30 April 2020

Ramadhan 2020: Day 7


29 April 2020

Ramadhan 2020: Day 6


16 April 2020

Cinta Syria Malaysia : Bantuan Ramadhan Mission 7.0

Image may contain: 1 person
⛅ Day 30/42 #PKP42hari #MCO42days #RMO
.
Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan, insyaAllah. Ramadhan kali ini luar biasa sekali. Tiada bazaar Ramadhan, solat terawih di masjid pun barangkali tiada dan masing2 solat di rumah. Ramai yang sedang bersedia dengan ration makanan di bulan puasa, join group2 Bazaar Ramadhan online untuk tempahan menu2 makanan berbuka atau sahur.
.
Namun, Ramadan yang bakal tiba nanti, akan ada ribuan pelarian Syria tiada makanan untuk berbuka.
.
Mereka akan merebus air sahaja. Dan mungkin sedikit kurma buat alas perut.
.
Mungkin berita tentang Syria sudah kerap kita dengar. Itu adalah tanggungjawab bagi memastikan apa yang berlaku di Syria disampaikan kepada semua.
.
Krisis di sana semakin parah. Tambah-tambah lagi dengan penambahan 900,000 pelarian selepas Idlib diserang.
.
Mereka memerlukan kita pada saat ini. JOM SAMA2 KITA MENYUMBANG
.
Sumbangan secara atas talian di –

CSM turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman bagi resit terkumpul RM500 dan ke atas. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama HQ kami di +601124407539

15 April 2020

MALAYSIA : HARI INI DALAM SEJARAH

HARI INI DALAM SEJARAH...

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara.Semalam 15 April, sejarah besar dalam bidang pendidikan berlaku...

👉Peperiksaan UPSR dibatalkan
👉 PT3 dibatalkan
👉 SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021

Takkan sesekali dilupakan. Jika panjang umur, kita akan membaca, mengingati dan mengimbau kejadian ini, walaupun ia bukanlah kenangan manis untuk kita kenang. 😭

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN / MOVEMONT CONTROL ORDER
18 MAC - 31 MAC 2020 FASA 1
01 APR - 14 APR2020 FASA 2
15 APR - 28 APR 2020 FASA 3

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 😭😭😭😭

Suatu hari nanti, sejarah ini akan diingati sehingga bila-bila dan ianya memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️❤️❤️

#anak2upsrpt3
#stayhome
#kitajagakita
#kitamestimenang
#hariinidalamsejarah

13 April 2020

AIRASIA: HOW TO DO CREDIT REFUND

Bagaimana seorang penumpang Airasia memulakan proses untuk Credit Refund? Credit Refund lebih mudah dari proses Refund.

Credit Refund bermaksud, kos penerbangan anda tersebut dipulangkan secara credit di dalam akaun dan tempoh penyimpanan kredit tersebut adalah selama 365 hari dan anda boleh gunakan untuk membeli tiket yang baru ke mana-mana destinasi.

Manakala Refund bermaksud, anda mahu kos tiket tersebut dipulangkan di dalam bentuk monetary ($$$) dan dimasukkan semula di dalam bank anda. Proses pemulangan tersebut akan mengambil masa agak lama sehingga 16 minggu berbanding dengan proses Credit Refund.

Sekarang ni saya nak cerita pulak macamana nak buat untuk tuntutan Credit Refund.

  1. Off course first sekali kene sembang dulu dengan Virtual AVA;
  2. Masa mula-mula nak sembang tu, taip je la apa-apa. Nanti AVA akan reply yang dia tak faham soalan - AVA akan bagi senarai perkara yang berkaitan => Pilih Flight Cancellation Refund;
  3. Nanti AVA bagitau la yang Credit Refund ni lagi mudah prosesnya dari Refund. Bagi yang nak senang => boleh pilih Credit Refund;
  4. Bila dah pilih Credit Refund => AVA akan mintak Surname/Nama Ayah, alamat emel dan nombor PNR / nombor Booking;
  5. Selepas beri semua maklumat tersebut, AVA akan tanya lagi - Departure City => masukkan la maklumat dari mana kita berangkat terbang;
  6. Selepas AVA semak semua maklumat tersebut => anda akan diberi pilihan sama ada mahu refund 1 hala atau kedua-duanya sekali. Sekiranya memilih untuk refund tiket 2 hala, pilih no, 3;
  7. Akhir sekali, beri BIG Member ID anda dan tekan enter;
  8. Tidak lama selepas itu, AVA akan memberikan Nombor Case anda sebagai rujukan.
Selebihnya, anda tunggu sahaja emel makluman dari AirAsia mengenai status Credit Refund anda. Senang je. Jangan gaduh-gaduh. Kalau tak sabar, boleh tanya dengan si cantik AVA dan bagi je reference number/case number untuk check status. 😁✌️✌️✌️

10 April 2020

BANTUAN RAMADHAN MISSION


Salam Jumaat yang barakah
.
.
Syria mungkin telah dilupakan sepanjang tempoh PKP ini. Jom sama2 kita bantu mereka untuk Misi Ramadhan. Klik pada link untuk membantu. Dengan sadaqah anda sebanyak RM10, InsyaAllah dapat mengurangkan beban mereka. Semoga Allah melindungi kita semua. Allahul Musta'aan.
.
Mahukah kita pahala yang berterusan?
.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Antara amal jariah yang akan sampai pahalanya kepada seseorang Muslim selepas matinya ialah: Ilmu yang dipelajari dan disebarkan; Anak soleh yang mendoakannya; naskhah al-Quran yang diwakafkannya; masjid yang dibinanya; rumah tumpangan yang dibinanya untuk golongan musafir; kolam air yang dikoreknya; sedekah yang diberi semasa sihatnya. Amal-amal ini akan sampai untuknya selepas dia mati.” 

(Riwayat Ibn Majah, dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaymah) .

Jom sama-sama kita bantu. InsyaAllah dengan berkat hari yang mulia ini, kita doakan Allah maqbulkan segala doa2 kita, lindungi kita dan mereka dari segala wabak penyakit dan dimurahkan rezeki kita semua. Ameen😊
.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang #StaySafe #StayStrong #SadaqahLubukRezeki
Mohon war2kan pada keluarga dan rakan2. Tqvm🤗

08 April 2020

AIRASIA : CREDIT REFUND


Nak cerita lagi mengenai Refund Airasia.

Untuk Credit Refund bulan 3 yang lepas dah masuk dalam account dah. So, duit tu boleh digunakan untuk membeli tiket flight bulan 11 atau 12 atau tahun hadapan, selagi tidak melebihi 1 tahun.

Credit refund boleh digunakan untuk beli tiket, untuk kegunaan yang lain seperti Add in Luggage, In flight meal, dsb - Shop online dalam website Airasia, tak sure pulak.

Kebaikannya kalau buat Credit Refund = nilai tersebut akan digunakan untuk tujuan yang sama. Bila kita request refund dan AirAsia luluskan permohonan kita itu, kita akan dapat duit dan duit tersebut mungkin akan dibelanjakan untuk tujuan yang lain.

Kalau saya, saya prefer buat Credit Refund. Bila-bila selepas krisis COVID-19 ini berakhir, saya boleh terbang balik kampung bila-bila masa tanpa risau nak keluarkan duit dari tabung yang mana satu. Cumanya satu je la nanti, harga tiket mungkin tidak semurah semasa saya membeli tiket tersebut sebelum ini. Dah semak harga tiket untuk balik kampung bulan 11 atau 12 atau tahun hadapan. Rata-rata tiket sehala paling murah pun sekitar RM199.+++😂 Nasib badannnn....

Airasia pun nak cover jugak kerugian semasa hibernasi sekarang ini walaupun sudah mencatat untung berjuta2 sebelum ini. Itu mungkin strategi perniagaan AirAsia dan perniagaan2 yang lain. Bagi kita sebagai pengguna, kita ada pilihan sama ada untuk beli ataupun tidak atau menggunakan perkhidmatan penerbangan yang lain. Tiada pilihan juga adalah satu pilihan, terpulang kepada kita masing-masing. 

Peace :))✌️🙆‍♀️🙆‍♀️🙆‍♀️✈️✈️✈️

AIRASIA : HOW TO REQUEST REFUND


Since AirAsia dah batalkan tiket penerbangan hujung bulan ni, emel pun AirAsia dah hantar. Kali ini, kita cuba untuk request refund pulak instead of request Credit Refund.
Pertama sekali kene bercakap dengan Virtual AVA Airasia, which is robot yang telah diprogramkan untuk bertanya dan menjawab soalan-soalan skema. Kalau korang nak mengutuk, nak marah atau bagi jawapan yang takde kene mengenai atau nak puji AVA cantik ke, dia takkan paham dan ulang soalan yang sama ataupun dia diam dekat screen tu je.

Oleh itu, anda yang nak request refund, jangan marah-marah dekat AVA ye.

Bila menggunakan Virtual Chat AVA, pastikan anda menjawab soalan yang AVA berikan dan jawab dengan betul. Contoh : Nak tanya mengenai ape - nanti AVA akan senaraikan topik skema, lepas kita pilih contohnya Airasia Change Flight or AirAsia cancel flight => AVA akan bagi soalan seterusnya seperti - Nama penuh, emel address, Booking Number.

Untuk Request Credit Refund, AVA akan layan sampai habis dan akan dapat Case Number.

Tetapi...bagi Request Refund, AVA akan mintak kita klik link "Connect to my AllStar" untuk bercakap dengan customer service Airasia yang dinamakan sebagai AllStar.
Tadaaa....tengoklah berapa lama masa nak tunggu bercakap dengan customer service. So, tinggikan kesabaran anda dan buat kerja lain dulu sehinggalah giliran anda sampai 😅
Fasobrun Jamiiil...Bersabar dan bertabahlah ye 😂

Bagi yang tak sabar, tutup je la browser tu dan sembang balik dengan AVA untuk request Credit Refund :))

Credit Refund valid untuk 1 tahun, InsyaAllah ok je tu. Boleh digunakan untuk penempahan tiket penerbangan tahun hadapan InsyaAllah Biiznillah, umur panjang, dapatla balik ke kampung
😅🏡🏡🏡

03 April 2020

Ajaibnya sedekah

Jumaat 3 April 2020
Sambil2 menunggu makanan dihantar ke tempat saya menunggu, bukak la radio IKIM. Kebetulan tengah cerita pasal sedeqah.

Macam2 cerita ajaib mengenai keberkatan bersedeqah. Bagi yang bersedekah, sama ada sedikit atau banyak, nyata atau tersembunyi...yang paling susah nak jaga adalah ikhlas. Kita sendiri pun kadang2 tak tau, kita ikhlas ataupun tidak. Sebaiknya bila kita sedekah, kita tidak mengungkit2 amalan kita yang sedikit itu. Berbeza pula dengan yang menunjukkan amalan tersebut dengan niat untuk motivasi kepada yang lain dan mengajak orang lain untuk berbuat kebaikan, ujian nya lagi hebat. Kekadang terdetik perasaan bangga, sekejap je...hilanglah rasa ikhlas tersebut. Sebab itulah bila kita sadaqah, kita banyakkan istighfar dan doa semoga Allah terima amal kita dan hati kita tidak riak dan bangga. Sebanyak mana pun sadaqah kita, Allah lebih banyak memberi dari manusia yang paling banyak memberi di dunia ini dan kekayaan Allah tidak pernah berkurang. Semua nikmat2 dan rezeki yang kita perolehi di dunia ini adalah pemberian dari Allah SWT. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik. 

Namun, baiknya Allah, Allah biarkan kita punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap bertasbih memujiNya, tangan, kaki dan semua yang ada pada tubuh badan kita ini. Belum lagi Allah beri rezeki kepada kita dengan asbab di atas usaha2 kita. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit dan ada yang tak dapat langsung. Semua nya ada hikmah. Bagi yang dapat lebih, Allah suruh beri beri dan beri. Bagi yang dapat kurang, cukup2 makan atau tiada langsung, Allah suruh bersabar kerana sabar itu besar pahalanya.

Bagi yang telah memberi hutang, atau mengurangkan kesempitan hidup orang lain dengan memberi pinjaman, sekiranya yang meminjam masih belum mampu untuk membayar, inilah masa untuk yang memberi hutang menambahkan tabung amalan. Selagi mana hutang tersebut tertangguh, selagi itulah yang memberi hutang mendapat ganjaran pahala InsyaAllah.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)." (Surah al-Baqarah, ayat 280)

Diriwayatkan oleh Abu Qatadah, katanya, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa memberi tangguh kepada penghutangnya atau melupuskan pasti ditempatkan di bawah naungan 'Arasy pada hari Kiamat." (Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa mahukan doanya diperkenan Allah dan dihindarkan malapetaka, maka hendaklah dia membebaskan hutang daripada orang berhutang dan tidak mampu bayar hutangnya." (Riwayat al-Nasa'i)

Banyak sangat kelebihan bagi orang yang telah memberi hutang kepada yang dalam kesempitan dan menangguhkan pembayaran hutang tersebut disebabkan pemiutang berada di dalam kesempitan. Maka, berlapang dadalah bagi orang yang memberi hutang dan beruntunglah kerana mendapat naungan "Arasy pada hari Kiamat kelak, InsyaAllah.

Dalam keadaan sekarang, bagi yang punya harta wang dan kemampuan, inilah masanya Allah uji dengan harta. Contoh: Jutawan A ada 1 juta di dalam simpanannya. Mampukah dia memberi RM600 ribu atau lebih untuk diberikan kepada yang tidak mampu walau sebutir nasi pun? - benarlah manusia diuji dengan harta sama ada yang banyak atau sedikit atau tiada dan diuji juga dengan anak.

Setiap kita akan diuji mengikut kemampuan kita. Bagi yang mampu, kaya raya ujian nya mungkin berbeza dengan yang kurang mampu. Bagi yang kurang mampu, ujian nya berbeza juga mengikut kemampuan masing-masing. Dalam masa ini, ada yang ambil peluang memenuhkan tabung pahala, ada juga yang ambil peluang mengurangkan dan mengosongkan tabung pahala masing-masing. Pilihan di tangan kita sendiri untuk memilih yang mana satu. 

Ingat kebaikan yang kita terima dari Allah!

وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ
“Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah Berbuat baik kepadamu” (Al-Qashas: 77)

Allah juga menjanjikan sesuatu untuk memotivasi kita agar selalu berbuat baik.
مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Al-Qashas: 84)

Dalam saat-saat sukar masa sekarang ini, Be Kind to others.
Semua kita memerlukan pertolongan antara satu sama lain, sama ada pertolongan dari segi kewangan, support & kata-kata motivasi ~ financial and mental support.

Semoga Allah SWT lindungi dan bantu kita semua kita semua.
Allahul Musta'aan.

01 April 2020

What do we need to know about Moratorium (Deferment of the loan repayment / financing payment)

1 April 2020 merupakan hari yang ke-15 Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia dan ianya merupakan Fasa ke-2 PKP. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Moratorium ke atas pinjaman-pinjaman peribadi dan SMEs merangkumi pinjaman perumahan, kereta, peribadi dan lain-lain tidak termasuk Hutang Kad Kredit.

What do we need to know about Moratorium?
It is a deferment of the loan repayment/financing payment for 6 months, also known as a payment holiday. During this period, borrowers/customers with loan/financing that meet the criteria do not need to make payment with no late payment charges or penalties being imposed.

Some banks may not charge the compounding interest on defer payment. What we need to do, is to contact our bank and reconfirm.

The moratorium will be implemented today, on 1 April 2020 due to COVID-19 outbreak that currently happened in Malaysia and around the world. 

👩‍💻👩‍💻👩‍💻1st April 2020 - the implementation of Moratorium will take place today. Those who agree to take the plan which is automatically implemented, can sit back, relief and restructure your financial obligations. Those who decide to continue the monthly repayment of loans, you can also sit back and continue your life.👩‍💻👩‍💻👩‍💻

✈️My 1cent point of views: (BEWARE :: This will be long and you have to take time to read and understand it)✈️

1) 🍓 I agree with one of the writer wrote and said about Moratorium. ~ Moratorium is like a breathing space. Some people would say that "it's a relief that they can save that money to make more money." I am indifferent of that. Moratorium is not a way to save money or make more money. It's not a method of saving money, but to channel the money to other important needs at this current situation. It is a relief way for those people who are in need of moratorium to restructure their financial conditions.

2) 🍓 People who really need Moratorium, take it as to minimize your debt and to have a temporary peace of mind. You have a buffer period of 6 months to breath and re-arrange you financial situations, not making money out of it. However, if you think that you can make money out of it, there are small chance that you can earn more money out of it. Some say, put it in FD or Unit Trust or Banks. The maximum profit rate you can get from FD might be 4% if you deposit it for a year. Unit trust might take longer. MLM or Skim Cepat Kaya is a NO NO and you end up losing all money you have.

3) 🍓 As i already share my point of view with some friends, credit card balance is a bad debt. Those who have a credit card balance, do take moratorium on your housing and car loan, but not to defer your credit card payment. Pay your credit card at full payment. The profit rate is still high 13% eventhough you make a re-arrangement or restructuring or convert it into a term loan.

4) 🍓 Those who does not need a moratorium, kindly do contact your bank. Do remember that, the car loan use a flat rate and it does not affect much on the repayment and extension of 6 month after moratorium. However, the housing loan, regardless weather it is conventional or Islamic, although some of the profit rate is fixed especially on Islamic financing, do not forget the BLR/BFR. Base Lending Rate or base Financing Rate will be changed based on Overnight Policy Rate (OPR). However, bear in mind that BLR/BFR rates are not controlled by BNM, but are specific to individual banks. When the period of moratorium is over but the economic crisis still occurs, we might experience a slight increment in our monthly repayment because of the increase of BFR/BLR.

Now, at this current situation the BFR/BLR is low based on OPR. Early this year, i receive a notice from bank informing that the monthly payment for my home financing is slightly lower than before. It's actually a relief, that i can save that money and put it under emergency fund for future.

✈️So, now...What we can do within this 6 month of BREATHING PERIOD? This is solely my personal opinion and it does not refer to any particularly human being on earth, unless they are human being in pluto or other planet :))✈️

1) 🍭 Sit back and review your financial commitments. If you have families and your wife/husband is working - then PLAN together. Jangan biarkan ketua keluarga sahaja atau kementerian kewangan dalam famili sahaja yang memikirkan solusinya. RESTRUCTURE! - that's the key word. Yang bujang tu, pandai2 lah sendiri ya untuk uruskan kewangan. If your are not able to manage your own financial, then you are in a BIG TROUBLE!

2) 🍭 Go through all your commitments - LOANS / HUTANG housing loans, car loans, credit cards, personal loans, business loans, hutang ahlong, friends debt etc. YOUR basic EXPENSES - food for families, basic necessities such as utilities, hp bills, astro bills etc. However, in my opinion, entertainment is not a basic necessities. Instead of subscribing monthly, you can have a one time charge on android TV, IPTV or others. #jangankecam

3) 🍭 First thing first - PRIORITIZE. Mana-mana yang bukan essential, try to eliminate it so that you can have extra to support other needs.

4) 🍭 Plan ahead for another 6 months - we never knew what will come after this. The IMF has predicted and announce that there will be World Economic Recession after this pandemic. Those countries who recover faster from COVID-19 pandemic will have more positive chance to have an economic recovery faster than other countries. We hope Malaysia will recover faster and soon. Do remember that we had an economic crisis in 1998. I was in final year and graduated in 1999. There are not many jobs offered and life is hard, but surviving. Macam-macam kerja buat masa tu, jadi kerani, kerja di 7-eleven and others. Kelayakan Degree masa tu semua letak ketepi. Yang penting survive. I do not know how teenagers or graduates nowadays can survive. However, i believe that, as long as they have a survival skills, proper attitude, hardworking, InsyaAllah, they will past the test of hardship in life.

5) 🍭 Keep cash in hands for emergency use. However, try to avoid having more cash in hands. Nowadays, we can pay through eWallet such as TnG eWallet, Boost, Aeon Wallet and others. Cash can be use for emergency use if you need it.

6) 🍭 Dont forget to keep cash in Banks. This is important for survival in the next 6 months if possible. Those who have fix monthly wages, you can still make a reserve for 6 months ahead. For those SMEs or business, the 6 month reserved fund is crucial and important and need to take into account when you first building up your business.

7) 🍭 Dont forget to pay your insurance premium. Some Insurance company allow you to make deferment for 3 months like PRU BSN did. However, it is limited to those who affected with COVID-19, who got retrench / lose their job and other terms. Please contact your Insurance agent for that. Every Insurance company has different terms and cons. Do contact them to get more info.

8) 🍭 Hold or defer any unnecessary buying or expenses. As much as you want to or you are dying to have it, now is the time to pay attention only on basic needs.

9) 🍭 In this times of hardship, it is good if we can put aside some of our earnings for sadaqah. Those who have monthly income walaupun tak banyak, try to put RM1, or RM5 a day or week or month, or any amount to give to unfortunate groups. Those money or rizq we have, some of it might belong to others. So, give it out and believe that Allah will give us more, InsyaAllah.

I thinks, I have given my "1centviews". Hope it helps me and others who read it. If it helps you too, don't forget to 👥SHARE it with others.👥
🥰Thanks All.🥰
#spreadpositivity #positiveideas #livetoinspireothers #livetoinspire

💰 For more financial tips / pengurusan kewangan, 💰you can check it out on my Blog at https://mymotivations.blogspot.com/search/label/Kewangan

Although i have not been updated the section lately, but the tips are relevant to follow and read at all time especially during this hard time.
📜 Happy reading and hopefully it will be beneficial to you and others too.📜