08 January 2010

358hari - hari ke-3 mencari cinta...

“dengar-dengar ada orang datang merisik?...betul ke?”

“ala…tak suka la macam nie…ingatkan nak elak, tapi tak boleh…dia call, saya tak jawab, dia sms pun saya tak jawab…tapi dia call kat office pulak…kantoi, takleh nak elak dah, camner nie???”

“hehehe…ada orang suka la tu…”

“haah….dia ajak keluar malam nie…tak suka la kalau orang paksa-paksa macam tu…lepas tu semalam call saya, terus sergah tanya pasal tu...saya dah cakap tak nak, tapi dia macam paksa jer…malam nie, saya nak bagitau terang-terang kat dia..”

“kenapa tak suka dia? Ok…ape, sama bujang, lepas tu entah-entah banyak duit…dah ada harta sikit…lagipun kawin dengan orang lebih rendah dari kita nie, murah rezeki…”

“betul ke??? Tapi, saya tak suka la…kawan je takpe…”

“hehehe…bagitau je la terang-terang dan tegas tapi kenela berhikmah malam ni…orang lelaki nie ada egonya sendiri...”

“haaa…akak lak bolehla dengan dia…kata, orang lebih rendah dari kita nie…InsyaAllah murah rezeki…hehehehe”

“ishk budak nie…akak dengan dia takde chemistry la…cinta nie kan, bila melihat dengan pandangan pertama, hati tersentak dan jantung berdebar-debar…pandangan kali kedua tu kene jaga…kerna dari mata tu turun ke hati…mula la hati resah gelisah. Tapi kalau takde debaran…bukan jodoh kita la tu…tengok dia pun takde perasaan macam tu, lagipun chemistry magnet tu takde de la…hehehehe”

“heh…maknanya bukan taste akak la nie…”

“bukan pasal tu…jodoh nie kan rahsia Allah…kalau tak jupe jodoh kat sini, InsyAllah ade la tu kat tempat lain J…”

“haah….tapi, tak rasa sunyi ke bila tengok kawan-kawan yang lain bahagia melayari bahtera rumahtangga, ada cahayamata, dan hidup terisi dengan cahaya cinta kekeluargaan?”

“hmmm…susah nak jawab, kekadang tu ade jugak rasa cemburu…tapi, bukanlah sampai jadi tekanan perasaan…sebab itulah kita kene percaya pada qada’ dan qadar, itukan salah satu dari rukun iman- rukun iman yang ke-6 iaitu beriman kepada qada’ dan qadar. Bila kita berusaha tapi tak dapat mencapai target kita atau tak dapat mencapai apa yang kita hendakkan, percayalah bahawa perencanaan Allah SWT itulah yang sebaik-baiknya…ada hikmahnya tak kawin dan tak jumpa cinta dihati lagi, mungkin itu yang terbaik bagi kita buat masa sekarang…, masa hadapan, mungkin kita akan ditemukan dengan jodoh kita walaupun lambat, tapi kekal dan bahagia hingga ke akhir nyawa, menjadi isteri solehah dan ibu mithali kepada anak-anak kita” aku senyum, melihat dahi dia berkerut-kerut seperti memikirkan sesuatu…

“akak tak risau ke kawin lambat…”

Banyak pulak soalannya…heh…layan je la

“hmmm…ade beza ke kawin lambat dengan kawin cepat???”

“ada la kot…bila kawin cepat dan dapat anak cepat, bila dah tua nanti anak2 dah besar, bekerja dan boleh la jaga kita. Tapi bila kita kawin lambat, umur dah 50, anak sekolah menengah lagi…banyak lagi bende yang kita kene buat…kita kene teruskan bekerja walaupun ada yang dah sebaya kita, let say pencen umur 56 dah rileks dah..”

“kalau jodoh kita lambat dan kawin dengan duda yang anak-anak dah besar? Duda tu pulak kaya raya?...tak ke kita tak payah dah bersusah payah? dan pasti ker nanti anak-anak yang kita lahirkan akan menjaga kita masa tua nanti? atau kawin awal tapi berpuluh-puluh tahun tak dapat anak?...camner tu?”..aku senyum lagi

“hmmm…itu kalau bernasib baik…kalau jenis tak bernasib baik? Sampai ke tua hidup sorang-sorang macamana?”

“rumah warga emas kan ada? Atau…duit yang kita simpan tu bolehla duduk di rumah warga emas yang exclusive…atau buat kebajikan selama kita hidup, bermasyarakat…InsyaAllah ada yang akan menjadi payung kita nanti”

“hmmm…tapi saya tak nak tua sorang-sorang…”

“hehehehe…panjang lagi perjalanan tu, kalau diizinkan Allah SWT utk kita meneruskan hidup nie..kalau ditakdirkan kita mati esok atau sekejap lagi…dah tak payah pikir dah…”

“hehehe…betul jugak, tapi…”

“dah…tak payah fikirkan sangat, waktu rehat pun dah nak habis nie…cerita pasal cinta nie tak pernah habis…Cuma kene percaya, cinta itu nanti akan hadir juga…teruskan mencari cinta tersebut walau dengan cara yang payah..InsyaAllah, satu hari nanti akan jumpa jodoh kita yang telah Allah SWT tentukan”…aku mengakhiri perbualan kami…

Hari ke-3 mencari cinta berakhir…

Cinta itu kekadang datang dalam kepayahan…hikmahnya perlu kita fikiri dan dalami. Hanya yang besar hatinya dan lapang dadanya menerima keadaan diri seadanya tanpa menyalahkan sesiapa atau diri sendiri dan tanpa mempersoalkan kenapa cinta itu masih belum hadir dalam diri..

Teruskan usaha mencari cinta, kerana dalam payah itu…terlahir satu nikmat yang manis!

No comments: