26 November 2015

Mana milik kita

Semalam ramai yang senyum lebar sampai telinga, hari ni mungkin ada yang murung monyok muka...

Semalam jenguk-jenguk dalam akaun bank ada banyak 0000, hari ni jenguk-jenguk akaun bank ada 00 ja yang tinggal...

0000 or 00000 yang kita ada semalam, bukanlah kepunyaan kita. Ianya kepunyaan bank yang kita pinjam duit dari mereka sama ada untuk rumah, kereta, peribadi dan macam-macam lagi. Ianya juga kepunyaan TNB, MPKJ atau Majlis Perbandaran yang lain, maintenance or security company yang jaga kawasan rumah kita. Ianya juga kepunyaan Jusco, Tesco, AEON Big, Econsave, Pasar malam, pasar tani, pusat tuisyen anak-anak kita, syarikat insuran yang kita membayar bulanan atau tahunan atau lain untuk perlindungan kita dan keluarga, syarikat Celcom Digi Umobile Maxis Redtone Altel dan sebagainya. Dan pelbagai lagi komitment yang kita mungkin ada.

Itu belum masuk lagi untuk kepuasan diri, nak cantik nak baju baru, kasut baru, handbag baru, tudung baru dan lain lain yang kita berikan mereka $$$ kita untuk memuaskan nafsu kita.

Makanya, apa lagi yang tinggal untuk kita miliki. Sebenarnya tidak ada apa-apa melainkan sedekah yang kita hulurkan dikala orang lain nampak ternampak atau yang kita sembunyikan itulah lebih baik. Sedekah derma sumbangan dan yang seumpamanya kerana Allah ta'ala itulah milik kita dan buat membantu kita di sana nanti.

Al-Baqarah, Ayat 271:
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya...

Al-Baqarah, Ayat 245:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Allahu ta'ala a'lam. Semoga Allah swt redha.

25 November 2015

Di mana matangnya seorang suami

Bila sudah berpasangann berkeluarga...jadilah seorang yang matang, jangan jadi manusia yang hilang akal dan hilang pertimbangan. Talaq bukannya sesuatu yang boleh dijadikan gurauan, dilafazkan ketika nafsu ammarah membuak, dijadikan bahan ketika bergurau. Itu sudah terang-terang menunjukkan ceteknya kematangan sosial seseorang.

Kes pasangan dijatuhkan talak 3 oleh mahkamah kerana si suami bergurau dengan kawannya mengatakan dengan nada gurauan bahawa di telah ceraikan isterinya dengan talak tiga. Si suami balik ke rumah bercerita pula mengenai gurauan tersebut kepada si isteri. Isteri rujuk mahmah dan mahkamah putuskan talaq tersebut sah. Maka nya, isteri yang malang itu diceraikan dengan talaq 3. Suami yang tidak matang itu, hidup lah dengan penyesalan. Isteri yang dianiayai itu hiduplah dalam kesedihan berpanjangan. Saya harap sang isteri tabah menempuh dugaan dan saya juga berharap agar sang suami insaf dan sedar ada perkara-perkara yang tidak wajar dijadikan gurauan.

"Then, if the husband divorces his wife (for the third time), she shall not remain lawful for him after this divorce, unless she marries another husband..." (Al-Baqarah : 230)

22 November 2015

Bedah Buku : Tuesdays with Morrie by Mitch Albom

Tuesdays with Morrie, sebuah buku yang menceritakan mengenai Professor Morrie yang sedang berada di ambang kematian.

Bagaimana beliau melihat kematian yang sedang dihadapinya sebagai salah satu proses kehidupan yang akan menemui penghujungnya. Morrie bercakap mengenai kematian dan kehidupan bersama bekas pelajarnya setiap hari Selasa.
"Kawan lamaku...kamu datang juga akhirnya.."~ bisik Morrie kepada Mitch.

Professor Morrie disahkan mengidap ALS yang mematikan sedikit demi sedikit fizikalnya sehinggalah penyakit tersebut menamatkan riwayatnya dengan menyerang jantungnya.

Diambang maut adalah satu sebab untuk seseorang itu berdukacita. Menempuh hidup yang tidak gembira adalah satu perkara lain. Ramai yang datang berjumpa saya mengadu hidup mereka tidak gembira. Satu perkara yang pasti ialah budaya kita yang membuatkan masyarakat berasa tidak selesa. Kita mendidik perkara yang salah.

Mitch datang setiap hari selasa bertemu Professor Morrie dan pada hari itu kuliah kehidupan bermula antara mereka berdua. Morrie memaklumkan yang beliau banyak belajar dari penyakitnya itu.

Perkara penting dalam hidup adalah belajar bagaimana hendak memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang. "Biar kasih sayang datang. Kita sangka kita tidak layak menerima kasih sayang, kita juga sangka jika kita menerima kasih sayang kita menjadi terlalu lembut. Namun, kasih sayang adalah satu-satunya perbuatan yang wajar."

Semua orang tahu mereka akan mati,tetapi tiada siapa yang mahu percaya....pelikkan! Jika kita percaya, kita akan lakukan semua perkara dengan cara yang berbeza.

"Sekali kamu belajar cara hendak mati, kamu akan belajar bagaimana hendak hidup." Orang yang sedang menempah maut sama ada melihat kematian dengan cara yang menyedihkan atau sebaliknya. Jangan bergantung kepada sesuatu kerana semua di dunia ini tidak kekal.

Konsep pengasingan emosi Professor Morrie, mengasingkan kesakitan, kesunyian dan segala yang menyedihkan dari perasaan dengan meluahkannya, menangis dan sebagainya dan setelah itu meletakkan segalanya ke tepi dan teruskan kehidupan.

Professor Morrie pernah bekerja di Chestnut Lodge, sebuah hospital mental selama 5 tahun. Sepanjang tempoh di sana, Morrie memerhatikan kebanyakan daripada pesakit diabaikan dan dinafikan hidup sempurnanya sehingga merasakan mereka tidak wujud. Mereka tidak berasa kasih sayang dan kekayaan yang mereka ada tidak dapat membeli kebahagiaan dan kepuasan hidup.

Penuaan bukan proses mereput. Ianya pertumbuhan. Ramai yang takut menjadi tua dan mereput sedangkan itulah proses kehidupan.

Selalu kita dengar "kalaulah saya muda semula. Kalaulah saya boleh kembali ke zaman sekian sekian...". Orang yang selalu memperkatakan begitu mencerminkan kehidupan mereka yang tidak pernah puas. Harapan, cita-cita, hajat yang tidak kesampaian. Hidup yang tidak jumpa pengertian hidup yang sebenar dan menjadi orang yang tidak pernah gembira dan bahagia.

Usah cemburu dengan usia muda orang yang lebih muda dari kita kerana kita pernah melaluinya. Jadilah seorang yang bijak bersesuaian dengan usia.

Prof Morrie mengeluh dengan menyatakan bahawasanya satu bentuk pembasuhan otak berlaku di negara dia dan juga di negara-negara yang lain. Malaysia juga tidak terkecuali. "Mereka mengulang-ngulang sesuatu perkara berkali-kali. Memiliki harta benda itu baik. Duit yang banyak juga baik. Hartanah banyak juga baik. Anak-anak yang ramai itu baik. Perniagaan itu baik. Kereta besar itu baik. Gaji yang banyak itu baik. Lebih banyak itu baik sehinggakan mereka memuja-muja banyaknya harta benda, kuasa dan memuja orang yang kayaraya dan banyak kebendaan. Duit bukan pengganti kasih sayang begitu juga dengan kuasa. Kita tidak akan puas dengan kebendaan. Apa yang lebih memuaskan  adalah menawarkan kepada orang lain apa yang kamu dapat beri. - keprihatinan kamu, masa kamu, kebolehan kamu, kepandaian kamu dan sebagainya.

Sewaktu Mitch membawa Janine isterinya berjumpa Professor Morrie, beliau memberitahu "Saya banyak belajar mengenai perkahwinan. Kita akan diduga. Kita mengenali diri sendiri dan siapa pula pasangan kita, serta dapatkah kita menyesuaikan diri atau sebaliknya. Tetapi ada beberapa peraturan mengenai kasih sayang dan perkahwinan yang boleh diikuti. Sekiranya kamu tidak menghargai pasangan kamu, kamu akan menghadapi banyak masalah. Sekiranya kamu tidak tahu/mahu bertolak ansur, kamu akan menghadapi banyak masalah. Sekiranya kamu tidak mampu bercakap secara terbuka apa yang berlaku antara kamu, kamu akan menghadapi banyak masalah. Dan sekiranya kamu tidak ada nilai-nilai kesepakatan, kamu akan menghadapi banyak masalah. Nilai-nilai pasangan tersebut mestilah serupa. Dan yang paling penting di antara nilai-nilai itu adalah kepercayaan kamu terhadap pentingnya perkahwinan kamu. Saling sayang menyayangi atau hidup tidak bermakna."

Maafkan diri kamu sendiri sebelum mati. Kemudian maafkan orang lain.

Sepanjang kehidupan kita, adakalanya kita menyesali apa yang berlaku, menyesal berjumpa dengan orang yang melukakan hati kita, menyesal kerana melukakan hati orang lain. Menyesal dengan apa sahaja perkara buruk yang kita lakukan, menyesal kerana berdendam dengan seseorang sehingga tiada ruang kemaafan, menyesal kerana tiada luangkan masa bersembang dengan ayah yang telah tiada atau ibu yang sentiasa garang dengan kita sehingga kita takut untuk berbicara dengannya. Menyesal kerana tidak terlebih awal berbuat kebaikan dan sebagainya. Kesedihan, kekecewaan, kepatahan hati menyebabkan kita sendiri tidak mampu untuk memaafkan diri kita dan orang lain. Semakin kita menghampiri kematian, maafkan diri kita sendiri. Maafkan orang lain. Tidak semua orang akan dapat kesempatan untuk berbuat demikian. Tidak semua orang bernasib baik.

Selasa terakhir, minggu ke-14, Professor Morrie dan Mitch mengucapkan salam perpisahan. Itulah minggu akhir kelas mereka dan pada hari Sabtu merupakan hari pengijazahan bagi kelas mereka. Kuliah terakhir dengan tesis berkisar pengertian kehidupan berakhir. Namun, pembelajaran itu tidak pernah berakhir.

Reading Me Time : Tuesdays with Morrie

Another readings during weekend
"Tuesdays with Morrie" by Mitch Albom

Kenapa kita sibuk dengan kejadian-kejadian yang tidak penting yang memesongkan perhatian kita?

Semua orang tahu mereka akan mati. Tetapi tiada siapa percaya. Jika kita percaya, kita akan lakukan semua perkara dengan cara berbeza.

Saling menyayangi, atau hidup menjadi tidak bermakna. Kehidupan tanpa kasih sayang seumpama burung yang patah sayap.

Belajarlah mengasingkan perasaan. Apabila kita berjaya mengasingkan perasaan tersebut selepas mengalami nya, kita akan berupaya untuk melepaskannya dan menikmati perasaan kesakitan tersebut.

Jangan bergantung kepada sesuatu, kerana semua di dunia ini tidak kekal.

21 November 2015

Reading Me Time di Hujung Minggu - Bila Hati Rindu Menikah

#readingmetime petang sabtu

Rumahtangga yang baik apabila pasangan menjalin hubungan yang baik antara mereka, tidak mementingkan diri sendiri, bertolak ansur, toleransi. Sekiranya tiada, tiadalah mereka mempunyai kematangan sosial walaupun telah lama berkahwin.
Ada pasangan yang berbelas tahun berkahwin, masih lagi tidak mempunyai kematangan sosial. Ada juga yang membiarkan diri makan hati sepanjang perkahwinan.

"Apabila Allah menghendaki keluarga itu menjadi keluarga yang baik dan bahagia, Allah jadikan keluarga itu mempunyai pengetahuan agama yang benar: anggota keluarga yang muda menghormati yang tua,rezeki yang cukup, berjimat cermat dalam membelanjakan nafkah-Nya dan menyedari kesilapan mereka dan bertaubat. Sekiranya Allah menghendaki sebaliknya, Allah tinggalkan mereka dalam kesesatan."

Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harum kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga

Tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga yang harum kerana sedikit madunya

Ramai lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dengan wanita yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik

Tidak sedikit pula perempuan yang cantik ditinggalkan oleh lelaki kerana busuk hatinya

Kecantikan sejati bukan pada wajah yang cantik, tetapi cantik dalam hati

Oleh itu, cantikkan hatimu supaya dicintai dan dirindukan oleh semua orang.

#weekendactivities #sabtu #saturday #Reading #membaca #bacaan #salahsatucaramengisimasalapanbilatiadatvdirumah 

18 November 2015

Kewangan : Pilihan Apa Yang Ada Jika Setiap Bulan Gaji Tidak Mencukupi???

Pening dengan gaji bulanan yang tidak cukup-cukup untuk menampung belanja harian??? Apa tindakan anda???
Yang mana satu pilihan anda?
  1. Mengurangkan perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu. Contoh: Astro, shopping baju setiap bulan dan sebagainya;
  2. Mengecilkan apa yang anda ada. Kereta besar, tukar kepada yang lebih ekonomikal. Nafsu besar, belajarlah mengekang nafsu tersebut dsb;
  3. Menambah pendapatan anda dengan mengadakan pendapatan sampingan???; Atau...anda ada pilihan-pilihan lain seperti"
  4. Meminjam - namun perlu diingatkan bahawa pinjaman anda itu wajib dibayar kerna sekiranya tidak dibayar,hutang tersebut akan menghantui kehidupan anda sehingga mati;  atau
  5. Membiarkan diri terus berada di dalam ketidakcukupan $$$ dan redha dengan keadaan yang ada sehingga ianya membinasakan diri anda sendiri.
  6. Praktiskan dan biasakan dengan Solat Dhuha. Ajaibnya dhuha hanya yang melaksanakannya sahaja yang tahu;
  7. Walau susah macamana pun...sedekah lah! kerna Allah swt sendiri menjamin bahawa tidak akan berkurangnya harta hamba itu dengan sedekah.
Sekiranya masih tidak cukup lagi, semak-semaklah diri anda dan sekiranya anda ada suami atau isteri, muhasabahlah bersama dan cari jalan penyelesaian bersama.

Saya petik artikel Pakdie pada tahun 2014, dan ianya masih relevan sehingga sekarang:

2 Pilihan Yang Tuan Ada Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan
Suzardi Maulan December 8, 2014


Pendapatan itu penting.
Namun yang lebih penting adalah cashflow yang positif setiap bulan.
Sebab bergaji RM 10,000 tidak semestinya berharta, sekiranya duit keluar sentiasa lebih banyak dari duit masuk. Dan sekiranya itu berlaku, maka  tuan mempunyai 2 pilihan jika tidak cukup duit setiap bulan.

1) Potong Perbelanjaan
Pilihan ini bermaksud tuan mengurangkan keselesaan tertentu seperti:
+ Tidak lagi melanggan Astro, atau,
+ Tidak pergi bercuti di Bandung, atau,
+ Tidak membeli perabot & barang elektrik baru, lebih-lebih lagi dengan berhutang

Atau,

2) Tambah Pendapatan
Pilihan ini bermaksud tuan memilih untuk kurang tidur, ‘diet’ makan tengah hari dan tidak lagi hidup untuk enjoy.
Kerana masa tuan kini telah digunakan untuk perkara berikut:
+ Waktu malam untuk menguruskan pesanan pelanggan dari bisnes part-time
+ Waktu lunch untuk appointment dengan pelanggan
+ Masa hujung minggu mencari stok perniagaan.

Tidak ada istilah katil empuk dan permaidani merah.
Apakah pilihan tuan ?

Tuan perlu wujudkan cashflow setiap bulan dengan duit gaji tuan.

Bila TV Dah Tak Ada

Sedih ke sebab TV yang merupakan media terpenting di kebanyakan rumah-rumah sudah tiada - dijual, ditarik balik atau saje-saje menjual?? Teringat lagi masa mula-mula terfikir nak jual TV yang tersergam indah di ruang tamu, macam-macam yang ada dalam fikiran ni. Boleh ke hidup tanpa TV? Nanti jadi bosan ke hidup aku tanpa TV? Macamana nak tau keadaan dunia luar kalau tak ada TV? Macamana nak tengok series favourite kalau tak ada TV? Dan macam-macam lagi...lama jugak nak putuskan sama ada nak jual atau tidak, sehinggalah suatu hari tu....

Balik dari kerja...buka TV, channel TV3 cerita tak membangkitkan sel-sel minda, channel lain membosankan, sehinggalah kebosanan semakin menerjah walaupun media hiburan ada di hadapan mata. Walaupun channel tv free sudah mula banyak disediakan sekarang ini, tetapi kebosananan melanda bila melihat rancangan-rancangan yang semakin jatuh merudum kualitinya. Saat itu saya putuskan untuk menjual tv tersebut. Ambil gambar dan pos kan di dalam media social. Harga pun tak diputuskan lagi nak jual berapa. Namun kata hati..."just try my luck. Kalau ada yang nak beli, Alhamdulillah. Kalau tak ada, biarkan sahaja tersadai di ruang tamu."

Tak lama selepas saya iklankan di dalam fb, ada yang komen dan "private message" berminat denganTV tersebut. Tanpa berfikir panjang lantas setuju dengan harga RM300 yang terlintas di kepala dan bukannya juga saya begitu terdesak memerlukan duit tersebut. "Buyer" pula seorang yang sangat saya kenal dan sangat saya hormati. Makanya, kalau nak dikatakan menyesal menjual murah tidaklah sangat. Sekurang-kurangnya TV tersebut dapat memberi manfaat dan digunakan untuk menceriakan homestay beliau. Masa tu tak ingat dah berapa rm beli tv tersebut. TV masih elok berbalut dengan plastik pada bahagian tepinya dan seolah-olah seperti masih baru.

Sudah lebih seminggu rumah ini tiada TV. Tiada "moving entertainment" yang boleh ditonton ketika kebosanan atau kepenatan. Dan lebih seminggu jugalah saya dapat merasakan manisnya tenang, manisnya bersederhana dan aman damainya dunya. Masa terasa lebih panjang dan kadang-kadang saya gunakan untuk mengemas rumah, membaca dan menggilirkan bacaan antara satu sama lain. Banyak bende lain yang berjaya diselesaikan. Banyak juga buku yang telah habis dibaca intipatinya sekaligus disimpulkan diruangan #Readingmetime

Bila saya terasa bosan atau nak dengar berita terkini atau sekurang-kurang ada bunyi, saya akan "on" kan radio😊
Dan mungkin juga, tanda-tanda menunjukkan bahawa saya sudah semakin tua😊

12 November 2015

SKT Dunya vs SKT Akhirat

Demam SKT dah pun bermula. Masing-masing kita sibuk mengisi SKT yang akan dinilai oleh penyelia masing-masing. Masa ni lah masing-masing berlumba-lumba nak penuhkan aktiviti-aktiviti SKT, latihan dan aktiviti/sumbangan luar pejabat dengan harapan, penyelia dan bos kita akan "recognize" dan sahkan kerja-kerja kita sepanjang tahun dan memberikan markah yang tinggi sebagai balasan di atas usaha dan penat lelah kita menyumbang untuk pembangunan organisasi. Lagi-lagi bila kita mencapai kejayaan-kejayaan di dalam mana-mana pertandingan yang disertai, atau mencipta inovasi untuk kebaikan organisasi. Bangga dengan kejayaan dan berharap akan mendapat markah tinggi dan APC bagi tahun ini.

Pernah tak kita mempunyai perasaan sebegitu??? Atau berkata-kata, "harap-harap dapat APC atau sekurang-kurangnya markah tinggi kali ni. Banyak ni kerja yang disiapkan. Belum lagi kerja-kerja SYMP." ~ pernah dengar tak?atau...pernah tak kita ungkapkan kata-kata sedemikian?
Bagaimana pula perasaan bila harapan menggunung kita itu tidak kesampaian? Dapat markah pun ciput ja...cukupla untuk membolehkan kita naik pangkat atau naik gaji beberapa RM atau untuk sambung belajar....

Kita sibuuuk sangat dengan SKT dunya, sedangkan SKT kita pada Allah swt Yang Memiliki seluruh alam semesta ini lebih penting dari SKT dunya.

SKT sebenar kita apa ya???? Pernah tak kita tanya diri kita...apa sasaran kerja tahunan aku pada tahun ini??? Setiap hujung tahun kita akan buat SKT untuk tahun hadapannya. Pernah tak kita tengok dan intai2 SKT kita dengan Allah swt???

1. Sudahkah kita selawat ke atas Nabi s.a.w Junjungan besar kita?;
2. Sudahkah kita solat 5 waktu sehari semalam di awal waktu?;
3. Sudahkah kita membaca Al-Quran dan menghayati baris2 ayatnya?
4. Sudahkah kita berbuat baik kepada orang lain walaupun hati kita disakiti?
....dan soalan-soalan "sudahkah....." akan terus ditanya nanti....

Markah LNPT kita dari Allah swt, kita takkan tahu di dunya ini...kita boleh sahaja terus berbakti dan beramal agar markah kita sentiasa tinggi di sisi Allah swt dan tidak akan berkurangan atau negatif bila kita dinilai kelak...

Tepuk dada tanyalah imaaan kita...
Allahul musta'aan

09 November 2015

Memeluk Bahagia - Solatlah di awal waktu

Kalau seringkali kita rasa gelisah, tidak bahagia, keluh kesah dengan kehidupan dunya yang tidak ke mana, Solatlah!. Solatlah di awal waktu. InsyaAllah, bahagialah kita dunya dan akhirat.

07 November 2015

Biasa

"Biasa la tu..."
Selalu kan kita cakap macam tu

"Biasala dia tu, selalu datang lambat. Tak pernah on time"

"Dah biasa kene buli macam ni. Terima je la"
"Biasa sangat solat lewat....cubala solat awal waktu."

"Biasa dah tidur lewat"
"Biasa dah bangun lambat"
"Tak biasa la tidur awal"
"Dah biasa keje sampai lewat malam..."
"Dah biasa kene marah, walaupun kadang2 orang yang marah tu pun tak betul jugak."

Biasa tak dengar perkataan-perkataan macam tu?

Betulkan yang biasa...jangan jadik kebiasaan yang belum tentu betul menjadi norma.

Membuang anak sudah menjadi kebiasaan. Membaca berita anak-anak yang baru dilahirkan dibuang di mana-mana sangat meloyakan.

Orang yang dituduh bersalah biasa dianggap bersalah sehinggan dibuktikan tidak bersalah, barulah tanda bersalah di dahi orang tersebut ditanggalkan.

Ketua biasanya betul. Pekerja-pekerja di bawah seliaaannya perlu ikut segala arahan. Hakikatnya, ketua perlu memimpin dan berjalan seiring dengan pekerja2 di bawah seliaanya untuk menjayakan sesebuah organisasi dan bukannya menjadi diktator dan ditakuti. Penasihat kepada ketua perlu jujur dan bukannya bersikap mengampu. Biasa kan mengadap penasihat atau orang2 kanan yang mengampu?

Biasakan solat diawal waktu.
Kadang-kadang kita dahulukan kerja yang sedia ada dihadapan kita yang tak pernah habis untuk dihabiskan dan akhirnya kita solat di hujung waktu.
Panggilan manakah yang lebih penting selain dari panggilan Allah swt yang menciptakan kita???

Peringatan jua untuk diri saya. Biasakan yang betul. Yang biasa dilakukan oleh kebanyakan kita tidal semestinya betul.

Allahul musta'aan

04 November 2015

Jangan Jadi Ketam Berjalan Senget, tetapi Mengajar Anak2nya Berjalan Lurus

Teringat insiden hari ini, luahan hati seseorang pada saya. "Ok....saya surrender. Letih penat fedup dan kecewa. Kalau lepas saya bagi penjelasan pada mereka, masih lagi nak keluarkan surat tunjuk sebab dan ada kemungkinan dikenakan surcaj, saya redha je. Proses kerja yang tidak jelas, maklumat yang kucar kacir dari pihak lain sehingga berlakunya salah fahaman dan di satu pihak lagi yang bakal disalahkan. Nasib sentiasa tidak memihak kepada saya,walau bagaimana kerasnya saya bekerja. Yang di atas tidak akan nampak apa kerja saya kerana mereka jarang-jarang menjenguk orang yang di bawah dan hampir tidak peduli apa kerja orang di bawah mereka. Bila ada masalah, terkocoh-kocoh lah memanggil dan bertanya seperti seorang polis bertanyakan suspeknya. Kerja di sini hampir-hampir tiada keadilan selagi bos tidak bertindak sebagai pemimpin. Bos hanya berlagak seperti bos, berbangga dengan pangkat yang ada, diktatorat di dalam membuat keputusan dan tidak memperlihatkan ciri-ciri sebagai pemimpin."...uffff,saya pun penat mendengar😂

Ayat-ayat di atas, diluahkan oleh seorang yang berhati waja, dan ini menunjukkan bahawa hati waja dan kental juga akan berasa letih, penat, bosan dan fedup bila kesalahan sering diletakkan di bahunya. Perkongsian tanggungjawab di dalam sesuatu isu dan masalah seringkali tidak pernah wujud di alam bekerja. Ada sahaja manusia yang akan menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan. Yang berkuasa terus berkuasa, yang buat kerja terus menjadi mangsa. Yang mengampu terus dipuji-puji, yang tak reti nak mengampu dipandang sebelah mata atau tidak langsung dipandang. Yang dominan menuding jari pada yang minoriti. Betul betul penat sehinggakan apa sahaja yang berlaku selepas itu....pasrah sahaja lah. Allah lebih mengetahui! Dan saya penat mendengar keluhan-keluhan seperti di atas tadi, walaupun dalam masa yang sama,saya simpati.

Luahan perasaan tersebut menjadikan saya lebih berhati-hati apabila mempunyai rakan sekerja di bawah seliaan kita. Sikap empati perlu ada. Sikap perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum mengesahkan sesuatu berita juga perlu ada. Sikap perlunya berlaku adil juga sangat penting.

Jangan sampai kita sendiri sebagai boss,hanya dilihat bossy dan fiery di mata anak2 buah, dan langsung tidak terlihat ciri-ciri kepimpinan. Bangga dan takabbur dengan jawatan tinggi yang dipegang walaupun ianya bukannya kekal selamanya sehingga lupa, untuk berada di atas itu adalah mustahil tanpa orang-orang di bawah.

Jangan jadi seperti ketam mengajar anak2nya berjalan lurus, tetapi dia sendiri berjalan senget.

Khas untuk bos bos besar, jangan asyik menongkat langit bangga berada di atas, lihat dan menunduk juga lah ke bawah memandang bumi. Tidak selamanya anda berkuasa. Yang Maha Berkuasa itu hanyalah Allah swt sahaja. Dan....jangan jadi KETAM.
Allahul musta'aan

01 November 2015

Travellingbie : 10 perkara yang anda boleh buat di Bali

"Take your time, think a lot. Why think of everything you've got. For you will still be here tomorrow, but your dreams may not. From the moment I could talk I was ordered to listen. Now there's a way and i know that I have to go away. I know I have to go." ~ Cat Stevens

Bali merupakan tempat pelancongan terkenal di Indonesia. Dengan pantai nya yang mempunyai ombak yang tinggi untuk aktiviti surfing, pengunjung luar negara dapat menikmati aktiviti tersebut dengan kos yang lebih murah. Kebanyakan pelancong barat akan biasanya menginap lebih lama di sini.

Uniknya Bali, mempunyai senibina bangunan yang unik yang penuh dengan ukiran-ukiran dewa-dewa mereka yang dibuat daripada batu gunung. Setiap rumah orang Bali yang menganut agama Hindu akan mempunyai temple temple kecil di hadapan rumah mereka. Senibina ukiran pintu masuk setiap ruang atau bangunan juga sangat cantik. Memang orang bali inSekiranya anda belum pernah ke Bali, anda mungkin boleh mengambil kira aktiviti-aktiviti dan tempat lawatan yang dicadangkan ini:

  1. Mengunjungi Tanah Lot
  2. Mengunjungi Uluwatu dan menyaksikan persembahan Tarian Kecak
  3. Sunset Dinner di Jimbaran Bay
  4. Menyusuri kawasan pelancongan di Ubud, Kuta dan Legian
  5. Menikmati Urutan SPA
  6. Menikmati Matahari Terbit di Pantai Sanur
  7. Menyaksikan kawanan dolphin berenang-renang semasa matahari terbit di Lovina. Tour Lovina akan merangkumi aktiviti untuk melihat ikan lumba-lumba, singgah di air terjun dan sebagainya.
  8. Mengunjungi perkampungan Lukisan / Painting, perkampungan Batek, perkampungan Emas dan Perak, perkampungan Pertukangan kayu dsb.
  9. Membeli belah di Factory Outlet - Sports and Surfing (Billabong, Oakley, dan sebagainya)
  10. Mencuba kopi Bali - bagi peminat tegar kopi, bolehlah mencuba kopi bali pelbagai perisa. Rasanya sedikit pahit dan keras :))


Selamat merasai kemanisan mengembara :)