The poetry of earth is never dead.~ John Keats |
Taman Negara Gunung Gading, terletak di daerah Lundu mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ianya dikatakan merupakan tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang. Terdapat 17 spesis bunga Rafflesia dan ada segelintirnya telah diancam kepupusan. Spesis bunga Rafflesia yang terdapat di Taman Negara Gunung Gading adalah Rafflesia Tuan-Mudae.
Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 dan pada tahun 1994, ianya dibuka kepada orang awam agar pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia ini iaitu bunga Rafflesia. Selain itu, Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang tersendiri yang lain seperti air terjun yang cantik, laluan pejalan kaki, puncak Gunung Gading (906m) , Sesco Reservoir, beberapa tempat mandi manda dan pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi.
Bagi memastikan pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan, satu laluan lingkaran berkayu di bina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai agar pelawat berpeluang melihat bunga ini mekar berkembang.
Psst : Bunga Rafflesia paling kerap berkembang di antara bulan November sehinggalah Januari.
Memang bukan rezeki saya lagi untuk melihat bunga Rafflesia.
Panduan Perjalanan
Taman Negara Gunung Gading ini hanya 5 minit memandu dari Bandar Lundu. Sekiranya anda dari Bandar Kuching, ianya akan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dengan memandu kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress Lundu atau bas bernombor 2B dari bandar Kuching ke pusat bandar Lundu. Dari pusat bandar Lundu, anda perlu menaiki bas Pandan dan meminta untuk diturunkan di tepi jalan masuk ke Taman Negara Gunung Gading. Anda juga boleh menyewa teksi sama ada dari bandar Kuching ataupun dari bandar Lundu.
Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 dan pada tahun 1994, ianya dibuka kepada orang awam agar pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia ini iaitu bunga Rafflesia. Selain itu, Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang tersendiri yang lain seperti air terjun yang cantik, laluan pejalan kaki, puncak Gunung Gading (906m) , Sesco Reservoir, beberapa tempat mandi manda dan pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi.
Bagi memastikan pelawat mendapat peluang untuk melihat bunga Rafflesia tanpa menyebabkan kerosakan kepada pucuk muda dan flora lain di kawasan berdekatan, satu laluan lingkaran berkayu di bina berhampiran kawasan di mana Rafflesia sering dijumpai agar pelawat berpeluang melihat bunga ini mekar berkembang.
Flora dan fauna yang cantik di sini |
Memang bukan rezeki saya lagi untuk melihat bunga Rafflesia.
Panduan Perjalanan
Taman Negara Gunung Gading ini hanya 5 minit memandu dari Bandar Lundu. Sekiranya anda dari Bandar Kuching, ianya akan mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan dengan memandu kereta. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan Bas Ekspress Lundu atau bas bernombor 2B dari bandar Kuching ke pusat bandar Lundu. Dari pusat bandar Lundu, anda perlu menaiki bas Pandan dan meminta untuk diturunkan di tepi jalan masuk ke Taman Negara Gunung Gading. Anda juga boleh menyewa teksi sama ada dari bandar Kuching ataupun dari bandar Lundu.
Dari lapangan terbang antarabangsa Kuching ke Gunung Gading mengambil masa lebih 1jam 30minit |
Dari rumah, kami bertolak pada jam 8 pagi untuk ke Gunung Gading. Bekalan yang mencukupi di bawa bersama untuk rehlah di kawasan air terjun.
Lebih kurang jam 10pagi, kami sampai di pintu masuk Taman Negara Gunung Gading. Bayaran masuk bagi seorang dewasa adalah RM10 dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun adalah PERCUMA. :)
Selepas memarkir kereta, kami bersiap-siap untuk treking ke air terjun. Gunung Gading mempunyai 3 kawasan air terjun yang sangat cantik. Air Terjun 1, Air Terjun 3 dan Air Terjun 7. Tidak diketahui kenapa nama Air Terjun 2,4,5 dan 6 tiada di dalam peta. Misteri!
Treking dari bawah ke Air Terjun 1 mengambil masa lebih kurang 15 minit. Jalan yang santai dan di kiri kedengaran bunyi air terjun dari sebelah bawah.
Treking dari Air Terjun 1 ke Air Terjun 3 mengambil masa lebih kurang 15 minit. Jalan yang agak santai dan sesekali menaik tetapi tidak mencanak canak, sesuai untuk yang baru belajar dan baru nak jatuh cinta dengan aktiviti pendakian.
Dari Air Terjun 3 ke Air Terjun 7 pula mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Air Terjun 7 ke Puncak Gunung Gading akan mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam.
Kalau ikutkan hati saya, memang nak teruskan sehingga ke air terjun 7 atau ke puncak. Setibanya kami di Air Terjun 3, saya baru sahaja nak teruskan perjalanan, tiba-tiba adik pula jumpa jalan kecil menuju air terjun 3. :)) Nampaknya terpaksalah akur dengan keputusan majoriti untuk berhenti rehat di air terjun 3 tanpa mengetahui yang Air Terjun 3 ini ada kesahnya. :))
Dari jam hampir 12 tengahari kami tiba di Air Terjun 3, mandi manda dan makan di kawasan tersebut serta solat zohor, tanpa kami mengetahui kisah Air Terjun 3 ini. Sedang mereka bermandi manda, saya pula tidur di atas batuan besar di tepi kolam air terjun yang sangat cantik. Terasa segar sedikit bila dapat tidur melelapkan mata sebentar setelah hampir 2 minggu tidak dapat melelapkan mata. Terasa nak menyelam tetapi tak pandai berenang. Main-main air di tepian kolam sahajalah nampaknya.
"I felt my lungs inflate with the onrush of scenery - air, mountains,, trees, waterfall and beautiful sounds from the forest. I thought, ""This is what it is to be happy."~ua
Yang peliknya air terjun ini, kolamnya hijau kebiruan biruan dan sangat cantik seolah-olah ianya kawasan jagaan. Saya sering mengingatkan diri saya apabila berada di tempat sebegini untuk menjaga tingkah laku dan tutur kata, kerana bukan manusia sahaja yang berada di sini. Tempat yang cantik dan terjaga di dalam hutan kebiasaannya ada yang menjaganya.
Sepanjang kami berada di Air Terjun 3, tiada kelihatan dan kedengaran pendaki/pelawat naik atau turun dari Gunung Gading. Kawasan air terjun 3 ini hanyalah di tepi jalan treking sahaja. Yang kedengaran, hanyalah suara si kecil bermandi manda dengan seronoknya.
Lebih kurang jam 2.30pm kami berkemas-kemas untuk turun ke bawah. Sepanjang berada di Air Terjun 3, perasaan saya merasa rasa seperti ada yang memerhati, namun saya diamkan sahaja. Semasa keluar dari kawasan air terjun, kami bersihkan tempat berkenaan seperti mana kami datang. Sampah sarap, plastik semuanya di bawa balik dan tiada apa yang tinggal kecuali perasaan. :))
Sepanjang perjalanan turun, kedengaran dari belakang dan dari tepi suara binatang yang mendengus dengus. Saya diamkan sahaja dan mula menyuruh yang lain jalan ke hadapan. Sesekali saya di hadapan dan kebanyakan masanya saya di belakang. Ada satu ketika, kedengaran suara sekumpulan remaja dari arah belakang dan akhirnya memotong kami. Pada masa itu, suara tersebut hilang. Bila kami mula berjalan berempat, suara tersebut kedengaran semula. Harap-harapnya si kecil tidak mendengar apa-apa. :))
Lebih kurang hampir sejam kami berjalan, suasana di dalam hutan semakin gelap. Ketika berada di persimpangan Sesco Resevoir, suara dengusan tersebut semakin hilang. Saya mula menarik nafas lega apabila suara berkenaan hilang. Namun, apabila kami memasuki lingkaran Rafflesia dan apabila saya keseorangan kerana ditinggalkan akibat sibuk mengambil gambar, suara burung yang sangat bising pula mengekori saya, sehinggalah saya menghampiri yang lain. Perjalanan turun kami selama 45minit berakhir di kawasan perkhemahan dan tempat mandi manda awam. Alhamdulillah, trip kali ini berakhir dengan selamat tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini walaupun peristiwa misteri berlaku sepanjang perjalanan turun ke kaki Taman Negara Gunung Gading.
Setibanya di bawah, kami rehat sebentar dan masa itu, baharulah saya bertanyakan yang lain mengenai suara berkenaan. Rupa-rupanya, masing-masing mendengar tetapi didiamkan sahaja sambil menoleh kiri dan kanan.
Jam 4pm, kami keluar dari Taman Negara. Saya dengan azam untuk kembali lagi bagi menakluk puncak Gunung Gading, InsyaAllah :))
Perjalanan balik juga mengambil masa 1jam 30minit dan sebelum tiba di rumah, kami singgah sebentar untuk membuangkan semua yang tidak perlu.
Bagi yang ingin mendaki dan jelajah Gunung Gading, jagalah tingkah laku dan pertuturan serta niat. Niat yang baik InsyaAllah, tiadalah kejadian yang tidak diingini berlaku. Tempat-tempat seperti itu, banyak yang menghuninya dan kita perlu hormati entiti entiti lain yang menghuni dan menjaga tempat tersebut. :)
Nota penting: Gambar-gambar di dalam entri ini adalah kepunyaan pemilik blog. Sila hubungi pemunya blog sekiranya anda ingin menggunakan gambar tersebut untuk sebarang tujuan.
“Not just beautiful, though—the stars are like the trees in the forest, alive and breathing. And they’re watching me.”—Haruki Murakami, Kafka on the Shore
Air Terjun 7 ke Puncak Gunung Gading akan mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam.
Kalau ikutkan hati saya, memang nak teruskan sehingga ke air terjun 7 atau ke puncak. Setibanya kami di Air Terjun 3, saya baru sahaja nak teruskan perjalanan, tiba-tiba adik pula jumpa jalan kecil menuju air terjun 3. :)) Nampaknya terpaksalah akur dengan keputusan majoriti untuk berhenti rehat di air terjun 3 tanpa mengetahui yang Air Terjun 3 ini ada kesahnya. :))
bekalan makanan kami - nasi putih, telur rebus dan ayam goreng + kicap |
"I felt my lungs inflate with the onrush of scenery - air, mountains,, trees, waterfall and beautiful sounds from the forest. I thought, ""This is what it is to be happy."~ua
Yang peliknya air terjun ini, kolamnya hijau kebiruan biruan dan sangat cantik seolah-olah ianya kawasan jagaan. Saya sering mengingatkan diri saya apabila berada di tempat sebegini untuk menjaga tingkah laku dan tutur kata, kerana bukan manusia sahaja yang berada di sini. Tempat yang cantik dan terjaga di dalam hutan kebiasaannya ada yang menjaganya.
Sepanjang kami berada di Air Terjun 3, tiada kelihatan dan kedengaran pendaki/pelawat naik atau turun dari Gunung Gading. Kawasan air terjun 3 ini hanyalah di tepi jalan treking sahaja. Yang kedengaran, hanyalah suara si kecil bermandi manda dengan seronoknya.
Lebih kurang jam 2.30pm kami berkemas-kemas untuk turun ke bawah. Sepanjang berada di Air Terjun 3, perasaan saya merasa rasa seperti ada yang memerhati, namun saya diamkan sahaja. Semasa keluar dari kawasan air terjun, kami bersihkan tempat berkenaan seperti mana kami datang. Sampah sarap, plastik semuanya di bawa balik dan tiada apa yang tinggal kecuali perasaan. :))
Sepanjang perjalanan turun, kedengaran dari belakang dan dari tepi suara binatang yang mendengus dengus. Saya diamkan sahaja dan mula menyuruh yang lain jalan ke hadapan. Sesekali saya di hadapan dan kebanyakan masanya saya di belakang. Ada satu ketika, kedengaran suara sekumpulan remaja dari arah belakang dan akhirnya memotong kami. Pada masa itu, suara tersebut hilang. Bila kami mula berjalan berempat, suara tersebut kedengaran semula. Harap-harapnya si kecil tidak mendengar apa-apa. :))
Lebih kurang hampir sejam kami berjalan, suasana di dalam hutan semakin gelap. Ketika berada di persimpangan Sesco Resevoir, suara dengusan tersebut semakin hilang. Saya mula menarik nafas lega apabila suara berkenaan hilang. Namun, apabila kami memasuki lingkaran Rafflesia dan apabila saya keseorangan kerana ditinggalkan akibat sibuk mengambil gambar, suara burung yang sangat bising pula mengekori saya, sehinggalah saya menghampiri yang lain. Perjalanan turun kami selama 45minit berakhir di kawasan perkhemahan dan tempat mandi manda awam. Alhamdulillah, trip kali ini berakhir dengan selamat tanpa berlaku sebarang insiden yang tidak diingini walaupun peristiwa misteri berlaku sepanjang perjalanan turun ke kaki Taman Negara Gunung Gading.
Setibanya di bawah, kami rehat sebentar dan masa itu, baharulah saya bertanyakan yang lain mengenai suara berkenaan. Rupa-rupanya, masing-masing mendengar tetapi didiamkan sahaja sambil menoleh kiri dan kanan.
Jam 4pm, kami keluar dari Taman Negara. Saya dengan azam untuk kembali lagi bagi menakluk puncak Gunung Gading, InsyaAllah :))
Perjalanan balik juga mengambil masa 1jam 30minit dan sebelum tiba di rumah, kami singgah sebentar untuk membuangkan semua yang tidak perlu.
Bagi yang ingin mendaki dan jelajah Gunung Gading, jagalah tingkah laku dan pertuturan serta niat. Niat yang baik InsyaAllah, tiadalah kejadian yang tidak diingini berlaku. Tempat-tempat seperti itu, banyak yang menghuninya dan kita perlu hormati entiti entiti lain yang menghuni dan menjaga tempat tersebut. :)
Nota penting: Gambar-gambar di dalam entri ini adalah kepunyaan pemilik blog. Sila hubungi pemunya blog sekiranya anda ingin menggunakan gambar tersebut untuk sebarang tujuan.
“Not just beautiful, though—the stars are like the trees in the forest, alive and breathing. And they’re watching me.”—Haruki Murakami, Kafka on the Shore
No comments:
Post a Comment