Kerja-kerja di pejabat tidak akan pernah selesai dan habis. Selepas selesai 1 kerja, anda masih ada kerja-kerja lain yang menunggu untuk diselesaikan dan ianya berterusan sehinggalah anda pencen atau membuat keputusan untuk berhenti. Begitu juga lah dengan kehidupan. Liku-liku kehidupan, pahit manis masam tawar semuanya akan berterusan sehinggalah kita meninggalkan dunia.
Bagi yang mempunyai minda negatif dan merasa mereka sentiasa menjadi "mangsa", akan sentiasa bercakap tentang betapa mereka membenci pekerjaan mereka, bos mereka, pasukan mereka atau organisasi mereka atau tidak menyukai orang itu orang ini dan sebagainya. Bagi yang mempunyai minda positif walaupun mereka menjadi mangsa atau dipinggirkan, mereka akan sedaya upaya menyiapkan kerja mereka dan dalam masa yang sama berusaha untuk keluar dari persekitaran yang bertoksik.
Terdapat perbezaan antara mengalami hari yang buruk (bad day) dan seseorang yang suka mewujudkan kesengsaraan untuk orang lain. Mereka yang suka mewujudkan kesengsaraan tersebut akan berasa puas hati apabila dapat berkongsi dengan ramai orang perasaan rasa tidak puas hati mereka itu.
Bagi yang mengalami masalah persekitaran tidak sihat di tempat kerja, ianya pasti akan memberikan tekanan mental dan tidak sihat untuk kesihatan. Untuk mengelakkan dari merasa tertekan sepanjang minggu bekerja, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan tekanan dan stress tersebut:
- Keluar dari tempat kerja mengikut masa. Tak perlu untuk berlama-lama di tempat kerja kecuali anda memang sangat sangat menyukai tempat kerja anda.
- Luangkan masa untuk diri sendiri semasa waktu rehat tengahari - sama ada anda keluar dari tempat kerja anda, lepak di mana-mana dalam masa 1 jam tersebut, keluar solat dan tidur sekejap atau makan di luar. Asalkan anda keluar dari kubikel kerja anda.
- Tetapkan "deadline" yang realistik untuk kerja anda melainkan boss anda memberikan tugasan yang tidak realistik dan perlukan segera, selesaikan terlebih dahulu dan selepas itu rehat sekejap dengan mengambil cuti rehat.
- Ambil cuti rehat anda. - luangkan masa untuk diri anda sendiri dan berikan tubuh badan dan minda anda kerehatan supaya anda boleh kembali bekerja dalam keadaan yang fresh dan bertenaga. Persekitaran yang tidak sihat akan lebih banyak memakan tenaga anda dan badan anda lebih banyak menyerap tenaga negatif disebabkan orang sekitarnya ataupun kerja tersebut. Jadi, ambil cuti 1 hari atau 2 hari untuk rehat.
- Luangkan masa untuk membuat perkara-perkara yang boleh memberi kegembiaraan kepada anda. Jika sepanjang 5 hari bekerja, anda tidak merasa gembira, jadikan 2 hari cuti hujung minggu anda itu, hari hari yang menggembirakan. Tidak perlu overstress dengan kerja-kerja anda di pejabat atau dengan orang-orangnya sehingga menjejaskan kualiti hujung minggu anda. Anda berhak gembira dan membuat perkara-perkara yang anda sukai.
Stress merupakan pembunuh yang senyap. Sekiranya anda sudah meninggal dunia disebabkan stress, tempat kerja anda akan segera digantikan oleh orang lain. Anda tidak akan diingati selamanya oleh rakan-rakan sekerja anda atau boss anda, kerana setiap pekerja adalah "replaceable". Jaga kesihatan diri kita terutamanya kesihatan mental, lebih lebih lagi dalam situasi pandemik Covid19 ini. Urus masa kita dengan sebaiknya terutamanya masa untuk diri sendiri.
"We are responsible for ourself. You save yourself or you remain unsaved."
No comments:
Post a Comment