16 June 2020

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) - bagi Individu

PENJANA merupakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang berjumlah RM35 billion dan bertujuan untuk memulihkan ekonomi negara. Ianya telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 5 Jun 2020.

Ada beberapa highlights dan ringkasan rumusan yang perlu diketahui oleh orang perseorangan / individu yang mungkin berguna dan menggembirakan bagi sesiapa yang perlu:

Sektor pelancongan antara sektor yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID19 ini. Subsidi yang telah diumumkan baru-baru ini kepada sektor-sektor ekonomi yang terjejas teruk sedikit sebanyak dapat membantu pemilik travel, hotel, dan sebagainya untuk mengatur semula strategi perniagaan masing-masing di samping dapat mengelakkan ramai pekerja menganggur.


Institusi-institusi latihan yang berdaftar selepas ini mungkin akan menerima ramai pelatih/pelajar yang terlebih umur bagi mengikuti latihan-latihan untuk meningkatkan skill masing-masing.








Masa bekerja yang fleksibel ini mungkin sangat menggembirakan ramai pekerja yang mempunyai anak-anak terutamanya anak-anak yang masih kecil dan memerlukan penjagaan di rumah. Pembelian gajet bagi membantu tugas-tugas pejabat semasa bekerja secara fleksibel juga mendapat pengecualian cukai sebanyak RM2500.

Barangkali yang ini juga bakal memberi kelegaan kepada ibu bapa dan taska-taska penjagaan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, mungkin ramai ibu bapa yang agak keberatan untuk menghantar anak-anak di Taska kecuali terpaksa.


Pengguna perkhidmatan awam boleh menarik nafas lebih lega dengan penawaran pass travel berjumlah hanya RM30 sebulan. Banyak perkhidmatan awam yang boleh digunakan nie. Saya pun nak beli lah jugak nanti😄




Berita gembira untuk pengguna pengguna Internet


Berita gembira juga untuk pengguna e-Wallet 

Peluang bagi yang sedang mencari rumah atau yang ingin menambah  aset atau untuk menjana pendapatan sampingan. Pembelian rumah merupakan aset kepada anda. Anda cuma perlu tahu teknik membeli rumah yang menguntungkan anda seperti lokasi yang strategik, diskaun atau rebat yang ditawarkan, ROI dalam jangka masa pendek dan jangka panjang dsb.


Kalau ada yang nak beli kereta atau tukar kereta, masa ini merupakan masa yang sesuai memandangkan harga kereta jauh lebih murah dari sebelum PKP. Namun perlu diingatkan, sekiranya anda ingin membeli kereta baharu, pastikan ianya adalah keperluan dan bukannya menambahkan hutang anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PENJANA, anda boleh layari pautan tertera di bawah.✌

Sumber:
Pautan pada RinggitPlus dan Kementerian Kewangan Malaysia


No comments: