31 August 2012

Warna-warni Kemerdekaan Malaysia 2012


31 Ogos 2012 - merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55. dan kami diarahkan untuk hadir ke Dataran Merdeka memeriahkan lagi perayaan. Awalnya dengan hati yang berat nak hadir memandangkan hari cuti dan nak kene bangun seawal pagi untuk ke sana. Selepas subuh saya memulakan perjalanan menuju STAR LRT untuk ke Pasar Seni. Kawan-kawan yang menaiki bas jabatan telah bergerak ke sana seawal 430pagi ke Masjid Negara untuk berkumpul dan mendaftar.
Saya pula selepas subuh bergerak ke sana. Perjalanan dari rumah ke stesen LRT mengambil masa 10min. Jalan CLEAR dan SUNYI. Sampai di tempat letak kereta, saya bernasib baik, kerna ada juga yang memarkir kereta di sana. Tidaklah saya berseorangan di kawasan tersebut. Menunggu tren sampai dalam 15min, dan tren dari Tasik Selatan ke Masjid Jamek mungkin mengambil masa selama 20min. Penumpang di dalam tren juga ramai. Mungkin jua mereka seperti saya, mahu ke Dataran Merdeka. Ada yang pergi bersama keluarga dan kawan-kawan. Dari Masjid Jamek sebenarnya sudah dekat untuk ke Masjid Negara, tetapi saya mengambil tren laluan ke Pasar Seni pula untuk ke sana. Dah lama tidak ke KL, saya jadi LOST! sehinggakan terpaksa bertanya dengan Polis Bantuan arah ke Masjid Negara. Terasa seperti pelancong gayanya, sedangkan kubah masjid sudah kelihatan dari LRT Putra Pasar Seni...:-))
Sampai di arah bertentangan Masjid Negara, rakan2 yang lain sudah lama menunggu di sana. Macamana yer untuk ke sebelah sana? takkan nak kene seberang jalan? Tak sedar pulak saya, ada terowong pejalan kaki di bawah jalan raya ke Masjid Negara. Memang betul-betullah lagaknya seperti pelancong yang sesat :-))
Setelah berkumpul bersama, kami sama-sama menuju ke Dataran Merdeka. Kelihatan kontinjen-kontinjen perarakan telah bersiap siaga untuk berarak menunggu giliran  masing-masing. Mereka penuh dengan semangat...kami pula berjangkit dengan semangat mereka. Dengan keadaan cuaca yang tidak terlalu panas, ianya teramatlah sesuai untuk perayaan hari ini.
Tiba di Dataran, orang sudah mula ramai memenuhi kawasan, begitu juga selebriti yang memeriahkan booth FLYFM dan HOTFM. hmmm...not into nak bergambar dengan mereka. Ada Awal Ashaari, Fizzo, Iqram Dinzly, Lisa Surihani, Amber Chia, Kencana Dewi, Mia dan ramia lagi.
Setelah pemimpin-pemimpin negara datang, lagu NegaraKu dinyanyikan. Masing-masing berdiri tegak, pun begitu ada juga yang tidak mengendahkannya.
Selepas persembahan di padang Dataran Merdeka selesai, maka...bermulalah perarakan    menuju pentas utama. Yang paling saya suka adalah kontinjen pancaragam. Segak dan penuh bergaya :-)
Kami semua...bersemangat betul masa ni. :-)) Mudah-mudahan semangat kenegaraan tu akan berkekalan sampai bila-bila.

Semasa hendak meninggalkan dataran, kami mengambil peluang bergambar dengan kereta-kereta antik dan kereta mewah yang menunggu untuk melalui pentas utama. Sempat juga kami bergambar dengan kereta-kereta antik dan mewah tersebut. Nak membelinya dan memilikinya, mungkin tak tercapai sampai bila-bila...hehehe. Rupa-rupanya, kereta-kereta antik tersebut membawa perwira-perwira negara yang telah menyumbang bakti mempertahankan negara. Ada yang menentang komunis dan sebagainya.
Saya sempat bersembang dengan salah seorang perwira negara tersebut. Beliau merupakan salah seorang pejuang menentang komunis. Sempat juga bergambar dengan beliau, dan kagum dengan semangat beliau. :-) Saya pun apalagi, macam-macam soalan saya tanya. Almaklumla, susah nak bersembang santai dengan perwira negara nie. :-))

Saya tanya pendapat beliau mengenai remaja sekarang - beliau memberi jawapan yang mudah dan untuk kita fikir-fikirkan terutamanya yang ada anak-anak kecil dan remaja ni. Jawwapan yang beliau berikan lebih kurangla macam nie ~ "Saya tidak salahkan remaja sekarang ini. Pengaruh luaran terlalu banyak dan anak-anak remaja sekarang ini amat senang terikut-ikut dengan trend. Puncanya banyak - terutama sekali dasar pendidikan negara kita. Kalau dulu, bahasa jawi dan sastera diutamakan. Apatah lagi pendidikan Islam. Sekarang ini, lebih diutamakan Sains dan Matematik. Bahasa sastera dan Jawi semakin diabaikan. Kita lihat kesannya sekarang ini berapa ramai remaja-remaja dan anak2 muda tidak tahu membaca jawi, apatah lagi menulis dalam jawi. Bayangkan juga berapa ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran. Setakat khatam Quran sekali dua semasa kecil itu tidak menjanjikan mereka fasih membaca al-Quran. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting di dalam meninggikan sahsiah remaja."

Jawapan beliau itu membuatkan saya berfikir panjang. Di mana hala tuju negara kita nanti bila mereka yang remaja-remaja sekarang ini bakal memerintah negara. Jika sahsiah tidak cemerlang, agama diabaikan, bagaimana nanti mereka hendak memimpin negara.

Mudah-mudahan, negara Malaysia yang saya cintai ini dilindungi ALLAH SWT dari segala bentuk penjajahan minda dan jiwa. Aaameen!

19 August 2012

Pening dengan Perbelanjaan Hari Raya???

"hmmm...pening kepala bila dekat nak raya nie. Duit belanja raya nak kene sedia, duit raya nak kene bagi,  open house pun nak pakai duit jugak...semuanya duit duit duit..."
Pernah tak dengar keluhan-keluhan seperti di atas???

Tips mengumpul duit raya:
  1. kene bermula beberapa bulan sebelum bermulanya Ramadhan. Sekiranya anda ingin mensedekahkan sebanyak RM150.00 bagi duit raya, mulalah mengumpul RM50 sebulan selama 3 bulan;
  2. kalau terasa berat, kumpullah RM2 sehari dari perbelanjaan harian anda. kalau selama 3 bulan anda sudah mengumpul sebanyak RM180.00 :-)
  3. bagi duit belanja raya pula, kumpul juga secara in-advanced, melainkan anda pasti bahawa anda akan mendapat imbuhan hari raya sebelum hari perayaan;
  4. buat persiapan baju-baju raya sebelum puasa, bagi mengelakkan ibadah di bulan Ramadhan anda terganggu. Jangan buat persiapan last minute.
Persiapan last minute akan membuatkan anda berbelanja lebih dan lari dari bajet anda, sekaligus membuatkan anda stressss ;-)

Bijak Berbelanja, tambahkan amalan sedekah kita :-)
Salam 'Eidulfitri...

16 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 27

Al-Hasan al-Basree, rahimahullaah, said: 

"Whoever learns something in the name of Allah,seeking that which is with Him,he will win.And whoever learns something for other than Allah,he will not reach the goal,nor will his acquired knowledge bring him closer to Allaah."[Related by Ibn ul Jawzee]~May ALLAH SWT protects us frm riya','ujub,takabbur,laziness in seeking knowledge.

Malam ini merupakan malam Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Apakah kita akan bertemu lagi dengan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan yang seterusnya...InsyaALLAH, semoga ALLAH memperkenankan doa-doa kita.

Bacalah surah al-Kahf di malam Jumaat:







MUHASABAH
Surah al-Kahf merumuskan bahawa:

Harta dan sebarang pemilikan fizikal adalah liabiliti. Hanya dengan menghubungkan semua harta dan fizikal dengan Allah, ia menjadi aset.

Ilmu adalah liabiliti. Hanya dengan menghubungkan semua ilmu dengan Allah, ia menjadi aset.

Kuasa adalah liabiliti. Hanya dengan menghubungkan kuasa dengan Allah, ia menjadi aset.

Kepercayaan adalah pembinasa kerana ia punca kita salah menafsir makna. Ia adalah liabiliti. Hanya dengan kepercayaan yang menjadikan kita berhubung dengan Allah, ia menjadi aset.

Muhasabah KEPERCAYAAN anda (cetusan kisah Ashaab al-kahf). 
Muhasabah HARTA anda (cetusan kisah lelaki kafir pemilik dua kebun). 
Muhasabah ILMU anda (cetusan kisah Musa dan Khaidir). 
Muhasabah KUASA anda (cetusan kisah Zulqarnain). 

Adakah setiap satunya itu ASET atau LIABILITI?

Jika setiap satunya membawa kita kepada Allah, maka ia adalah aset yang penting bagi pelaburan hidup dunia dan Akhirat.

Jika setiap satunya gagal membawa kita kepada Allah, maka ia adalah liabiliti yang mengundang musibah dunia dan Akhirat.

Ia mesti berhubung dengan Allah.

Terputus hubungan dengan Allah, semua kepercayaan, harta, ilmu dan kuasa akan melekat di dinding Materialisma.

Mazhab Dajjal.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

15 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 26

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi)." (Shahih Muslim No.4638)

Sambunglah silaturrahim yang telah lama terputus, sambunglah silaturrahim dengan yang sudah lama tidak dihubungi...kerna kita mungkin akan menyesali kedegilan kita untuk terus berpatah arang dan berkerat rotan apabila keluarga atau sahabat-sahabat kita yang telah diputuskan silaturrahim itu telah tiada lagi.

14 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 25

Hari bekerja di mana orang lain di pejabat sibuk bekerja, saya pula sudah bersedia untuk kembali ke kampung halaman merayakan Ramadhan dan Syawal bersama keluarga :-)


“Taqabbalallahu minna wa minkum, Shiyamana wa Shiyamakum . Ja’alanallaahu Minal Aidin wal Faidzin”
Artinya, “Semoga Allah menerima amal-amal kami dan kamu, Puasa kami dan kamu. Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perjuangan Ramadhan) sebagai orang yang menang.”

13 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 24

Anda adalah apa yang anda makan. Nampaknya saya hanya berjaya makan seadanya bila berbuka di masjid. Bila di rumah pula...ade sahaja idea memasak apa sahaja makanan yang ada di dalam peti ais. Mudah-mudahan kesederhanaan di dalam makan akan berterusan selepas Ramadhan.

12 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 23

Jawapan dilema bagi wanita yang datang haid ketika 10 malam terakhir Ramadhan. 


Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

"Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

sekian

Makanya, wahai wanita, janganlah frust bila tidak boleh solat pada 10 terakhir Ramadhan. Kejarlah Lailatul Qadr dengan cara di atas. Bacalah doa-doa dari Al-Quran pada setiap malam tersebut. Mudah-mudahan kesungguhan kita di dalam mencari dan mengejar Lailatul Qadr akan dilihat ALLAH. Dan mudah-mudahan ALLAH, dengan sifatNya Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, akan menerima ibadah-ibadah kita. InsyaALLAH.

11 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 22

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Bulan Ramadhan"-Riwayat At-Tirmidzi-


Sabtu ~ hari memasak untuk saya. Kene siapkan Shepperd pie sebagai juadah berbuka bagi Iftar ARC-Latepackers di UIA Gombak. ALHAMDULILLAH, saya masih lagi diberi ni'mat kesihatan dan masa oleh ALLAH.

Lebih kurang jam 5 petang, semuanya selesai dimasak. ALHAMDULILLAH. Penat...saya bermohon dan berdoa kepada ALLAH, agar usaha hari ini diterima oleh ALLAH dan usaha ini juga merupakan sedekah usaha di dalam menyediakan juadah berbuka untuk orang lain. Mudah-mudahan ALLAH terima usaha ini. Aameen.

Petangnya...Majlis Iftar berjalan dengan meriah sekali. Ramai yang hadir. Makanan pun habis...ALHAMDULILLAH. Mudah-mudahan, masih ada rezeki untuk kami mengadakan majlis ukhuwah seperti hari ini. Aaameen.

10 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 21

Hari ini sepertinya banyak perkara yang berlaku. Biasanya di pejabat bila tiba hari Jumaat, happening semacam jer, lebih ceria dari biasa dan lebih meriah dari biasa. Almaklumlah esoknya hari cuti :-)

Tengahari nie ada Majlis Khatam Quran di pejabat di Putrajaya - dan tetamu undangannya adalah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman. Majlis khatam Quran tahun ini dipimpin oleh beliau. ALHAMDULILLAH :-). 

Beliau sempat memberi sedikit peringatan buat kami -"Bacalah Al-Quran dan Khatam Quran. Bukan hanya membaca Juz 'Amma, tetapi membaca AL-Quran dari Surah Al-Fatihah sehinggalah Surah An-Naas. Jadikan membaca Al-Quran itu sebagai budaya kita orang Islam. Dan untuk menyerikan muka  agar sentiasa berseri-seri, selepas setiap kali tahajjud, bacalah Al-Quran dan jangan tinggalkan Al-Quran. Satu hari kita tinggalkan Al-Quran, berhari-hari Al-Quran akan tinggalkan kita" - Terkesan juga dengan kata-kata dari beliau. Ramadhan, bulan yang sangat senang untuk membaca Quran, terasa ringan untuk membuka Al-Quran, tetapi bulan-bulan lain...MasyaALLAH, boleh dikira dengan jari berapa kali buka dan baca Quran setia hari atau setiap minggu. Sebab itulah bulan Ramadhan disebut-sebut sebagai bulan A-Quran. Makanya, kene rebut peluang ini untuk mencari redha ALLAH, dan latihan untuk istiqamah di dalam membaca Quran, sekurang-kurang 1 muka surat sehari dan lebih baiknya 1 Juz sehari seperti yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)

Hari nie sedikit lewat balik ke rumah. Niat hendak ke Masjid untuk iftar di sana tetapi stereng kereta terus laju memandu terus ke rumah. Natijahnya...petang itu jalan luar biasa trafiknya. Rupa-rupanya berhampiran dengan Mines ada bas rosak menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa. Makanya, iftar hari ini di dalam kereta dengan air kosong sahaja.

"Taqdir setiap orang setiap hari berlainan. Saat berbuka, ada yang berbuka dengan keluarga, ada yang berbuka sendirian, ada yang berbuka di masjid/surau, ada yang berbuka dalam kereta, tepi jalan dan sebagainya. Apa-apapun, Selamat Berbuka"

WALLAHU TA'ALA A'LAM

09 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 20

Hari nie, hari yang ke-20 Ramadhan saya sudah mula menerima ucapan Hari Raya. Semenjak berkembangnya teknologi internet ini, kad raya semakin hilang fungsinya.

Ucapan Hari Raya di kalangan kita jarang-jarang menggunakan ucap selamat seperti di bawah:

“Taqabbalallahu minna wa minkum, Shiyamana wa Shiyamakum . Ja’alanallaahu Minal Aidin wal Faidzin”

Artinya, “Semoga Allah menerima amal-amal kami dan kamu, Puasa kami dan kamu. Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perjuangan Ramadhan) sebagai orang yang menang.”

Selalunya kita akan mengucapkan ~ "Selamat Hari Raya 'Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ditanya tentang ucapan selamat pada hari raya maka beliau menjawab [Majmu Al-Fatawa 24/253] :

“Ucapan pada hari raya, di mana sebagian orang mengatakan kepada yang lain jika bertemu setelah solat 'Eid :

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكم
Taqabbalallahu minnaa wa minkum
“Artinya : Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian”

Akan tetapi Imam Ahmad berkata :

“Aku tidak pernah memulai mengucapkan selamat kepada seorangpun, namun bila ada orang yang mendahuluiku mengucapkannya maka aku menjawabnya. Yang demikian itu karena menjawab ucapan selamat bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Barangsiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh, wallahu a’lam.”
[Lihat Al Jauharun Naqi 3/320. Berkata Suyuthi dalam 'Al-Hawi: (1/81) : Isnadnya hasan]

Makanya, bersempena kedatangan Syawal ini, saya mengucapkan :-
“Taqabbalallahu minna wa minkum, Shiyamana wa Shiyamakum . Ja’alanallaahu Minal Aidin wal Faidzin”

Artinya, “Semoga Allah menerima amal-amal kami dan kamu, Puasa kami dan kamu. Dan semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk dari orang-orang yang kembali (dari perjuangan Ramadhan) sebagai orang yang menang.”

WALLAHU TA'ALA A'LAM

08 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 19

Hari ini mendapat rezeki Ramadhan, ~ Nasi Arab Kabsah dari bos untuk semua anak-anak buah. ALHAMDULILLAH. 

*gambar adalah hiasan semata :-)

Makanan untuk berbuka dan sahur telah ada. Pun begitu, bila pulang ke rumah terasa sekali ingin makan Mee Goreng ala Mamak. Makanya, petang ini bersusah payahlah untuk masak mee tersebut. 
Boleh dikatakan satu jihad juga untuk menyediakan juadah di bulan Ramadhan. Pada ibu-ibu, ayah-ayah atau anak-anak yang bersusah payah untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga, usahlah mengeluh kerna usaha itu juga adalah satu jihad. InsyaALLAH nanti ada balasannya jika kita berlapang dada :-)

07 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 18

Semalam Masjid Putrajaya luar biasa meriahnya dengan jeritan & suara anak-anak. Ada yg berlari2 berdektan saf2 solat. Ada yang bermain kejar-kejaran bersama anak-anak yang lain dan tak kurang juga ada yang menangis.

Pandangan saya yang kurang ilmu ini, adalah lebih baik ibu-ibu mereka, sekiranya tidak dapat mengawal anak-anak untuk tertib di dalam masjid atau sekurang-kurang solat di sebelah ibu mereka, maka lebih baik dan afdhal untuk ibu-ibu solat di rumah.

Pandangan saya ini secara tidak langsung mendapat komen positif, tidak kurang juga yang memberi komen membina membetulkan pandangan saya itu.

Ada yang berpandangan bahawa "anak-anak perlu solat di sebelah ibu masing-masing agar mereka tidak terpengaruh dengan kanak-kanak sebaya usia untuk bermain di dalam masjid".

Ada juga yang bersetuju dengan pandangan saya bahawanya adalah "lebih afdhal ibu-ibu solat dirumah sehingga anak-anak tersebut mengerti bahawa masjid bukanlah tempat mainan, malahan harus dihormati dan perlu tertib bila berada di dalam masjid."

Namun, terdapat pandangan saya yang tidak betul, contohnya akan terputuslah saf berjemaah sekaligus pahala berjemaah bila ada kanak-kanak di dalam saf tersebut dengan memberikan artikel rujukan dari laman web Dr. Asri bertajuk:- 

Maaf Anakku! Mereka Tidak Mesra Denganmu - http://drmaza.com/home/?p=1753
Dan saya berterima kasih kepada saudara tersebut kerana saya telah mendapat pencerahan ilmu dari rujukan yang telah beliau berikan itu.

Makanya, saya mengulas dengan berpandangan bahawa anak-anak kecil yg lelaki perlu bersama ayahnya ketika solat berjemaah dan bukan ditinggalkan bersama ibu mereka di masjid agar mereka belajar dan faham solat serta tertib di masjid. Saya melihat budaya org kita,selalu sahaja meninggalkan anak-anak kecil lelaki atau perempuan kepada ibu mereka. Malam itu pula,ada kanak2 yg membawa permainan pistol yg berbunyi2 apabila diketik/ditembak sekaligus mengganggu jemaah. Saya tidak salahkan anak-anak kecil kerna mereka tidak mengerti, tetapi yg perlu faham bagi membolehkan masjid mesra kepada anak-anak ini adalah ibubapa mereka. Dan memang benar, kanak-kanak yang belum mumayyiz bersih dari segala dosa. Makanya, segala tingkah laku mereka yang kurang tertib perlukan pencerahan dan didikan dari ibu bapa mereka sendiri. Sekiranya ibu bapa yang paling dekat dengan mereka tidak menunjukkan apa yang betul, makanya terus-terusanlah anak-anak ini melakukan perkara yang mereka sendiri tidak mengerti bahwa ianya salah dan tidak sesuai untuk dilakukan.

Dan di sinilah pentingnya peranan ibu bapa di dalam mendidik dan meluruskan jalan kehidupan anak-anak mereka. mendidik mengenai tertib di dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa yang senang dan mudah difahami. 

Begitu juga dengan peranan jemaah di dalam masjid/surau untuk memberi teguran berhemah atau sekurang-kurangnya membisikkan kepada ibu kanak-kanak tersebut bahawa anak-anak mereka sedang mengganggu jemaah-jemaah yang sedang menunaikan solat. Dan kiranya kita mempunyai iman yang selemah-lemah iman, apa yang kita mampu buat adalah menegur di dalam hati, tatkala bibir tidak mampu melakukan teguran tersebut. Jika itulah hakikatnya, kita harus sedar diri bahawa iman kita memang memerlukan tarbiyah dan pencerahan agar lebih kuat dan gagah sekurang-kurang untuk membuat teguran tersebut.

WALLAHU TA'ALA A'ALAM.

06 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 17

Bersempena Nuzul Quran ini, marilah kita sama-sama menyambutnya dengan penuh iman dan taqwa. Bermuhasabahlah dengan diri kita, apakah kita sudah dan telah mengikuti perintah dan larangan ALLAH SWT yang telah termaktub di dalam Al-Quran? Apakah selama ini kita telah benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk kehidupan kita, dari segi hukumnya, syari'ahnya, aqidahnya dan segala permasalahan dunia yang kita hadapi?

Saya juga tertanya-tanya pada diri saya, apakah saya telah sepenuhnya atau 3/4 atau 1/2 atau 1/4 atau tiada langsung mengikuti panduan dan petunjuk di dalam Al-Quran? Muhasabahlah diri kita masing-masing!


Kebanyakan dari kita hanya menjaga fizikal Al-Quran. Kita meletakkanya di para yang paling tinggi di rumah kita. Kita tidak meletakkan Al-Quran semberono dan kita marah bila ada yang tidak menjaga fizikal letaknya Al-Quran. Namun, berapa ramai dari kita yang menjaga Al-Quran secara keseluruhannya?

Mari kita kenali Nuzul Quran~Bila dan Bagaimana Al-Quran diturunkan: Dipetik dari http://www.al-azim.com/masjid/ramadhan1425/nuzul/home.htm


Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.


Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.


Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.


Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).


Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.


Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.


Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.


Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

05 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 16

In Mufti Ismail Menk status:

"Ramadhaan Challenge : Identify your worst habit and give it up for the Sake of the Almighty. Ready?"

Persoalannya?
"Apakah kita mampu  untuk mengakui perangai tidak baik kita?" Malahan saya sendiri juga meragui kemampuan tersebut untuk mengakuinya. Itu tanda-tanda keegoan. Ego yang perlu ditundukkan untuk mencapai kerendahan hati.

Apakah perangai tidak baik kita itu? Kene kenal pasti.
Kadang-kadang kita rasa kita betul atau tindakan kita betul tetapi ianya adalah salah. Hati kita rasa betul sebab kita ada ego. Bila ada yang mengatakan tindakan atau perangai kita itu tidak betul atau kurang betul atau kurang bijak...selalunya apa yang kita buat adalah :-
  1. marah; atau
  2. bertelagah; atau
  3. berbahas mengenai perkara tersebut kerana kita mahu menang; atau
  4. kita buat atau teruskan tanpa memperdulikan apa orang lain kata.
Itulah sifat kita manusia. Kita ada ego. Dan ego tersebut kadang-kadang tidak baik untuk iman kita. Belajar untuk merendahkan hati. Belajar untuk mendengar. Belajar untuk mengakui bahawa kita ada perangai tidak baik yang harus diperbetul. Bersempena Ramadhan kali ini, mari belajar untuk merendahkan ego kita agar keimanan kita dapat dinaikkan darjatnya dan kekerasan hati kita dapat dilembutkan seperti lembutnya sutera.

Peringatan ini untuk diri ini semata. Mudah-mudahan bermanfaat untuk sahabat-sahabat yang lain jua.

ALLAHU TA'ALA A'LAM.



04 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 15

Surah Al-Kahfi di dalam Juzu' 15
Kisah Teladan-Al Khidr dan Nabi Musa

Dalam kisah yang terkenal tersebut di dalam Al Quran , dalam surah Al Kahfi ayat 60-80, Nabi Musa as telah diperintahkan Allah swt supaya mencari Al Khidr di satu tempat pertemuan dua laut.
Kisah dikatakan berlaku disini
Setelah bertemu Al Khidr , Nabi Musa meminta izin untuk belajar dan mengembara bersamanya. Al Khidr berkata kepada Musa a.s ”Kamu tidakkan dapat bersama ku menanggung kesabaran…..”

Lantas Nabi Musa menjawab “Kau akan dapati diriku insyaallah , seorang yang sabar. Dan tidaklah aku akan menentang mu dalam apa-apa perkara”.

Al Khidir menetapkan syaratnya kepada Musa a.s dengan berkata “Sesungguhnya jika engkau mengikutiku , maka janganlah kau menyoalku akan sesuatupun sehingga aku mengemukakan penjelasan tentangnya”

Al Khidr menebuk kapal.

Maka mereka berdua pun berjalan. Sampai ditepi laut , mereka menumpang sebuah kapal kepunyaan penduduk kampung yang miskin, yang pemilik kapal itu mengenali Al Khidr. Tiba-tiba Al Khidr menebuk kapal itu dengan kakinya.


Al Khidr membunuh budak lelaki
Mereka berjalan lagi. Dalam perjalanan itu, mereka melalui sekumpulan kanak-kanak lelaki sedang bermain.Tidak semena-mena Al Khidr telah membunuh salah seorang budak lelaki yang sedang bermain-main itu.

Lantas perbuatan itu dibantah oleh Musa as. Jawab Al Khidr kepada Musa a.s “Bukankah aku dah kata ,kau tidak dapat bersabar”. 

Setelah itu Musa a.s berjanji tidak akan lagi menyoal Al Khidr dalam apa-apa perkara. Jika ia berbuat demikian, maka tiada lagi alasan baginya untuk bersama dengan Al Khaidir.

Al Khidr menegakkan dinding hampir roboh
Akhir sekali mereka sampai di suatu kampung, di mana penduduk kampung tersangat kedekut dan tidak menghormati tetamu.

Musa dan Al Khidr telah meminta sedikit makanan dan tempat berteduh dari penduduk kampung tersebut, tetapi permintaan mereka ditolak.

Dalam keadaan penat dan lapar, mereka sampai dipenjuru kampung, dan di situ mereka menjumpai sebuah dinding yang condong hampir roboh. Lantas dengan tangannya, Al Khidr menolak dinding tersebut sehingga tegak kembali.

Dalam kehairanan , Musa menegur Al Khidr, “Kaum yang kita datang kepada mereka lalu mereka enggan memberi makan kepada kita, tidak pula mereka melayan kita sebagai tetamu. Kenapa tidak kau mengambil upah?”.

Lalu Al Khidr menjawab kepada Musa as, “Ini adalah perpisahan antaraku denganmu”.

Penjelasan Al Khidr

Sebelum berpisah Al Khidr telah menjelaskan kepada Musa a.s tentang apa di sebalik perbuatannya yang Musa a.s tidak dapat bersabar dengannya.

Apakah penjelasan Al Khidr? Di awal-awal penjelasannya , Al Khidr memberitahu Musa a.s bahawa apa yang dilakukannya adalah mengikut perintah Allah berdasarkan ilmu yang diberikan Allah kepadanya.

Bukanlah ia melakukannya sekehendak hatinya atau ia sombong dengan ilmu yang ada padanya.

Al Khidr berkata “Wahai Musa, sesungguhnya aku mempunyai ilmu dari ilmu Allah yang Dia telah mengajarkannya kepada ku yang tidaklah engkau mengetahuinya …”

Kemudian satu persatu diterangkan oleh Al Khidr tentang hakikat dari perbuatannya.

Pertama tentang kapal yang ditebuknya. Kapal itu kepunyaan seorang miskin.Di belakang sana ada seorang raja yang merampas setiap kapal yang dijumpainya.

Kapal si miskin tadi terselamat dari dirampas oleh raja itu kerana kapal itu berlubang.

Maka setelah raja itu pergi, pemiliknya yang miskin itu pun membaiki kapal itu dengan menutup lubang dengan kayu , dan dapat menggunakan kapal itu kembali untuk menyara hidupnya.

Kedua tentang budak lelaki yang dibunuhnya. Ibu bapa kepada budak lelaki itu adalah dua orang mukmin.

Budak lelaki itu bakal menderhaka kepada kedua ibu-bapanya dan kufur kepada Allah. Lalu budak lelaki itu dibunuh supaya kedua ibu-bapa terselamat dari angkara budak itu.

Allah menghendaki supaya kedua ibu-bapa yang mukmin mendapat anak yang lebih baik dan lebih kebaktian kepada kedua ibu-bapanya sebagai pengganti.

Ketiga tentang dinding condong yang dibaiki. Dibawah dinding tersebut terdapat khazanah kepunyaan dua orang anak yatim, yang ditinggalkan oleh bapa mereka yang soleh.

Allah menghendaki supaya kedua orang anak yatim tadi akan dapat mengeluarkan khazanah tersebut apabila mereka dewasa, berkat kesolehan bapa mereka.

Pengajaran dari kisah Al Khidr dan Nabi Musa
Dari kisah kapal yang ditebuk:

Seseorang hendaklah bersabar di atas sebarang kesulitan atau kesusahan yang dialami, seperti pemilik kapal yang ditebuk oleh Al Khidr.

Kerana di sebalik perkara yang kita benci atau tidak sukai seperti benda yang menyusahkan dan menyulitkan pada zahirnya terdapat banyak kebaikan dan manfaat yang kita tidak tahu tetapi Allah mengetahuinya.

Dari kisah budak yang dibunuh:
Seseorang hendaklah redha dengan takdir Allah, seperti berlaku kepada ibu-bapa mukmin dalam kisah ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda “Tidaklah Allah mentakdirkan terhadap seorang mukmin sesuatu takdir melainkan adalah baik baginya”.

Dari kisah dinding condong:
Jadilah seorang yang soleh. Kerana berkat ibadat seorang ayah yang soleh akan mendapat perlindungan dan belas kasihan Allah bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk keturunannya di dunia ini dan juga di akhirat.

Akhir sekali pengajaran yang diperolehi ialah seseorang itu hendaklah tawaddu’ dengan ilmunya. Seperti Nabi Musa a.s begitu tawaddu’ , sanggup belajar dari Al Khidr, walaupun kedudukan sebagai seorang Rasul adalah lebih tinggi dari Al Khidr.

Begitu juga Al Khidr tawaddu’ dengan ilmunya. Al Khidr tidak mendabik dada dengan ilmunya. Malah ia sentiasa mengatakan bahawa segala tindakannya merupakan perintah dari Allah berdasarkan ilmu yang diberikan Allah kepadanya.

Sumber rujukan: Tafsir Al Quran oleh Abu Hanif

03 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 14

Hari nie balik ke kampung dengan keadaan lemah longlai. Diarhea puasa belum sembuh sepenuhnya lagi. Namun kene kuatkan juga, meredah perjalanan dari pejabat ke ERL >> naik train >> turun train >> naik bas ke LCCT >> dan menunggu kapal tiba untuk membawa terbang ke kampung halaman.
Sungguh, kehidupan hari ini memerlukan jihad walaupun tidak sehebat jihad orang lain yang lebih hebat jihad nya di Bulan Ramadhan. Kerna itu, saya perlu berasa malu jika tidak berupaya untuk menahan dan bertahan dengan ujian sakit yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan kesusahan dan kepayahan orang lain yang lebih susah dari saya.

Semoga ALLAH SWT memberikan setitip kekuatan dari sifat-Nya Al-Jabbar untuk saya terus bertahan sehingga akhir hari saya. Aaamin.

ALLAHU TA'ALA A'LAM

02 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 13

Ramadhan hari ke-13.
Perut terasa mual dan loya. Sejak Ramadhan hari 12 lagi terasa seperti membuak-buak seperti gelombang perut nie. "Janganlah kene diarhea". Sakit di bulan Ramadhan lebih hebat dari hari-hari biasa kerna seboleh-bolehnya tidak mahu berbuka.
Hari ini, kepala penuh dengan angin, badan tidak bermaya. Sahur dengan kurma pun tidak mampu untuk menahan kesakitan ini. Makanya, hari ini, separuh hari nya dipenuhi dengan menyapu minyak angin di kepala. Teringat kisah Nabi Ayub a.s.

Nabi Ayub a.s digambarkan sebagai seorang nabi yang sangat penyabar. Malah, beliau dikatakan berada di puncak kesabaran. Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran/ cermin kesabaran/ teladan kesabaran pada kita. ALLAH SWT telah memujinya di dalam kitab-Nya yang berbunyi:

"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Yang di maksud al-Aubah ialah kembali kepada Allah s.w.t. Nabi Ayub adalah seseorang yang selalu kembali kepada Allah s.w.t dengan zikir, syukur, dan sabar. Kesabarannya menyebabkan beliau memperoleh keselamatan dan rahsia pujian Allah s.w.t padanya.

Di dalam Al-Quran al-Karim tidak menyebutkan bentuk penyakitnya, dan banyak cerita-cerita dongeng yang mengemukakan tentang penyakitnya. Dikatakan bahawa beliau terkena penyakit kulit yang dahsyat sehingga manusia-manusia enggan untuk mendekatinya.

Lalu, bagaimana hakikat sakitnya Nabi Ayub dan bagaimana kisahnya? 

Allah SWT berfirman:
"dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah." (QS. Al-Anbiya’: 83-84) 

Allah SWT berfirman: 
"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya; "Sesungguhnya aku diganggu setan dengan kepayahan dan siksaan". (Allah berfirman): "Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum. Dan Kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali) keluarganya dan (Kami tambahkan) kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai pikiran. Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), maka pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)."  (QS. Shad: 41-44)

Kita telah memahami bahawa Nabi Ayub adalah hamba yang soleh dari hamba-hamba Allah s.w.t. Allah s.w.t menginginkan untuk mengujinya dalam hartanya, keluarganya, dan badannya. Hartanya hilang sehingga ia menjadi orang fakir setelah sebelumnya ia termasuk orang yang paling kaya. Kemudian ia ditinggalkan oleh isterinya dan keluarganya sehingga ia merasakan erti kesunyian dan kesendirian lalu ia ditimpa penyakit dalam tubuhnya dan ia merasa menderita kerananya, tetapi beliau tetap sabar menghadapi semua itu dan tetap bersyukur kepada Allah s.w.t.

Sakit yang dideritanya cukup lama sehingga beliau menghabiskan waktu- waktu dan hari-harinya dalam keadaan sendirian bersama penyakitnya, rasa sedihnya, dan kesendiriannya. Demikianlah Nabi Ayub merasakan segi tiga penderitaan. Segi tiga penderitaan dalam hidupnya, yaitu sakit, kesedihan, dan kesendirian. Di saat beliau mendapat cubaan seperti itu, pada suatu hari datang pada beliau salah satu pemikiran syaitan. Fikiran itu berputar-putar di relung hatinya; fikiran itu mengatakan padanya, wahai Ayub penyakit ini dan penderitaan yang engkau rasakan oleh kerana godaan dariku. Seandainya engkau berhenti sabar dalam satu hari saja nescaya penyakitmu akan hilang darimu. Kemudian manusia-manusia berbisik-bisik dan berkata: Seandainya Allah s.w.t mencintainya nescaya ia tidak akan merasakan penderitaan yang begitu hebat. Demikianlah pemikiran yang jahat itu. syaitan tidak mampu untuk mengganggu seseorang kecuali dengan izin Allah s.w.t sebagaimana Allah s.w.t tidak menjadikan cinta-Nya kepada manusia identik dengan kesihatan mereka. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji mereka sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

Bagaimana kita memahami perkataan Nabi Ayub, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan."? Nabi Ayub ingin mengadukan kepada Tuhannya perihal keberanian syaitan padanya di mana syaitan membayangkan bahawa ia dapat mengganggunya. Nabi Ayub tidak percaya bahawa sakit yang dideritanya adalah datang kerana pengaruh syaitan.

Beratnya ujian Allah SWT bagi Nabi Ayyub ‘alaihi salam. Semua ujian itu tidak menambahkannya kecuali kesabaran, harapan pahala dari Allah SWT, pujian dan rasa syukur kepada -Nya, sehingga Ayyub adalah sebagai contoh dalam kesabaran, dia sebagai contoh dalam menghadapi berbagai penyakit. 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab musnadnya dari Mush’ab bin Sa’d dari ayahnya dia berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling besar cobaannya?. Beliau menjawab: “Para nabi, kemudian orang-orang yang shaleh, kemudian orang yang terbaik dari manusia. Seseorang akan diuji berdasarkan tingkat keagamaannya, jika dia memiliki agama yang tipis maka ujiannyapun diperingankan, dan jika dia memiliki agama yang kuat maka ujiannya pun akan ditambah sehingga dirinya akan berjalan di muka bumi ini tanpa memiliki kesalahan”.~Musnad Imam Ahmad: 1/172

Wahai orang yang sedang diuji, wahai orang yang sedang diuji pada harta, anak-anak dan diri kalian, bersabarlah dan kejarlah pahala dari Allah SWT, sesungguhnya Dia pasti akan mengganti. 

Allah SWT berfirman:
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."  (QS. Al-Baqarah; 155-157)

Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah peringatan bagi mereka yang diuji pada jasadnya, hartanya dan anak-anaknya, dia memiliki tauladan pada Nabi Ayyub alaihis salam, di mana Allah SWT telah mengujinya dengan penderitaan yang lebih besar namun dia tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah SWT sehingga Dia memberikan kelapangan baginya”.~Al-Bidayah Wan Nihayah: 1/513

Makanya, bila ujian sakit datang, kisah Nabi Ayub a.s inilah yang perlu dicontohi. Tapi, mampukah kita menjadi sesabar Nabi Ayub a.s?

WALLAHU TA'ALA A'LAM.



01 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 12

Kisah Nabi Nuh a.s di dalam Surah Hud
SEORANG Belanda, Johan Huibers, yang telah membangunkan replika perahu Nabi Nuh AS yang sudah ditemukan tersebut berdasarkan ukuran-ukuran detail seperti dijelaskan di dalam beberapa kitab samawi.
Renungilah ayat-ayat di dalam surah Hud ayat 40 – 43 berikut: 
“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. 

Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” 

“Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir. 

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. ” 

Qatadah telah menyebut sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari [Sahih al-Bukhari nombor 4869], “Allah SWT telah mengekalkan kapal Nuh supaya ia sampai kepada pengetahuan generasi awal umat ini”. 

Maka, apakah kita mengambil pengajaran di dalam ayat-ayat di atas? Apabila datangnya malapetaka dari Allah kepada sesuatu kaum atau negeri itu, ianya tidak hanya akan menimpa orang-orang kafir, malahan ianya juga akan menimpa orang-orang yang beriman yang berada di dalam kaum atau negeri tersebut. 

Anak seorang nabi pun tidak akan terkecuali dari seksaan ALLAH SWT kerna hanya ALLAH SWT sahaja yang layak memberikan hidayah dan taufiq kepada hambaNya. Nabi Nuh a.s sebagai seorang hamba hanya mampu berdoa kepada ALLAH SWT untuk menyelamatkan keluarganya dan hanya ALLAH SWT sahaja yang memperkenankan doa tersebut. 

Wallahu Ta'ala A'lam.