27 January 2017

Travellingbie : Lombok Day 1

“Traveling is like flirting with life. It’s like saying, ‘I would stay and love you, but I have to go; this is my station.” — Lisa St. Aubin de Teran

Lombok, dikenali dengan Tanah Seribu Masjid mempunyai keluasan 4514 kilometer persegi dan mempunyai gunung berapi terkenal yang masih aktif iaitu Gunung Rinjani setinggi 3726 kaki.

Travellingbie ke Lombok kali ini adalah untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat yang mengikat hati dengan lelaki Lombok.
Penerbangan ke Lombok menerusi Airasia hanya ada 2 kali sehari. Saya mengambil penerbangan petang memandang masih bekerja pada hari tersebut dan memohon pelepasan beberapa jam sebelum bergerak ke KLIA2.
Penerbangan dari KLIA2 ke Lombok mengambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit. Setibanya di KLIA2 dan mendaftar masuk, saya sedikit terkejut dan gusar apabila melihat penumpang perempuannya boleh dibilang dengan jari. Terasa seperti nak keluar dan berpatah balik. Penerbangan kali ini agak lewat sejam dari yang dijadualkan atas masalah teknikal.

Jam 435pm barulah kapal bertolak ke Lombok dan sepanjang perjalanan kali ini amat memeritkan dengan keadaan penumpang di dalam kapal tersebut dan juga terpaksa menghidu bau yang tidak menyenangkan.

Lebih kurang jam 8malam, saya tiba di Lapangan Terbang Lombok. Suasana sudah sedia gelap. Tiba di kaunter imigresen, pegawai imigresen bertanya - 

P - nama siapa?
M - nenek kebayan ( joking je..hehehehe)
P - berapa lama di sini buk
M - 3 hari
P - liburan atau kerja?
M - liburan
P - datang seorang?
M - iya
P - seorang??? tinggal di mana? (dia tanya lagi)
M - ermmm..sekejap ya (sambil belek wassap). Di Tete Batu
P - berkerut muka dia. "Oooo..ada kawan juga kan yang datang siang tadi untuk ke majlis pernikahan?
M - iya
P - hati hati ya
M - makaseh mas,  sambil saya menuju ke tempat keluar

Pelik agaknya bila seorang traveller perempuan datang seorang seorang ke Lombok. Sebelum keluar, kene tahan lagi, untuk isi borang deklarasi kastam. Bagi pada bapak pegawai, dia tanya pulak

O - liburan atau kerja. Berapa hari di sini
Me - ermmm..kenduri. 3 hari
O - ok. Hati hati ya

Di tempat scan beg pulak, kene tanya lagi:

O - datang seorang saja
Me - iya
O - ada yang ngambil??? ( kenapa muka diorang nie semua curious)
Me - iya ada
O - hati hati ya

Sudah 3 orang yang bertanya dan pesan supaya berhati hati. Di luar dari tempat pemeriksaan, beli simkad dulu, senang nak hubungi menerusi wassap dan sebagainya. Bila keluar dari balai ketibaan, ramai rupanya di luar dan askar pun ramai untuk menjaga keselamatan di lapangan terbang tersebut.

Mata saya melilau mencari pak supir yang menunggu untuk membawa ke destinasi seterusnya. Lega, bila sudah bertemu dengan pak supir untuk membawa ke destinasi seterusnya. Kadar teksi dari airport Lombok ke Tete Batu dalam Rp250k. Habislah bajet masa tu, cukup-cukup untuk penginapan dan transport sahaja. Perjalanan darat pula mengambil masa lebih sejam untuk sampai ke Tete Batu. Kepala mula pening dengan pelbagai insiden sebelum, semasa dan selepas tiba. Di dalam teksi, saya hanya memejamkan mata dan baring di belakang tanpa mempedulikan pak supir.

Lebih kurang jam 1030 malam, saya tiba di Mountain Resort, Tete Batu. Berkongsi bilik dengan 3 orang rakan yang lain. Pening di kepala dan perut sekali disebabkan masih belum makan siang. Setibanya di bilik penginapan, bersihkan diri, nasib baik kawan dan tapaukan nasi untuk makan malam. Alhamdulillah. Rehat dulu memandangkan esok, bermula acara penting dan perjalanan yang panjang seharian.

"A series of unfortunate events sometimes happen during travel when we are less expected." ~ unknown

No comments: