Berhati hati dengan perkataan anda.
Kadang kadang perkataan tersebut boleh memusnahkan motivasi pekerja untuk bekerja dengan lebih tekun dan effisien.
Pernah tak anda mengalami situasi begini. A adalah pekerja yang menyediakan minit mesyuarat. Boss besar A akan menyemak minit tersebut. Selepas deraf minit disediakan, anda kongsi di dalam grup pasukan anda. Boss A yang bertanggungjawab untuk menyemak. Selepas semakan dibuat dan anda betulkan dan resolve semua komen komen dari boss A, A kongsi sekali lagi dengan pasukan untuk dimuktamadkan.
Tidak lama selepas itu, boss kecil Z memberi maklum bahawa dia sedang menyemak minit tersebut dengan seorang pegawai Y dan staf X yang sehaluan dengannya. Deraf minit menjadi tidak sama dengan deraf asal. Numbering lari, banyak tambahan pada isi kandungan deraf minit tersebut dan ianya mengambil masa berhari hari untuk mereka menyemak dan 'menyemak'. Ohhh ya...boss kecik Z tidak boleh bekerja sendiri. Dia akan mengarah dan pegawai yang akan betulkan di komputer.
Bila deraf tersebut telah 'disemak dan dipinda', boss kecil Z hantar semula kepada grup untuk makluman dan untuk dimuktamadkan. Dan ucapan terima kasih kepada pegawai Y dan staf Z yang telah membantu dia 'menyiapkan' minit tersebut sedangkan minit tersebut telah disiapkan oleh A.
Tidak ada TQ words kepada A. Sudah tentu pekerja A akan bengang dan terasa disebabkan tiada langsung kredit untuk A yang telah membuat minit dan Boss besar A yang telah menyemak sebelumnya. A terpaksa membuka kedua dua dokumen untuk bandingkan perbezaan. Dan ada perubahan yang sangat ketara apabila dibaca. A pening membaca minit yang panjang berjela, numbering pun kelaut dalam sedangakan yang sebelumnya dah tersusun elok nombor tersebut dan merapu. Namun, memandangkan A hanya pegawai biasa, dia serahkan kepada boss besar untuk menyemak semula.
Bagi A, sekiranya tidak puashati dengan minit yang disediakan - buatlah minit tersebut sendiri dari awal lagi. Jangan sibuk2 suruh orang lain yang buat, buatlah sendiri dan jangan pula membebel bila banyak kerja yang sebenarnya tak berapa banyak. Masa dah banyak terbuang dan bagi A, lebih baik membuat kerja yang lain dari menderaf minit mesyuarat yang akhirnya ditukar lebih 50% dari asal.
Perkara yang sama telah berlaku beberapa kali. Boss kecil Z tidak peraku kerja kerja A walaupun boss besar dan bahagian lain memuji kerja kerja dan laporan yang telah dibuat oleh A.
Bila selalu terjadi perkara sebegini, A buat kerja yang disuruh, tiada motivasi, sentiasa rasa berat hati untuk bangun setiap pagi bekerja dan tidak membuat kerja extra mile disebabkan oleh sikap boss kecil Z. Bercakap bila perlu sahaja dan tiada 'good connection & harmony' di antara keduanya. Menyampah lagi ada kot😂
Boss yang bersikap 'little emperor' ini biasanya akan menghuru harakan dan memusnahkan sesuatu pasukan. Pasukan menjadi pecah belah disebabkan berpuak puak yang diwujudkan oleh Z. Yang mengikut kata dan melayannya seperti 'little emperor' akan mendapat layanan istimewa. Pekerja seperti A B C dan yang tidak suka melayan kerenah Z the little emperor ini biasanya dan selalu termasuk di dalam senarai 'sekadar dipinggiran'.
Sekiranya anda mengalami perkara di atas, apa yang perlu anda buat adalah bersabar, buat kerja anda, tanamkan rasa 'lantak kau laaa...' asalkan aku dah buat kerja aku dan berusaha cepat cepat untuk keluar dari persekitaran yang tidak sihat ini kerana ianya akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental anda.
"Opt out if we cannot change the environment".
Fighting....💪💪💪
No comments:
Post a Comment