10 June 2020

Emas: Sebab seseorang menyimpan emas. Anda yang mana satu?

Emas - setiap orang ada tujuan dan matlamat yang berbeza di dalam membeli emas. Ada yang berniat untuk menyimpan emas, ada yang mahu menjadi pelabur dan ada yang sesaja suka membeli emas disebabkan hobi.

Apapun matlamat anda, ianya adalah sangat bagus apabila seseorang sudah mula membeli emas untuk apa sahaja tujuan dan matlamat.

Pelabagai tujuan seseorang di dalam membeli emas:
  1. Ada yang membeli emas untuk dana kecemasan - kumpul dan beli emas untuk dana kecemasan 6 bulan gaji sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini;
  2. Ada yang membeli emas disebabkan simpanan wang di bank selalu bocor dan selalu dikeluarkan - salah satu cara untuk mendisiplinkan diri menyimpan adalah dengan melalui pembelian emas tidak kesahla syiling emas 1gram atau 1 dinar atau 10gram sebulan. Sekiranya dikumpulkan selama 12 bulan, nilai emas pada masa itu akan melebihi nilai dividen keuntungan dari bank, InsyaAllah;
  3. Beli emas untuk persediaan membeli hartanah / aset - bagi yang baru memulakan fasa berkeluarga, pembelian emas mungkin boleh dijadikan satu cara menyimpan. Tetapkan target anda untuk beberapa bulan atau tahun bagi mendapatkan rumah idaman. Dalam masa itu, disiplinkan diri untuk membeli emas setiap bulan. 
  4. Beli emas untuk pendidikan anak-anak - Begitu juga sekiranya anda merancang untuk pendidikan anak-anak dsb yang dirancang dalam jangka masa panjang. Apabila anak-anak anda mendapat peluang belajar ke peringkat lebih tinggi, anda boleh gunakan simpanan emas tersebut sebagai kos belajar anak2 anda; dan lain lain lagi.
Banyak lagi sebenarnya motivasi yang menjadi pemangkin seseorang untuk menyimpan emas. Sama ada anda menjadi pembeli emas atau pelabur emas, emas boleh menjadi aset yang menguntungkan buat anda.

Bertindak sekarang kerana nilai emas tidak pernah turun dari tahun ke tahun. Sejak saya mula membeli emas sedikit demi sedikit dari tahun 2017, saya agak menyesal kerana tidak konsisten di dalam membeli emas setiap bulan selepas melihat harga emas sekarang.👻👻👻👻😅😅😅

Sekiranya difikir-fikirkan, kalau simpan 1gram sebulan selama 4 tahun = saya sudah mempunyai 48gram emas sekarang. heheheheee....Bak kata pepatah "Time waits no One."

Keuntungan dan kerugian itu bergantung kepada sama ada seseorang itu menghargai masa dan peluang yang ada ataupun hanya membiarkan masa terus berlalu pergi begitu sahaja.

Bertindak sekarang!😇
Priority Dealer Public Gold
PG00128154

No comments: