Selamat hari pekerja untuk semua pekerja di Malaysia.
"Pekerja sihat produktiviti meningkat" :))
Nak jadi pekerja sihat, minda dan akal pun kene sihat. Fizikal kene sihat, mental kene sihat, spiritual pun kene sihat.
Ada yang luarannya nampak sihat, tetapi di dalamnya sakit. Ada yang fizikalnya nampak sakit dan serba sedikit akan menjejaskan mental.
Yang penting sekali spiritual hendaklah sihat agar menyerlah kesihatan fizikal dan mental. Pekerja yang sakit spiritualnya akan menjejaskan kualiti perkhidmatan dan kerja, malahan akan menjejaskan rakan sekerja yang lain.
Walaupun selalunya hidup ini dirasakan tidak adil, berlaku adillah pada yang lain. Selebihnya, serahkan diri pada Allah swt kerna Dia lah sebaik-baik Perancang.
Dengan cuti yang panjang ini sehingga hari isnin, berliburlah dengan cara anda tersendiri. Rehatkan segalanya dari beban kerja kerna selepas itu beban kerja yang lebih besar lagi mungkin menunggu anda!
The end of labor is to gain leisure. ~Aristotle
No comments:
Post a Comment