31 May 2015

Travellingbie : Musafir Bajet ke Bali

Perjalanan tidak dirancang....
“This is a good sign, having a broken heart. It means we have tried for something.”
Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love

Flight kami ke Bali jam 345pm. Walaupun begitu, take-off agak lewat. Dimaklumkan oleh juru terbang, penerbangan masih menunggu kebenaran laluan dari Simgapura. Tiba di Bali jam 700pm. Kami disambut oleh Opick dari Bali Indah Tour. Asal cerita nya tiada perancangan untuk mengambil tour. Memandangkan kami semuanya baru pertama kali ke Bali, saya bertanyakan mengenai servis Ground Tour di sana di dalam satu grup kembara FB. Rezeki saya, ada ahli grup yang memberi info mengenai Bali Indah Tour dan saya terus menghubungi Boss Bali Indah Tour malam sebelum kami berlepas ke Bali pada petang esok nya. Tempahan kereta beserta pemandu pada saat-saat akhir ini memang mendebarkan. Dikhuatiri kenderaannya tiada. Nasib kami baik kerana hanya tinggal 2 kenderaan sahaja lagi dan saya terus confirmkan tempahan kereta bagi 1 hari tour sahaja dan servis pick-up dari Airport ke Hotel pada hari pertama.

Kos pickup servis dari Airport ke hotel IDR150k /3 = IDR50k seorang. 
Driver kami bernama Opick. Boss nya Choky dari Bali Indah Tour Holiday.

Kami di bawa makan malam di Malioboro. 
Kos makan malam bagi kami bertiga = IDR221,950.00.
Menu makan malam kami - Ayam Bakar Tulang Lunak dan Jus Avocado Kawww...kalau datang ke mana-mana negeri di Indonesia ini, jangan lepaskan peluang untuk merasa Jus Avocado Asli yang sangat sedap ini. Kalau di Malaysia mahal :))

Asal cadangannya untuk Ground Tour adalah 1 hari, tapi Opick mencadangkan agar kami mengambil tour untuk 2 hari. Rugi kalau datang ke Bali tidak menjelajah keseluruhan area di Bali ini. Untuk tour 2 hari separuh dari Bali akan dijelajahi dan dilawati. Setelah berbincang dengan ahli serombongan, masing-masing bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan tour selama 2 hari
Kos Ground Tour 2 hari = IDR175k x 2 hari = IDR750k untuk 3 orang
Kos seorang sekitar = IDR250k seorang


Check inn hotel di Royal Sanur Bali atau Royal Beach Club Bali, Sanur. Kos penginapan hotel ini semalam USD80 x 3 malam = USD240. Walaubagaimanapun, tiada bayaran dikenakan kerana ditolak dari Club Membership.
Cumanya di Hotel ada Caj Cukai Kerajaan sebanya USD8 semalam x 3 malam = USD24 = IDR288k
Caj extra bagi 1 orang memandangkan bilik tersebut maksimanya hanya untuk 2 orang sahaja = Caj Tambahan 1 orang USD15 semalam x 3 malam = USD45 = IDR540k
Caj Cukai dan Tambahan 1 orang dikongsi oleh 2 orang ahli rombongan memandangkan Caj Penginapan hotel selama 3 malam ditolak dari Club Membership.

Walaupun berlaku sedikit ketegangan semasa check-in memandangkan tiada info tambahan mengenai perkara tersebut dimaklumkan oleh Member Service di Malaysia, kami sedikit bengang pada waktu itu memandangkan kos tambahan terpaksa dikeluarkan untuk membayar caj tambahan bagi 1 orang, walaubagaimanapun, cukai kerajaan tersebut telah dimaklumkan terlebih dahulu. Bilik Studio Apartment nya sedikit kecil. Kalau di Malaysia, Studio Apartmentnya besar dan selesa. Di sini serupa bilik hotel yang biasa dan tiada beranda. Next time around kene menginap di hotel lain. Nasib baik katil Queen Size nya cukup-cukup untuk 3 orang tidur. :))

Tour Bajet Hari 1
Minum pagi saya di bilik dengan menu - Mee segera, Roti + serunding dan Kopi Kelulut untuk menampung perut sehinggalah ke petang. Bekalan juga di bawa untuk mengalas perut sepanjang perjalanan. Sekitar jam 830am, Opick sudah menunggu untuk membawa kami menjelajah sekitar Bali.

Destinasi 1 - Tanjung Benoa - terkenal dengan aktiviti air seperti parasailing, seawalker, diving, turtle island visiting dan sebagainya. Terletak di kawasan paya bakau dan di tepi laut menjadikannya tempat yang sesuai untuk beriadah. Unlike Kuta dan Legian, Tanjung Benoa agak tenang dan less crowded. Walaubagaimanapun, kami tidak bercadang untuk melakukan aktiviti SeaWalker, Parasailing, Lawatan ke Pulau Penyu dan mana-mana aktiviti air. Next time around boleh lakukan aktiviti2 tersebut dan pastikan bawa duit yang mencukupi memandangkan kos bagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak murah. Contohnya aktiviti Seawalker, kosnya sekitar IDR500k seorang :)
Kos = IDR0.00

Destinasi 2 - Tanah Lot - dari Tanjung Benoa ke Tanah Lot lebih kurang sejam. Tiba di Tanah Lot jam 11am lebih. Masa diambil melawat sekitarnya lebih kurang sejam. 
Kos Yuran masuk Tanah Lot untuk 3 orang dan Parkir IDR95k = IDR32k seorang. Jam 1230pm kami menuju ke Pantai Pendawa.

Destinasi 3 - Sebelum ke Pantai Pandawa, kami singgah di Kedai Bali Agung  untuk membeli sedikit buah tangan. Kos souvenir IDR106k.

Destinasi 4 - Pantai Pandawa - 2.30pm bergerak ke Pantai Pandawa sebelum ke Uluwatu yang bermaksud Hujung Batu. Pantai Pandawa ini merupakan destinasi pelancongan yang baru. Pantainya dan lautnya mempesonakan dan ramai pelancong barat datang ke sini untuk bersantai dan berjemur. Ada juga yang melakukan aktiviti Paragliding dan Parasailing.
Tiba di Pantai Pandawa jam 315pm. Yuran Masuk IDR18k / 3 = IDR6k seorang

Destinasi 5 - Singgah solat di Masjid Agung Palapa

Destinasi 6 - Uluwatu - kami meneruskan perjalanan ke Uluwatu jam 5pm selepas solat. Sampai di Uluwatu jam 530pm. Entrance fee IDR45k / 3 = IDR15k seorang. Sebenarnya bagi pelancong, yuran masuknya adalah IDR20k seorang. Mungkin melihat saya seperti pelancong lokal, kami diberikan kadar masuk pelancong lokal :)). Pemandangan di Uluwatu sangat menawan. MasyaAllah, segala Puji bagi Allah SWT sahaja yang dapat saya ucapkan. Jam 6pm pula kami dihiburkan dengan persembahan Kecak Dance selama sejam. Yuran masuk untuk melihat Kecak Dance = IDR100k seorang. Selesai persembahan Kecak Dance sekitar jam 7malam, kami bergerak semula ke Sanur. 
“I think I deserve something beautiful.”Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love
Dari Uluwatu ke Sanur mengambil masa hampir 2 jam. Sebelum kembali ke hotel, kami singgah di gerai Bakso untuk menikmati makan malam Bakso tempatan yang halal dengan kos IDR12k seorang. 

Tour Bajet Hari 2
Hari ke-2 kami bermula jam 9 pagi. Semalam nya melawat dari pagi sehinggalah malam, sampaikan pemandunya kelihatan penat membawa kami :)) Sebelumnya, kami sarapan dahulu dengan menu yang sama seperti hari pertama tour. Yang ini memang betul-betul bajet dalam soal makanan. 

Destinasi 1 - 930am  singgah ke Sari Amerta Batek Batu Bulan - tengok-tengok dan cuci-cuci mata batek chanting dan lukisan batek. Hampir sahaja lagi berbelanja untuk membeli lukisan batek yang sangat unik - lukisan gunung berapi. Kos belanja di sini = IDR0.00
Perjalanan kami hari ini ke Kintamani untuk melihat keindahan Gunung Batur. Sepanjang perjalanan banyak tempat yang kami akan singgah dan lalui nanti.

Antaranya Kampung celuk - tempat perusahaan emas dan silver

Destinasi 2 - Singgah di Ubud Batuan untuk melihat lukisan 1020am - Arnaya Painting. Saya sempat membeli 3 lukisan sama ada untuk sendiri atau untuk dijual. Yang menariknya, walaupun tempat perusahaan tersebut seperti di kampung-kampung, selagi tempat tersebut menjadi antara tempat lawatan pelancong, khidmat pembayaran melalui kredit kad disediakan :)) Kos untuk lukisan, tidaklah perlu saya nyatakan. :))
Selepas singgah di Arnaya Painting, kami meneruskan perjalanan - melalui Kampung Mas atau Desa Mas Ubud yang merupakan perkampungan perabut kayu

Destinasi 3 - Trisna Bali Kopi - testing semua kopi yang ada di sini sehinggakan kenyang kopi. Ternyatanya lumayan sungguh perkhidmatan mereka menyediakan contoh perisa pelbagai kopi di dalam cawan kecil. Pengunjung boleh merasa semua kopi yang ada dan membuat pilihan untuk membeli kopi atau teh yang berkenan di rasa. Di sini juga, pengunjung akan diterangkan pokok-pokok yang ada ditanam di sekitar nya sebelum tiba di kedai. Kami berkesempatan merasa buah manggis dan buah kopi yang telah masak. :)) Kos belian kopi perisa vanilla dan kelapa serta minyak wangi Bali Flower = IDR390k

Destinasi 4 - Destinasi seterusnya ke Kintamani /Gunung Batur. Kami sampai sekitar jam 130pm dengan yuran kemasukan sebanyak IDR50k bagi 1 kereta. Walaubagaimanapun, menurut Opick, sekiranya kita hulurkan IDR30k sudah memadai. Tetapi kami terlewat pula nak sediakan duit yang secukupnya. Duit dari dompet saya tidak mencukupi, manakala yang lain pula masih tercari-cari baki, kami bahagi sahaja IDR50k. Dan di sini, tiada baki akan diberikan. Oleh itu, pastikan dan peka dengan apa yang pemandu maklumkan dan sediakan yuran kemasukan dengan kadar yang mencukupi. Kos yuran kemasukan IDR50k / 3 = IDR18k seorang. Kami juga dimaklumkan, sebelum sampai ke Kintamani, akan ada sekatan dari Polisi yang meminta wang kopi dari pemandu pelancong. Di sini rasuahnya berleluasa dan tidak terbendung. Setibanya di Kintamani, kami singgah sebentar di restoran yang menyediakan tempat Musholla dan solat terlebih dahulu sebelum menikmati pemandangan Gunung Batur. Di luar pengetahuan kami, rupa-rupanya pengunjung yang ingin solat, dan selepas solatnya perlu sekurang-kurang minum secawan dua di situ. Sekiranya kita tidak minum atau makan, pastinya akan dikejar oleh pekerja nya sehingga ke luar restoran dan akan memaksa kita untuk berbelanja di restoran tersebut. Katanya, musholla tersebut hanya untuk pelanggan sahaja dan bukannya boleh solat secara percuma. Tragedi kecil di Kintamani rasanya tidak dapat dilupakan :))

Destinasi 5 - Tegalalang - Padi terrace untuk menikmati pemandangan sawah padi yang bertingkat-tingkat.

Destinasi 6 - Kami dibawa melawat-lawat sekitar Ubud - di Ubud. Ubud merupakan destinasi pelancong selain dari Kuta dan Legian. Di sini kebanyakan pelawat nya dari Negara-negara Barat. Kedai arak bersepah-sepah di mana-mana.


Destinasi 7 - Dari Ubud kami ke Jimbaran untuk Sunset Dinner. Kos makan malam di tepi pantai semasa matahari terbenam = IDR150k seorang. Kami dibawa ke Blue Ocean Seafood di Jimbaran Bay. Sampai di Jimbaran Bay jam 515pm....lepak-lepak, sembang-sembang dan menikmati pemandangan di pantai sambil menikmati makan malam sangatlah relaxing. :))

Selesai makan malam, kami kembali ke hotel pada jam 915pm. Berakhir sudah lawatan pada hari ke-3 untuk full tour hari ke-2. Alhamdulillah. Setibanya di bilik, ada nota dari hotel menyatakan bahawa esok merupakan hari terakhir menginap di situ dan check-outnya adalah pada jam 10pagi. Borang penilaian disertakan sekali dengan nota tersebut. Hotel bakal menerima komen-komen dan respon yang tidak enak dari tetamu ini :))

Hari terakhir kami di Bali. Check out hotel jam 10am. Memang kami tak puas hati dengan hotel ini walaupun hanya dikhaskan untuk ahli kelab...huhuuuu. 
Kos pengangkutan hari terakhir = IDR200k

Destinasi 1 - Jam 1030am - kami bergerak keluar dari hotel selepas selesai urusan check-out. Destinasi seterusnya adalah SPA di Abian Srama Spa. Dengan kadar istimewa IDR350k seorang selama 2 jam.

Destinasi 2 - saya meminta pemandu membawa kami ke Factory Outlet. Setiap hari sepanjang berada di sini kami melalui Clearance Sales dari Factory Outlet Produk Sukan dan Surfing tersebut. Ternyata, kunjungan kami ke situ memang berbaloi-baloi. Beg Kalis Air jenama BaliAir cuma IDR185k sahaja berbanding dengan harga di Malaysia. Stokin sukan jenama Adidas hanya RM4 sahaja sedangkan Warehouse Sale di Malaysia dengan harga jatuh pun dalam kadar RM13. Ada juga yang memborong kasut sukan dan kasut hiking. Kos sebenar belanja di sini = Unknown :))

Destinasi 3 - kami singgah makan tengahari dahulu di Restoran Muslim, sebelum ke Lapangan Terbang. Makan di Restoran Joko. Nasi goreng cumi/sotong IDR25k, air Avocado di sini lebih murah, sekitar IDR15k sahaja, Keropok IDR3k x 2, dan jangan tak percaya, kedai biasa-biasa ini juga ada caj servis sebanyak IDR13k.
Destinasi 4 - Sebelum ke destinasi terakhir kami pada hari terakhir, kami singgah di Alphamart dahulu untuk membeli air dan lain-lain. Kos = IDR67k

Destinasi 5 - Tiba di Bandara Denpasar sekitar jam 415pm. Kami ucapkan selamat tinggal kepada pemandu setia kami, Opick. Saya menyerahkan kos Ground Tour dari hari pertama sehinggalah hari ke-4 kami berada di Bali sebanyak IDR1,100k. InsyaAllah ketemu lagi dan menggunakan perkhidmatan Bali Indah Tour lagi dengan rombongan yang lebih besar. Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan hati kami. 4 bintang untuk Bali Indah Tour Holiday :)

Maklumat-maklumat lain yang dirasakan berguna - Musholla di airport terletak di Lantai 2. Besar jugak mushollanya. Ini yang bagusnya bila ke Indonesia. Di mana2 ada musholla, begitu juga di Malaysia. Musholla ada di mana-mana. Solat atau tidak solat sahaja. Alhamdulillah

Tour pakej lain yang sangat menarik yang ditawarkan yang kami tidak sertai kali ini adalah - Tour Lovina. Tour ini meliputi - lawatan ke tempat Dolphin (kadar bot untuk ke laut melihat dolphin adalah berasingan) >> Air Terjun >> Tasik Ulundanu >> Temple >> Kedaton >> Tanah Lot dengan kos transport, driver, parking sahaja sebanyak IDR500k untuk 1 kereta. Kos bot untuk melihat dolphin semasa sunrise adalah sekitar IDR250k seorang.

InsyaAllah, ada rezeki, ke Bali lagi kita :) - Ada beberapa lokasi lagi yang belum sempat dijelajahi. Musafir kali ini memang sangat bajet. Makan pun sekali sehari. Shopping pun tidak banyak, itupun terlajak jugak dan terlebih bajet. Nasib baik bawak duit USD dan RM :))
Sekiranya anda sudah biasa dengan Bali, cubalah menyewa Spedar / Scooter untuk menjelajah ke mana-mana dan pastikan anda mempunyai lesen spedar. Lebih jimat dan menjimatkan. :)

“When I get lonely these days, I think: So BE lonely, Liz. Learn your way around loneliness. Make a map of it. Sit with it, for once in your life. Welcome to the human experience. But never again use another person's body or emotions as a scratching post for your own unfulfilled yearnings.”
Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love

No comments: