Sedikit salah faham mengenai kemurungan:
- Ianya tidak boleh dirawat;
- Ianya tidak perlu dirawat dan boleh hilang dengan sendirinya;
- Ianya sesuatu yang memalukan; dan
- Ianya petunjuk seorang yang mempunyai karektor yang lemah
Bagi sesetengah orang, orang yang kemurungan ini mengada-ngada dan tidak mempunyai jiwa yang kuat. Ianya menunjukkan seseorang itu mempunyai karektor yang lemah dan tidak mempunyai semangat kendiri. Anggapan seperti ini menjadikan seseorang yang depresi mahupun kemurungan ini tidak menerima bantuan yang sewajarnya. Ada ibubapa yang malu dengan anak-anak yang menghadapi masalah kemurungan. Ada kawan-kawan yang memandang ringan kawan2 mereka yang kemurungan dan menganggap masalah tersebut boleh diselesaikan. Mungkin ringan di mata mereka namun berat di mata dan jiwa yang menghadapinya.
Di dalam posting ini - tindakan ke-2 yang saya lakukan di dalam menghadapi kemurungan adalah Rethink dan Reflect.
Selepas dapat berfikir secara rasional dengan menanamkan kata-kata positif di dalam diri hampir setiap hari walaupun ada hari-hari yang tidak berjaya dengan kata-kata positif tersebut, apa yang saya buat seterusnya adalah berfikir semula keadaan semasa kemurungan, apa yang terjadi semasa kemurungan dan berapa banyak masa telah dibazirkan semasa itu dengan tidak membuat apa-apa.
RETHINK
Apabila melihat semula tindakan-tindakan yang lepas, tiba masanya untuk refleksi diri. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa nasib kita masih lagi baik berbanding dengan orang yang tidak mempunyai rumah, kehilangan pekerjaan dengan tanggungan yang ramai atau hutang yang banyak dan sebagainya.
REFLEKSI DIRI
Refleksi diri ini amat penting, sekurang-kurangnya mengurangkan perasaan kemurungan tersebut. Walaupun kelihatannya situasi saya tidak seberat mana oleh orang lain, mungkin berat dan besar buat saya. Lihat sahaja contoh orang yang membunuh diri. Ada kes remaja yang membunuh diri disebabkan oleh sikap ibu bapa mereka mengendahkan masalah anak-anak atau yang membunuh diri disebabkan hilang pekerjaan. Sekiranya ibu bapa memahami keadaan anak tersebut dan bersikap rasional serta empati, mungkin anak tersebut tidak membunuh diri. Bagi yang telah hilang pekerjaan, beban tanggungan dan hutang biasanya menjadi satu masalah besar buat mereka. Masalah demi masalah berkemungkinan besar akan menyebabkan kemurungan sekiranya tidak dicari jalan penyelesaian.
Self-reflection helps lessen anxiety and depression
Living alone during PKP for many days and few months, i noticed that my anxiety began to increase. I keep on questioning, "Bila boleh travel?" "Bila boleh balik kampung?" "Bila boleh keluar rumah seperti dulu-dulu?" "Bila boleh jogging, hiking dan melakukan aktiviti riadah?" "Bila boleh ziarah, ngeteh2 macam dulu?" "Should I continue travel during this time?" "Why this happen?" "Why do i need to work at home?" "Why us?" "Why and why.....?"
Soalan-soalan yang berulang-ulang kali bermain di fikiran menyebabkan kerunsingan, anxiety dan macam-macam lagi.
Refleksi diri - membolehkan saya untuk melihat dari sudut yang positif dan banyak membantu di dalam mewujudkan "healthier state of mind". Reflecting is an important part in managing anxiety and depression. From negative mind, i slowly change it to positive thinking. Walaupun bukan setiap hari berjaya, namun usaha untuk membantu diri sendiri dengan tindakan refleksi dan berfikir semula sedikit sebanyak membantu di dalam proses tersebut.
Salah satu tindakan refleksi adalah dengan melihat semula gambar-gambar lama (looking back at the pictures or throwing back best moment in life especially when travelling). I realized that how grateful and fortunate i am to be able to travel abroad and domestically with family and friends. Every travelling moments are special and every efforts before travelling are more worthy than money i have.
Instead of obsessing over what i cannot do during PKP/MCO, i shifted my focus to the things i most appreciate of.
Latihan refleksi berkali kali ini juga serba sedikit mengurangkan beban jiwa yang tidak nampak oleh manusia yang lain. berfikir secara positif itu sangat senang diungkapkan, namun amat payah untuk direalisasikan. Minda dan perasaan kita perlu sentiasa dilatih untuk menghadapi dugaan kehidupan. Sekali sekali bersedih dan menjauhkan diri dari orang di sekeliling kita tidak apa asalkan ianya tidak berpanjangan.
"Setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Terpulang kepada kita untuk menyelesaikan masalah tersebut atau membiarkannya berlanjutan sehingga ke tahap yang kritikal. Pilihan di tangan kita sendiri!"
Depresi bukan penyakit orang yang susah di dalam kehidupan, mahupun orang miskin. Depresi dialami oleh semua orang tidak mengira umur, bangsa, agama, budaya, jantina dan status kaya atau miskin. Ianya merupakan sakit mental dan tahap kesakitan tersebut bergantung kepada kekuatan individu tersebut.
Cara saya menghadapi depresi atau kemurungan ini tidak sama dengan orang lain. Berjaya atau tidak, bergantung kepada kekuatan jiwa masing-masing. Orang yang biasa struggle di dalam kehidupan kebanyakannya berjaya mengatasi masalah ini. Bagi yang lemah jiwanya, anda tidak boleh mengatasinya sendirian dan memerlukan pertolongan dari orang lain. Seek help to help yourself. Find your support system. If you cannot find the support system among your families and good friends, find others or any other related organization to help you.
“Owning our story and loving ourselves through that process is the bravest thing that we will ever do.”— BrenĂ© Brown
No comments:
Post a Comment