Teringat insiden hari ini, luahan hati seseorang pada saya. "Ok....saya surrender. Letih penat fedup dan kecewa. Kalau lepas saya bagi penjelasan pada mereka, masih lagi nak keluarkan surat tunjuk sebab dan ada kemungkinan dikenakan surcaj, saya redha je. Proses kerja yang tidak jelas, maklumat yang kucar kacir dari pihak lain sehingga berlakunya salah fahaman dan di satu pihak lagi yang bakal disalahkan. Nasib sentiasa tidak memihak kepada saya,walau bagaimana kerasnya saya bekerja. Yang di atas tidak akan nampak apa kerja saya kerana mereka jarang-jarang menjenguk orang yang di bawah dan hampir tidak peduli apa kerja orang di bawah mereka. Bila ada masalah, terkocoh-kocoh lah memanggil dan bertanya seperti seorang polis bertanyakan suspeknya. Kerja di sini hampir-hampir tiada keadilan selagi bos tidak bertindak sebagai pemimpin. Bos hanya berlagak seperti bos, berbangga dengan pangkat yang ada, diktatorat di dalam membuat keputusan dan tidak memperlihatkan ciri-ciri sebagai pemimpin."...uffff,saya pun penat mendengar😂
Ayat-ayat di atas, diluahkan oleh seorang yang berhati waja, dan ini menunjukkan bahawa hati waja dan kental juga akan berasa letih, penat, bosan dan fedup bila kesalahan sering diletakkan di bahunya. Perkongsian tanggungjawab di dalam sesuatu isu dan masalah seringkali tidak pernah wujud di alam bekerja. Ada sahaja manusia yang akan menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan. Yang berkuasa terus berkuasa, yang buat kerja terus menjadi mangsa. Yang mengampu terus dipuji-puji, yang tak reti nak mengampu dipandang sebelah mata atau tidak langsung dipandang. Yang dominan menuding jari pada yang minoriti. Betul betul penat sehinggakan apa sahaja yang berlaku selepas itu....pasrah sahaja lah. Allah lebih mengetahui! Dan saya penat mendengar keluhan-keluhan seperti di atas tadi, walaupun dalam masa yang sama,saya simpati.
Luahan perasaan tersebut menjadikan saya lebih berhati-hati apabila mempunyai rakan sekerja di bawah seliaan kita. Sikap empati perlu ada. Sikap perlu menyelidik terlebih dahulu sebelum mengesahkan sesuatu berita juga perlu ada. Sikap perlunya berlaku adil juga sangat penting.
Jangan sampai kita sendiri sebagai boss,hanya dilihat bossy dan fiery di mata anak2 buah, dan langsung tidak terlihat ciri-ciri kepimpinan. Bangga dan takabbur dengan jawatan tinggi yang dipegang walaupun ianya bukannya kekal selamanya sehingga lupa, untuk berada di atas itu adalah mustahil tanpa orang-orang di bawah.
Jangan jadi seperti ketam mengajar anak2nya berjalan lurus, tetapi dia sendiri berjalan senget.
Khas untuk bos bos besar, jangan asyik menongkat langit bangga berada di atas, lihat dan menunduk juga lah ke bawah memandang bumi. Tidak selamanya anda berkuasa. Yang Maha Berkuasa itu hanyalah Allah swt sahaja. Dan....jangan jadi KETAM.
Allahul musta'aan
No comments:
Post a Comment