31 January 2017

Travellingbie : Lombok day 2

“Have they not traveled in the land and have they hearts wherewith to feel and ears wherewith to hear.” (22:46)

Hari ke-2

Seawal jam 450pagi azan subuh berkumandangan kedengaran dari kamar. Baru nak sedap tidur :))

Jam 6 pagi, si luar bilik sudah mula cerah dan pemandangan dari balcony bilik kami sangat sangatlah indah. Baru indah dunia. Belum lagi indah di syurga.
Mountain Resort,, Tete Batu
Jam 630 pagi, kami perlu bersiap untuk minum pagi dan seterusnya ke majlis akad nikah di surau kampung pihak lelaki. 
Tempat kami sarapan pagi
Minum pagi kami dihidangkan dengan pemandangan indah suasana desa. Terasa jakun sekejap bila dah lama tidak menikmati pemandangan indah yang melekakan mata.

MasyaAllah! Maka nikmat Tuhan manakah yang aku dustakan?

Perjalanan dari resort ke kampung mengambil masa lebih kurang hampir sejam dengan jalan berliku dan kecil.
Sepanjang perjalanan, ada jalan jalan yang pernah saya lalui...setibanya di kampung pengantin lelaki, penduduk kampung sudah ramai menunggu di surau kampung untuk meraikan pengantin dan tetamu dari Malaysia. 
“Lovers don’t finally meet somewhere. They’re in each other all along.” Rumi
Istiadat perkahwinan di sini hampir serupa dengan di Malaysia. Dimulai dengan selawat, tazkirah perkahwinan dan sebagainya. Perkahwinan disempurnakan oleh wali pengantin perempuan dengan selamat. Tergambar di kedua dua muka pengantin perasaan gembira yang tak terhingga - the sparkle of loves was shown obviously from both of them. Semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah swt sehingga syurga.
Selesai majlis akad nikah, kami dipelawa ke ruangan resepsi dan untuk menjamu selera sambil menunggu pesangan mempelai dihiaskan dengan baju tradisi Lombok.
“The man dreams of a perfect woman and the woman dreams of a perfect man and they don’t know that Allah created them to perfect one another.” Ahmad AlShugairi
Menunggu hampir sejam sambil menjamu selera, akhirnya kedua mempelai di bawa ke atas pentas untuk menyambut dan meraikan tetamu yang datang, berfoto-fotoan dahulu dengan kedua pengantin dan keluarga sambil menjamu selera. Kami dihidangkan dengan makanan tradisi Lombok yang sangat sedap.

Sekitar jam 1230 tengahari, kami mula bergerak keluar dan kembali ke resort untuk check out. Tidak puas rasanya bersantaian di resort yang cantik ini. InsyaAllah ada rezeki, akan datang berkunjung lagi di sini.

Jam 2 petang, kami check out dan meneruskan misi ziarah ke tempat-tempat membeli belah. Lombok terkenal dengan songket tenun yang sangat cantik. Gadis-gadis di sini hampir semuanya pandai menenun kain keran itu merupakan pra-syarat bagi melayakkan mereka bernikah dan berkeluarga.
Dah penat nak cerita panjang-panjang, berikut merupakan destinasi lawatan kami pada hari ke-2.

Destinasi 1 - Kedai Mutiara. 

Destinasi 2 - Kedai Cenderahati - kenape la kain pelikatnya cantik-cantik. :)) 


Sempat pulak kami makan satay di gerai di luar :))
Satay Bulayak - "Happiness...is when you travel and you can eat local food" ๐Ÿ˜


Destinasi 3 - Kedai Kain Tenun Songket Lombok

Destinasi 4 - Makan malam -  tak sempat nak ambil fotonya disebabkan masing-masing sudah lapar. Makan malamnya pun sedap, dapat pula secawan kopi Lombok percuma.

Destinasi 5 - Check in hotel di Senggigi

Dan seterusnya berehat. Esoknya sudah kembali ke Malaysia. Ziarah singkat tapi amat bermakna buat saya dan yang lain. Alhamdulillah, all ends well.

"And if Allah touches you with hurt, there is none who can remove it but He; and if He intends any good for you, there is none who can keep back His favour; He brings it to whom He pleases of His servants; And He is the Most-Forgiving, Most Merciful." 
- Qur'an, Surah Yunus; 10:107

27 January 2017

Travellingbie : Lombok Day 1

“Traveling is like flirting with life. It’s like saying, ‘I would stay and love you, but I have to go; this is my station.” — Lisa St. Aubin de Teran

Lombok, dikenali dengan Tanah Seribu Masjid mempunyai keluasan 4514 kilometer persegi dan mempunyai gunung berapi terkenal yang masih aktif iaitu Gunung Rinjani setinggi 3726 kaki.

Travellingbie ke Lombok kali ini adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat yang mengikat hati dengan lelaki Lombok.
Penerbangan ke Lombok menerusi Airasia hanya ada 2 kali sehari. Saya mengambil penerbangan petang memandang masih bekerja pada hari tersebut dan memohon pelepasan beberapa jam sebelum bergerak ke KLIA2.
Penerbangan dari KLIA2 ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit. Setibanya di KLIA2 dan mendaftar masuk, saya sedikit terkejut dan gusar apabila melihat penumpang perempuannya boleh dibilang dengan jari. Terasa seperti nak keluar dan berpatah balik. Penerbangan kali ini agak lewat sejam dari yang dijadualkan atas masalah teknikal.

Jam 435pm barulah kapal bertolak ke Lombok dan sepanjang perjalanan kali ini amat memeritkan dengan keadaan penumpang di dalam kapal tersebut dan juga terpaksa menghidu bau yang tidak menyenangkan.

Lebih kurang jam 8malam, saya tiba di Lapangan Terbang Lombok. Suasana sudah sedia gelap. Tiba di kaunter imigresen, pegawai imigresen bertanya - 

P - nama siapa?
M - nenek kebayan ( joking je..hehehehe)
P - berapa lama di sini buk
M - 3 hari
P - liburan atau kerja?
M - liburan
P - datang seorang?
M - iya
P - seorang??? tinggal di mana? (dia tanya lagi)
M - ermmm..sekejap ya (sambil belek wassap). Di Tete Batu
P - berkerut muka dia. "Oooo..ada kawan juga kan yang datang siang tadi untuk ke majlis pernikahan?
M - iya
P - hati hati ya
M - makaseh mas,  sambil saya menuju ke tempat keluar

Pelik agaknya bila seorang traveller perempuan datang seorang seorang ke Lombok. Sebelum keluar, kene tahan lagi, untuk isi borang deklarasi kastam. Bagi pada bapak pegawai, dia tanya pulak

O - liburan atau kerja. Berapa hari di sini
Me - ermmm..kenduri. 3 hari
O - ok. Hati hati ya

Di tempat scan beg pulak, kene tanya lagi:

O - datang seorang saja
Me - iya
O - ada yang ngambil??? ( kenapa muka diorang nie semua curious)
Me - iya ada
O - hati hati ya

Sudah 3 orang yang bertanya dan pesan supaya berhati hati. Di luar dari tempat pemeriksaan, beli simkad dulu, senang nak hubungi menerusi wassap dan sebagainya. Bila keluar dari balai ketibaan, ramai rupanya di luar dan askar pun ramai untuk menjaga keselamatan di lapangan terbang tersebut.

Mata saya melilau mencari pak supir yang menunggu untuk membawa ke destinasi seterusnya. Lega, bila sudah bertemu dengan pak supir untuk membawa ke destinasi seterusnya. Kadar teksi dari airport Lombok ke Tete Batu dalam Rp250k. Habislah bajet masa tu, cukup-cukup untuk penginapan dan transport sahaja. Perjalanan darat pula mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Tete Batu. Kepala mula pening dengan pelbagai insiden sebelum, semasa dan selepas tiba. Di dalam teksi, saya hanya memejamkan mata dan baring di belakang tanpa mempedulikan pak supir.

Lebih kurang jam 1030 malam, saya tiba di Mountain Resort, Tete Batu. Berkongsi bilik dengan 3 orang rakan yang lain. Pening di kepala dan perut sekali disebabkan masih belum makan siang. Setibanya di bilik penginapan, bersihkan diri, nasib baik kawan dan tapaukan nasi untuk makan malam. Alhamdulillah. Rehat dulu memandangkan esok, bermula acara penting dan perjalanan yang panjang seharian.

"A series of unfortunate events sometimes happen during travel when we are less expected." ~ unknown

16 January 2017

Travellingbie : Going local - Borneo Highlands Resort

Foto dan Teks : The Travellingbie

Nature never hurries. Atom by atom, little by little she achieves her work.~ Ralph Waldo Emerson

Travellingbie kali ini menjelajah bumi tumpah tanahair sendiri iaitu Sarawak.

Kali ini saya ke Borneo Highlands, Kuching. Borneo Highlands merupakan salah satu tarikan yang terkenal di Kuching, Sarawak. Ianya terletak kira-kira 60km dari bandar Kuching dan terletak di antara sempadan Sarawak dan Kalimantan. Terletak di ketinggian kira-kira 1000 meter dari paras laut dan menawarkan tarikan pemandangan indah hutan hujan tropika.

Dari bandar Kuching, ianya mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan untuk tiba di pintu masuk Borneo Highlands Resort di Jalan Puncak Borneo. 
#travellingbie
Dari Bandar Kuching, kami melalui Kota Sentosa, Kem Penrissen, Giant Kota Padawan, Semenggoh Wildlife Centre, Pulapol dan melalui sebanyak 7 jambatan Sungai Aman.
#travellingbie
Terdapat beberapa tempat menarik dari Kuching ke Borneo Highlands. Anda boleh singgah di beberapa tempat menarik seperti Taman Orkid di Kota Padawan, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Rumah Panjang Benuk Bidayuh, Air Terjun Giam, Empangan Hidroelektrik Bengoh, Rumah Panjang Annah Rais dan Kolam Air Panas Annah Rais.
#travellingbie
Pintu masuk ke Borneo Highlands Resort. Sekiranya anda mahu menaiki kenderaan resort, kadarnya RM50 seorang :)
Kadar yuran kemasukan adalah RM10.00 seorang dan kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma. Dari pintu masuk, kami sudah mula merasai cuaca dan angin yang nyaman dan sejuk. Dari jauh kelihatan awan tebal masih menyeliputi ruang udara Borneo Highlands. Suhu di kawasan tanah tinggi ini, sekitar 16’c sehingga 28’c. Sekiranya anda ingin melawat rumah panjang Annah Rais yang terkenal di Kuching, ianya hanya terletak 2km dari persimpangan masuk ke Borneo Highlands Resort.
#travellingbie
Jom meredah awan!
Misi kami kali ini adalah untuk menikmati keindahan di Kalimantan Lookout Point dan merasai kesejukan air terjun Simangas. Bagi peminat burung, anda boleh membawa kamera berkapasiti tinggi untuk mengambil gambar pelbagai species burung yang terdapat di sini.
#travellingbie
Air Terjun Simangas
Dari Jalan Puncak Borneo ke Borneo Highlands Resot mengambil masa lebih kurang 20 minit memandu kenderaan. Di sepanjang perjalanan, kami melalui jalan raya yang curam dan berliku-liku. Jalan yang curam dan berselekoh, tidak menghalang kami untuk ke Borneo Highlands. 
#travellingbie
Jalan masih berkabus
Sekiranya anda pernah ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah, anda akan dapati pemanduan ke Borneo Highlands lebih senang berbanding Jalan Tapah – Cameron Highlands. Kami singgah sebentar di Air Terjun Simangas sebelum meneruskan perjalanan ke tanah tinggi Borneo. Setibanya kami di kawasan meletak kereta, kami perlu menaiki trem untuk ke Borneo Highlands Resorts dan Kalimant Lookup Viewpoints. Kenderaan awam atau kereta tidak dibenarkan untuk memasuki resort bagi menjaga ekosistem di kawasan tersebut. Kadar trem 2 hala adalah RM10.00.
#travellingbie
Parking bay
Selain dari menikmati pemandangan dari puncak Borneo, pengunjung yang bermalam di sini boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti meredah hutan, berkayak dan sebagainya seperti yang ditawarkan oleh resort. Bagi pengunjung harian seperti kami, Kalimantan Lookout Point, Taman Bunga, Taman Herba, Air Terjun menjadi destinasi kegemaran apabila berkunjung di Borneo Highlands Resort ini sambil berkelah santai di kawasan lapang menikmati pemandangan bergunung ganang dan menghirup udara segar dari tiupan angin sejuk. 
#travellingbie
Pintu masuk ke resort dan kawasan sekitarnya. Tram disediakan bagi perjalanan 2 hala dengan kadar RM10.
#travellingbie
Kawasan kuda
#travellingbie
Tanda nama
Bagi peminat sukan golf atau ‘kaki’golf, pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk beraksi di padang golf Hornbill Golf & Jungle Club 18 lubang ini sambil menikmati pemandangan indah dalam cuaca yang nyaman ibarat bermain di atas awangan. Keletihan dan tekanan waktu kerja, pastinya akan lenyap apabila berada di sini.
#travellingbie

#travellingbie
Santai
#travellingbie
Kalimantan View Point
#travellingbie
Sekiranya anda berpeluang untuk bercuti di Kuching, jangan lupa singgah melawat Borneo Highlands Resort dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Jangan lupa juga membawa baju ekstra, mana tahu sempat pula untuk buat terjunan atau berendam di air terjun berdekatan sambil menyegarkan minda dan badan anda.
#travellingbie#travellingbie

#travellingbie#travellingbie
Pelbagai jenis bunga di BHR
Bagi yang berminat untuk bermalam di Borneo Highlands Resort, kadar penginapan amat berpatutan bermula dari RM180 semalam. Resort juga menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan organik kepada tetamu dari ladang yang terdapat di resort.

Tidak perlu bercuti bajet jauh-jauh. Tempat-tempat menarik disekitar kita pun ada. Bercutilah di Malaysia dan alami percutian bajet dengan suasana ala luar negara. :)

Tips : Jika mahu menikmati suasana sejuk dan nyaman seharian di Borneo Highlands, bawalah makanan yang mencukupi dan tikar untuk anda menikmati makan pagi atau tengahari sambil di sapa kawanan awan. Ianya seumpama anda berada di awang-awangan.

“Study nature, love nature, stay close to nature. It will never fail you.” » Frank Lloyd Wright

11 January 2017

Ekspresi : Perginya Permata Berharga Sarawak ~ Tan Sri Adenan Satem

Saya dikhabarkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem Adenan Satem telah meninggalkan kita sebentar tadi. Berita yang mengejutkan semua rakyat Sarawak.

Kata-kata beliau di Laman Rasmi FB - "We must close the gap by putting focus on rural development"

Hilangnya pemimpin yang disayangi rakyat, pemimpin berjiwa rakyat. Hidup InsyaAllah, Mati itu pasti :( Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Innalillahiwainnailaihi raaji'uun

ุฅِู†َّุง ู„ِู„ّู‡ِ ูˆَุฅِู†َّู€ุง ุฅِู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนูˆู†
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu". 
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah

ุจِุณْู…ِ ูฑู„ู„َّู‡ِ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…
ูฑู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ูฑู„ْุนَู€ู„َู…ِูŠู†۞ ูฑู„ุฑَّุญْู…َู€ู†ِ ูฑู„ุฑَّุญِูŠู…۞ู…َู€ู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ูฑู„ุฏِّูŠู†۞ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ۞ ูฑู‡ْุฏِู†َุง ูฑู„ุตِّุฑَุทَ ูฑู„ْู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ۞ุตِุฑَุทَ ูฑู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ۞ ุบَูŠْุฑِ ูฑู„ْู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ูฑู„ุถَّุงูۤ„ِّูŠู†َ۞ุงู…ูŠู†

Sesungguhnya, kematian itu sangat mendekat. Bagi kita yang masih hidup ini, ambillah iktibar bahawa kematian itu sentiasa menunggu masa untuk kita.

Tan Sri Adenan Satem, lebih dikenali sebagai Tok Nan merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke-5. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Muara Tuang pada Januari 1979. Tok Nan merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.

Sebagai rujukan, antara jawatan Menteri yang beliau pernah sandang sejak melibatkan diri di dalam arena politik Sarawak adalah Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Tanah Sarawak (1985-1987), Menteri di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sarawak (1988), Menteri di Kementerian Pembangunan Dan Sosial Sarawak (1992) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas (2011-2014).

Beliau suka berseloroh di dalam ucapannya yang bersahaja tanpa skrip. Antara kata-kata penuh jenaka dalam bahasa Sarawak Tok Nan - “Ooohaaaa..”, “ you oh you”, “Kamek Urang Sarawak Sik Suka TOL sebab mun ditambah OL alu jadi TOLOL".

Kesungguhan beliau di dalam mempertahankan nasib rakyat Sarawak dizahirkan di dalam 53 Prinsip dan Tindakan.
Antara intipati 53 Prinsip dan Tindakan adalah:
  1. Bumiputera di Sarawak tidak boleh diklasifikasikan sebagai ‘Lain-lain’
  2. Masyarakat Cina bukan ‘Pendatang’
  3. Putrajaya diingatkan bahawa apabila membuat rujukan kepada, atau menentukan Bumiputera dalam mana-mana dokumen atau komunikasi, mestilah meliputi semua peribumi Sarawak selain daripada Melayu. 
  4. Ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir – Jabatan Imigresen diarah untuk sentiasa berwaspada dan bertindak lebih aktif.
  5. Pengurangan tarif elektrik berdasarkan unit penggunaan
  6. Semua tambang feri di seluruh negeri diseragamkan
  7. Pemansuhan bayaran tol Jambatan Lanang di Sibu (24 Mei 2015), Jambatan ASEAN di Miri (1 Jun 2015) dan Jambatan Tun Salahuddin di Kuching (1 Januari 2016)
  8. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
  9. Pemansuhan cukai tanah untuk rumah kediaman dan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar
  10. Pengurangan kadar cukai taksiran antara 10% hingga 100% untuk tempat kediaman.
  11. Janji kerajaan kepada sekolah persendirian Cina. Sebagai pengiktirafan kepada Sekolah Persendirian Cina, peruntukan telah diperuntukkan mengikut jumlah yang dicadangkan
  12. Kerajaan Negeri mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) dengan menerimanya sebagai syarat kelayakan memohon pinjaman/biasiswa Yayasan Sarawak dan memasuki Perkhidmatan Awam Negeri.
  13. Point 13 sehinggalah 16 merupakan komitmen Petronas terhadap permintaan Sarawak
  14. -
  15. -
  16. -
  17. Transformasi luar bandar kepada 7 Daerah baharu dan 9 Daerah kecil baharu - Kerajaan menambahbaik perkhidmatan di kawasan luar bandar
  18. Tambahan RM1.5 bilion untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang antarabandar dan luar bandar.
  19. Sarawak menolak parti politik dari Semenanjung Malaysia
  20. UMNO bersetuju tidak akan membuka cawangan di Sarawak.
Seterusnya, sehinggalah yang ke 53 prinsip dan tindakan. #TheAdenanWay
Semoga prinsip dan tindakan ini diteruskan oleh pengganti Tok Nan. Kewibawaannya disegani oleh semua mahupun pihak lawan.

Semoga ruh arwah berada di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan ditempatkan di syurga. Aameeen.

Death is the easiest of all things after it, and the hardest of all things before it.~ Abu Bakr Siddique

09 January 2017

Travelllingbie : 3h2m Hong Kong dan Macau - Day 3

"Tourists went on holidays while travellers did something else. They travelled.” ~ Alex Garland

Hari ke-3 kami di sini, masing-masing dah tak sabar nak kembali ke tanahair. :))
Misi hari ke-3 adalah mencari Dim Sum halal di Masjid Ammar

Misi mencari dim sum tercapai. Alhamdulillah. Memang sedap dimsum di Kantin Masjid Ammar.
Pagi jam 9, kami check out dari Orchid Inn. Kami bertanyakan arah (direction) dengan staf hotel. Dia terangkan dalam kantonis dengan gayanya sekali. Saya pun, angguk2 je kepala dan ucapkan shie shie. Kami cari bas no. 112 di sebelah kiri dan kanan jalan. Tak jumpa perhentian bas utk bas 112. Rupernya kene menyeberang jalan.๐Ÿ˜‚. Tunggu bas 112 di seberang jalan. Dari bas stesen Labour Terminal ke South Pacific Hotel mengambil masa kira2 35min.

Untuk makluman, pengangkutan di sini sangat efisien dan mempunyai petunjuk arah yang jelas. Anda tidak akan sesat sekiranya anda berpandu arah tanda yang diberikan pada MTR atau stesen bas.

Turun dari bas, kami tanya penduduk tempatan. Mereka tak tahu Masjid Ammar di mana. Bila tunjuk alamat, mereka suruh naik bukit jalan terus dan belok kiri. Masjid Ammar di belakang hotel. Sampai di Masjid Ammar terasa nak sujud syukur๐Ÿ˜‚. Kantin di tingkat 5, lift pula rosak. Terpaksalah kami dengan gigih nya naik tangga ke tingkat 5 dengan haversack. Setibanya di kantin, duduk dan order dim sum di kaunter. Cumanya siao may masih belum ada lagi.

Satu hal yang menarik nya penduduk tempatan di sini, gaya bahasa dan tingkah laku mereka adalah kasar. Jangan terasa "offended" dengan tingkah laku mereka dan jangan cepat marah. Boleh hilang mood sekiranya kita mengambil peduli tingkah laku kasar mereka. Bila kita berada di negara yang kita lawati, kita perlu memahami budaya mereka. Seperti juga pengunjung yang datang ke negara kita, bagi yang bijak, mereka akan belajar serba sedikit budaya, do's and don'ts di tempat yang mereka hendak lawati. Begitu jugalah kita. Di sini, serba serbi nak cepat. Kalau teragak-agak atau berlengah lengah, mereka tidak akan melayan kita. Contoh terdekat, semasa kami hendak selesai makan, nampak sahaja pinggan kosong di atas meja, mereka akan cepat-cepat mengambilnya. Gaya kerja mereka efisien walaupun kasar.

“Stop worrying about the potholes in the road and celebrate the journey.”~ Fitzhugh Mulland
Apa-apapun, saya puas hati sebab sedapnyaaa dimsum dekat sini. Tak rugi menapak dan mencari tempat ni semata mata nak makan dimsum. Nasi Goreng seafood saiz regular seumpama makan untuk 3 orang. Banyak sangat. Tak mampu nak try semua dimsum. Nampaknye perut kami dah semakin kecil sejak berada di sini๐Ÿ˜.Total damage HK167 untuk 2 orang.

Lepas makan kenyang kenyang, terasa makin berat pulak nak bawak haversack ke destinasi seterusnya. Bahu dan pinggang dah terasa rasa lenguhnya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Destinasi seterusnya, adalah Citygate Outlets. Mana tahu, kami bernasib baik. Jumpalah dengan barang-barang yang berkenan di mata dan di hati. Duit HK masih banyak lagi nie. :)) Namun, Citygate Outlet bukanlah tempat saya. Semua tak berkenan di hati. :)) Di sini, saya hanya habiskan duit dengan membeli kopi dan kami rehat sebentar sambil meluruskan bahu yang lenguh disebabkan mengusung haversack ke sana ke mari.

Dari Citygate Outlet, kami menapak ke pintu Ngong Ping 360 yang berada tidak jauh dari Citygate Outlet. Sekiranya anda berhajat untuk menaiki kereta kabel di Ngong Ping 360, saya cadangkan anda membeli tiket online. Ianya lebih murah. Di kaunter, tiket 2 hala perjalanan adalah HK185. Tiba-tiba saya rasa, sayangnya duit nak bazirkan untuk menaiki kereta kabel tersebut.

Di Hong Kong Disneyland kami hanya bergambar di pintu masuk sahaja. Dalam itineri yang dirancang, memang tiada rancangan untuk menghabiskan masa di Disneyland. Habis masa santai-santai di sini, seterusnya kami menaiki tren ke lapangan terbang Hong Kong.
Tren di Disneyland Resort
Misi hari ini :
1. Makan dimsum di kantin Masjid Ammar ✅ Alhamdulillah puas hati
2. City outlets ✅ lepak minum kopi ja bila masuk tempat outlet yang Sale serupa tak sale. Murah lagi beli di outlet Malaysia๐Ÿ˜
3. Ngong Ping 360 sampai entrance sahaja ✅ Cable car 2 hala HK185...macam mahal je. Actually, memang mahal pun dan tak plan pun nak naik cable car tersebut. Time tu la rasa sayangnye duit semata mata nak naik cable car ke tempat Buddha tu๐Ÿ˜‚
4. Disneyland entrance sahaja, sebab dah pegi Disneyland kat tempat lain
Di Pintu masuk Disneyland Resort sahaja. Ada rezeki boleh bawa anak-anak sedara ke sini. :))
Kami ke Lapangan terbang Hong Kong menaiki Airport Express. Tak sangka pulak kadarnya sangat mahal. hehehehe...bagi yang bercuti secara bajet, lebih baik anda menaiki bas di Citygate Outlet ke Airport Hong Kong. Itu lebih murah.

Setibanya kami di airport, kami kembalikan kad Octopus untuk mendapatkan semula deposit. Setelah ditolak yuran servis, duit dikembalikan sebanyak lebih kurang HK33.90

Kami bernasib baik kerana tiba awal di lapangan terbang dan sejam sebelum penerbangan, baharulah saya perasan, terminal berlepas kami adalah di Terminal 2. Nasib baik kami berada di Terminal 2 waktu itu dan sedang menuju ke Terminal 1. Di hadapan pemeriksaan imigresen, boarding pass yang dicetak tidak diterima kerana tiada barcode. Dengan diiringi polis imigresen, kami ke kaunter Airasia untuk mendapatkan boarding pass yang baru.

Terminal 2 - sekiranya penerbangan anda di Terminal 2, pastikan anda sampai lebih awal kerana anda perlu menaiki tren sambungan untuk ke pintu berlepas. Selepas melepasi imigresen, anda akan menaiki tren sambungan ke pintu berlepas anda. Pastikan Gate Number anda adalah betul dan anda keluar di stesen yang betul.

Jaulah kali ini, saya berjaya mengekalkan berat haversack kepada 7kg. Memang tak shopping apa-apa pun di Hong Kong mahupun di Macau. Hanya beli  sedikit souvenir sahaja untuk dibawa balik. Dan duit HKD juga masih banyak lebihan.

Actually, there are many things to explore and to visit in Hong Kong. However, for me...this is the country I least prefer to travel after seeing the people and the surroundings.

To sum up the total expenses from air tickets to everything:



Dengan ini, #travellingbie mengundur diri dulu buat masa ini dan kita jumpa lagi pada entri yang akan datang dengan destinasi yang lain.

“No one realises how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow.” Lin Yutang