Jumaat 3 April 2020
Sambil2 menunggu makanan dihantar ke tempat saya menunggu, bukak la radio IKIM. Kebetulan tengah cerita pasal sedeqah.
Macam2 cerita ajaib mengenai keberkatan bersedeqah. Bagi yang bersedekah, sama ada sedikit atau banyak, nyata atau tersembunyi...yang paling susah nak jaga adalah ikhlas. Kita sendiri pun kadang2 tak tau, kita ikhlas ataupun tidak. Sebaiknya bila kita sedekah, kita tidak mengungkit2 amalan kita yang sedikit itu. Berbeza pula dengan yang menunjukkan amalan tersebut dengan niat untuk motivasi kepada yang lain dan mengajak orang lain untuk berbuat kebaikan, ujian nya lagi hebat. Kekadang terdetik perasaan bangga, sekejap je...hilanglah rasa ikhlas tersebut. Sebab itulah bila kita sadaqah, kita banyakkan istighfar dan doa semoga Allah terima amal kita dan hati kita tidak riak dan bangga. Sebanyak mana pun sadaqah kita, Allah lebih banyak memberi dari manusia yang paling banyak memberi di dunia ini dan kekayaan Allah tidak pernah berkurang. Semua nikmat2 dan rezeki yang kita perolehi di dunia ini adalah pemberian dari Allah SWT. Bila-bila masa Allah boleh ambil balik.
Namun, baiknya Allah, Allah biarkan kita punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap bertasbih memujiNya, tangan, kaki dan semua yang ada pada tubuh badan kita ini. Belum lagi Allah beri rezeki kepada kita dengan asbab di atas usaha2 kita. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit dan ada yang tak dapat langsung. Semua nya ada hikmah. Bagi yang dapat lebih, Allah suruh beri beri dan beri. Bagi yang dapat kurang, cukup2 makan atau tiada langsung, Allah suruh bersabar kerana sabar itu besar pahalanya.
Bagi yang telah memberi hutang, atau mengurangkan kesempitan hidup orang lain dengan memberi pinjaman, sekiranya yang meminjam masih belum mampu untuk membayar, inilah masa untuk yang memberi hutang menambahkan tabung amalan. Selagi mana hutang tersebut tertangguh, selagi itulah yang memberi hutang mendapat ganjaran pahala InsyaAllah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)." (Surah al-Baqarah, ayat 280)
Diriwayatkan oleh Abu Qatadah, katanya, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa memberi tangguh kepada penghutangnya atau melupuskan pasti ditempatkan di bawah naungan 'Arasy pada hari Kiamat." (Riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa mahukan doanya diperkenan Allah dan dihindarkan malapetaka, maka hendaklah dia membebaskan hutang daripada orang berhutang dan tidak mampu bayar hutangnya." (Riwayat al-Nasa'i)
Banyak sangat kelebihan bagi orang yang telah memberi hutang kepada yang dalam kesempitan dan menangguhkan pembayaran hutang tersebut disebabkan pemiutang berada di dalam kesempitan. Maka, berlapang dadalah bagi orang yang memberi hutang dan beruntunglah kerana mendapat naungan "Arasy pada hari Kiamat kelak, InsyaAllah.
Dalam keadaan sekarang, bagi yang punya harta wang dan kemampuan, inilah masanya Allah uji dengan harta. Contoh: Jutawan A ada 1 juta di dalam simpanannya. Mampukah dia memberi RM600 ribu atau lebih untuk diberikan kepada yang tidak mampu walau sebutir nasi pun? - benarlah manusia diuji dengan harta sama ada yang banyak atau sedikit atau tiada dan diuji juga dengan anak.
Setiap kita akan diuji mengikut kemampuan kita. Bagi yang mampu, kaya raya ujian nya mungkin berbeza dengan yang kurang mampu. Bagi yang kurang mampu, ujian nya berbeza juga mengikut kemampuan masing-masing. Dalam masa ini, ada yang ambil peluang memenuhkan tabung pahala, ada juga yang ambil peluang mengurangkan dan mengosongkan tabung pahala masing-masing. Pilihan di tangan kita sendiri untuk memilih yang mana satu.
Ingat kebaikan yang kita terima dari Allah!
وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ
“Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah Berbuat baik kepadamu” (Al-Qashas: 77)
Allah juga menjanjikan sesuatu untuk memotivasi kita agar selalu berbuat baik.
مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَمَن جَاء بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanya diberi balasan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Al-Qashas: 84)
Dalam saat-saat sukar masa sekarang ini, Be Kind to others.
Semua kita memerlukan pertolongan antara satu sama lain, sama ada pertolongan dari segi kewangan, support & kata-kata motivasi ~ financial and mental support.
Semoga Allah SWT lindungi dan bantu kita semua kita semua.
Allahul Musta'aan.
No comments:
Post a Comment