16 April 2020

Cinta Syria Malaysia : Bantuan Ramadhan Mission 7.0

Image may contain: 1 person
⛅ Day 30/42 #PKP42hari #MCO42days #RMO
.
Tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan, insyaAllah. Ramadhan kali ini luar biasa sekali. Tiada bazaar Ramadhan, solat terawih di masjid pun barangkali tiada dan masing2 solat di rumah. Ramai yang sedang bersedia dengan ration makanan di bulan puasa, join group2 Bazaar Ramadhan online untuk tempahan menu2 makanan berbuka atau sahur.
.
Namun, Ramadan yang bakal tiba nanti, akan ada ribuan pelarian Syria tiada makanan untuk berbuka.
.
Mereka akan merebus air sahaja. Dan mungkin sedikit kurma buat alas perut.
.
Mungkin berita tentang Syria sudah kerap kita dengar. Itu adalah tanggungjawab bagi memastikan apa yang berlaku di Syria disampaikan kepada semua.
.
Krisis di sana semakin parah. Tambah-tambah lagi dengan penambahan 900,000 pelarian selepas Idlib diserang.
.
Mereka memerlukan kita pada saat ini. JOM SAMA2 KITA MENYUMBANG
.
Sumbangan secara atas talian di –

CSM turut menyediakan RESIT PENGECUALIAN CUKAI kepada penyumbang yang budiman bagi resit terkumpul RM500 dan ke atas. Untuk mendapatkan resit ini, boleh berhubung bersama HQ kami di +601124407539

No comments: