31 August 2012

Warna-warni Kemerdekaan Malaysia 2012


31 Ogos 2012 - merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55. dan kami diarahkan untuk hadir ke Dataran Merdeka memeriahkan lagi perayaan. Awalnya dengan hati yang berat nak hadir memandangkan hari cuti dan nak kene bangun seawal pagi untuk ke sana. Selepas subuh saya memulakan perjalanan menuju STAR LRT untuk ke Pasar Seni. Kawan-kawan yang menaiki bas jabatan telah bergerak ke sana seawal 430pagi ke Masjid Negara untuk berkumpul dan mendaftar.
Saya pula selepas subuh bergerak ke sana. Perjalanan dari rumah ke stesen LRT mengambil masa 10min. Jalan CLEAR dan SUNYI. Sampai di tempat letak kereta, saya bernasib baik, kerna ada juga yang memarkir kereta di sana. Tidaklah saya berseorangan di kawasan tersebut. Menunggu tren sampai dalam 15min, dan tren dari Tasik Selatan ke Masjid Jamek mungkin mengambil masa selama 20min. Penumpang di dalam tren juga ramai. Mungkin jua mereka seperti saya, mahu ke Dataran Merdeka. Ada yang pergi bersama keluarga dan kawan-kawan. Dari Masjid Jamek sebenarnya sudah dekat untuk ke Masjid Negara, tetapi saya mengambil tren laluan ke Pasar Seni pula untuk ke sana. Dah lama tidak ke KL, saya jadi LOST! sehinggakan terpaksa bertanya dengan Polis Bantuan arah ke Masjid Negara. Terasa seperti pelancong gayanya, sedangkan kubah masjid sudah kelihatan dari LRT Putra Pasar Seni...:-))
Sampai di arah bertentangan Masjid Negara, rakan2 yang lain sudah lama menunggu di sana. Macamana yer untuk ke sebelah sana? takkan nak kene seberang jalan? Tak sedar pulak saya, ada terowong pejalan kaki di bawah jalan raya ke Masjid Negara. Memang betul-betullah lagaknya seperti pelancong yang sesat :-))
Setelah berkumpul bersama, kami sama-sama menuju ke Dataran Merdeka. Kelihatan kontinjen-kontinjen perarakan telah bersiap siaga untuk berarak menunggu giliran  masing-masing. Mereka penuh dengan semangat...kami pula berjangkit dengan semangat mereka. Dengan keadaan cuaca yang tidak terlalu panas, ianya teramatlah sesuai untuk perayaan hari ini.
Tiba di Dataran, orang sudah mula ramai memenuhi kawasan, begitu juga selebriti yang memeriahkan booth FLYFM dan HOTFM. hmmm...not into nak bergambar dengan mereka. Ada Awal Ashaari, Fizzo, Iqram Dinzly, Lisa Surihani, Amber Chia, Kencana Dewi, Mia dan ramia lagi.
Setelah pemimpin-pemimpin negara datang, lagu NegaraKu dinyanyikan. Masing-masing berdiri tegak, pun begitu ada juga yang tidak mengendahkannya.
Selepas persembahan di padang Dataran Merdeka selesai, maka...bermulalah perarakan    menuju pentas utama. Yang paling saya suka adalah kontinjen pancaragam. Segak dan penuh bergaya :-)
Kami semua...bersemangat betul masa ni. :-)) Mudah-mudahan semangat kenegaraan tu akan berkekalan sampai bila-bila.

Semasa hendak meninggalkan dataran, kami mengambil peluang bergambar dengan kereta-kereta antik dan kereta mewah yang menunggu untuk melalui pentas utama. Sempat juga kami bergambar dengan kereta-kereta antik dan mewah tersebut. Nak membelinya dan memilikinya, mungkin tak tercapai sampai bila-bila...hehehe. Rupa-rupanya, kereta-kereta antik tersebut membawa perwira-perwira negara yang telah menyumbang bakti mempertahankan negara. Ada yang menentang komunis dan sebagainya.
Saya sempat bersembang dengan salah seorang perwira negara tersebut. Beliau merupakan salah seorang pejuang menentang komunis. Sempat juga bergambar dengan beliau, dan kagum dengan semangat beliau. :-) Saya pun apalagi, macam-macam soalan saya tanya. Almaklumla, susah nak bersembang santai dengan perwira negara nie. :-))

Saya tanya pendapat beliau mengenai remaja sekarang - beliau memberi jawapan yang mudah dan untuk kita fikir-fikirkan terutamanya yang ada anak-anak kecil dan remaja ni. Jawwapan yang beliau berikan lebih kurangla macam nie ~ "Saya tidak salahkan remaja sekarang ini. Pengaruh luaran terlalu banyak dan anak-anak remaja sekarang ini amat senang terikut-ikut dengan trend. Puncanya banyak - terutama sekali dasar pendidikan negara kita. Kalau dulu, bahasa jawi dan sastera diutamakan. Apatah lagi pendidikan Islam. Sekarang ini, lebih diutamakan Sains dan Matematik. Bahasa sastera dan Jawi semakin diabaikan. Kita lihat kesannya sekarang ini berapa ramai remaja-remaja dan anak2 muda tidak tahu membaca jawi, apatah lagi menulis dalam jawi. Bayangkan juga berapa ramai yang tidak tahu membaca Al-Quran. Setakat khatam Quran sekali dua semasa kecil itu tidak menjanjikan mereka fasih membaca al-Quran. Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting di dalam meninggikan sahsiah remaja."

Jawapan beliau itu membuatkan saya berfikir panjang. Di mana hala tuju negara kita nanti bila mereka yang remaja-remaja sekarang ini bakal memerintah negara. Jika sahsiah tidak cemerlang, agama diabaikan, bagaimana nanti mereka hendak memimpin negara.

Mudah-mudahan, negara Malaysia yang saya cintai ini dilindungi ALLAH SWT dari segala bentuk penjajahan minda dan jiwa. Aaameen!

No comments: