Depresi - ada bunyi-bunyi dibelakang kita akan mengatakan, "mengada-ngada lah ngko nie. itu pun nak stress" atau kita mengatakannya kepada orang lain yang mengadu berbagai masalah dengan kita.
Pernah terfikir tak kenapa seseorang atau kawan-kawan atau famili ada yang mengadu masalah kepada kita? Jawapannya = kerana mereka PERCAYA. Tak semestinya kita bagi solusi. Mendengar dengan setia juga adalah salah satu solusi kepada masalah mereka!
Saya pernah melalui situasi di mana, saya mengadu masalah atau kerunsingan atau perkara-perkara yang dianggap remeh oleh orang lain kepada orang yang saya percaya boleh membantu. Namun agak diperlekehkan dan dinasihatkan agar begitu begini macamtu macamni. Selepas itu, susah untuk saya mengadu kepada orang tersebut walau serumit mana pun masalah saya.
"To be trusted is a greater compliment than being loved."
Kebiasaannya orang yang mengadu ini hanya memerlukan seorang teman yang sudi dan sedia mendengar dengan setia dan tidak prejudis atau selepas itu membebel itu ini serta memberi solusi seolah-olah ianya terbaik untuk yang mengadu.
Diakhirnya, saya semakin menjadi kurang bercakap dan bercerita mengenai apa jua masalah yang dihadapi dan kadang-kadang orang akan "surprise" terkejut dengan masalah-masalah yang dihadapi memandangkan mereka melihat kita sebagai seorang yang kuat dan berdiri sendiri berseorangan.
Berbalik kepada kisah depresi yang menimpa semasa PKP. Ianya merupakan tempoh masa yang paling lama, paling teruk dan paling menguji.
Tempoh kemurungan di dalam masa PKP tidaklah begitu lama, walaupun menghadapi beberapa minggu yang menguji ketahanan mental dan jiwa. Dalam masa yang sama, ramai yang mula membuat beberapa perkara yang pelik-pelik dan tidak pernah dibuat sebelum ini seperti, hari-hari berTik Tok, buat LIVE FB, dan sebagainya. Dalam masa yang sama, Usrah, tazkirah, kelas agama secara online giat dijalankan memandangkan masjid dan surau tidak boleh didatangi sepanjang PKP, PKPB, PKPP. Berita mengenai pemberhentian pekerja, perniagaan ditutup, biznes merudum juga semakin didengari di mana-mana media sosial. Bagi yang tidak kuat dan sangat terkesan dengan pemberhentian kerja yang mengakibatkan kehilangan punca pendapatan, ada yang sehingga membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan. Pandemik COVID-19 yang tidak membolehkan semua manusia di muka bumi ini untuk menjalani kehidupan seperti biasa menjadikan ramai manusia yang tidak dapat berfikir secara wajar dan waras termasuklah saya. Cumanya tahap keterukan tekanan tersebut bergantung kepada kekuatan masing-masing di dalam menghadapi dugaan dan ujian tersebut.
Syukur Alhamdulillah, saya dipinjamkan ahli2 keluarga yang sentiasa mengikuti perkembangan saya dan juga sentiasa berhubung antara satu sama lain. Kadang-kadang, tengah-tengah down, tiba-tiba ada yang video call bertanya khabar dan sebagainya.
Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza di dalam mengharungi cubaan dan dugaan sepanjang PKP. Cara menyelesaikan dugaan tersebut juga berbeza antara satu sama lain. Kadang-kadang, ianya bergantung kepada kekuatan diri kita sendiri dan pilihan yang kita buat.
Di awal-awal kemurungan melanda, saya memilih untuk tidak berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja kemurungan tersebut semakin menebal dan berpanjangan di dalam diri sendiri.
Setiap pagi, saya akan merenung ke luar jendela dan melihat kereta yang lalu lalang di jalanraya di hadapan rumah dengan pandangan yang kosong sepertimana kosongnya surau yang ada di hadapan taman perumahan.
Selepas solat subuh, dari hari ke hari saya merangkak semula ke atas katil sambil merenung siling memandangkan sepanjang tempoh tersebut bekerja dari rumah dan terkurung di rumah, padahal selepas subuh banyak sebenarnya aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan.
Selepas itu, saya paksa diri untuk bangkit dan memaksa diri untuk bekerja memandangkan waktu bekerja jam 800pagi, walaupun tiadalah banyak sangat kerja yang menunggu.
Bekerja dari rumah dari jam 8pagi - 5pm juga merupakan cabaran yang amat bagi saya yang terkurung seorang dan salah satu faktor meningkatkan kemurungan. Apatah lagi mendengar bebelan demi bebelan di dalam grup wassap kerja walaupun bebelan tersebut bukannya ditujukan kepada saya dan kebanyakannya berkisarkan kerja dan isu-isu kerja. Belum lagi mesyuarat secara atas talian yang kadang-kadang lebih lama dari mesyuarat secara bersemuka.
Hampir setiap hari bekerja saya menempuh perkara yang sama dan memboringkan sehinggakan ada ketikanya saya membiarkan sahaja komputer riba terpasang berjam-jam tetapi saya tiada di hadapan komputer.
Rutin harian di dalam "confined space" menjadikan kehidupan seolah-olah terhenti sekejap dan masa terasa sangat lama dan menimbulkan kemurungan, tekanan perasaan dan sebagainya.
Jika dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai kesukaran dan dugaan lebih tinggi lagi, berkemungkinan ramai yang akan respon - "syukur masih ada kerja", "syukur masih hidup lagi" dan macam-macam lagi. Namun, setiap orang menghadapi dugaan kehidupan yang unik dan tidak boleh disamakan saya dan orang lain, dan orang lain tidak boleh menyamakan dugaan mereka dengan saya.
Selepas beberapa minggu dan lebih sebulan berada di dalam "vacuum kemurungan", ada satu perkara yang telah menyedarkan saya dan menyentap sedikit minda saya bahawa saya perlu keluar dari vacuum tersebut walau apa cara sekalipun dan dengan cara apa sekalipun.
Ada beberapa tindakan yang telah saya lakukan untuk keluar dari "vacuum kemurungan" tersebut dan ianya sangat susah untuk dilakukan secara bersendirian. Namun, mengetahui bahawa tidak ada seorang pun yang akan menolong saya sekiranya saya tidak menolong diri sendiri, saya usahakan juga walaupun dalamannya sangat susah, padahal bagi sesetengah orang ianya bukanlah hal yang menyulitkan.
Setting up the mind
Setiap kali bangun tidur, saya terpaksa tanamkan di dalam fikiran saya bahawa "I can do this alone, I can do this alone. Nobody is here to help you except yourself". "LOVE Yourself1" - banyak kali ditanamkan di dalam minda untuk berfikiran positif dan sentiasa berfikir positif.
Setiap hari, saya menyebut perkataan-perkataan yang positif walaupun hati, jiwa dan minda masih belum positif dan masih lagi bersedih, murung dan negatif. Setiap kali melakukan kerja, saya tanamkan di dalam minda bahawa kerja adalah ibadah, kehidupan ini juga merupakan perjuangan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik selepas mati. Sekiranya saya sia-siakan masa, waktu dan umur semasa PKP sedangkan masa sentiasa akan meninggalkan kita dan umur semakin pendek, saya telah mensia-siakan amanah yang telah diberikan di atas dunia ini. Walau sesukar manapun dugaan mental yang dilalui, orang tidak akan nampak dan faham melainkan diri kita sendiri. Dan dugaan mental ini hanya boleh diubati oleh diri sendiri, bukannya dengan bantuan orang lain. Saya usahakan untuk membaca buku-buku yang positif, artikel dan journal yang positif dan bermotivasi untuk mencari kekuatan. Kadang-kadang saya menonton filem-filem yang berkisarkan perjuangan di dalam kehidupan dan ceritera bagaimana mengatasi kemurungan dan depresi.
Pentingnya permulaan hari setiap kali bangun dari tidur. Ianya akan menentukan hari kita sama ada positif atau negatif. Lakukan aktiviti fizikal selain dari spiritual walaupun bila berseorangan, agak sukar untuk melakukan kedua-duanya dengan mental yang tidak stabil.
Jangan malu untuk menangis, kalau setiap hari nak menangis pun tidak apa asalkan beban di jiwa sekurang-kurangnya berkurangan. Jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul dapat mendengar segala keluhan dan keresahan anda walaupun ianya mungkin sesuatu yang remeh buat mereka, carilah sahabat tersebut dan mengadu selain dari mengadu kepada Yang Maha Kuasa. Jika anda punya sahabat atau keluarga seperti berikut, hargailah mereka kerana mereka merupakan permata yang sukar untuk dicari.
“Some of the most comforting words in the universe are ‘me too.’ That moment when you find out that your struggle is also someone else’s struggle, that you’re not alone, and that others have been down the same road.” – Unknown
Jika anda sukar untuk percaya kepada seseorang, itu masalah buat anda sepertimana saya. Perasaan yang dipendam akan mengakibatkan kemurungan yang berpanjangan walaupun tidak nampak di mata kasar seseorang. Salah satu perkara yang selalu saya ulang-ulang dan tanam di dalam minda adalah untuk berhenti berharap kepada seseorang, kerana selalunya pengharapan tersebut akan sentiasa menyebabkan kekecewaan dan memakan diri sendiri. Sekalipun benda benda kecil seperti janji nak jumpa tapi tak jadi, janji nak datang tapi tak dapat datang, dan sebagainya pun kadang-kadang menyebabkan kekecewaan, apatah lagi berharap kepada perkara-perkara yang besar.
Selalunya saya akan tanamkan di dalam diri, "if they cannot make time for us, we are not important to them. So, let it be and let it go."
Penetapan minda yang positif adalah sangat penting di dalam membuat perubahan. Minda dan jiwa yang positif sekurang-kurangnya akan menjadikan apa yang kita fikir akan kita usahakan walaupun tidak semuanya menjadi. Sekiranya mindset kita negatif, kita akan semakin cenderung kepada perkara yang negatif. Sebab itulah pentingnya untuk menukar minda kita dari negatif kepada positif walaupun jasad kita kadang-kadang tidak mahu melakukan perkara yang sama dengan minda. - nampak mudah bila disebut-sebut, namun amat sukar untuk dilakukan. The struggle is Real!
Bersambung...
No comments:
Post a Comment