The first condition of understanding a foreign country is to smell it.-Rudyard Kipling
Baru-baru ini, #travellingbie dan rakan-rakan memberanikan diri untuk memandu di Perth memandangkan upah seorang pemandu adalah AUD300 sehari. Sangat mahal. Disebabkan upah pemandu yang mahal, maka #travellingbie kali ini terpaksa menyewa kereta dan juga memandu. Seronok sebenarnya memandu di Perth. Jalan tak sesak kecuali sedikit sesak di bandar, pemanduan berhemah...kalau kat Malaysia, hmmmm...memandu lebih laju cilok sana, cilok sini. :))
"All you need are great friends and a full tank of petrol along the journey."~uark |
Entri kali ini adalah khas untuk tips pemanduan di Perth dan serba sedikit tips penyewaan kereta. Tips penuh penyewaan kereta ada di entri ini - https://mymotivations.blogspot.my/2017/03/travellingbie-persediaan-ke-mana-mana_26.html.
- Bagi yang pertama kali ke Perth seperti saya, mungkin akan berasa risau mengenai kaedah pemanduan di sana. Jangan risau, tempat pemandu adalah sama dengan Malaysia iaitu di sebelah kanan :))
- Pemanduan di Australia, tidak memerlukan lesen antarabangsa. Memadai dengan lesen memandu Malaysia yang dwi bahasa.
- Prihatin dan ambil peduli mengenai peraturan lalu lintas.
- Perlu ambil tahu mengenai keadaan cuaca semasa seperti hujan lebat, ribut pasir, hujan ais atau frost (pada musim sejuk).
- Sekiranya anda menyewa kereta, yuran pemandu sudah termasuk di dalam harga sewa. Bagi pemandu tambahan, dikenakan caj AUD20 seorang.
- Syarikat kereta sewa tidak menerima tunai, walau sebanyak manapun dollar tunai anda. Pastikan kad kredit anda aktif semasa di sana. Dan pastikan anda menempah kereta sewa lebih awal kerananya lebih murah berbanding walk-in.
- Sekiranya anda pergi berdua sahaja dan berjalan sekitar bandar Perth - lebih baik menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya anda berkumpulan 5 orang, sewa 1 kereta sedan. Sekiranya lebih 5 orang, sewa 8 seater dan sekiranya lebih 9 orang, sewa 12 seater atau 2 kereta sedan untuk yang 10 orang. Sekiranya lebih dari 12 orang, silalah sewa bas sahaja :))
- Bagi mat rempit atau minah rempit, anda akan mengalami kesukaran dan stress apabila memandu di Perth. Had laju yang paling laju adalah 110km/h, itupun di freeway. :))
- Setiap kereta sewa kami dibekalkan dengan GPS. Untuk menggunakan GPS dan mendapatkan tempat yang tepat, alamat perlulah lengkap dengan poskod sekali. Contoh: Sekiranya anda mahu ke Kailis Fish Market - ketahui alamat lengkap = 46 Mews Rd, Fremantle WA 6160, Australia. Masukkan poskod terlebih dahulu iaitu 6160, kemudian Area = Fremantle WA, Street Road = Mews Rd dan nombor lot = 46. Barulah GPS akan memberikan kordinat destinasi yang betul. Untuk memudahkan lagi perjalanan, kami menggunakan 2 GPS iaitu dari GPS yang disediakan dan Google Maps. Google Maps lebih tepat dan terkini berbanding GPS. Anda perlu sediakan powerbank sebanyak yang mungkin untuk sepanjang hari perjalanan kerana GPS di HP akan menyebabkan bateri HP anda cepat habis.
- Pemakaian tali pinggang keledar adalah WAJIB bagi semua penumpang termasuk bayi (baby seater). Setiap penumpang perlu menggunakan tali pinggang keledar sama ada anda duduk di hadapan, di belakang atau ditengah belakang. Untuk kereta sedan, maksima penumpang adalah 5 orang. Tidak boleh lebih dari itu. Peraturan jalanraya di Perth amat ketat dan dendanya juga amat tinggi. Anda pasti tidak mahu saman jalanraya sampai ke alamat di dalam lesen memandu anda nanti. Pengsan juga nak bayar sekiranya ditukar jumlah denda AUD kepada RM.
- Setiap kali anda berada di atas jalan raya, perhatikan tanda had laju sedia ada dan jangan memandu melebihi had laju. Di setiap jalan di sana ada sahaja kamera litar dan anda pastinya tidak mahu disaman. Had laju yang paling laju pernah saya lihat adalah 110km/h, itupun sekejap sahaja dan ianya adalah had laju paling laju di highway. Di jalan-jalan biasa, had laju yang paling maksima adalah 80 km/h. Di kawasan-kawasan perumahan, had laju paling laju adalah 60km/h dan sekiranya anda menghampiri kawasan lampu lalu lintas dan kawasan kerja-kerja sedang dijalankan, had laju terus menjunam turun kepada 40km/h. Anda boleh bayangkan tak, sedang anda memandu dalam kelajuan 80km/h, tiba-tiba anda perlu perlahankan kereta kepada 40km/h. Ikut sahaj peraturan. Di Perth, tiada kereta yang akan meng-hon anda sekiranya anda membawa 40km/h. Rilek rilek sahaja sambil menghirup udara segar. Kalau di KL memang dah kene hon dah. :))
- 100 meter sebelum trafik light, ada satu signboard amaran untuk kurangkan had laju. Kalau di sini, warna kuning tu tandanya bersiap sedia untuk berhenti. Bukannya macam kita di Malaysia, bila nampak lampu kuning jer, pecut selaju lajunya. :))
- Utamakan Pedestrian / pejalan kaki.
- Sekiranya memandu di highway, ada logiknya kenapa pemanduan tidak boleh melebihi 100km/h. Highway di Perth merupakan kawasan lalu lintas kangaroo pada waktu pagi dan petang. Sekiranya kereta dengan kelajuan lebih 100km/h melanggar kangaroo yang mungkin 2 kali lebih besar dari manusia, sama ada kangaroo yang terpelanting atau kereta bersama-sama isinya yang terpelanting. Bila berada di highway, kene cukup berhati hati dengan keadaan di kiri dan kanan jalan terutamanya pada waktu awal pagi dan petang. Sebab itulah, apabila kami melawat tempat yang jauh, kami keluar sekitar jam 8 pagi dan cuba untuk keluar dari highway sekitar jam 4 petang untuk mengelakkan pertembungan dengan kawanan kangaroo.
- Di WA, tiada highway yang bertol dan tiada RnR. Yang ada mungkin tempat berhenti di stesen petrol dan anda akan nampak tanda PARKING.
- Jangan parkir sesuka hati di tepi jalan. Di kawasan yang lain selain dari yang ada tanda PARKING, kereta tidak boleh berhenti kerana ianya bahaya kepada kenderaan anda dan juga yang lain.
- Sekiranya kenderaan anda melanggar binatang di freeway / highway dengan sengaja, anda akan didenda dan boleh dipenjara. Sekiranya anda terlanggar binatang-binatang tersebut, sila hubungi ranger kawasan dengan seberapa segera. Melanggar haiwan juga akan menyebabkan kereta / kenderaan anda rosak dan anda dipertanggungjawabkan untuk membaiki kenderaan tersebut. Kos pembaikan kereta adalah sangat mahal.! Sentiasalah berhati-hati.
- Penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali bagi pemandu, hatta memegang telefon bimbit juga adalah satu kesalahan.
- Berada di laluan yang betul. Lagi satu, sekiranya anda hampir berada di simpang bulatan dan anda hendak ke simpang pukul 12, anda perlu berada di lane kanan. Lane kiri adalah untuk simpang pertama sahaja. Sekiranya kereta anda berada di lane kiri, dan anda memberi signal untuk ke simpang no. 12 atau no.3, kereta di belakang anda akan hon anda dan marah walaupun anda memberi signal untuk ke kanan. Prihatin dengan laluan anda dan kereta anda berada di lane mana. Kami dah kene beberapa kali apabila tersilap lane dan GPS lambat memberi arahan. Nasib baik tidak kene tahan bapak polisi. :))
- Petrol kereta telah diisi penuh semasa kereta tersebut diberi sewa kepada anda. Pastikan anda hanya mengisi petrol 95 dan ke atas dan memulangkan keretea tersebut dengan isian penuh petrol sepertimana kereta tersebut disewakan kepada anda pada hari pertama.
- Amati dan awasi harga petrol. Setiap hari, stesen stesen petrol akan memaparkan harga yang berbeza. Sekiranya anda ingin lebih jimat, isi petrol di stesen minyak yang menawarkan harga promosi dan lebih rendah dari biasa. Boleh gunakan aplikasi ini untuk mencari petrol yang murah http://wafuelfinder.com/.
- Kadar parking adalah berbeza-beza bergantung dengan kawasan. Sekiranya anda menjumpai tanda seperti 1/4P = 15 parking free sahaja, 1/2P = setengah jam parking sahaja, 2P = 2 jam parking, 4P = 4 jam parking dan lain-lain tanda lagi. Anda perlu mengetahui tanda-tanda tersebut dan waktu parking berbayar dan waktu parking free. Saman parking juga mahal ya :)).
- Akhir sekali, sentiasa berhati-hati dan awasi had laju pemanduan anda.
"Wherever you go, go with all your heart. If you have a broken heart, travel to fix it."~uark
No comments:
Post a Comment