11 January 2017

Ekspresi : Perginya Permata Berharga Sarawak ~ Tan Sri Adenan Satem

Saya dikhabarkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem Adenan Satem telah meninggalkan kita sebentar tadi. Berita yang mengejutkan semua rakyat Sarawak.

Kata-kata beliau di Laman Rasmi FB - "We must close the gap by putting focus on rural development"

Hilangnya pemimpin yang disayangi rakyat, pemimpin berjiwa rakyat. Hidup InsyaAllah, Mati itu pasti :( Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Innalillahiwainnailaihi raaji'uun

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu". 
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Sesungguhnya, kematian itu sangat mendekat. Bagi kita yang masih hidup ini, ambillah iktibar bahawa kematian itu sentiasa menunggu masa untuk kita.

Tan Sri Adenan Satem, lebih dikenali sebagai Tok Nan merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke-5. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan, guru, majistret dan penasihat perundangan sebelum bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak di kerusi Muara Tuang pada Januari 1979. Tok Nan merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarawak yang pertama memegang tampuk kepimpinan jawatan No. 1 di Sarawak.

Sebagai rujukan, antara jawatan Menteri yang beliau pernah sandang sejak melibatkan diri di dalam arena politik Sarawak adalah Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Tanah Sarawak (1985-1987), Menteri di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sarawak (1988), Menteri di Kementerian Pembangunan Dan Sosial Sarawak (1992) dan Menteri di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Tugas-tugas Khas (2011-2014).

Beliau suka berseloroh di dalam ucapannya yang bersahaja tanpa skrip. Antara kata-kata penuh jenaka dalam bahasa Sarawak Tok Nan - “Ooohaaaa..”, “ you oh you”, “Kamek Urang Sarawak Sik Suka TOL sebab mun ditambah OL alu jadi TOLOL".

Kesungguhan beliau di dalam mempertahankan nasib rakyat Sarawak dizahirkan di dalam 53 Prinsip dan Tindakan.
Antara intipati 53 Prinsip dan Tindakan adalah:
  1. Bumiputera di Sarawak tidak boleh diklasifikasikan sebagai ‘Lain-lain’
  2. Masyarakat Cina bukan ‘Pendatang’
  3. Putrajaya diingatkan bahawa apabila membuat rujukan kepada, atau menentukan Bumiputera dalam mana-mana dokumen atau komunikasi, mestilah meliputi semua peribumi Sarawak selain daripada Melayu. 
  4. Ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir – Jabatan Imigresen diarah untuk sentiasa berwaspada dan bertindak lebih aktif.
  5. Pengurangan tarif elektrik berdasarkan unit penggunaan
  6. Semua tambang feri di seluruh negeri diseragamkan
  7. Pemansuhan bayaran tol Jambatan Lanang di Sibu (24 Mei 2015), Jambatan ASEAN di Miri (1 Jun 2015) dan Jambatan Tun Salahuddin di Kuching (1 Januari 2016)
  8. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
  9. Pemansuhan cukai tanah untuk rumah kediaman dan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar
  10. Pengurangan kadar cukai taksiran antara 10% hingga 100% untuk tempat kediaman.
  11. Janji kerajaan kepada sekolah persendirian Cina. Sebagai pengiktirafan kepada Sekolah Persendirian Cina, peruntukan telah diperuntukkan mengikut jumlah yang dicadangkan
  12. Kerajaan Negeri mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) dengan menerimanya sebagai syarat kelayakan memohon pinjaman/biasiswa Yayasan Sarawak dan memasuki Perkhidmatan Awam Negeri.
  13. Point 13 sehinggalah 16 merupakan komitmen Petronas terhadap permintaan Sarawak
  14. -
  15. -
  16. -
  17. Transformasi luar bandar kepada 7 Daerah baharu dan 9 Daerah kecil baharu - Kerajaan menambahbaik perkhidmatan di kawasan luar bandar
  18. Tambahan RM1.5 bilion untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang antarabandar dan luar bandar.
  19. Sarawak menolak parti politik dari Semenanjung Malaysia
  20. UMNO bersetuju tidak akan membuka cawangan di Sarawak.
Seterusnya, sehinggalah yang ke 53 prinsip dan tindakan. #TheAdenanWay
Semoga prinsip dan tindakan ini diteruskan oleh pengganti Tok Nan. Kewibawaannya disegani oleh semua mahupun pihak lawan.

Semoga ruh arwah berada di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman dan ditempatkan di syurga. Aameeen.

Death is the easiest of all things after it, and the hardest of all things before it.~ Abu Bakr Siddique

No comments: