16 January 2017

Travellingbie : Going local - Borneo Highlands Resort

Foto dan Teks : The Travellingbie

Nature never hurries. Atom by atom, little by little she achieves her work.~ Ralph Waldo Emerson

Travellingbie kali ini menjelajah bumi tumpah tanahair sendiri iaitu Sarawak.

Kali ini saya ke Borneo Highlands, Kuching. Borneo Highlands merupakan salah satu tarikan yang terkenal di Kuching, Sarawak. Ianya terletak kira-kira 60km dari bandar Kuching dan terletak di antara sempadan Sarawak dan Kalimantan. Terletak di ketinggian kira-kira 1000 meter dari paras laut dan menawarkan tarikan pemandangan indah hutan hujan tropika.

Dari bandar Kuching, ianya mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan untuk tiba di pintu masuk Borneo Highlands Resort di Jalan Puncak Borneo. 
#travellingbie
Dari Bandar Kuching, kami melalui Kota Sentosa, Kem Penrissen, Giant Kota Padawan, Semenggoh Wildlife Centre, Pulapol dan melalui sebanyak 7 jambatan Sungai Aman.
#travellingbie
Terdapat beberapa tempat menarik dari Kuching ke Borneo Highlands. Anda boleh singgah di beberapa tempat menarik seperti Taman Orkid di Kota Padawan, Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Rumah Panjang Benuk Bidayuh, Air Terjun Giam, Empangan Hidroelektrik Bengoh, Rumah Panjang Annah Rais dan Kolam Air Panas Annah Rais.
#travellingbie
Pintu masuk ke Borneo Highlands Resort. Sekiranya anda mahu menaiki kenderaan resort, kadarnya RM50 seorang :)
Kadar yuran kemasukan adalah RM10.00 seorang dan kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah percuma. Dari pintu masuk, kami sudah mula merasai cuaca dan angin yang nyaman dan sejuk. Dari jauh kelihatan awan tebal masih menyeliputi ruang udara Borneo Highlands. Suhu di kawasan tanah tinggi ini, sekitar 16’c sehingga 28’c. Sekiranya anda ingin melawat rumah panjang Annah Rais yang terkenal di Kuching, ianya hanya terletak 2km dari persimpangan masuk ke Borneo Highlands Resort.
#travellingbie
Jom meredah awan!
Misi kami kali ini adalah untuk menikmati keindahan di Kalimantan Lookout Point dan merasai kesejukan air terjun Simangas. Bagi peminat burung, anda boleh membawa kamera berkapasiti tinggi untuk mengambil gambar pelbagai species burung yang terdapat di sini.
#travellingbie
Air Terjun Simangas
Dari Jalan Puncak Borneo ke Borneo Highlands Resot mengambil masa lebih kurang 20 minit memandu kenderaan. Di sepanjang perjalanan, kami melalui jalan raya yang curam dan berliku-liku. Jalan yang curam dan berselekoh, tidak menghalang kami untuk ke Borneo Highlands. 
#travellingbie
Jalan masih berkabus
Sekiranya anda pernah ke Cameron Highlands melalui jalan Tapah, anda akan dapati pemanduan ke Borneo Highlands lebih senang berbanding Jalan Tapah – Cameron Highlands. Kami singgah sebentar di Air Terjun Simangas sebelum meneruskan perjalanan ke tanah tinggi Borneo. Setibanya kami di kawasan meletak kereta, kami perlu menaiki trem untuk ke Borneo Highlands Resorts dan Kalimant Lookup Viewpoints. Kenderaan awam atau kereta tidak dibenarkan untuk memasuki resort bagi menjaga ekosistem di kawasan tersebut. Kadar trem 2 hala adalah RM10.00.
#travellingbie
Parking bay
Selain dari menikmati pemandangan dari puncak Borneo, pengunjung yang bermalam di sini boleh juga melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti meredah hutan, berkayak dan sebagainya seperti yang ditawarkan oleh resort. Bagi pengunjung harian seperti kami, Kalimantan Lookout Point, Taman Bunga, Taman Herba, Air Terjun menjadi destinasi kegemaran apabila berkunjung di Borneo Highlands Resort ini sambil berkelah santai di kawasan lapang menikmati pemandangan bergunung ganang dan menghirup udara segar dari tiupan angin sejuk. 
#travellingbie
Pintu masuk ke resort dan kawasan sekitarnya. Tram disediakan bagi perjalanan 2 hala dengan kadar RM10.
#travellingbie
Kawasan kuda
#travellingbie
Tanda nama
Bagi peminat sukan golf atau ‘kaki’golf, pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk beraksi di padang golf Hornbill Golf & Jungle Club 18 lubang ini sambil menikmati pemandangan indah dalam cuaca yang nyaman ibarat bermain di atas awangan. Keletihan dan tekanan waktu kerja, pastinya akan lenyap apabila berada di sini.
#travellingbie

#travellingbie
Santai
#travellingbie
Kalimantan View Point
#travellingbie
Sekiranya anda berpeluang untuk bercuti di Kuching, jangan lupa singgah melawat Borneo Highlands Resort dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Jangan lupa juga membawa baju ekstra, mana tahu sempat pula untuk buat terjunan atau berendam di air terjun berdekatan sambil menyegarkan minda dan badan anda.
#travellingbie#travellingbie

#travellingbie#travellingbie
Pelbagai jenis bunga di BHR
Bagi yang berminat untuk bermalam di Borneo Highlands Resort, kadar penginapan amat berpatutan bermula dari RM180 semalam. Resort juga menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan organik kepada tetamu dari ladang yang terdapat di resort.

Tidak perlu bercuti bajet jauh-jauh. Tempat-tempat menarik disekitar kita pun ada. Bercutilah di Malaysia dan alami percutian bajet dengan suasana ala luar negara. :)

Tips : Jika mahu menikmati suasana sejuk dan nyaman seharian di Borneo Highlands, bawalah makanan yang mencukupi dan tikar untuk anda menikmati makan pagi atau tengahari sambil di sapa kawanan awan. Ianya seumpama anda berada di awang-awangan.

“Study nature, love nature, stay close to nature. It will never fail you.” » Frank Lloyd Wright

No comments: