22 January 2010

Aduhai Si Tanggang Moden...

Berita di Utusan Malaysia hari nie - Si Tanggang Moden dari Sarawak??? memang mengejutkan dan memalukan...dari negeri kelahiran aku pulak tu!

Sedih bila membaca kisah si ibu tua ini, sanggup berhutang semata-mata untuk membeli tiket kapal terbang utk menjenguk anaknya yang berpindah ke semenanjung dan tidak pernah kembali ke kampung halaman apatah lagi nak menjenguk ibunya yang tua...menjejak kaki ke semenanjung pun dengan susah payah, keciwanya hati bila telah bertemu dengan rintangan, anak yang dikandung 9 bulan tidak mengakui ibunya, malahan di halau ibunya itu dari rumahnya...naluri ke-anakan sudah tidak ada di dalam diri anak itu...sedih dan kecewa!


Namun, cerita si tanggang ini kiranya di lihat dan diteliti..berlaku di mana-mana tidak mengira kawasan geografinya...kes anak lari dari rumah, kes anak tidak mengaku ayah dan ibu, kes anak meninggalkan ibu-bapa di rumah orang tua, kes anak meninggalkan ayahnya di tepi jalan dan sebagainya saban hari dipaparkan di ruangan media...

sudah amat rendahkah moral anak2 zaman sekarang sehingga menganggap ibu-bapa sebagai beban sedangkan masa kecilnya ditatang seperti minyak yang penuh, dipenuhi dengan kasih sayang...sehingga malu mengaku ibu atau ayah ketika mana anak itu telah berjaya atau mengahwini lelaki yang kaya raya. Sudah tidak setaraf kah anak dengan ibunya sedangkan kemuliaan ibu itu lebih tinggi dan martabat ibu itu lebih mulia...
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orangtuamu dan hanya kepada-Kulah kembalimu.“ (Luqman: 14)


Kiranya sang ibu tadi berdoa, agar anaknya dibalas semasa di dunia...Allah pasti akan makbulkan doa seoarang ibu yang teranaiaya oleh anaknya sendii itu!

Mudah-mudahan kita tidak menjadi anak-anak yang derhaka seperti kisah si tanggang moden zaman sekarang...mudah-mudahan jua kita tidak mendapat anak-anak yang mempunyai sifat-sifat anak derhaka...Aaamin!

20 January 2010

356hari mencari cinta - Manusia kadang-kadang keliru dengan CINTA yang datang mengusik hati...

LOVE - it's a wierd and supernatural feeling...either to submit or to delete, either to let it go or to hold it tight, either to search for it or to let the love comes naturally...!

hmmm...jangan keliru dengan perasaan tersebut. Kita sentiasa ada pilihan untuk menentukan mana yang terbaik buat kita. Tapi kadang-kadang, apa yang kita rasakan terbaik buat kita bukanlah yang terbaik yang Allah SWT telah tentukan...dan apa sahaja yang kita rasakan bukanlah pilihan kita, mungkin itulah yang terbaik buat kita!

pernah dengar orang atau kawan-kawan kita bertanyakan soalan yang boleh dikatakan killer bagi yang belum berkahwin..."saya tengok awak nie, comel/cantik/handsome/serba serbi ada...tapi kenapa tak kawin-kawin lagi...memilih sangat kot.." hmmm...jawapan yang hanya empunya diri sahaja yang tahu dan hanya Allah SWT sahaja yang Lebih Mengetahui dan yang Maha 'Arif, kenapa sampai sekarang tak kawin-kawin lagi.

saya ada satu cerita yang mungkin memerlukan pandangan pembaca.

"aku suka ke dekat dia? hmmmm...bila dia tak call, tak sms...gelisah pulak hati aku nie, bila dia bagi hint dan melangkah selangkah ke hadapan, aku pulak pullback...takut...camana aku nak buat nie ye?...ker aku dah jatuh cinta kat dia"

"hati sendiri pun tak pasti, camner nie?..hehehehe" aku senyum je bila dengar...

"ntah la...nak cari calon nie kene ada 4 perkara, tapi yang paling penting agamanya. aku tengok dia ok, tapi....bila dapat tahu familinya macam tu esp adik beradiknya...berbelah bagi pulak hati aku nie. takut nanti aku tak dapat menahan dugaan dan cubaan yang berkaitan dengan famili dia pulak. nak mendirikan masjid nie, bukan dengan sorang jer...kene bersekali dengan keluarganya..."

"hmmm...aku pun tak tahu nak bagi pendapat macamana...tapi yang penting, dalam proses mencari jodoh nie, kene lihat perkara-perkara seperti berikut - Islam-agamanya perlu dilihat terlebih dahulu, berilmu dan baik akhlaknya, mencintai ilmu dan banyak lagi...kene kenal la dulu dengan keluarga dia kot...then baru ngkau boleh menilai dan mentafsir dan merungkai keresahan jiwa ngkau tu. ko baru tengok luaran keadaan famili dia...belum lagi lihat secara mendalam lagi...kalau mak dia ok, suka kat ngko walaupun adik beradik dia yang lain tak berapa nak berkenan ke ape ke...itu dah cukup bagus dah. itu pandangan aku la..."

"thanks kawan...aku rasa lega sikit walaupun aku belum jumpa penyelesaian yang terbaik utk hati aku yang tengah kompius nie..."

"heh...takper, aku sekadar memberi pandangan yang tidak semestinya betul...mungkin juga aku salah. Yang terbaik, mengadulah kepada Allah SWT kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan, meminta pandangan dan memohon hajat....InsyaAllah, Dia akan ilhamkan utk engkau apa yang terbaik, dan ko kene dengar jugak suari hati engkau yang paling dalam...kene renung dan fikirkan dengan mata hati, bukan dengan mata kasar dan kehendak nafsu...:-)"

Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
“ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)
Firman Allah Ta’ala :
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (nikah) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nur : 32)
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang agama dan akhlaknya kamu ridhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)
Al Hasan bin Ali rahimahullah pernah berkata pada seorang laki-laki :
“Kawinkanlah puterimu dengan laki-laki yang bertakwa sebab jika laki-laki itu mencintainya maka dia akan memuliakannya, dan jika tidak menyukainya maka dia tidak akan mendzaliminya.


Wallahua'lam.

12 January 2010

357hari mencari cinta-hari ke-4

Luar biasanya cinta sehingga mampu mencairkan hati yang sejuk beku menjadi panas dan membakar perasaan manusia….

Luar biasanya cinta sehingga mampu menjadikan sang pencinta itu tabah dan kuat ketika dilanda badai dan derita…

Luar biasanya cinta…dan cinta itu boleh menjadi luar biasa hendaknya, diselang seli dengan warna warni senang dan payah...

Lewat petang tadi, melawat suami sahabat lama yang berada di ICU sejak empat hari lepas disebabkan oleh virus yang menyerang system imun beliau(kalau tak silap saya)…kesempatan balik awal dari kerja petang tadi diluangkan untuk menjenguk keadaan beliau…

HUKM, lama dah tak datang ke tempat yang pernah menjadi rumah sementara selama 2 minggu lebih kurang 11 tahun yang lepas.

Wad ICU di tingkat 2 – dipenuhi dengan pelawat-pelawat yang datang menjenguk saudara atau kawan-kawan yang sedang ditimpa musibah dan dugaan Tuhan…

Melihat ketabahan dan kekuatan sahabat saya menghadapi dugaan yang menimpa beliau, berulang alik dari seremban ke HUKM sudah membuatkan saya kagum…betapa cinta seorang isteri kepada suaminya menjadikan semua dugaan yang menimpa ditempuhi dengan sabar…sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan suaminya agar cepat sembuh dan kuat semangat menentang kesusahan dan kesukaran yang menimpa.

Cinta sang isteri…sanggup berkorban utk suaminya, sanggup berada di sisi suaminya ketika senang dan apatah lagi ketika susah, dan tidaklah dinamakan cinta sejati kiranya tidak diduga dengan kepayahan dan kesusahan di dalam alam rumahtangga, Cuma tingkatan dugaan itu berbeza antara pasangan suami-isteri itu dengan yang lain…dan bagaimana cara pasangan tersebut menghadapi dugaan yang menimpa itu…

Hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda: “Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’ tetapi para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka.”
Ketika ditanya para sahabat, Rasulullah SAW menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah.”

AllahuAkbar…isteri dan suami yang saling mencintai kerana Allah besar ganjarannya dan kerana besar ganjarannya, besarlah juga dugaan yang Allah turunkan bersesuaian dengan kemampuan hambaNya…kerana cobaan itu menjadikan ikatan kasih sayang, mawaddah dan cinta antara keduanya jika diselami dan dimanfaati, akan menjadikan mereka kuat dan semakin cinta kedua-duanya.

Semoga sahabat saya berterusan menjadi isteri mithali dan isteri di syurga Firdausi utk suaminya yang tercinta dan cinta mereka tetap teguh, seteguh cinta Zulaikha, sesuci cinta Siti Khadijah dan semurni cinta Siti 'Aisyah…InsyaAllah!

Saya kongsikan bersama sebuah cerita yang saya petik dari blog serikandikenyalang.blogspot.com
CINTA SEORANG SUAMI... Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak .... disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat ..... tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.
Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."
Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ... kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..." Sejenak kerongkongannya tersekat... "Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?
Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?
Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ....... bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?"
Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno... Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan rasa terharu...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .... Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...

Wallahua’lam…
Semoga kita semua akan menemui cinta sejati...dan kiranya tiada ketemu sehingga di akhir nyawa, berusahalah kita utk mencapai cinta sejati di dunia yang kekal abadi...InsyaAllah!

08 January 2010

358hari - hari ke-3 mencari cinta...

“dengar-dengar ada orang datang merisik?...betul ke?”

“ala…tak suka la macam nie…ingatkan nak elak, tapi tak boleh…dia call, saya tak jawab, dia sms pun saya tak jawab…tapi dia call kat office pulak…kantoi, takleh nak elak dah, camner nie???”

“hehehe…ada orang suka la tu…”

“haah….dia ajak keluar malam nie…tak suka la kalau orang paksa-paksa macam tu…lepas tu semalam call saya, terus sergah tanya pasal tu...saya dah cakap tak nak, tapi dia macam paksa jer…malam nie, saya nak bagitau terang-terang kat dia..”

“kenapa tak suka dia? Ok…ape, sama bujang, lepas tu entah-entah banyak duit…dah ada harta sikit…lagipun kawin dengan orang lebih rendah dari kita nie, murah rezeki…”

“betul ke??? Tapi, saya tak suka la…kawan je takpe…”

“hehehe…bagitau je la terang-terang dan tegas tapi kenela berhikmah malam ni…orang lelaki nie ada egonya sendiri...”

“haaa…akak lak bolehla dengan dia…kata, orang lebih rendah dari kita nie…InsyaAllah murah rezeki…hehehehe”

“ishk budak nie…akak dengan dia takde chemistry la…cinta nie kan, bila melihat dengan pandangan pertama, hati tersentak dan jantung berdebar-debar…pandangan kali kedua tu kene jaga…kerna dari mata tu turun ke hati…mula la hati resah gelisah. Tapi kalau takde debaran…bukan jodoh kita la tu…tengok dia pun takde perasaan macam tu, lagipun chemistry magnet tu takde de la…hehehehe”

“heh…maknanya bukan taste akak la nie…”

“bukan pasal tu…jodoh nie kan rahsia Allah…kalau tak jupe jodoh kat sini, InsyAllah ade la tu kat tempat lain J…”

“haah….tapi, tak rasa sunyi ke bila tengok kawan-kawan yang lain bahagia melayari bahtera rumahtangga, ada cahayamata, dan hidup terisi dengan cahaya cinta kekeluargaan?”

“hmmm…susah nak jawab, kekadang tu ade jugak rasa cemburu…tapi, bukanlah sampai jadi tekanan perasaan…sebab itulah kita kene percaya pada qada’ dan qadar, itukan salah satu dari rukun iman- rukun iman yang ke-6 iaitu beriman kepada qada’ dan qadar. Bila kita berusaha tapi tak dapat mencapai target kita atau tak dapat mencapai apa yang kita hendakkan, percayalah bahawa perencanaan Allah SWT itulah yang sebaik-baiknya…ada hikmahnya tak kawin dan tak jumpa cinta dihati lagi, mungkin itu yang terbaik bagi kita buat masa sekarang…, masa hadapan, mungkin kita akan ditemukan dengan jodoh kita walaupun lambat, tapi kekal dan bahagia hingga ke akhir nyawa, menjadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak kita” aku senyum, melihat dahi dia berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu…

“akak tak risau ke kawin lambat…”

Banyak pulak soalannya…heh…layan je la

“hmmm…ade beza ke kawin lambat dengan kawin cepat???”

“ada la kot…bila kawin cepat dan dapat anak cepat, bila dah tua nanti anak2 dah besar, bekerja dan boleh la jaga kita. Tapi bila kita kawin lambat, umur dah 50, anak sekolah menengah lagi…banyak lagi bende yang kita kene buat…kita kene teruskan bekerja walaupun ada yang dah sebaya kita, let say pencen umur 56 dah rileks dah..”

“kalau jodoh kita lambat dan kawin dengan duda yang anak-anak dah besar? Duda tu pulak kaya raya?...tak ke kita tak payah dah bersusah payah? dan pasti ker nanti anak-anak yang kita lahirkan akan menjaga kita masa tua nanti? atau kawin awal tapi berpuluh-puluh tahun tak dapat anak?...camner tu?”..aku senyum lagi

“hmmm…itu kalau bernasib baik…kalau jenis tak bernasib baik? Sampai ke tua hidup sorang-sorang macamana?”

“rumah warga emas kan ada? Atau…duit yang kita simpan tu bolehla duduk di rumah warga emas yang exclusive…atau buat kebajikan selama kita hidup, bermasyarakat…InsyaAllah ada yang akan menjadi payung kita nanti”

“hmmm…tapi saya tak nak tua sorang-sorang…”

“hehehehe…panjang lagi perjalanan tu, kalau diizinkan Allah SWT utk kita meneruskan hidup nie..kalau ditakdirkan kita mati esok atau sekejap lagi…dah tak payah pikir dah…”

“hehehe…betul jugak, tapi…”

“dah…tak payah fikirkan sangat, waktu rehat pun dah nak habis nie…cerita pasal cinta nie tak pernah habis…Cuma kene percaya, cinta itu nanti akan hadir juga…teruskan mencari cinta tersebut walau dengan cara yang payah..InsyaAllah, satu hari nanti akan jumpa jodoh kita yang telah Allah SWT tentukan”…aku mengakhiri perbualan kami…

Hari ke-3 mencari cinta berakhir…

Cinta itu kekadang datang dalam kepayahan…hikmahnya perlu kita fikiri dan dalami. Hanya yang besar hatinya dan lapang dadanya menerima keadaan diri seadanya tanpa menyalahkan sesiapa atau diri sendiri dan tanpa mempersoalkan kenapa cinta itu masih belum hadir dalam diri..

Teruskan usaha mencari cinta, kerana dalam payah itu…terlahir satu nikmat yang manis!

06 January 2010

359hari Mencari Cinta-Kisah Mencari cinta hari ke-2


Salam penuh cinta...

OK, kali ini pencarian hari Ke-2 mencari cinta bermula dengan mencari-cari makna C.I.N.T.A...apakah cinta? adakah sama orang yang bercinta dengan orang yang berkasih sayang dan dengan orang yang suka?....

Di manakah tingkatan cinta? dan apakah darjat cinta kita? dan di manakah tingkatan cinta kita berada? Hati-hati dengan cinta dan kecintaan seperti Firman Allah SWT di dalam Surah Ali-'Imran 3:14 seperti di bawah ini yang bermaksud:
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (QS. 3:14)

Bagi yang telah mencapai nikmat cinta...cinta yang bagaimana yang telah anda kecapi dan masih terasa lagikah perasaan cinta tersebut...masih segarkah?, masih mekarkah dan adakah rasa gementar itu masih ada di dalam jiwa?
Bagi yang sedang dikerumuni aura cinta...bagaimana perasaannya - terasa ingin terbang, terasa dunia ini ana yang punya (bak kata Allahyarham P.Ramlee di dalam salah satu lagunya...Al-Fatihah buat beliau), terasa hidup ini begitu indahnya, terasa setiap bunga yang tumbuh melata kembang tanpa layu, terasa kicauan burung kedengaran begitu indahnya...dan terasa segala-galanya indah dan cantik belaka...tapi, hati-hati kerana manusia yang penuh dengan cinta kadang-kadang tidak berpijak di bumi yang nyata!
Bagi yang masih mencari cinta...harapannya bagaimana? cinta yang bagaimana? dan sudah tentu ramai yang mencari-cari cinta sejati...bahagia hingga ke akhir hayat, hingga ke hujung nya, hingga ke akhir nyawa, atau hingga kan bahagia di alam yang kekal abadi nanti? apa usahanya yang perlu dilakukan sehingga cinta tersebut diperolehi?
Seorang sahabat saya pernah memberi komen di dalam epilog Mencari Cinta Hari Pertama - "Hanya orang-orang yang jiwanya benar-benar suci dapat meraihnya. Cinta tak boleh dicari, tapi dianugerahkan dari Sang Pencinta itu sendiri. Seperti cinta Zulaikha atau cinta Rabi'atul Adawiyyah."
ya....cinta yang benar-benar suci diraih dengan payah...cinta memang anugerah Sang Maha Pencipta, tapi cinta juga perlu dicari...ada yang terjerumus di dalam cinta dunia, ada yang tergelongsor di dalam cinta ciptaan sendiri yang tidak bertunjangkan kebenaran, ada juga yang membakar diri kerana cinta, dan ramai juga yang menemui jalan cinta Ilahi sekaligus menemui cintanya di dunia yang bertunjangkan akhirat...ya! Cinta Akhirat itu payah untuk ditemui...jalannya penuh onak dan duri, penuh ranjau, penuh dengan trafik light, dipenuhi dengan jalan yang bersimpang siur...kadang-kadang kita terlajak sedikit, tersesat sebentar sebelum menemui jalan yang benar...memang penuh cobaan, tapi akhirnya nanti bila ketemui cinta hakiki itu, manisnya yang teramattttt yang tidak bisa dirasakan oleh mereka yang tidak pernah menempuh jalan sukar...
Saya memetik petikan dari dalam forum Halaqah.net, dari seorang forumer ifah90:Definisi CINTA Dalam Al Qur’an - Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi. Dalam Fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan dan tidak akan teraih oleh manusia kecuali Allah menghendakinya, hanya Allah yang akan memberi cinta Nya kepada hamba yang dkehendakiNya. Allah yang akan mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu belanjakan seluruh kekayaan yang ada di bumi, niscaya kamu tidak akan mendapatkan kebahagiaan cinta jika Allah tidak menghendakiNya. Oleh karena itu teraihnya cinta—wudda pada satu pasangan itu karena kualiti keimanan ruhani pasangan tersebut. Semakin ia mendekatkan diri kepada sang Maha Pemilik Cinta maka akan semakin besarlah wudda yang Allah berikan pada pasangan tersebut. Cinta inilah yang tidak akan luntur sampai di hari akhir nanti sekalipun maut memisahkannya, cinta yang atas nama Allah SWT, mencintai sesuatu atau seseorang demi dan untuk Allah SWT.

Hari ke-2 mencari cinta, masih belum temui cinta, tapi makna cintanya yang pelbagai telah dikupas secara ringkas...mudah-mudahan, bagi yang bakal mencari cinta, akan temui cinta yang bagaimana harus dicari...cinta dunia cinta akhirat atau cinta akhirat sekaligus mendapat keduanya sekali? :-)

La Tahzan, jika belum temui cinta...kerana kemanisan cinta itukan diraih dengan payah...bergembiralah! kerana jika kita sudah mengetahui siapa yang selayaknya yang harus kita cinta dan kita berusaha untuk mencinta...buat permulaannya mungkin sudah cukup mengembangkan hati kita dengan bunga-bunga cinta tersebut...:-)

Berakhir sudah hari ke-2 mencari cinta...hari ke-3 dan seterusnya...InsyaAllah akan dimulakan dengan cerita-cerita hebat tentang cinta!

05 January 2010

360 hari Mencari Cinta - Hari Pertama


Kenapa Mencari Cinta 360 hari? Kenapa tidak mencari cinta 365 hari? 5 hari tanpa cinta merupakan hari-hari yang rehat dan santai tanpa berbuat apa-apa, tanpa memikirkan apa-apa dan membiarkan semua yang ada berlalu begitu sahaja…sia-siakan? 5 hari tanpa cinta bukanlah hari yang sia-sia...5 hari itu adalah hari-hari muhasabah dan memikirkan diri. Ya! 5 hari untuk menyingkap kembali usaha mencari cinta kiranya 360 hari tersebut masih belum atau hampir atau sudah atau telah mendapatkan cinta dalam bentuk apa pun!

Hari Pertama...
aku ingatkan aku sudah temui cinta. rupa-rupanya pencarian cintaku baru sahaja bermula tanggal 5 januari...tahun yang ke berapa itu tidak penting!

Kenapa hati ini seperti diusik-usik? Di colek-colek dan digaru-garu seperti orang tidak siuman…gilakah aku, atau tidak siumankah aku? Atau beginikah penangannya cinta?

Orang kata cinta itu buta…bagi aku cinta tidak buta, cinta bukanlah sesuatu yang salah, dan cinta bukanlah alat untuk dipersalahkan…kerna, yang sebenarnya manusia itu sendiri bila sudah cinta, matanya buta, hatinya buta dan fikirannya juga buta kerana kuasa cinta itu mengatasi rasionalnya sehinggakan segala yang ada di sekelilingnya menjadi tidak bermakna apa-apa kecuali cintanya.

Kenapa bila orang bercinta, terasa baginya segalanya indah dan manis belaka? Kadang-kadang senyum sendiri, tertawa sendiri dan mukanya memancarkan bahagia? Maka terciptalah lagu cinta bahagia, cinta sejati, kehebatan cinta dan sebagainya penuh dengan keindahan cinta…
Kenapa pula bila putus cinta, tidak semenanya menangis teresak-esak, jantung terasa direnggut sesuatu, hati terasa tertusuk pisau belati yang tajam, pedih, sedih dan pilu sehingga bila ada yang kurang teguh imannya, sanggup mengambil nyawanya sendiri sedangkan itu adalah hak Sang Maha Pencipta utk mengambil nyawa hambaNya? Maka terciptalah lagi putus cinta, tanpa kekasihku, cinta dusta dan macam-macam lagi…

Sehinggakan kecewa kerana cinta, tanpa kekasihnya mampu terciptanya lirik yang puitis dan irama yang mengusik jiwa….dan kecewa!
Tanpa Kekasihku
Artist: Agnes Monica

Langit begitu gelap, hujan juga tak kunjung reda
Ku harus menyaksikan cintaku terenggut tak terselamatkan
Ingin ku ulang hari, ingin ku perbaiki
Kau salah,kau kubutuhkan
Beraninya kau pergi dan tak kembali

Dimana letak surga itu
Biar kugantikan tempatmu denganku
Adakah tanda surga itu
Biar kutemukan untuk bersamamu

Kubiarkan senangku menari di udara
Biar semua tahu kematian tak mengakhiri
cinta..

Apalah artinya hidup tanpa kekasihku
Percuma bila aku disini sendiri

Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu
Kekasihku, bersamamu

Hari pertama berlalu dengan penuh persoalan cinta dan pencarian cinta mula bermula…hari pertama yang sudah berlalu, belum lagi ku temu cinta…hanya persoalan-persoalan yang bermain di dalam minda berlegar-legar tentang cinta, apa itu cinta, mengapa cinta, kenapa perlu cinta, mencintai dan dicintai, ada apa dengan cinta, hebat kah kuasanya cinta, cinta yang bagaimana, cinta pada siapa, kepada siapa harus diberikan cinta, cinta manusia atau cinta Tuhan, cinta Siti Zulaikha atau cinta Rabi’atul Adawiyyah, cinta ibu kepada anak-anaknya, cinta si anak kepada walid dan walidahnya, cinta adam dan hawa, cinta guru kepada anak didiknya, cinta saudara dengan saudara seagamanya, cinta hamba pada Sang Penciptanya, cinta Rasul, cinta Negara, cinta agama, cinta pada alam sekitarnya, cinta sejati hakiki atau cinta nafsu, cinta dunia dan cinta akhirat, cinta oh cinta….banyaknya persoalan tentang cinta utk hari pertama…dan ada 359 hari lagi untuk merungkai persoalan cinta, menerangkan yang gelap gelita, menyinarkan yang hamper malap…Cinta Luar Biasa ataukah Cinta Biasa!

Cukuplah bicara cinta untuk hari pertama… jika pertemuan cinta masih belum berhasil, bicara tentang cinta mungkin sudah mampu memanaskan jiwa utk mencari cinta ;-)

Jumpa lagi di hari ke-2 ;-) bila harinya itu tidak penting…yang penting akan tiba hari ke-2 untuk kita bicara dan mencari cinta…

02 January 2010

Travellingbie : Santai sejuk gigil di Puncak Brinchang Cameron Highland

24 Disember 2009
kali nie, ke Cameron pulak...
ingatkan macam tak jadik nak pegi sebabnyer dah penat sangat dah....tapi, cuti 3 hari tak boleh di sia-siakan dengan hibernate di rumah...lagila makin penat... jam 8pm - lepas maghrib, tido sekejap utk cover masa driving tengah malam nanti jam 9pm dah tak boleh nak tido dah...terpaksa la bangun dan mengemas-ngemas mana yang patut... jam 10pm - barang tak habis kemas nak bawa backpack jer ke atau bawak haversack pun tak decide lagi... rasa macam skill mem-packing barang dalam haversack dah semakin lupus...adesss...camana nie nasib baik naik kereta sampai ke Puncak Brinchang....kalau kene tracking memang berat la haversack tu nanti. jam 11pm, member tak sampai lagi...rehat2 dulu sambil tengok tv....

25 Disember 2009
jam 12am lebih sikit member datang....barang semua dah masuk dalam kereta dalam 1230am kitorang bertolak terus dari rumah...dan berhenti di RnR Tapah utk bertemu dengan yang lain... dari rumah ke Tapah mengambil masa lebih kurang 2 jam....dengan lafaz Bismillah aku drive menempuhi jalan yang gelap dan menyilaukan. gerun jugak nak drive seawal pagi dengan keadaan yang gelap nie, tapi tawakkal je la...mudah-mudahan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini jam 230am - sampai di RnR Tapah...Alhamdulillah. Meriahnya suasana di RnR Tapah...dan ramai nya orang...ada 5 bas dari Jemaah Haji yang baru balik dari Mekah memenuhi RnR seawal pagi nie...
sementara menunggu bas adik2 ARC sampai bersama yang lain, kami minum2 dulu buat menyegarkan mata yang hampir kelayuan...

jam 330am - mula bergerak setelah semua sepakat menyetujui untuk ikut Simpang Pulai...gelap2 macam nie gerun sikit nak melalui jalan Tapah...

dari RnR Tapah ke Tol Simpang Pulai lebih kurang dalam setengah jam...jalan selepas tol dah sunyi sepi dah...ade ke yang nak ke Cameron Highland masa-masa macam nie...hish...kalau sekereta memang rasanyer tak sanggup la nak naik ke CH time-time macam nie....gelap, sejuk dan menyeramkan!

perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama sejam diakhiri dengan hampir 2 jam utk sampai ke Brinchang dan kami berhenti di Masjid Brinchang utk menunaikan solat subuh...nak ambik air solat pun terketar2 dek kesejukan airnya yang melampau-lampau...
selepas solat kami minum pagi dulu...breakfast kali nie, roti canai dan teh limau suam dah cukup dah utk mengalas perut yang masih agak penuh...
jam 830am - bertolak ke puncak Brinchang....berdebar2 jugak rasanye.
bolehke Kelisa nie melalui jalan 4wd nie? Tawakkal tu 'alAllah aje la...

dari simpang yang nak ke puncak Brinchang, dengan kelajuan yang tak seberapa laju, lebih kurang 20-30kmj...

singgah sekejap di punca air utk mengambil air buat bekalan di puncak nanti

dalam jam 930am sampai la ke puncak Brinchang...akhirnya, Kelisaku berjaya sampai ke puncak buat kesekian kalinya! :-)

sampai di Puncak Brinchang, suasana sudah mula sejuk, berkabus dan berangin...rasa macam dok oversea musim winter pun ada...tapi ade jugak pelancong yang naik ke puncak nie berseluar pendek dan ber-tshirt pendek...ishk, diorang nie tak sejuk ker??? heran!

yang lain dah sibuk2 mengeluarkan ration dan barang2 camping, ade jugak yang masih menikmati keindahan puncak dengan bergambar...dan ade jugak yang dah bersiap-siap utk trekking ke puncak irau...

adik2 ARC yang tiba semalam utk booking tempat perkhemahan telah bersiap sedia utk trekking ke puncak...nasib baikla diorang masak air, bolehla minum air panas dulu...heh, terasa aku pulak yang nak trekking ke puncak irau!

sementara menunggu kesemuanya sampai, aku mengambil kesempatan utk merakamkan aksi2 dan gambar2 yang menarik...sehinggalah sampai di akhir trek di mana bermulanya trekking ke irau...

di tempat perkhemahan, tinggal aku dan member jer...yang lain semua naik ke puncak irau...hmmmm...bila dah kene tinggal nie, kenela buat mana2 yang patut...nak kene masak la nampaknyer nie...huhuhuhuhu

nak kene masak utk 70 lebih orang nie, jenuh jugak
nasib baikla bawak tong gas, kuali dan periuk kenduri...
potong2 sayur dah berejam, masak nasik lagi...air pulak cukup2 jer utk masak nasi...hmmmm...budak2 nie tak gi ambik air ker?

ingatkan nak hibernate sekejap setelah semalaman tak tido, rerupernya tak boleh nak tido jugak...banyak bende nak kene buat!

jam 230pm - memandangkan nak kene solat dulu, kami terpaksala turun ke punca air utk mengambil air dan solat....dah alang2 turun tu, ingatkan nak turun sehingga ke masjid Brinchang, sampai di simpang Gunung Brinchang...ternampak pulak Tea Valley...rasanyer ada tandas kat situ kot...singgah la sekejap kat situ, dan solat di surau berdekatan...nasib baik jumpa surau!

jam 330pm - setelah mengisi botol2 kosong dengan air sampai balik ke puncak brinchang, dah ade dah yang sampai ke campsite...nasi pun dah masak walaupun tak sesempurna mana...projek seterusnya bermula...marinate bahan2 utk BBQ, masak sup ayam dan sayur goreng. nasib baikla ada adik ARC - noni yang tolong masak sekali...

jam 530pm - dah selesai memasak dah, yang naik ke puncak hampir semuanya dah sampai ke tapak perkhemahan, tinggal beberapa orang lagi yang terkandas di pertengahan jalan....

jam 630pm - hampir kesemuanya sampai di tapak perkhemahan....prepare nak solat maghrib-isyak dulu, then makan beramai-ramai...

malam nantinya diadakan BBQ - seafood...
badan dah semakin penat, ditambah lagi dengan kesejukan sampai ke tulang...bertahan dulu!

jam lebih kurang 8pm, dah tak boleh nak tunggu BBQ dah, mata dah mengantuk...nak tidur dalam khemah confirm sejuk menggigil...tido dalam kereta lagi selesa rasanye...dalam sejarah la tido dalam kereta nie, dalam keadaan macam nie, dalam kereta lagi selesa dari tidur di dalam khemah! dari dalam kereta, kedengaran bunyi angin menderu-deru, bunyi hiruk pikuk yang lain tengah seronok ber-BBQ...tapi dalam keadaan macam nie, lebih sedap berkelambu di dalam kereta, dengan 2 pasang stokin di kaki, baju sejuk 2 lapisan dan sepasang sarung tangan...itupun masih terasa ngilu tulang dibaham kesejukan malam...

beberapa kali terjaga...sehinggalah keadaan menjadi sunyi sepi dan gelap gelita...jam menunjukkan 6am - 630am, bangun solat subuh....

26 Disember 2009
jam 7am - suasana sudah mulai terang benderang....yang lainnya pun sudah mulai membukakan mata masing2 utk solat subuh...

pagi ni nak kene prepare breakfast pulak - breakfastnya : burger ayam/daging, mayonis, baki roti semalam dimakan bersama omelette ala Brinchang...sedap jugak makan atas puncak nie...

lepas tu bersiap-siap utk menuruni puncak Brinchang - dalam perjalanan kami singgah di Tea Valley dulu. Sebelum tu nak kene basuh muka,berus gigi dan tukar baju...nasib baikla sejuk...tak mandi pun takpe :-))

di Tea Valley, hujan mula turun dengan agak lebatnya....jalan ke Tea Valley mula sesak...nasib baik la kami sampai awal...menikmati teh di tea valley dengan pemandangan ladang teh merupakan satu kenikmatan dan terapi yang sungguh menyegarkan..hilang sekejap penat2 dan lenguh2 badan nie bila dapat menghirup udara gunung yang segar dan semulajadi...kiranya dapat 1st classs nyer oksigen la nie :-)
setelah puas merasai kesegaran teh dan udara yang nyaman di Tea Valley, kami mula bergerak keluar dari kawasan pergunungan Brinchang...jalan telah mula sesak dan kereta dari arah bertentangan hampir tidak bergerak. Perjalanan keluar dari kawasan tinggi Brinchang mengambil masa selama 1 jam...dengan kelajuan 10-20kmj sahaja....setibanya di simpang berdekatan dengan Hotel Equatorial, hujan mula turun dengan lebatnya...pun begitu tidak menggagalkan usaha kami utk mencari buah-buahan, sayuran dan bunga segar utk dibawa balik nanti...

kali nie, balik pun ikut Simpang Pulai....sepanjang laluan barula nampak keadaan jalan yang telah kami lalui semalamnya seawal pagi, bengkang bengkok jugak jalannya...bagi yang pertama kali hendak ke Cameron dicadangkan utk mengikut jalan Simpang Pulai yang lebih lebar dan mungkin lebih selamat.

Sepanjang perjalanan, kami singgah di beberapa valley utk mencuci mata dan barangkali ada yang boleh dibawa balik sebagai ole-ole...pokok orkid hutan terdapat dengan banyaknya di kiri kanan jalan...rasa macam nak ambik sepokok utk di bawa balik...tapi tak menyempat nak berhenti, mungkin ditakdirkan utk datang sekali lagi ke cameron nanti...

jam 4pm - tiba di RnR Simpang Pulai utk makan dan solat
jam 7pm - tiba di RnR Sungai Buloh utk rehat sekejap dan solat

hampir jam 9pm - tiba di rumah...barang2 yang dibeli ada lagi yang ditinggalkan di dalam kereta, tak larat nak bawak semuanya naik ke tingkat 3...penatnya tak terkira, pengalaman memandu di waktu tengah malam memang sesuatu yang berharga...tak tahu bila lagi dapat memandu tika dan waktu yang sama...setibanya di rumah, baru terasa badan nie memang memerlukan rehat yang luar biasa...kita rehat dulu! pun begitu...keindahan dan kesejukan puncak Brinchang masih lagi terasa...alangkah indahnya kiranya dapat berumah di tempat sesejuk dan sesegar seperti itu, buka je tingkap nampak kehijauan hutan rimba sambil menyedut oksigen secukupnya...:-))

Puncak Brinchang...InsyaAllah akan sampai lagi di sana!