09 November 2021

Anekdot seorang pekerja #9

Anda bersetuju tak dengan saya, bahawa hampir setiap pejabat, sentiasa akan ada seseorang atau beberapa orang yang membuatkan orang lain sengsara.

Kita akan mengelak untuk berjumpa dengan mereka, apatah lagi minum pagi atau sembang-sembang dengan mereka. Bahkan, akan mengelakkan kontak mata dan mengelak dari terserempak dengan mereka.

Rakan sekerja yang toksik bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain, bahkan organisasi secara keseluruhannya. Kes di mana kita dan mereka membuat kerja yang sama adalah salah satu pembaziran masa. 
 
Sama ada kita bertoksik atau mereka bertoksik, ambil masa untuk menyemak tingkah laku kita sendiri dan bagaimana untuk mengelakkan dari menjadi pekerja yang bertoksik.
  1. Pekerja yang toksik cenderung mementingkan diri sendiri. Mereka selalunya akan mengambil kesempatan dan hanya akan memikirkan bagaimana keadaan yang boleh memberi manfaat kepada mereka. Contoh: A telah melakukan kerja A sebanyak 90%, B hanya membantu sedikit sahaja. Tetapi B mendapat nama dari kerja tersebut disebabkan B kelihatan lebih menonjol dan menunjukkan yang dia bekerja sedangkan A yang melakukan hampir kesemuanya. => Taking credit for someone's work seringkali berlaku di tempat kerja. Hati-hati dengan orang yang merampas kredit tersebut dari anda.
  2. Pekerja yang toksik sangat cepat menghakimi orang lain atau rakan sekerja. Anda silap menaip pun kecoh. Orang toksik cenderung memandang rendah orang lain apabila mereka membuat kesilapan dan menilai semua orang kecuali diri sendiri. Bila anda mempunyai idea yang bagus dan bernas, atau anda telah mekalukan tugas anda dengan baik, mereka yang toksik akan berasa tidak senang duduk dan tidak berpuas hati dengan anda.
  3. Pekerja yang toksik cenderung untuk sentiasa bergossip. Mereka tidak sabar sabar untuk memberitahu perkara-perkara yang remeh dan bukan hal-hal kerja, bergossip sambil minum pagi, makan tengahari atau minum petang atau di mana-mana sahaja. Mereka mewujudkan saluran khas geng-geng mereka sahaja selain dari grup kerja rasmi. Senang untuk bergossip, atau mengutuk orang lain. Rakan sekerja yang toksik adalah pengacau periuk nasi orang lain dan akan sentiasa berusaha untuk membuatkan orang lain kelihatan buruk, jahat dan tidak bagus di mata yang lain terutamanya boss boss. Boss boss yang tidak berlaku adil kepada anak-anak buah masing-masing juga salah satu punca topik gossip. “Toxic coworkers are ‘pot stirrers’ and strive to make others look bad,” 
Semak diri kita sendiri juga sekiranya kita mempunyai perangai seperti di atas. Sekiranya kita cenderung untuk melakukan yang sedemikian, berusahalah dan cuba fokus kepada kerja kita sahaja. Sekiranya kita tidak dapat bercakap atau tidak boleh bercakap dengan orang yang toksik dipejabat, elakkan mereka. Namun, seboleh-bolehnya cuba bersikap profesional ketika berhadapan dengan mereka yang toksik di pejabat.

Sometimes it’s you, but sometimes it’s the job. If you dread going to work every day because you know it’s the wrong fit, there’s a solution—you can look for other options = another job!, moving department!, asking for a transfer! or resign/retire!.
But never ever be among the toxic people at work.

Semoga Allah SWT lindung kita dari menjadi orang toksik di mana-mana. Aameeen
Fighting!!!

No comments: