24 June 2023

Perihal Baik Sangka dengan Allah

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى

“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).

Perihal husnodzon @ berprasangka baik pada Allah SWT.

Susahnya kita nak didik hati untuk berprasangka baik pada Allah. Kita dengan manusia pun selalu susah nak berprasangka baik. Selalunya yang terjadi pada kita, selalu sahaja bersangka buruk pada manusia, apatah lagi pada Allah. Takut Allah tak makbulkan doa, takut Allah tak ampunkan dosa2, takut Allah tak pandang kita, semua yang kita takut itu prasangka buruk pada Pencipta kita.

Jabir berkata bahawa ia pernah mendengar sabda Rasulullah ﷺtiga hari sebelum Baginda wafat,

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
“Janganlah salah seorang di antara kamu mati melainkan ia harus berhusnuzon pada Allah سبحانه وتعالى.”
(Hadis Riwayat Muslim no . 2877)

Sangka baik pada Allah, itu yang diajarkan pada kita dalam doa. Antara adab berdoa, sentiasa bersangka baik pada Allah dan yakin bahawa doa2 kita akan dimaqbulkan Allah, cepat atau lambat mengikut kesesuaian masa yang Allah tentukan.
Jangan putus harap dan terus yaqin dan terus berdoa yang baik2.
Sekiranya doa2 kita belum dimaqbulkan, yaqinlah bahawa masanya masih belum tiba.

Allah سبحانه وتعالى berfirman,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Surah Ghofir / Al Mu’min : 60)

“Ya Allah, Kabulkanlah dan perkenankanlah setiap doa kami.”
Allahumma Aameen

Selamat berhujung minggu
Allahu Ta'ala A'lam


21 June 2023

Motivasi untuk Jiwa


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum
Dah lama tak mencoret di ruangan blog ini...

Saya mulakan coretan 2023 ini dengan....
Motivasi untuk jiwa-jiwa kita, semoga bermanfaat.

Bangkit setiap hari
Lihat yang indah indah.... Alhamdulillah
#bepositive
#positivemindset
#positivity
#positivevibes

Set minda bahawa anda seorang yang positif mindanya, cekal hatinya, teguh jiwanya, bahagia hatinya, dan syukur kerana diberi iman dan Islam.

Apa sahaja ujian dan dugaan yang melanda, InsyaAllah Biiznillah dengan izin Allah, semangat anda pasti akan kuat mengharunginya, walau seorang diri. Kerna anda yaqin dan percaya, Allah sentiasa ada untuk anda.

Nak mengadu? Allah ada
Nak teman menangis? Allah ada
Nak kongsi suka duka bahagia gembira? Allah sentiasa ada.
Jadilah manusia yang bahagia. InsyaAllah jiwa dan raga sentiasa tenang...santai2 aja bila badai melanda

16 June 2023

Anekdot seorang pekerja #15

Sembang kehidupan di kantor:

Anak buah A: puan, sat lagi nak pergi klinik, kepala pusing2. Dah terasa2 dah dekat tengkuk.
Hmmm..Ok
2 hari lepas dah mc dah

Yang sorang lagi mc 2 hari straight. Banyak kerja2 yang pending, last2 kene buat kerja orang lain. Ada sorang lagi, baru lapor diri tak sampai sebulan dah ambik MC EL CR atas alasan tidak sihat, sampailah sekarang ni


Memang lah sakit bukan kita yang mintak. Bila tanya, "makan ubat tak?" Diam ja x menjawab. Aduhaii....ponin kepala den

Anak buah B: puan, nak mintak cuti esok. Nak rehat
Saya tengok ja atas bawah
"Bukan kerja teruk pun. Tak sihat ka?
Anak buah B: Haah,penat and macam tak sihat ja ni
Hmm.. takpa la. Apply dalam hrxxx

Budak2 muda la ni memang kurang daya tahan ke? Rasa kerja teruk sikit, terus mc atau EL. Ataupun budak2 zaman sekarang ni memang virus lagi kuat dari antibodi tubuh badan manusia?

Kalau saya jumpa doktor, doktor ni susah betul nak bagi MC. Kene mintak mc baru doktor bagi itupun sehari. Bila DPT mc 1 hari ja, padahal fizikal masih tak larat lagi, terpaksalah hire pilot UTK hantar ke destinasi.
#nasibbadan
#yangtakpernahmctahunlepas
Risau betul dengan penyakit berjangkit bernama MC ni.
Macamana nak buat yerrr?