Hari Isnin, hari pertama kerja. Selalunya, hari pertama akan menentukan mood bekerja bekerja kita sepanjang minggu bekerja.
Seawal malam tadi, saya dah set kan minda untuk datang awal ke pejabat disebabkan dari berminggu yang lepas mengharungi trafik jem yang sangat teruk disebabkan keluar lambat dari rumah. Banyak kali sebenarnya nak datang awal ke pejabat, namun selalu gagal. Hari ini rasa gembira sebab berjaya sampai awal ke pejabat disebabkan keluar lebih awal 15 minit.
Kadang-kadang, untuk berjaya melakukan perubahan bukan hanya menetapkan matlamat, tetapi perlu disertakan dengan tindakan :)) Bagaimana caranya untuk menjayakan matlamat bangun awal dan hadir awal ke pejabat?
- Menetapkan matlamat tersebut, seperti - "nak bangun jam 5pagi setiap hari."
- Memastikan matlamat tersebut direalisasikan dengan tindakan - contoh: matlamat nak bangun jam 5am. Tindakannya : Tidur awal dan kunci jam. bila jam berbunyi, kene kuat semangat untuk bangun.
- Tindakan...Tindakan dan Tindakan - keberjayaan kita bertindak akan selalunya menjadikan matlamat kita itu berjaya dicapai. Dan selalunya orang akan gagal di dalam menjayakan matlamat masing-masing disebabkan gagal bertindak. Matlamat tersebut hanya tinggal matlamat dan angan-angan sahaja disebabkan tiada tindakan yang dibut.
Adalah sangat baik untuk kita tetapkan matlamat. dan Lebih baik lagi bila matlamat tersebut disertakan dengan tindakan.
Selamat Bekerja dan Selamat Bertindak!
Fighting.....
No comments:
Post a Comment