31 May 2015

Travellingbie : Musafir Bajet ke Bali

Perjalanan tidak dirancang....
“This is a good sign, having a broken heart. It means we have tried for something.”
Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love

Flight kami ke Bali jam 345pm. Walaupun begitu, take-off agak lewat. Dimaklumkan oleh juru terbang, penerbangan masih menunggu kebenaran laluan dari Simgapura. Tiba di Bali jam 700pm. Kami disambut oleh Opick dari Bali Indah Tour. Asal cerita nya tiada perancangan untuk mengambil tour. Memandangkan kami semuanya baru pertama kali ke Bali, saya bertanyakan mengenai servis Ground Tour di sana di dalam satu grup kembara FB. Rezeki saya, ada ahli grup yang memberi info mengenai Bali Indah Tour dan saya terus menghubungi Boss Bali Indah Tour malam sebelum kami berlepas ke Bali pada petang esok nya. Tempahan kereta beserta pemandu pada saat-saat akhir ini memang mendebarkan. Dikhuatiri kenderaannya tiada. Nasib kami baik kerana hanya tinggal 2 kenderaan sahaja lagi dan saya terus confirmkan tempahan kereta bagi 1 hari tour sahaja dan servis pick-up dari Airport ke Hotel pada hari pertama.

Kos pickup servis dari Airport ke hotel IDR150k /3 = IDR50k seorang. 
Driver kami bernama Opick. Boss nya Choky dari Bali Indah Tour Holiday.

Kami di bawa makan malam di Malioboro. 
Kos makan malam bagi kami bertiga = IDR221,950.00.
Menu makan malam kami - Ayam Bakar Tulang Lunak dan Jus Avocado Kawww...kalau datang ke mana-mana negeri di Indonesia ini, jangan lepaskan peluang untuk merasa Jus Avocado Asli yang sangat sedap ini. Kalau di Malaysia mahal :))

Asal cadangannya untuk Ground Tour adalah 1 hari, tapi Opick mencadangkan agar kami mengambil tour untuk 2 hari. Rugi kalau datang ke Bali tidak menjelajah keseluruhan area di Bali ini. Untuk tour 2 hari separuh dari Bali akan dijelajahi dan dilawati. Setelah berbincang dengan ahli serombongan, masing-masing bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan tour selama 2 hari
Kos Ground Tour 2 hari = IDR175k x 2 hari = IDR750k untuk 3 orang
Kos seorang sekitar = IDR250k seorang


Check inn hotel di Royal Sanur Bali atau Royal Beach Club Bali, Sanur. Kos penginapan hotel ini semalam USD80 x 3 malam = USD240. Walaubagaimanapun, tiada bayaran dikenakan kerana ditolak dari Club Membership.
Cumanya di Hotel ada Caj Cukai Kerajaan sebanya USD8 semalam x 3 malam = USD24 = IDR288k
Caj extra bagi 1 orang memandangkan bilik tersebut maksimanya hanya untuk 2 orang sahaja = Caj Tambahan 1 orang USD15 semalam x 3 malam = USD45 = IDR540k
Caj Cukai dan Tambahan 1 orang dikongsi oleh 2 orang ahli rombongan memandangkan Caj Penginapan hotel selama 3 malam ditolak dari Club Membership.

Walaupun berlaku sedikit ketegangan semasa check-in memandangkan tiada info tambahan mengenai perkara tersebut dimaklumkan oleh Member Service di Malaysia, kami sedikit bengang pada waktu itu memandangkan kos tambahan terpaksa dikeluarkan untuk membayar caj tambahan bagi 1 orang, walaubagaimanapun, cukai kerajaan tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu. Bilik Studio Apartment nya sedikit kecil. Kalau di Malaysia, Studio Apartmentnya besar dan selesa. Di sini serupa bilik hotel yang biasa dan tiada beranda. Next time around kene menginap di hotel lain. Nasib baik katil Queen Size nya cukup-cukup untuk 3 orang tidur. :))

Tour Bajet Hari 1
Minum pagi saya di bilik dengan menu - Mee segera, Roti + serunding dan Kopi Kelulut untuk menampung perut sehinggalah ke petang. Bekalan juga di bawa untuk mengalas perut sepanjang perjalanan. Sekitar jam 830am, Opick sudah menunggu untuk membawa kami menjelajah sekitar Bali.

Destinasi 1 - Tanjung Benoa - terkenal dengan aktiviti air seperti parasailing, seawalker, diving, turtle island visiting dan sebagainya. Terletak di kawasan paya bakau dan di tepi laut menjadikannya tempat yang sesuai untuk beriadah. Unlike Kuta dan Legian, Tanjung Benoa agak tenang dan less crowded. Walaubagaimanapun, kami tidak bercadang untuk melakukan aktiviti SeaWalker, Parasailing, Lawatan ke Pulau Penyu dan mana-mana aktiviti air. Next time around boleh lakukan aktiviti2 tersebut dan pastikan bawa duit yang mencukupi memandangkan kos bagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak murah. Contohnya aktiviti Seawalker, kosnya sekitar IDR500k seorang :)
Kos = IDR0.00

Destinasi 2 - Tanah Lot - dari Tanjung Benoa ke Tanah Lot lebih kurang sejam. Tiba di Tanah Lot jam 11am lebih. Masa diambil melawat sekitarnya lebih kurang sejam. 
Kos Yuran masuk Tanah Lot untuk 3 orang dan Parkir IDR95k = IDR32k seorang. Jam 1230pm kami menuju ke Pantai Pendawa.

Destinasi 3 - Sebelum ke Pantai Pandawa, kami singgah di Kedai Bali Agung  untuk membeli sedikit buah tangan. Kos souvenir IDR106k.

Destinasi 4 - Pantai Pandawa - 2.30pm bergerak ke Pantai Pandawa sebelum ke Uluwatu yang bermaksud Hujung Batu. Pantai Pandawa ini merupakan destinasi pelancongan yang baru. Pantainya dan lautnya mempesonakan dan ramai pelancong barat datang ke sini untuk bersantai dan berjemur. Ada juga yang melakukan aktiviti Paragliding dan Parasailing.
Tiba di Pantai Pandawa jam 315pm. Yuran Masuk IDR18k / 3 = IDR6k seorang

Destinasi 5 - Singgah solat di Masjid Agung Palapa

Destinasi 6 - Uluwatu - kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu jam 5pm selepas solat. Sampai di Uluwatu jam 530pm. Entrance fee IDR45k / 3 = IDR15k seorang. Sebenarnya bagi pelancong, yuran masuknya adalah IDR20k seorang. Mungkin melihat saya seperti pelancong lokal, kami diberikan kadar masuk pelancong lokal :)). Pemandangan di Uluwatu sangat menawan. MasyaAllah, segala Puji bagi Allah SWT sahaja yang dapat saya ucapkan. Jam 6pm pula kami dihiburkan dengan persembahan Kecak Dance selama sejam. Yuran masuk untuk melihat Kecak Dance = IDR100k seorang. Selesai persembahan Kecak Dance sekitar jam 7malam, kami bergerak semula ke Sanur. 
“I think I deserve something beautiful.”Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love
Dari Uluwatu ke Sanur mengambil masa hampir 2 jam. Sebelum kembali ke hotel, kami singgah di gerai Bakso untuk menikmati makan malam Bakso tempatan yang halal dengan kos IDR12k seorang. 

Tour Bajet Hari 2
Hari ke-2 kami bermula jam 9 pagi. Semalam nya melawat dari pagi sehinggalah malam, sampaikan pemandunya kelihatan penat membawa kami :)) Sebelumnya, kami sarapan dahulu dengan menu yang sama seperti hari pertama tour. Yang ini memang betul-betul bajet dalam soal makanan. 

Destinasi 1 - 930am  singgah ke Sari Amerta Batek Batu Bulan - tengok-tengok dan cuci-cuci mata batek chanting dan lukisan batek. Hampir sahaja lagi berbelanja untuk membeli lukisan batek yang sangat unik - lukisan gunung berapi. Kos belanja di sini = IDR0.00
Perjalanan kami hari ini ke Kintamani untuk melihat keindahan Gunung Batur. Sepanjang perjalanan banyak tempat yang kami akan singgah dan lalui nanti.

Antaranya Kampung celuk - tempat perusahaan emas dan silver

Destinasi 2 - Singgah di Ubud Batuan untuk melihat lukisan 1020am - Arnaya Painting. Saya sempat membeli 3 lukisan sama ada untuk sendiri atau untuk dijual. Yang menariknya, walaupun tempat perusahaan tersebut seperti di kampung-kampung, selagi tempat tersebut menjadi antara tempat lawatan pelancong, khidmat pembayaran melalui kredit kad disediakan :)) Kos untuk lukisan, tidaklah perlu saya nyatakan. :))
Selepas singgah di Arnaya Painting, kami meneruskan perjalanan - melalui Kampung Mas atau Desa Mas Ubud yang merupakan perkampungan perabut kayu

Destinasi 3 - Trisna Bali Kopi - testing semua kopi yang ada di sini sehinggakan kenyang kopi. Ternyatanya lumayan sungguh perkhidmatan mereka menyediakan contoh perisa pelbagai kopi di dalam cawan kecil. Pengunjung boleh merasa semua kopi yang ada dan membuat pilihan untuk membeli kopi atau teh yang berkenan di rasa. Di sini juga, pengunjung akan diterangkan pokok-pokok yang ada ditanam di sekitar nya sebelum tiba di kedai. Kami berkesempatan merasa buah manggis dan buah kopi yang telah masak. :)) Kos belian kopi perisa vanilla dan kelapa serta minyak wangi Bali Flower = IDR390k

Destinasi 4 - Destinasi seterusnya ke Kintamani /Gunung Batur. Kami sampai sekitar jam 130pm dengan yuran kemasukan sebanyak IDR50k bagi 1 kereta. Walaubagaimanapun, menurut Opick, sekiranya kita hulurkan IDR30k sudah memadai. Tetapi kami terlewat pula nak sediakan duit yang secukupnya. Duit dari dompet saya tidak mencukupi, manakala yang lain pula masih tercari-cari baki, kami bahagi sahaja IDR50k. Dan di sini, tiada baki akan diberikan. Oleh itu, pastikan dan peka dengan apa yang pemandu maklumkan dan sediakan yuran kemasukan dengan kadar yang mencukupi. Kos yuran kemasukan IDR50k / 3 = IDR18k seorang. Kami juga dimaklumkan, sebelum sampai ke Kintamani, akan ada sekatan dari Polisi yang meminta wang kopi dari pemandu pelancong. Di sini rasuahnya berleluasa dan tidak terbendung. Setibanya di Kintamani, kami singgah sebentar di restoran yang menyediakan tempat Musholla dan solat terlebih dahulu sebelum menikmati pemandangan Gunung Batur. Di luar pengetahuan kami, rupa-rupanya pengunjung yang ingin solat, dan selepas solatnya perlu sekurang-kurang minum secawan dua di situ. Sekiranya kita tidak minum atau makan, pastinya akan dikejar oleh pekerja nya sehingga ke luar restoran dan akan memaksa kita untuk berbelanja di restoran tersebut. Katanya, musholla tersebut hanya untuk pelanggan sahaja dan bukannya boleh solat secara percuma. Tragedi kecil di Kintamani rasanya tidak dapat dilupakan :))

Destinasi 5 - Tegalalang - Padi terrace untuk menikmati pemandangan sawah padi yang bertingkat-tingkat.

Destinasi 6 - Kami dibawa melawat-lawat sekitar Ubud - di Ubud. Ubud merupakan destinasi pelancong selain dari Kuta dan Legian. Di sini kebanyakan pelawat nya dari Negara-negara Barat. Kedai arak bersepah-sepah di mana-mana.


Destinasi 7 - Dari Ubud kami ke Jimbaran untuk Sunset Dinner. Kos makan malam di tepi pantai semasa matahari terbenam = IDR150k seorang. Kami dibawa ke Blue Ocean Seafood di Jimbaran Bay. Sampai di Jimbaran Bay jam 515pm....lepak-lepak, sembang-sembang dan menikmati pemandangan di pantai sambil menikmati makan malam sangatlah relaxing. :))

Selesai makan malam, kami kembali ke hotel pada jam 915pm. Berakhir sudah lawatan pada hari ke-3 untuk full tour hari ke-2. Alhamdulillah. Setibanya di bilik, ada nota dari hotel menyatakan bahawa esok merupakan hari terakhir menginap di situ dan check-outnya adalah pada jam 10pagi. Borang penilaian disertakan sekali dengan nota tersebut. Hotel bakal menerima komen-komen dan respon yang tidak enak dari tetamu ini :))

Hari terakhir kami di Bali. Check out hotel jam 10am. Memang kami tak puas hati dengan hotel ini walaupun hanya dikhaskan untuk ahli kelab...huhuuuu. 
Kos pengangkutan hari terakhir = IDR200k

Destinasi 1 - Jam 1030am - kami bergerak keluar dari hotel selepas selesai urusan check-out. Destinasi seterusnya adalah SPA di Abian Srama Spa. Dengan kadar istimewa IDR350k seorang selama 2 jam.

Destinasi 2 - saya meminta pemandu membawa kami ke Factory Outlet. Setiap hari sepanjang berada di sini kami melalui Clearance Sales dari Factory Outlet Produk Sukan dan Surfing tersebut. Ternyata, kunjungan kami ke situ memang berbaloi-baloi. Beg Kalis Air jenama BaliAir cuma IDR185k sahaja berbanding dengan harga di Malaysia. Stokin sukan jenama Adidas hanya RM4 sahaja sedangkan Warehouse Sale di Malaysia dengan harga jatuh pun dalam kadar RM13. Ada juga yang memborong kasut sukan dan kasut hiking. Kos sebenar belanja di sini = Unknown :))

Destinasi 3 - kami singgah makan tengahari dahulu di Restoran Muslim, sebelum ke Lapangan Terbang. Makan di Restoran Joko. Nasi goreng cumi/sotong IDR25k, air Avocado di sini lebih murah, sekitar IDR15k sahaja, Keropok IDR3k x 2, dan jangan tak percaya, kedai biasa-biasa ini juga ada caj servis sebanyak IDR13k.
Destinasi 4 - Sebelum ke destinasi terakhir kami pada hari terakhir, kami singgah di Alphamart dahulu untuk membeli air dan lain-lain. Kos = IDR67k

Destinasi 5 - Tiba di Bandara Denpasar sekitar jam 415pm. Kami ucapkan selamat tinggal kepada pemandu setia kami, Opick. Saya menyerahkan kos Ground Tour dari hari pertama sehinggalah hari ke-4 kami berada di Bali sebanyak IDR1,100k. InsyaAllah ketemu lagi dan menggunakan perkhidmatan Bali Indah Tour lagi dengan rombongan yang lebih besar. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati kami. 4 bintang untuk Bali Indah Tour Holiday :)

Maklumat-maklumat lain yang dirasakan berguna - Musholla di airport terletak di Lantai 2. Besar jugak mushollanya. Ini yang bagusnya bila ke Indonesia. Di mana2 ada musholla, begitu juga di Malaysia. Musholla ada di mana-mana. Solat atau tidak solat sahaja. Alhamdulillah

Tour pakej lain yang sangat menarik yang ditawarkan yang kami tidak sertai kali ini adalah - Tour Lovina. Tour ini meliputi - lawatan ke tempat Dolphin (kadar bot untuk ke laut melihat dolphin adalah berasingan) >> Air Terjun >> Tasik Ulundanu >> Temple >> Kedaton >> Tanah Lot dengan kos transport, driver, parking sahaja sebanyak IDR500k untuk 1 kereta. Kos bot untuk melihat dolphin semasa sunrise adalah sekitar IDR250k seorang.

InsyaAllah, ada rezeki, ke Bali lagi kita :) - Ada beberapa lokasi lagi yang belum sempat dijelajahi. Musafir kali ini memang sangat bajet. Makan pun sekali sehari. Shopping pun tidak banyak, itupun terlajak jugak dan terlebih bajet. Nasib baik bawak duit USD dan RM :))
Sekiranya anda sudah biasa dengan Bali, cubalah menyewa Spedar / Scooter untuk menjelajah ke mana-mana dan pastikan anda mempunyai lesen spedar. Lebih jimat dan menjimatkan. :)

“When I get lonely these days, I think: So BE lonely, Liz. Learn your way around loneliness. Make a map of it. Sit with it, for once in your life. Welcome to the human experience. But never again use another person's body or emotions as a scratching post for your own unfulfilled yearnings.”
Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love

29 May 2015

Muhasabah diri

Salaam Jumaat...

Surah Al-Kahf, Verse 109:
قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Say: If the sea were ink for the words of my Lord, the sea would surely be consumed before the words of my Lord are exhausted, though We were to bring the like of that (sea) to add.

Al-Kahfi ayat 109
“Katakanlah: `Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)`”.(QS. 18:109)

Luasnya dan besarnya nikmat Allah swt berikan kepada hambaNya. Mana mungkin kita dapat menghitung semua nikmat yang Allah swt telah berikan kepada kita. Dari sekecil-kecil nikmat seperti dapat makan sehinggalah yang paling besar nikmat - Iman dan Islam.

Itupun kita masih lagi berkira dengan Allah swt. Masih lagi berkira kenapa orang lain dapat lebih, aku dapat sikit. Kenapa orang lain kaya, aku cukup makan sahaja. Kenapa orang lain bahagia dengan kehidupan yang ada suami/isteri dan anak-anak, sedangkan aku masih sendirian. Kenapa orang lain boleh berjalan sedangkan aku cacat tiada kaki. Kenapa...kenapa dan kenapa.

Tanpa kita sedar, kita seringkali mempersoalkan nikmat yang Allah swt berikan, sedangkan nikmat Allah swt terhadap hambaNya tidak terhitung.

Nikmat ilmu, semakin kita belajar wajib kita rasa bahawa kita masih cetek ilmu kerna semakin kita belajar semakin banyak benda2 yang kita tidak tahu - menuntut ilmu, mencari ilmu, menambah ilmu di dada bukan untuk kita membangga diri, tetapi untuk merendahkan hati kita. Semakin tinggi ilmu yg kita ada, ilmu tahap doktor falsafah, tahap professor, tahap noble prize, - semakin ianya menundukkan hati kita. Jika berlaku sebaliknya, semak2 belek2 musahabahlah hati kita.

Allahul Musta'aan

26 May 2015

Muhasabah diri

Makan dalam nie...
Muhasabah diri...
Kita minta macam-macam dekat Allah swt, tapi perkara asas yang Allah swt suruh kita sebagai hamba-Nya buat pun kita tak terbuat. Lepas tu kita marah Allah swt, kecewa sebab doa-doa kita tak dimaqbulkan.

Kita persoalkan takdir kita kenapa macam ni, kenapa macam tu, kenapa tak kaya2, kenapa masih takde anak, kenapa masih tak dapat anak perempuan, kenapa masih tak dapat anao lelaki, kenapa masih tak kawin-kawin lagi, kenapa nasib tak sebaik orang lain, kenapa tak dapat APC tahun ni, kenapa selalu kene marah, kenapa selalu kene tipu, kenapa berniaga tak maju..kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa????

Nampak tak dekat sini kenapa??? Kenapa Allah swt tak maqbulkan doa kita???

Travellingbie : Musafir Bajet di Ho Chi Minh City

Ho Chi Minh City - ini kali ke-3 saya ke sini. Alhamdulillah.

Kali pertama membawa diri sendiri dan meninjau-ninjau apa yang menariknya di sini pada tahun 2013 rasanya.

Kali ke-2, menjadi pemandu pelancong/ travel planner tidak berbayar kepada kawan-kawan sekampung saya

dan...kali ke-3 ini pula, menjadi pemandu pelancong/travel planner kepada rakan sepejabat. 2 orang dengan penerbangan lebih awal, dan kami ber-6 dengan penerbangan yang lain. Sebelum itu, segala informasi telah diberikan kepada yang terdahulu agar mereka tidak sesat dan disesatkan :)),

Dan semuanya, merupakan percutian bajet. Kali ini ahli-ahli rombongan hanya mahu melakukan aktiviti membeli belah. Jadinya tiada lawatan ke Sungai Mekong dan tempat-tempat lain. Saya layankan sahaja :))

Tiket kapal terbang telah ditempah terlebih dahulu untuk mendapatkan tiket yang paling murah. Penerbangan pergi dan balik hanya menelan belanja kurang dari RM250.00 seorang. Penambahan beg kargo dan makan akan dilakukan kemudian lebih kurang 2 minggu sebelum terbang. Ini membolehkan yang lain mengumpulkan wang belanja masing-masing secara beransur-ansur. Hotel pula ditempah secara online lebih kurang 2 bulan sebelum penerbangan dan biasanya hotel akan menawarkan diskon yang lumayan untuk tempahan secara atas talian.

Kos tiket penerbangan 2 hala < RM250.00 seorang
Kos beg kargo 25kg = RM50.00 seorang
Kos makan semasa penerbangan = RM15.00
Kos Hotel lebih kurang = RM150 seorang untuk 3 hari 2 malam
Tambang ERL dari Putrajaya ke KLIA2 = RM6.20 untuk sehala
Makanan untuk bekalan - pelbagai roti = RM12.00

Semasa penerbangan, masing-masing mempunyai pilihan sama ada untuk makan ataupun tidak. Saya memilih untuk tidak makan memandangkan telah mengalas perut dengan roti sebelumnya. Jimat lagi :)

Setibanya di Ho Chi Minh, kami mengambil khidmat teksi untuk ke hotel. Kos Teksi bagi 6 orang adalah 500k Dong. Seorang dalam 84k Dong, lebih kurang RM16 seorang.

Setibanya di Hotel, kami check in dahulu sebelum meneruskan acara wajib membawa pelancong iaitu menunjukkan tempat-tempat shopping di sekitarnya. Panjang lebar pesanan-pesanan saya kepada semua. Antaranya:
  1. Berhati-hati dengan penarik beca di kawasan sekitarnya - mereka boleh menyebabkan kita kehilangan 1juta Dong :)) 
  2. Berhati-hati ketika membeli belah, dan jaga dompet masing-masing kerana ada juga berlaku kecurian dan kecopetan ketika pelancong sedang sibuk membeli belah dan tawar menawar; 
  3. Sekiranya membuat aktiviti tawar menawar, pastikan anda hendak membeli barangan tersebut dan setelah mendapat harga terbaik semasa sesi tawar menawar, anda perlu membeli barangan tersebut sekiranya tidak mahu di tengking dan dimarahi penjual; 
  4. Makanlah di restoran yang anda rasa yakin untuk makan dan perlu diingatkan bahawa harga makanan di HCM adalah mahal. Kos Nasi Goreng lebih kurang RM10. 
  5. Jangan lupa mencuba Kopi Vietnam dan saya rasa kopi tersebut antara yang tersedap di dunya :)) 
  6. Apabila hendak menggunakan perkhidmatan teksi, Vinasun merupakan antara teksi yang boleh dipercayai. Saya sarankan kepada mereka hanya menaiki teksi Vinasun sahaja. 
Memandangkan kami tiba di District 1, kawasan Benh Thanh agak lewat, Benh Thanh Market pun sudah mula tutup, dan pasar malam pula dibuka agak lewat, kami meneruskan perjalanan ke Saigon Square dahulu dan jalan-jalan disekitarnya. Setelah menunjukkan jalan dan memberikan pesanan yang panjang lebar, saya percaya, mereka boleh berjalan sendiri secara berpasangan. Masing-masing sudah tidak sabar untuk "explore" keunikan HCM. Saya pula, menemani seorang rakan pejabat membeli belah. Ini merupakan kali pertama beliau ke sini....terujaaa sehinggakan sehingga malam, macam-macam yang dibeli :))

Duit poket untuk shopping, terpulang lah kepada anda sendiri. Ada yang bawa RM1000 untuk shopping di sini dan ada juga yang kurang. Bagi yang bertujuan untuk berniaga, memang banyak RM yang akan dibelanjakan memandangkan kain cotton di sini sangat murah, tudung-tudung berjenama pun murah dan memang akan balik modal sekiranya menjualnya di Malaysia nanti. :))

Kos belanja saya pada hari pertama:
Kopi Ais Kaww = RM3.00
Air Kelapa = USD1
Souvenir dan hadiah-hadiah = yang banyak sedikit belanjanya :))

Keesokan hari nya, ada yang mahu ke Benh Thanh Market dan kawasan sekitarnya dan ada yang mahu ke China Town.

Saya menemankan yang mahu ke China Town untuk memborong kain-kain. Dari hotel, kami menaiki teksi ke China Town pada paginya.

Kos Teksi dari hotel ke China Town = 101k dong untuk 4 orang

Kos kain cotton di China Town murah sedikit dibandingkan dengan di Benh Thanh. Dengan pengurangan kos tersebut, bolehlah mereka berbelanja lebih :)) Di sini, anda boleh mencuci-cuci mata, memborong kain-kain sutera Vietnam, kain cotton yang pelbagai jenis, kain shiffon, kain jersey / jeans, kain lycra, kain lace dan sebagainya. Sebut sahaja jenis kain, semuanya ada di sini :))

Hampir semuanya memborong kain, ada yang memborong sehingga lebih 100 pasang. Geleng kepala saya melihat mereka memborong dan memilih rekaan-rekaan kain yang sesuai :))

Selepas selesai memborong, kain-kain tersebut akan dihantar ke hotel oleh pekedai. Untung kan, lepas membeli belah di Chu Bin Tay (China Town) ini, kami meneruskan jejak ke Russian Market dengan menaiki teksi juga.

Kos Teksi dari ChinaTown ke Russian Market = 101k dong untuk 4 orang.

Di Russian Market ini lebih kurang style shopping complex, seperti Saigon Square. Cumanya di sini, kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barangan keperluan outdoor, hiking, climbing, jeans, beg-beg hiking, camping dan baju-baju. Saya sempat menyambar waterproof tracksuit, sarung tangan, dan kot kerja. :))

Selepas semuanya berpuas hati, kami kembali ke District 1 dengan menaiki teksi.

Kos teksi dari Russian Market ke Hotel = 40k Dong untuk 4 orang

Hari semakin menggelap, kami kembali ke hotel dahulu untuk rehat sekejap sebelum meneruskan misi di Pasar Malam. Suasana di luar sudah meriah memandangkan hujung minggu. Lorong hotel kami dipenuhi dengan rakyat Malaysia dan kebanyakannya bertujuan untuk shopping samada shopping raya dan sebagainya.

Kos Kopi o Kaww Vietnam = 20k Dong
Mangga = 20k Dong

Makan malam saya di Restoran Hajjah Bosiroh dengan kos sebanyak 100k Dong, lebih kurang RM19.00 :)) memang mahal kos makan di sini.
Makan malam hari ke-2. Sedap juga sup nie :))

Warna warni HCM -sneak peak sepanjang berada di sana menjadi travel guide :))

Antara makanan kami di Restoran Hajjah Basiroh HCM :)

Di pasar malam - ramaila yang memborong. Saya hanya melihat-lihat sahaja mereka memborong. Dah 3 kali ke sini, keterujaan itu semakin mengurang dan saya hanya membeli sedikit souvenir untuk anak-anak buah di pejabat, dan yang banyaknya buah tangan untuk keluarga di kampung :))
Beg Go Yard ini menjadi trending di HCM tahun ini. Kebanyakan pembeli dari Japan dan Korea. Saya pula tengok beg nie seperti tiada perasaan :))

Aktiviti membeli belah kami berakhir pada jam 12 tengah malam :))

Hari ke-3 dan hari terakhir, kami menghabiskan sedikit masa dengan packing dan aktiviti menimbang. Yang membeli belah bertujuan untuk berniaga, pastikan anda mengambil luggage sehingga maksima iaitu 40kg bagi Airasia. Itupun tidak mencukupi dan 2 orang dari kami terpaksa menumpang kargo orang lain. Saya jelaskan kepada mereka, untuk memberi keadilan kepada yang ditumpang, yang menumpang perlu membayar harga kargo tersebut dan mereka bersetuju. Yang ditumpang pun berpuas hati dengan cara tersebut. Alhamdulillah. Ini baru 8 orang, bagaimana pula lah sekiranya rombongan seramai 1 bas. Macam-macam perangai akan ditemui dan dihadapi.

Hari terakhir, sebahagian besar kami masih sempat lagi me-nyopping :))
Jam 12 tengahari check-out dan memperkemaskan barang masing-masing serta menimbang beg untuk 1 grup. Jam 1 tengahari kami meneruskan perjalanan ke lapangan terbang.

Kos Teksi = 200k Dong untuk 6 orang

Sebelum ke lapangan terbang lagi, saya beri penerangan kepada semua mengenai kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan tips & tricks ketika check in. Alhamdulillah semuanya faham dan mengikuti prosedur dan semasa check in di kaunter, kami tidak menghadapi masalah bagi beg-beg yang dimasukkan di dalam kargo termasuklah beg-beg tumpang. Alhamdulillah.

Teringat insiden tahun lepas semasa check in beg-beg di lapangan terbang :))

Selesai urusan imigresen dan kastam di HCM, kami rehat dan solat sementara menunggu kapal terbang. Minum kopi dulu dengan kos USD3. 3 kali ganda dari di District 1 :))
Di dalam kapal, kami berasa nikmatnya dapat makanan Malaysia. Makanan di dalam kapal telah dibeli terlebih dahulu sebelum kami bertolak ke HCM. Dan segala urusan di dalam kapal berjalan lancar dan ketibaan kami di Malaysia mengikut jadual yang telah ditetapkan. Alhamdulillah.

Setibanya di KLIA2, awal-awal lagi saya berpesan kepada semua agar tidak berjalan di dalam kumpulan untuk mengelakkan dari di soal kastam. Lagipun barang-barang kami semua di dalam beg yang kecil walaupun banyak. Alhamdulillah, ke semua barangan kami seramai 6 orang melepasi kastam dan tidak dikenakan bayaran. 2 orang yang terdahulu, telah maklumkan bahawa mereka telah dikenakan cukai Kastam sebanyak RM50.00 seorang.
Barang-barang kami yang dah beranak pinak. Barang-barang saya ja masih lagi 2 beg :))

Ada yang balik dengan kereta, saya dan 3 orang lagi naik ERL ke Putrajaya.

Kos ERL KLIA2 ke Putrajaya = RM6.20
Kos tempat letak kereta = RM6.00

Letihnya la nak drive balik ke rumah dengan beg yang berat ni...teringat pula dengan anak-anak tangga 3 tingkat untuk sampai ke pintu rumah....nangessss

Bila flashback balik semua urusan-urusan menjadi Travel guide nie...saya senyum sendirian. Macam-macam kerenah ada - ada yang kedekut, ada yang pemurah, ada yang berkira, ada yang langsung tidak berkira, ada yang "i follow" ja, ada yang nak ikut sendiri, ada yang keraskepala, ada yang macam-macam lagi. Tapi kali ini, urusan nya lebih dipermudahkan, dari urusan pembelian tiket, penempahan hotel bagi 8 orang dan semuanya. Ahli-ahli rombongan pun ada yang memberi lebih mungkin prihatin dengan usaha dan penat lelah saya dalam menguruskan percutian mereka. Ada juga yang membayar ngam-ngam sahaja nilai tiket, hotel dan sebagainya.

Dari semua itu, kita sebenarnya boleh tahu, travel buddy yang macamana kita boleh ajak selalu, yang "appreciate" usaha kita di dalam menyenangkan urusan percutian mereka bersama kita. Selalu saya pujuk hati saya bahawa apresiasi dari manusia bukanlah yang kita harapkan, dan saya doakan agar Allah SWT terima usaha saya ini sebagai satu amal yang boleh membantu saya di sana kelak. Aameen

Kita biasanya akan kenal kawan kita apabila kita menjelajah bersama. Begitu juga mereka, masa inilah mereka akan kenal sikap kita sebenarnya, dan kita pula akan kenal sikap mereka sebenarnya. Dan dalam masa yang sama, kita belajar erti sabar kerna setiap perjalanan akan ada ujiannya.

“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.” – Mark Twain

Teringat saya dengan partner sebilik, "baru kenal c.bie macamana. kat ofis nampak garang..." ahahahaaaa. Tak sampai Malaysia lagi, dia dah tanya "bila lagi nak travel? nak ikut sekali..." :))

“To move, to breathe, to fly, to float; to gain all while you give; to roam the roads of lands remote; to travel is to live.” ― Hans Christian Andersen

01 May 2015

Ekspresi : Hari Pekerja 2015

Selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia.
"Pekerja sihat produktiviti meningkat" :))

Nak jadi pekerja sihat, minda dan akal pun kene sihat. Fizikal kene sihat, mental kene sihat, spiritual pun kene sihat.

Ada yang luarannya nampak sihat, tetapi di dalamnya sakit. Ada yang fizikalnya nampak sakit dan serba sedikit akan menjejaskan mental.

Yang penting sekali spiritual hendaklah sihat agar menyerlah kesihatan fizikal dan mental. Pekerja yang sakit spiritualnya akan menjejaskan kualiti perkhidmatan dan kerja, malahan akan menjejaskan rakan sekerja yang lain.

Walaupun  selalunya hidup ini dirasakan tidak adil, berlaku adillah pada yang lain. Selebihnya, serahkan diri pada Allah swt kerna Dia lah sebaik-baik Perancang.

Dengan cuti yang panjang ini sehingga hari isnin, berliburlah dengan cara anda tersendiri. Rehatkan segalanya dari beban kerja kerna selepas itu beban kerja yang lebih besar lagi mungkin menunggu anda!

The end of labor is to gain leisure.  ~Aristotle