07 August 2012

Ramadhan Reflections - Day 18

Semalam Masjid Putrajaya luar biasa meriahnya dengan jeritan & suara anak-anak. Ada yg berlari2 berdektan saf2 solat. Ada yang bermain kejar-kejaran bersama anak-anak yang lain dan tak kurang juga ada yang menangis.

Pandangan saya yang kurang ilmu ini, adalah lebih baik ibu-ibu mereka, sekiranya tidak dapat mengawal anak-anak untuk tertib di dalam masjid atau sekurang-kurang solat di sebelah ibu mereka, maka lebih baik dan afdhal untuk ibu-ibu solat di rumah.

Pandangan saya ini secara tidak langsung mendapat komen positif, tidak kurang juga yang memberi komen membina membetulkan pandangan saya itu.

Ada yang berpandangan bahawa "anak-anak perlu solat di sebelah ibu masing-masing agar mereka tidak terpengaruh dengan kanak-kanak sebaya usia untuk bermain di dalam masjid".

Ada juga yang bersetuju dengan pandangan saya bahawanya adalah "lebih afdhal ibu-ibu solat dirumah sehingga anak-anak tersebut mengerti bahawa masjid bukanlah tempat mainan, malahan harus dihormati dan perlu tertib bila berada di dalam masjid."

Namun, terdapat pandangan saya yang tidak betul, contohnya akan terputuslah saf berjemaah sekaligus pahala berjemaah bila ada kanak-kanak di dalam saf tersebut dengan memberikan artikel rujukan dari laman web Dr. Asri bertajuk:- 

Maaf Anakku! Mereka Tidak Mesra Denganmu - http://drmaza.com/home/?p=1753
Dan saya berterima kasih kepada saudara tersebut kerana saya telah mendapat pencerahan ilmu dari rujukan yang telah beliau berikan itu.

Makanya, saya mengulas dengan berpandangan bahawa anak-anak kecil yg lelaki perlu bersama ayahnya ketika solat berjemaah dan bukan ditinggalkan bersama ibu mereka di masjid agar mereka belajar dan faham solat serta tertib di masjid. Saya melihat budaya org kita,selalu sahaja meninggalkan anak-anak kecil lelaki atau perempuan kepada ibu mereka. Malam itu pula,ada kanak2 yg membawa permainan pistol yg berbunyi2 apabila diketik/ditembak sekaligus mengganggu jemaah. Saya tidak salahkan anak-anak kecil kerna mereka tidak mengerti, tetapi yg perlu faham bagi membolehkan masjid mesra kepada anak-anak ini adalah ibubapa mereka. Dan memang benar, kanak-kanak yang belum mumayyiz bersih dari segala dosa. Makanya, segala tingkah laku mereka yang kurang tertib perlukan pencerahan dan didikan dari ibu bapa mereka sendiri. Sekiranya ibu bapa yang paling dekat dengan mereka tidak menunjukkan apa yang betul, makanya terus-terusanlah anak-anak ini melakukan perkara yang mereka sendiri tidak mengerti bahwa ianya salah dan tidak sesuai untuk dilakukan.

Dan di sinilah pentingnya peranan ibu bapa di dalam mendidik dan meluruskan jalan kehidupan anak-anak mereka. mendidik mengenai tertib di dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa yang senang dan mudah difahami. 

Begitu juga dengan peranan jemaah di dalam masjid/surau untuk memberi teguran berhemah atau sekurang-kurangnya membisikkan kepada ibu kanak-kanak tersebut bahawa anak-anak mereka sedang mengganggu jemaah-jemaah yang sedang menunaikan solat. Dan kiranya kita mempunyai iman yang selemah-lemah iman, apa yang kita mampu buat adalah menegur di dalam hati, tatkala bibir tidak mampu melakukan teguran tersebut. Jika itulah hakikatnya, kita harus sedar diri bahawa iman kita memang memerlukan tarbiyah dan pencerahan agar lebih kuat dan gagah sekurang-kurang untuk membuat teguran tersebut.

WALLAHU TA'ALA A'ALAM.

No comments: