03 February 2019

Travellingbie : Trip Santai Kaohsiung Day 3

Day 3
“Take every chance you get in life, because some things only happen once.” – Karen Gibbs

Hari ke-3 kami dirancang untuk jelajah Cijin Islan
Selepas minum pagi seperti biasa, kami ke MRT Sizihwan (O1).
Dari MRT Central Park (R9) - transit ke R10/O5 dan menaiki Orang Line untuk ke MRT Sizihwan (O1)

Setibanya di MRT Sizihwan, kami berjalan menuju ke kaunter Ferry untuk ke Cijin Island. Cuaca masih belum panas walaupun sudah hampir jam 10pagi. Memandangkan hari ke03 merupakan hari Ahad, ramai pengunjung yang datang ke pulau ini untuk rehlah, feri penuh dengan penumpang. Walaubagaimanapun, kami tidak risau disebabkan kekerapan feri adalah sekitar 7-10 minit dan tidak perlu lama menunggu untuk menaiki feri ke pulau Cijin.
Peta Pulau Cijin. Sumber : https://m.khh.travel
Kos naik ferry $30 sehala. Kalau menggunakan iPass = $20 sehala. Di pulau ini, anda boleh memilih untuk berjalan kaki dan menikmati pemandangan secara terperinci, atau boleh menyewa basikal atau menaiki coastal bus kecil yang disediakan untuk pelancong. Kawasan perkhemahan juga disediakan bagi yang ingin berkhemah dan bermalam di sini. Kelihatan juga ramai yang bermain layang-layang dan berkelah. Kemudahan seperti pondok-pondok kecil dan tandas awam disediakan. Pendek kata, macam-macam aktiviti boleh dilakukan.
Kami memutuskan untuk menyewa basikal letrik 4 seater memandangkan ada yang tidak boleh mengayuh basikal (single). Dengan sewa $600 untuk 2 jam, kami mendapat 1 basikal (single) percuma. Menurut tuan punya kedai sewa basikal, 2 jam mencukupi untuk jelajah Cijin dengan basikal, tetapi kenyataan beliau agak meragukan. Bagaimana mungkin kami dapat menikmati pemandangan indah sekitar pulau selama 2 jam. :))






 Pitstop 1 - Rumah api Cihou dan Fort Walk
Agak lama juga kami di sini memandangkan kami perlu mendaki bukit sebelum sampai ke rumah api tersebut.

The Chijin Lighthouse was originally built during the Qing Dynasty in 1883 by Chinese Customs to aid ships in their port entry. In 1918, the Japanese rebuilt the lighthouse to its likeness today. It flashes its light 4 times every 30 seconds. ~Sumber : https://www.englishintaiwan.com/travel-in-taiwan/south-taiwan-travel/kaohsiung-chi-jin-island-lighthouse-fort-walk

Seterusnya kami ke bahagian paling hujung untuk  di mana terletaknya Windmill Cijin




Selesai 2 jam sesi berbasikal, kami rasakan masa agak singkat untuk jelajah keseluruhan pulau secara terperinci. Saya cadangkan kami berjalan ke tempat-tempat yang tidak sempat disinggahi.
Makan tengahari dari 7-Eleven - keledek bakar yang manis dan lemon tea
Namun cuaca agak mendung dan selepas makan tengahari dengan bekalan masing-masing dan yang dibeli di 7-Eleven, kami beratur menaiki feri ke Sizihwan.

Feri ke Cijin Island
Di sebelah MRT Sizihwan adalah kawasan Pier 2 Art District. Jalan-jalan di sekitar kawasan pada petangnya dengan cuaca yang agak berangin, sangat mendamaikan. Kelihatan ramai pengunjung yang duduk lepak, berehat dengan kawan-kawan dan keluarga. Ada juga yang bermain layang-layang.













Pier-2 Art District dahulunya merupakan kawasan kilang (warehouse) yang ditinggalkan disebabkan perubahan sektor industri kepada sektor perkhidmatan. Walaubagaimanapun dengan adanya kumpulan artis yang nekad untuk melakukan perubahan, mereka telah mengubah kawasan terbiar tersebut kepada kawasan yang penuh dengan kreativiti, arts dan menjadikan tempat tersebut salah satu kawasan pelancongan terkenal di Kaohsiung. Sumber : http://pier-2.khcc.gov.tw/eng/home01.aspx?ID=1
Di sebelah MRT Sizihwan, terdapat 1 lagi jenis LRT iaitu Green Line. Light rail system ini menghubungkan MRT Orange Line dan Red Line serta memudahkan pengunjung untuk transit dan melawat kawasan-kawasan tumpuan pengunjung. Bermula dengan LRT Hamasen C14 sehinggalah ke C1, LRT tersebut dibina di atas jalan dan bagi kemudahan pengunjung untuk ke kawasan-kawasan pelancong. Kadar bayaran $10 bagi  sekali naik tidak kira berhenti di mana.

Bagi yang bercadang untuk ke Kaohsiung, jangan lupa masukkan Cijin Island dan Pier 2 Art District di dalam itinerari.

Kami tidak berkesempatan untuk jelajah dengan lebih menyeluruh Pier-2 Art District memandangkan kawasan tersebut agak luas dan ada travel buddy yang cedera. Balik dulu ke hotel dan di sebelah malamnya kami ke Pasar Malam Ruei Fong yang terletak berhampiran dengan MRT Maohsiung Arena Station.

Dari MRT Central Park (R9) kami ke R14. Suasana di night market tersebut agak meriah, namun kami tidak menjumpai sebarang cenderahati di sana dan pada pendapat saya, ianya tidak sesuai untuk Muslim Traveller. Bau makanan yang kurang menyenangkan dan agak meloyakan membuatkan kami semua pening kepala. Kami anggap ini merupakan pengalaman yang menarik walaupun tidak mendapat apa-apa hasil sepanjang kunjungan ke pasar malam tersebut. Pasar malam di belakang hotel penginapan kami nampaknya lebih teratur dan bersih berbanding pasar malam Ruei Fong. Akhirnya tanpa membeli apa-apa, kami balik semula ke hotel.

Berakhir sudah trip hari ke-3. Masing-masing dah penat, makan malam kami pula hanya di bilik hotel sahaja.

No comments: