Nak cerita lagi mengenai Refund Airasia.
Untuk Credit Refund bulan 3 yang lepas dah masuk dalam account dah. So, duit tu boleh digunakan untuk membeli tiket flight bulan 11 atau 12 atau tahun hadapan, selagi tidak melebihi 1 tahun.
Credit refund boleh digunakan untuk beli tiket, untuk kegunaan yang lain seperti Add in Luggage, In flight meal, dsb - Shop online dalam website Airasia, tak sure pulak.
Kebaikannya kalau buat Credit Refund = nilai tersebut akan digunakan untuk tujuan yang sama. Bila kita request refund dan AirAsia luluskan permohonan kita itu, kita akan dapat duit dan duit tersebut mungkin akan dibelanjakan untuk tujuan yang lain.
Kalau saya, saya prefer buat Credit Refund. Bila-bila selepas krisis COVID-19 ini berakhir, saya boleh terbang balik kampung bila-bila masa tanpa risau nak keluarkan duit dari tabung yang mana satu. Cumanya satu je la nanti, harga tiket mungkin tidak semurah semasa saya membeli tiket tersebut sebelum ini. Dah semak harga tiket untuk balik kampung bulan 11 atau 12 atau tahun hadapan. Rata-rata tiket sehala paling murah pun sekitar RM199.+++😂 Nasib badannnn....
Airasia pun nak cover jugak kerugian semasa hibernasi sekarang ini walaupun sudah mencatat untung berjuta2 sebelum ini. Itu mungkin strategi perniagaan AirAsia dan perniagaan2 yang lain. Bagi kita sebagai pengguna, kita ada pilihan sama ada untuk beli ataupun tidak atau menggunakan perkhidmatan penerbangan yang lain. Tiada pilihan juga adalah satu pilihan, terpulang kepada kita masing-masing.
Peace :))✌️🙆♀️🙆♀️🙆♀️✈️✈️✈️
No comments:
Post a Comment