Bagaimana seorang penumpang Airasia memulakan proses untuk Credit Refund? Credit Refund lebih mudah dari proses Refund.
Credit Refund bermaksud, kos penerbangan anda tersebut dipulangkan secara credit di dalam akaun dan tempoh penyimpanan kredit tersebut adalah selama 365 hari dan anda boleh gunakan untuk membeli tiket yang baru ke mana-mana destinasi.
Manakala Refund bermaksud, anda mahu kos tiket tersebut dipulangkan di dalam bentuk monetary ($$$) dan dimasukkan semula di dalam bank anda. Proses pemulangan tersebut akan mengambil masa agak lama sehingga 16 minggu berbanding dengan proses Credit Refund.
Sekarang ni saya nak cerita pulak macamana nak buat untuk tuntutan Credit Refund.
- Off course first sekali kene sembang dulu dengan Virtual AVA;
- Masa mula-mula nak sembang tu, taip je la apa-apa. Nanti AVA akan reply yang dia tak faham soalan - AVA akan bagi senarai perkara yang berkaitan => Pilih Flight Cancellation Refund;
- Nanti AVA bagitau la yang Credit Refund ni lagi mudah prosesnya dari Refund. Bagi yang nak senang => boleh pilih Credit Refund;
- Bila dah pilih Credit Refund => AVA akan mintak Surname/Nama Ayah, alamat emel dan nombor PNR / nombor Booking;
- Selepas beri semua maklumat tersebut, AVA akan tanya lagi - Departure City => masukkan la maklumat dari mana kita berangkat terbang;
- Selepas AVA semak semua maklumat tersebut => anda akan diberi pilihan sama ada mahu refund 1 hala atau kedua-duanya sekali. Sekiranya memilih untuk refund tiket 2 hala, pilih no, 3;
- Akhir sekali, beri BIG Member ID anda dan tekan enter;
- Tidak lama selepas itu, AVA akan memberikan Nombor Case anda sebagai rujukan.
Selebihnya, anda tunggu sahaja emel makluman dari AirAsia mengenai status Credit Refund anda. Senang je. Jangan gaduh-gaduh. Kalau tak sabar, boleh tanya dengan si cantik AVA dan bagi je reference number/case number untuk check status. 😁✌️✌️✌️
No comments:
Post a Comment