Hari ke-6, merupakan hari akhir kami di Perth. Hari ini kami keluar lewat sedikit setelah berhempas pulas mengemas barang-barang dan beg untuk kembali ke Malaysia.
Minum pagi dahulu di homestay dan sekitar jam 1030 pagi kami check out dari homestay. Kenangan menginap di Perth tidak akan kami lupakan, apatah lagi tuan rumah yang sporting dan baik. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada tuan rumah, kami terus perjalanan dengan misi akhir.
Dari beberapa hari yang lepas lagi, ada yang mencari-cari skateboard untuk anak-anak mereka. Sehinggalah hari akhir, disebut sebut scateboard tersebut. Untuk tidak mengecewakan kawan-kawan dan menunaikan hajat mereka, 1 kereta ke Westfiled dan kereta yang saya pandu pula ke Chemist Warehouse memandangkan ada yang mengirimkan perfume saat akhir.
Kami berjanji untuk berjumpa terus di pejabat kereta sewa di Kewdale. Selesai pembelian saat akhir, ada lagi yang berhajat untuk ke Coles, namun sepanjang perjalanan, tiada bertemu dengan pasaraya Coles sehinggalah tiba di pejabat kereta sewa.
Setibanya di pejabat Aries Car Rental, staf bertugas memeriksa kereta sekiranya ada kecacatan pada kereta dan memastikan kereta berada di dalam keadaan yang baik. Setelah berpuas hati dengan kondisi kereta, barulah dipulangkan bond kereta berjumlah AUD100 yang dikreditkan dari kad kredit. Lebih kurang 15 minit kemudian, kereta ke-2 sampai di pejabat. Masing-masing keluar dengan senyuman kerna benda yang dihajati dijumpai. Seterusnya pemulangan kunci dan pemeriksaan ke atas kereta dibuat oleh staf Aries. Alhamdulillah, kedua dua kereta dipulangkan dalam keadaan yang baik tanpa cacat cela dan bond berjumlah AUD100 dipulangkan.
Tips: Sekiranya anda memulangkan kereta sewa, pastikan petrol diisi penuh dan kereta berada di dalam keadaan yang baik. Anda pasti tidak mahu bond anda hangus begitu sahaja. Kadar minima bond sekitar AUD100 dan mencecah AUD400 sekiranya anda tidak tawar menawar. Jadi, pastikan anda tawar menawar dahulu dengan pemilik kereta sewa sebelum menyewa. Lebih senang sekiranya anda berurusan terus dengan pemilik kereta sewa. Negotiate till both parties agree.
Setelah semuanya selesai, staff Aries menghantar kami ke lapangan terbang Perth untuk proses check in dan seterusnya penerbangan balik ke Malaysia.
Tips dan peringatan penting: Pastikan anda tiba di airport lebih awal 3 atau 4 jam sebelum penerbangan terutamanya jika anda ingin membuat GST REFUND ke atas barangan yang anda beli.
Lapangan terbang Perth ini tidaklah sebesar mana. Kuching International Airport lagi besar rasanya. Setibanya di airport, kami membawa menuju ke tempat wrapping bag. Untuk makluman, troli di airport ini bukan PERCUMA. Ianya perlu disewa/dibayar dengan kos AUD4 untuk 1 troli. Sekiranya anda bernasib baik, anda akan menemui troli yang telah ditinggalkan oleh penumpang. Selamat AUD4 anda. Saya kurang bernasib baik kerana tidak bertemu dengan troli yang ditinggalkan penumpang. Makanya saya dan seorang kawan lagi berkongsi kos troli memandangkan haversack saya agak berat dan beg kawan saya agak banyak.
Tips: Untuk menjimatkan kos troli sebanyak AUD4, carilah dahulu troli yang telah ditinggalkan oleh pengunjung di dalam airport.
Kos wrapping di airport adalah AUD11 bagi 1 beg. Mahal!
Tips: Anda boleh membeli wrapping cling yang digunakan untuk memasak. Lebih jimat dan fungsinya adalah sama dengan wrapping plastik yang disediakan di airport. Untuk 2 wrapping cling di Malaysia, kos nya adalah lebih kurang RM12. Untuk 1 beg trolley biasa atau haversack 50L, memadai menggunakan 1 wrapping cling sahaja.
GST Refund
Tips: GST refund bagi tourist merupakan kemudahan yang disediakan kepada semua pelawat yang membeli belah di negara yang dilawati.
Daripada maklumat yang saya baca, pelawat boleh claim GST dari 1 kedai dengan pembelian minima sebanyak AUD300. Bila dikira kira, banyak juga lah refund yang kami dapat dari pembelian Corelle, Perfume dan Souvenir.
Tips: Sebelum anda mendapatkan rebat GST tersebut, anda perlu melaporkan dan menunjukkan barang-barang yang telah dibeli kepada pegawai di pejabat Australian Border. Dan sebelum itu, jangan wrap beg anda selagi anda belum declare barangan belian anda itu. Pegawai di sana memang strict. Kami bernasib baik kerana beliau membenarkan kami claim GST walaupun hampir semua beg yang penuh dengan barang-barang telah dibungkus. Tapi sebelum itu, kena dengar dahulu officer berkenaan memberi lecture. :)) Perkara lain yang penting adalah - sekiranya anda dalam kumpulan 8 orang, pastikan resit pembelian anda dikumpulkan secara individual dahulu kerana officer tersebut akan membuat pemeriksaan secara individual. Setelah selesai pemeriksaan dan pengesahan dari pegawai berkenaan >> teruskan check in beg beg anda dengan segera. Selepas itu, baharulah anda gabungkan resit resit anda mengikut pembelian dari 1 kedai. Di ruangan masuk DEPARTURE Tingkat 1, selepas melepasi pemeriksaan imigresen untuk pengesanan identiti, anda akan menemui kaunter GST Refund. Pastikan resit resit tersebut telah disusun mengikut kedai dengan jumlah lebih dari AUD300. Dan pastikan juga kedai tersebut adalah kedai yang sama alamatnya.
Hasil dari GST Refund untuk 2 jenis barang-barang belian saya dan seorang kawan saya, agak lumayan juga, lebih dari AUD100.
Resit kami yang tidak mencukupi AUD300, digabungkan pula dengan resit kawan-kawan yang lain. Dan jumlah GST refund dari sahabat yang lain adalah lebih AUD200. Berbaloi baloi. :)
Tips: Untuk GST Refund, pastikan anda mempunyai kad kredit yang aktif untuk penggunaan di luar negara kerana pegawai GST Refund akan refundkan semula GST tersebut di dalam kad kredit anda.
Proses imigresen dan kastam, Alhamdulillah selesai dan berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang yang terpaksa melalui proses secara manual. Barangkali ada besi di dalam badan. Yang lucunya, apabila mesin penggera berbunyi, officer bertugas mengucapkan kata kata lebih kurang berbunyi begini kepada salah seorang sahabat saya, "Congratulations! You have been selected as a lucky passenger. Please step aside." sambil melakukan pemeriksaan lebih lanjut ke atas beliau.
"Treat other people nice and good, as they will treat you nicer and better."~uark
Di ruang menunggu agak selesa untuk kami berehat dan meluruskan kaki. Sambil mengimbas kembali momen-momen di Perth.
Jam 10 malam kami tiba di KLIA2, Alhamdulillah. Beg masing-masing juga selamat dan tidak pecah. Alhamdulillah. Saya terus kembali ke rumah kerana keesokan harinya pula ke Melaka. Penat memikirkan nak bawa beg seberat hampir 20kg naik ke rumah. :))
Manakala yang lain, bermalam di airport KLIA untuk penerbangan balik ke Kuching.
"What would you be without your BFF? "It takes a friend to make a friend," through adulthood, where we mingle at cafes or at the park, we crave closeness with each other. Friendship comes in all sort of forms. Each friendship offers something totally unique — and irreplaceable. Each friendship ultimately makes us who we are. Thank you for being a good friend, friends!" ~ uark
Summary of Day 6:
Summary of Day 6:
pssst - kalau ada yang perlukan tour guide di Perth ataupun travel planner, bolehlah hubungi saya ye. :))
No comments:
Post a Comment