Day 2
“The pleasure we derive from journeys is perhaps dependent more on the mindset with which we travel than on the destination we travel to” – Alain de Botton
Subuh di sini jam 520am.
Minum pagi disediakan percuma oleh hotel untuk selama kami menginap di sini. Walaubagaimanapun, was-was kami dengan makanan yang disediakan walaupun ada menu pilihan roti bakar. Akhirnya saya bertanyakan sekiranya boleh swap dengan 2 biji hard boiled egg dan air percuma green tea / black tea. Ini bermakna selama 5 pagi, kami akan dihidangkan dengan 2 biji telor. Nasib baik bawa makanan yang lain. Selepas sarapan, kami memulakan lawatan ke tempat pertama.
Pitstop 1 - Lotus pond lake
Dari R9 ke R15 Ecological District $22. Keluar dari MRT, ada pilihan untuk ke Lotus Pond sama ada menaiki bas atau berjalan kaki. Memandangkan masih pagi lagi, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki lebih kurang 30min. Jauh jugak sebenarnya. Singgah di pasaraya membeli buah $25
Lepak di kawasan seberang Lotus Pond. Masing-masing tidak mahu ke lotus pond memandangkan agak jauh. Lepak sambil mengambil udara segar. Hari ini agak berjerebu. Actually kalau jalan lagi, sampaila di kawasan actual arca naga dan pavillion lotus pond tersebut.
Kami ambil keputusan untuk menaiki bas balik. Naik bas merah no 35B ke MRT Aozihdi R13. Kos $24. Agak lama kami menunggu bas, lebih kurang dalam sejam. Rupa-rupanya di perhentian bas tersebut dinyatakan jam berapa bas akan sampai. Aduhh...rupanya, lambat lagi bas nak sampai. Kami putuskan untuk menaiki bas di seberang jalan walaupun perjalanannya agak panjang, namun ianya lebih kerap dari menunggu di tempat kami menunggu bas sebelum ini.
“The gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands.” – Sir Richard Burton
“The gladdest moment in human life, me thinks, is a departure into unknown lands.” – Sir Richard Burton
Actually, boleh turun di MRT Aozihdi dan tunggu bas. Bas berhenti betul-betul di hadapan lotus pond lake.
Sekiranya anda ingin ke sini anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti ini:
1. Lotus Pond Lake - Berhenti di MRT Aozihdi R13 - naik bas merah no 35B dan ke Lotus Pond Lake.
2. Banping Mountain and Natural Park - Berhenti di Zouying R16, exit 2 untuk ke Banping Mountain. Dari puncak Banping, akan dapat melihat Lotus Lake dari jauh dan juga bandar Kaohsiung.
3. Masjid Kaohsiung - Weiwuying Station O10 (heading Dialao). Keluar exit 5, ke kiri dan dalam lebih kurang 500m anda akan jumpa Masjid Kaohsiung.
Di sebelah kanan jalan, kami dapati bangunan-bangunan rumah dihiasi cantik dengan pelbagai mural. Kreatif dan menjadikan bangunan lama ceria dan nampak terpelihara. Solat dan ziarah masjid dulu.
Di sebelah masjid ada restoran makanan indonesia. Kami makan tengahari di situ selepas solat. Kos makan = es kacang $80, mee bakso sapi $80 = $160
Selesai makan, kami berjalan ke MRT Station dan sepanjang jalan tersebut bangunan-bangunan apartment dihiasi dengan mural dan lukisan-lukisan yang menarik. Pengunjung akan pastinya habiskan banyak masa di sini untuk menikmati mural dan ber-fotoan. Pemandangan sebegini dapat mengundang ramai pengunjung sekaligus menjadikan tempat biasa sebagai tempat kawasan tarikan pelancong.
Dari Masjid Kaohsiung, kami meneruskan ziarah ke Dome of Light yang terletak di MRT Stesen Formosa Boulevard. Dome of Light menjadi salah satu tarikan pengunjung yang datang ke Kaohsiung.
Situated at the Kaohsiung MRT transfer station for the Red Line and Orange Line (Formosa Boulevard Station), the Dome of Light was created by renowned artist Narcissus Quagliata. The dome is the world's largest public art installation made from individual pieces of colored glass. The work not only adds to the beauty of the station, but also adds a new dimension to the art life of the Kaohsiung and creates a new scenic spot in the city.
The Dome of Light took nearly four years to complete. The work was overseen personally by Quagliata and shipped from Germany for installation at the station. The dome tells the story of human life in four chronologically arranged themes: Water: The Womb of Life; Earth: Prosperity and Growth; Light: The Creative Spirit; and Fire: Destruction and Rebirth, with an overall message of love and tolerance. ~ Sumber : https://eng.taiwan.net.tw
Pitstop akhir kami untuk hari ke 2 = Dream Mall, menikmati senja di dalam Ferris Wheel
Dari MRT Formosa Boulevard (R10) kami ke MRT Kaisyuan (R6).
Keluar dari MRT Kaisyuan, kami berjalan kaki lebih kurang 500m untuk ke Dream Mall. Ferris Wheel terletak di atas rooftop Dream Mall. Kos = $150.00
Dream Mall, located on Zhonghua Fifth Road in Kaohsiung City, houses renowned domestic and international designer brands. It is also equipped with a bookstore and some nice restaurants. If you want to spend a relaxing day of shopping, Dream Mall is the place to go. Its 102.5-meter Ferris wheel on the top floor is the only of its kind with an expansive ocean city view in Taiwan. People come to the Ferris wheel to take memorial weeding photos, too. Even TV teams come here to shoot Idol drama. ~Sumber : https://eng.taiwan.net.tw
Waktu malam di Dream Mall sangat berwarna warni dengan dihiasi lampu-lampu dan hiasan yang menarik.
Lebih kurang jam 8malam kami kembali ke hotel.
Dream Mall jalan kaki ke MRT Kaisyuan (R6) ke MRT Central Park (R9) - jalan 250m untuk kembali ke hotel.
Berakhir sudah aktiviti hari ke-2 yang agak santai. Esoknya sepanjang hari, kami akan menjelajah Pulau Cijin dan kawasan sekitarnya yang berhampiran.
No comments:
Post a Comment