05 June 2020

Emas : Simpan Emas atau Duit lagi Untung?


Emas
Apa tujuan kita membeli emas?
Emas adalah aset bernilai yang mampu melindungi harta penyimpan. Tujuan penyimpan mungkin pelbagai - ada yang menyimpan emas untuk tujuan perkahwinan, anak sambung belajar atau settle kan hutang rumah kereta, atau beli emas/tukar duit simpanan kepada emas adalah lebih selamat dari simpan duit di dalam bank yang sangat senang dicairkan dan sebagainya. Apa-apapun tujuan kita, asalkan tidak bercanggah dengan Syariah, kita digalakkan simpan sebanyak yang mungkin sebagai aset yang lebih selamat dari duit kertas yang sentiasa menurun nilainya.

Emas boleh membuatkan kita mendapat keuntungan bagi jangka masa panjang memandangkan nilai emas dari tahun ke tahun semakin tinggi jika dibandingkan dgn simpanan RM kita di dalam bank yang semakin menyusut nilainya setiap masa dan tahun.

Emas, bagaimanapun boleh membuatkan kita rugi dalam 3 keadaan ini:
  1. Kita beli emas dan simpan untuk jangka masa pendek untuk dijual.
  2. Jual emas gram yang rendah nilai yg dibeli pada harga runcit. Beli 1gram, jual 1gram dengan nilai susut bila jual semula emas tersebut.
  3. Jual emas semasa harga emas rendah di pasaran.
  4. Bagi yang ingin memulakan penyimpanan emas, set target untuk jangka masa panjang. Contoh: untuk anak2 sambung belajar ketika umur 18thn, so boleh guna emas yang dikumpul tersebut dan tidak perlu membuat pinjaman yg mempunyai kadar keuntungan yg tinggi dsb.
Duit2 raya anak2, boleh la tukarkan kepada emas 999 1gram.😁 Setahun dua yang lepas, emas 1gram lebih kurang dalam range RM240/g kalau tak silap saya. Sekarang ni 1gram lebih kurang RM290 ikut harga pasaran.

Bagi yg berkira2 nak beli emas, kalau rasa berat atau susah sangat dan sayang duit yg ada dlm bank dan takut menyusut walaupun sebenarnya lebih bahaya simpan dlm bank dengan kadar kecairan yg amat tinggi, anda boleh mulakan dengan pembelian 0.5gram yg tidak sampai RM200. Sekiranya anda mampu, terus mulakan dengan pembelian 1Dinar iaitu 4.25gram. Jadikan habit membeli emas setiap bulan bg emas 999 terutamanya. Sikit sikit, lama lama jadi bukit. Entah2, boleh settlekan hutang kereta, rumah, hutang PTPN, boleh guna untuk pergi Haji dan Umrah.

Cubalah simpan sikit2. InsyaAllah lama lama jadi 1kg. Bila dah lebih nisab, jgn lupa bayar zakat emas😉. Setakat ni, belum cukup nisab lagi, maknanya belum banyak lagi la tu😂.
Nak beli emas 999 dengan mudah, boleh helo2 saya😉
.

No comments: