sana atau di mana-mana wilayah di Indonesia.

Keduanya - makanan. Dengan harga berpatutan dan sedap, boleh aja datang ke Sambas.

Ketiganya - kalau tambah 1 hari lagi, boleh ke tempat-tempat Wisata di Kota Singkawang yang terkenal dengan pantai-pantai dan pemandangan matahari terbenam yang indah.

Perjalanan

Perjalanan dari Kuching ke Sambas mengambil masa lebih kurang 4 jam melalui Imigresen Biawak (Malaysia) dan Imigresen Aruk (Indonesia). Ini terpakai bagi kereta penumpang sahaja dan bukannya van atau lori. Bagi kenderaan besar, perlu melalui jalan yang hendak ke Tebedu dan melalui imigresen di sana.

Dari Kuching - akan melalui jalan yang menaiki feri di Rambungan. Kadar bayaran bagi kereta untuk menaiki feri adalah RM1 sahaja. Jika anda bernasib baik, kenderaan anda akan cepat menaiki feri dan sekiranya sudah lewat siang, bersedialah untuk menunggu agak lama dengan kenderaan yang banyak beratur untuk menunggu giliran.
Kami bertolak dari Kuching seawal 730 pagi, setibanya di Rambungan feri sudah beroperasi mengambil penumpang dan kenderaan.

Dari Kuching ke Biawak mengambil masa lebih kurang 2 jam, melalui Lundu. Setibanya di CIQ Biawak, kenderaan diperiksa dan passport di cop. Bagi kereta Malaysia, perlu mengisi borang dan permit masuk kereta ke Indonesia. Jangan lupa bawa sekali Green Card / Geran kereta bersama-sama anda. Permit masuk ke Indonesia diberi selama tempoh sebulan dengan kadar RM80 1 kereta dan di bayar di CIQ Aruk Indonesia.
Urusan imigresen berjalan dengan lancar di kedua-dua lokasi. Selepas melepasi imigresen Aruk Indonesia, kami berhenti di tepian jalan untuk makan pagi dari makanan yang dibekalkan.
Bermula dari Aruk, perjalanan akan mula berbukit bukau dan bersimpang siur. Walaubagaimanapun, jalanraya sangat bagus kerana tiada kenderaan berat dibenarkan melalui jalan ini.

Dari Aruk ke Sambas akan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan ladang-ladang getah dan kelapa sawit.

Kami tiba di lokasi pertama yang untuk foto.
Lokasi 2 = Alfa Mart untuk melihat barang-barang yang ada.
Lokasi 3 = Lebih kurang jam 1130 pagi, kami tiba di hotel di Sambas. Check in dahulu dan solat. Seterusnya keluar untuk membeli belah. Kadar hotel di Sambas agak murah berbanding dengan tempat lain. Untuk penginapan semalam bagi 3 orang sekitar Rp540k dan minum pagi disediakan secara percuma.

Selepas solat, kami mulakan dengan aktiviti membeli belah dan membeli barangan kiriman. Banyak juga kami memborong sehingga penuh bonet di belakang.

Lokasi 4 = Selepas Asar, kami ke sungai Sambas untuk River Cruise dengan kos Rp50k bagi 1 perahu. Sepanjang sungai, kami boleh melihat kehidupan penduduk di sini pada waktu petang dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Antaranya, kanak-kanak dan orang dewas terjun sungai dari beranda rumah mereka dan aktiviti lumba perahu. Pemandangan waktu senja di sini sangat indah dengan sinaran mataharinya berwarna keemasan. Aktiviti cruise kami mengambil masa lebih kurang 1 jam. Berbaloi sangat dengan jumlah yang dibayar. Namun, perahu cruise tersebut tidak menyediakan pelampung keselamatan. hehehehee...








Lokasi 5 = Makan malam di Royal Cafe. Menu kami pelbagai bagai. Kenyang Alhamdulillah. Dengan menu yang banyak untuk 3 orang ini, jumlah kos makan hanyalah Rp118k sahaja.

Kopi Luwak, Alpokat dan Jus Ciku
Tauhu goreng - nyamann, fresh dan rangup, rasanya sedikit beza dengan tauhu di Malaysia


Bubur paddas - beza sangat dengan yang ada di Sarawak
Macam biasa - bakso makanan wajib bila ke Indonesia :D

Nasi Ayam Penyet
Lokasi 6 = sambung shopping lagi di Cresa. Siang tadi dah shopping di sini dan ditempat-tempat lain. Malam selepas makan sambung pulak mencari dan membeli barang-barang yang baru dikirim. Di dalam Cresa, sempat lagi kawan-kawan shopping melalui Wassap. Senang dah sekarang nie, boleh shopping melalui Wassap, Telegram dan sebagainya. Selesai membeli, kami balik ke hotel untuk rehat.

Keesokan paginya, minum pagi kami = nasi goreng, maggi goreng, bubur ayam dan kerupuk. Simpel tetapi sedap banget. Alhamdulillah.

Perjalanan balik kami bermula pada jam 9pagi. Memandangkan saya perlu kembali ke KL, terpaksalah balik awal dan tak sempat untuk ke tempat-tempat wisata yang lain di Sambas. Hujan sepanjang pagi melambatkan perjalanan kami kerna kami perlu berhati-hati dengan hujan dan cuaca yang berkabus.
Sempat lagi singgah di AlfaMart, last shopping.
Kami tiba di CIQ Aruk dan CIQ Biawak pada jam lebih kurang 12 tengahari. Imigresen di sini sudah mengenali pemandu kereta tersebut disebabkan selalu berulang alik ke Sambas selama sebulan dan sepanjang permit masih sah laku. Rugi kalau digunakan hanya sekali sahaja. Dan urusan sepanjang pemeriksaan berjalan dengan lancar Alhamdulillah tanpa dikenakan sebarang cukai dari kedua-dua CIQ.

Menunggu feri di Rambungan untuk balik ke Bandaraya Kuching


Sempat lagi membeli buah langsat untuk bekalan makan sepanjang perjalanan balik ke Kuching :D
Kami singgah sebentar di salah sebuah surau di perkampungan selepas CIQ dan solat zohor dahulu sebelum meneruskan perjalanan balik ke Bandar Kuching.

Alhamdulillah tiba di rumah lebih kurang jam 230pm dengan selamat.
Banyak lagi tempat di Sambas yang belum diterokai. InsyaAllah di masa yang akan datang, akan jelajah ke Singkawang yang merupakan antara wisata terkenal di Wilayah Sambas.

Kos trip bagi 2h1m di Sambas
Petrol = lebih kurang RM50
Makan pagi dan tengahari = bawak bekal
Hotel penginapan untuk 3 orang = RP540k
Makan malam = RP118k
Minum pagi = Free termasuk dalam bayaran hotel
Shopping = Unlimited, terpulang kepada bajet anda. Saya membelanjakan lebih RP1 juta bagi pembelian barang-barang keperluan, makanan untuk diri sendiri dan kiriman kawan-kawan. heeeee....

4 comments:

Anonymous said...

mcm mana penerimaan masyarakat disana dgn org malaysia? sbb ada yg cakap nanti kita akan dikerumuni oleh peminta sedekah sebaik sampai di kota.

Travellingbie said...

so far OK. takde kene kerumun oleh peminta sedekah seperti yang dinyatakan.

Unknown said...

Segala urusan permit, insuran kereta, kebenaran keluar masuk kereta jpj dan urusan imigresen dibuat di sempadan ka? Cuma sediakan green card dan pasport saja ka?

Travellingbie said...

Passport n geran kereta