10 August 2012

Ramadhan Reflections: Day 21

Hari ini sepertinya banyak perkara yang berlaku. Biasanya di pejabat bila tiba hari Jumaat, happening semacam jer, lebih ceria dari biasa dan lebih meriah dari biasa. Almaklumlah esoknya hari cuti :-)

Tengahari nie ada Majlis Khatam Quran di pejabat di Putrajaya - dan tetamu undangannya adalah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman. Majlis khatam Quran tahun ini dipimpin oleh beliau. ALHAMDULILLAH :-). 

Beliau sempat memberi sedikit peringatan buat kami -"Bacalah Al-Quran dan Khatam Quran. Bukan hanya membaca Juz 'Amma, tetapi membaca AL-Quran dari Surah Al-Fatihah sehinggalah Surah An-Naas. Jadikan membaca Al-Quran itu sebagai budaya kita orang Islam. Dan untuk menyerikan muka  agar sentiasa berseri-seri, selepas setiap kali tahajjud, bacalah Al-Quran dan jangan tinggalkan Al-Quran. Satu hari kita tinggalkan Al-Quran, berhari-hari Al-Quran akan tinggalkan kita" - Terkesan juga dengan kata-kata dari beliau. Ramadhan, bulan yang sangat senang untuk membaca Quran, terasa ringan untuk membuka Al-Quran, tetapi bulan-bulan lain...MasyaALLAH, boleh dikira dengan jari berapa kali buka dan baca Quran setia hari atau setiap minggu. Sebab itulah bulan Ramadhan disebut-sebut sebagai bulan A-Quran. Makanya, kene rebut peluang ini untuk mencari redha ALLAH, dan latihan untuk istiqamah di dalam membaca Quran, sekurang-kurang 1 muka surat sehari dan lebih baiknya 1 Juz sehari seperti yang kita lakukan semasa di bulan Ramadhan.

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Ali-Imran, kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat manakala dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)."
(HR. Muslim)

Hari nie sedikit lewat balik ke rumah. Niat hendak ke Masjid untuk iftar di sana tetapi stereng kereta terus laju memandu terus ke rumah. Natijahnya...petang itu jalan luar biasa trafiknya. Rupa-rupanya berhampiran dengan Mines ada bas rosak menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa. Makanya, iftar hari ini di dalam kereta dengan air kosong sahaja.

"Taqdir setiap orang setiap hari berlainan. Saat berbuka, ada yang berbuka dengan keluarga, ada yang berbuka sendirian, ada yang berbuka di masjid/surau, ada yang berbuka dalam kereta, tepi jalan dan sebagainya. Apa-apapun, Selamat Berbuka"

WALLAHU TA'ALA A'LAM

No comments: