Pening dengan gaji bulanan yang tidak cukup-cukup untuk menampung belanja harian??? Apa tindakan anda???
Yang mana satu pilihan anda?
- Mengurangkan perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu. Contoh: Astro, shopping baju setiap bulan dan sebagainya;
- Mengecilkan apa yang anda ada. Kereta besar, tukar kepada yang lebih ekonomikal. Nafsu besar, belajarlah mengekang nafsu tersebut dsb;
- Menambah pendapatan anda dengan mengadakan pendapatan sampingan???; Atau...anda ada pilihan-pilihan lain seperti"
- Meminjam - namun perlu diingatkan bahawa pinjaman anda itu wajib dibayar kerna sekiranya tidak dibayar,hutang tersebut akan menghantui kehidupan anda sehingga mati; atau
- Membiarkan diri terus berada di dalam ketidakcukupan $$$ dan redha dengan keadaan yang ada sehingga ianya membinasakan diri anda sendiri.
- Praktiskan dan biasakan dengan Solat Dhuha. Ajaibnya dhuha hanya yang melaksanakannya sahaja yang tahu;
- Walau susah macamana pun...sedekah lah! kerna Allah swt sendiri menjamin bahawa tidak akan berkurangnya harta hamba itu dengan sedekah.
Sekiranya masih tidak cukup lagi, semak-semaklah diri anda dan sekiranya anda ada suami atau isteri, muhasabahlah bersama dan cari jalan penyelesaian bersama.
Saya petik artikel Pakdie pada tahun 2014, dan ianya masih relevan sehingga sekarang:
2 Pilihan Yang Tuan Ada Jika Tak Cukup Duit Setiap Bulan
Suzardi Maulan December 8, 2014
Pendapatan itu penting.
Namun yang lebih penting adalah cashflow yang positif setiap bulan.
Sebab bergaji RM 10,000 tidak semestinya berharta, sekiranya duit keluar sentiasa lebih banyak dari duit masuk. Dan sekiranya itu berlaku, maka tuan mempunyai 2 pilihan jika tidak cukup duit setiap bulan.
1) Potong Perbelanjaan
Pilihan ini bermaksud tuan mengurangkan keselesaan tertentu seperti:
+ Tidak lagi melanggan Astro, atau,
+ Tidak pergi bercuti di Bandung, atau,
+ Tidak membeli perabot & barang elektrik baru, lebih-lebih lagi dengan berhutang
Atau,
2) Tambah Pendapatan
Pilihan ini bermaksud tuan memilih untuk kurang tidur, ‘diet’ makan tengah hari dan tidak lagi hidup untuk enjoy.
Kerana masa tuan kini telah digunakan untuk perkara berikut:
+ Waktu malam untuk menguruskan pesanan pelanggan dari bisnes part-time
+ Waktu lunch untuk appointment dengan pelanggan
+ Masa hujung minggu mencari stok perniagaan.
Tidak ada istilah katil empuk dan permaidani merah.
Apakah pilihan tuan ?
Tuan perlu wujudkan cashflow setiap bulan dengan duit gaji tuan.
No comments:
Post a Comment