04 November 2021

Anekdot seorang pekerja #8

Pernah rasa burnout?

Balik kerja mereput tak daya nak buat apa apa. Naik ke rumah pun dah takd energi.  Rasa macam nak merangkak rangkak pun ada sampai depan pintu rumah. Lepaa tu fikir esok nak kerja lagi, habis terus energi😂.

Kalau dah rasa hampir burnout, dah tahap depression....

Ambiklah cuti, pegilah mana mana sebelum burnout, sebelum melarat, sebelum sakit datang disebabkan overstress atau sebelum terpaksa MC/ masuk hospital berminggu minggu,  disebabkan sakit mengejut kerana stress kerja atau kene jumpa kounselor atau pakar psikiatri.

Weekend/hujung minggu, lupakan hal hal kerja. Reset diri anda. Spend masa untuk diri sendiri - pegi pantai, masuk hutan, drive sampai perlis dll, luangkan masa dengan keluarga, habiskan masa dengan kawan kawan yang faham & bercerita sambil outing/makan ke mana mana. Sebabnya hari Isnin sehingga Jumaat, anda akan mengalami benda yang sama....kerja kerja kerja.

Yang perlu kita sentiasa ingat - bila kita meninggal dunia disebabkan tekanan kerja atau dari orang yang kita bekerja, tempat kita akan sentiasa ada penggantinya. Namun, sekiranya anda ada famili yang perlu ditanggung, mereka akan kehilangan tempat bergantung dan off course, majikan tidak akan menanggung keluarga anda. Anda hanya terima ucapan takziah dari majika  anda. Pandai2 lah hidup lepas tu...

#healthiswealth
#mentalhealthawareness
#takegoodcareofyourself

No comments: