02 January 2010

Travellingbie : Santai sejuk gigil di Puncak Brinchang Cameron Highland

24 Disember 2009
kali nie, ke Cameron pulak...
ingatkan macam tak jadik nak pegi sebabnyer dah penat sangat dah....tapi, cuti 3 hari tak boleh di sia-siakan dengan hibernate di rumah...lagila makin penat... jam 8pm - lepas maghrib, tido sekejap utk cover masa driving tengah malam nanti jam 9pm dah tak boleh nak tido dah...terpaksa la bangun dan mengemas-ngemas mana yang patut... jam 10pm - barang tak habis kemas nak bawa backpack jer ke atau bawak haversack pun tak decide lagi... rasa macam skill mem-packing barang dalam haversack dah semakin lupus...adesss...camana nie nasib baik naik kereta sampai ke Puncak Brinchang....kalau kene tracking memang berat la haversack tu nanti. jam 11pm, member tak sampai lagi...rehat2 dulu sambil tengok tv....

25 Disember 2009
jam 12am lebih sikit member datang....barang semua dah masuk dalam kereta dalam 1230am kitorang bertolak terus dari rumah...dan berhenti di RnR Tapah utk bertemu dengan yang lain... dari rumah ke Tapah mengambil masa lebih kurang 2 jam....dengan lafaz Bismillah aku drive menempuhi jalan yang gelap dan menyilaukan. gerun jugak nak drive seawal pagi dengan keadaan yang gelap nie, tapi tawakkal je la...mudah-mudahan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini jam 230am - sampai di RnR Tapah...Alhamdulillah. Meriahnya suasana di RnR Tapah...dan ramai nya orang...ada 5 bas dari Jemaah Haji yang baru balik dari Mekah memenuhi RnR seawal pagi nie...
sementara menunggu bas adik2 ARC sampai bersama yang lain, kami minum2 dulu buat menyegarkan mata yang hampir kelayuan...

jam 330am - mula bergerak setelah semua sepakat menyetujui untuk ikut Simpang Pulai...gelap2 macam nie gerun sikit nak melalui jalan Tapah...

dari RnR Tapah ke Tol Simpang Pulai lebih kurang dalam setengah jam...jalan selepas tol dah sunyi sepi dah...ade ke yang nak ke Cameron Highland masa-masa macam nie...hish...kalau sekereta memang rasanyer tak sanggup la nak naik ke CH time-time macam nie....gelap, sejuk dan menyeramkan!

perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama sejam diakhiri dengan hampir 2 jam utk sampai ke Brinchang dan kami berhenti di Masjid Brinchang utk menunaikan solat subuh...nak ambik air solat pun terketar2 dek kesejukan airnya yang melampau-lampau...
selepas solat kami minum pagi dulu...breakfast kali nie, roti canai dan teh limau suam dah cukup dah utk mengalas perut yang masih agak penuh...
jam 830am - bertolak ke puncak Brinchang....berdebar2 jugak rasanye.
bolehke Kelisa nie melalui jalan 4wd nie? Tawakkal tu 'alAllah aje la...

dari simpang yang nak ke puncak Brinchang, dengan kelajuan yang tak seberapa laju, lebih kurang 20-30kmj...

singgah sekejap di punca air utk mengambil air buat bekalan di puncak nanti

dalam jam 930am sampai la ke puncak Brinchang...akhirnya, Kelisaku berjaya sampai ke puncak buat kesekian kalinya! :-)

sampai di Puncak Brinchang, suasana sudah mula sejuk, berkabus dan berangin...rasa macam dok oversea musim winter pun ada...tapi ade jugak pelancong yang naik ke puncak nie berseluar pendek dan ber-tshirt pendek...ishk, diorang nie tak sejuk ker??? heran!

yang lain dah sibuk2 mengeluarkan ration dan barang2 camping, ade jugak yang masih menikmati keindahan puncak dengan bergambar...dan ade jugak yang dah bersiap-siap utk trekking ke puncak irau...

adik2 ARC yang tiba semalam utk booking tempat perkhemahan telah bersiap sedia utk trekking ke puncak...nasib baikla diorang masak air, bolehla minum air panas dulu...heh, terasa aku pulak yang nak trekking ke puncak irau!

sementara menunggu kesemuanya sampai, aku mengambil kesempatan utk merakamkan aksi2 dan gambar2 yang menarik...sehinggalah sampai di akhir trek di mana bermulanya trekking ke irau...

di tempat perkhemahan, tinggal aku dan member jer...yang lain semua naik ke puncak irau...hmmmm...bila dah kene tinggal nie, kenela buat mana2 yang patut...nak kene masak la nampaknyer nie...huhuhuhuhu

nak kene masak utk 70 lebih orang nie, jenuh jugak
nasib baikla bawak tong gas, kuali dan periuk kenduri...
potong2 sayur dah berejam, masak nasik lagi...air pulak cukup2 jer utk masak nasi...hmmmm...budak2 nie tak gi ambik air ker?

ingatkan nak hibernate sekejap setelah semalaman tak tido, rerupernya tak boleh nak tido jugak...banyak bende nak kene buat!

jam 230pm - memandangkan nak kene solat dulu, kami terpaksala turun ke punca air utk mengambil air dan solat....dah alang2 turun tu, ingatkan nak turun sehingga ke masjid Brinchang, sampai di simpang Gunung Brinchang...ternampak pulak Tea Valley...rasanyer ada tandas kat situ kot...singgah la sekejap kat situ, dan solat di surau berdekatan...nasib baik jumpa surau!

jam 330pm - setelah mengisi botol2 kosong dengan air sampai balik ke puncak brinchang, dah ade dah yang sampai ke campsite...nasi pun dah masak walaupun tak sesempurna mana...projek seterusnya bermula...marinate bahan2 utk BBQ, masak sup ayam dan sayur goreng. nasib baikla ada adik ARC - noni yang tolong masak sekali...

jam 530pm - dah selesai memasak dah, yang naik ke puncak hampir semuanya dah sampai ke tapak perkhemahan, tinggal beberapa orang lagi yang terkandas di pertengahan jalan....

jam 630pm - hampir kesemuanya sampai di tapak perkhemahan....prepare nak solat maghrib-isyak dulu, then makan beramai-ramai...

malam nantinya diadakan BBQ - seafood...
badan dah semakin penat, ditambah lagi dengan kesejukan sampai ke tulang...bertahan dulu!

jam lebih kurang 8pm, dah tak boleh nak tunggu BBQ dah, mata dah mengantuk...nak tidur dalam khemah confirm sejuk menggigil...tido dalam kereta lagi selesa rasanye...dalam sejarah la tido dalam kereta nie, dalam keadaan macam nie, dalam kereta lagi selesa dari tidur di dalam khemah! dari dalam kereta, kedengaran bunyi angin menderu-deru, bunyi hiruk pikuk yang lain tengah seronok ber-BBQ...tapi dalam keadaan macam nie, lebih sedap berkelambu di dalam kereta, dengan 2 pasang stokin di kaki, baju sejuk 2 lapisan dan sepasang sarung tangan...itupun masih terasa ngilu tulang dibaham kesejukan malam...

beberapa kali terjaga...sehinggalah keadaan menjadi sunyi sepi dan gelap gelita...jam menunjukkan 6am - 630am, bangun solat subuh....

26 Disember 2009
jam 7am - suasana sudah mulai terang benderang....yang lainnya pun sudah mulai membukakan mata masing2 utk solat subuh...

pagi ni nak kene prepare breakfast pulak - breakfastnya : burger ayam/daging, mayonis, baki roti semalam dimakan bersama omelette ala Brinchang...sedap jugak makan atas puncak nie...

lepas tu bersiap-siap utk menuruni puncak Brinchang - dalam perjalanan kami singgah di Tea Valley dulu. Sebelum tu nak kene basuh muka,berus gigi dan tukar baju...nasib baikla sejuk...tak mandi pun takpe :-))

di Tea Valley, hujan mula turun dengan agak lebatnya....jalan ke Tea Valley mula sesak...nasib baik la kami sampai awal...menikmati teh di tea valley dengan pemandangan ladang teh merupakan satu kenikmatan dan terapi yang sungguh menyegarkan..hilang sekejap penat2 dan lenguh2 badan nie bila dapat menghirup udara gunung yang segar dan semulajadi...kiranya dapat 1st classs nyer oksigen la nie :-)
setelah puas merasai kesegaran teh dan udara yang nyaman di Tea Valley, kami mula bergerak keluar dari kawasan pergunungan Brinchang...jalan telah mula sesak dan kereta dari arah bertentangan hampir tidak bergerak. Perjalanan keluar dari kawasan tinggi Brinchang mengambil masa selama 1 jam...dengan kelajuan 10-20kmj sahaja....setibanya di simpang berdekatan dengan Hotel Equatorial, hujan mula turun dengan lebatnya...pun begitu tidak menggagalkan usaha kami utk mencari buah-buahan, sayuran dan bunga segar utk dibawa balik nanti...

kali nie, balik pun ikut Simpang Pulai....sepanjang laluan barula nampak keadaan jalan yang telah kami lalui semalamnya seawal pagi, bengkang bengkok jugak jalannya...bagi yang pertama kali hendak ke Cameron dicadangkan utk mengikut jalan Simpang Pulai yang lebih lebar dan mungkin lebih selamat.

Sepanjang perjalanan, kami singgah di beberapa valley utk mencuci mata dan barangkali ada yang boleh dibawa balik sebagai ole-ole...pokok orkid hutan terdapat dengan banyaknya di kiri kanan jalan...rasa macam nak ambik sepokok utk di bawa balik...tapi tak menyempat nak berhenti, mungkin ditakdirkan utk datang sekali lagi ke cameron nanti...

jam 4pm - tiba di RnR Simpang Pulai utk makan dan solat
jam 7pm - tiba di RnR Sungai Buloh utk rehat sekejap dan solat

hampir jam 9pm - tiba di rumah...barang2 yang dibeli ada lagi yang ditinggalkan di dalam kereta, tak larat nak bawak semuanya naik ke tingkat 3...penatnya tak terkira, pengalaman memandu di waktu tengah malam memang sesuatu yang berharga...tak tahu bila lagi dapat memandu tika dan waktu yang sama...setibanya di rumah, baru terasa badan nie memang memerlukan rehat yang luar biasa...kita rehat dulu! pun begitu...keindahan dan kesejukan puncak Brinchang masih lagi terasa...alangkah indahnya kiranya dapat berumah di tempat sesejuk dan sesegar seperti itu, buka je tingkap nampak kehijauan hutan rimba sambil menyedut oksigen secukupnya...:-))

Puncak Brinchang...InsyaAllah akan sampai lagi di sana!

No comments: