Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi Nusantara.
Sabar merupakan perkataan yang sering kita dengar dalam kehidupan, namun sukar untuk dilaksanakan. Apapun yang berlaku di dalam kehidupan, sabar dan syukur mampu menjadi perencah utama dalam kehidupan yang bahagia.
Jenis-jenis Sabar :
1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 21, ertinya: Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.
2. Sabar dalam meninggalkan maksiat dan perkara-perkara haram
Firman Allah didalam Surah Al-Anbiya’ ayat yang ke 35, ertinya; Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
3. Sabar dalam sesuatu ujian dan ketentuan Allah yang menyakitkan
Sabda baginda Rasulullah didalam sebuah hadis, ertinya; Daripada Syuhaibin telah berkata, telah bersabda baginda Rasulullah: “Sungguh ajaib urusan orang mukmin, semua urusannya adalah baik, dan tidak ada seperti itu melainkan mukmin sahaja. Jika ditimpa kesenangan ia akan bersyukur, maka itu baik baginya. Jika ditimpa kesusahan pula ia bersabar maka itu baik juga untuknya - [HR Muslim:2999].
Ada jugak la sabar yang tidak dibolehkan seperti, sabar apabila melihat orang melakukan maksiat dan kemungkaran - lihat pula konteks bagaimana untuk menegur dalam Islam, berpesan dgn kesabaran (Surah Al-Asr), sabar apabila agama Islam kita dipermain2kan, sabar apabila dianiaya atau dizalimi secara fizikal dsb.
Semoga bermanfaat. Allahu Ta'ala A'lam 😊✌️
No comments:
Post a Comment