01 February 2019

Travellingbie : Trip Santai Kaohsiung Day 1

Day 1
“We live in a wonderful world that is full of beauty, charm and adventure. There is no end to the adventures we can have if only we seek them with our eyes open.” – Jawaharial Nehru

Seawal jam 3 pagi saya bangun dan periksa serta kemaskan beg untuk kali akhir. Jam 4am, keluar rumah untuk ke Putrajaya Sentral. Dalam masa keluar, abang guard bertanya "nak ke mana?". Saya maklumkan nak balik kampung :)). Dia tanya lagi rumah mana, senang diorang nak buat pemeriksaan. Setelah memaklumkan no rumah dan berapa hari balik ke kampung, saya keluar dari pintu pagar apartment dengan Bismillah.
Tiba di Putrajaya Sentral sekitar jam 440am. Tren transit pertama ke KLIA 2 = jam 450am. Parking hampir penuh. Nasib baik dapat parking di kawasan selamat.

450am menaiki tren. Yang lain ada yang tidur di KLIA2, ada yang dalam perjalanan dan ada lagi yang masih berkemas di rumah. Saya maklumkan "last check in" = 615am untuk check in bagasi.

Jam 620am barulah dapat check in bagasi memandangkan ada yang sampai lambat. Nasib baik penumpang masih lagi beratur di kaunter check in bagasi. Selesai check in bagasi, barulah rasa lega sedikit. Saya membeli roti untuk bekalan makanan sepanjang 6 hari di sana selain dari makanan yang lain.

Jam 645am, kami masuk ke balai pelepasan untuk pemeriksaan imigresen dan kastam. Jam 7am, minum kopi dulu di McD untuk menyegarkan mata. Sekitar jam 730am, kami ke tempat berlepas dan menunggu kapal tiba.
Perjalanan kali ini menaiki kapal AK 170. Semasa memasuk kapal, enjin kapal tidak dihidupkan dan semua penumpang yang masuk mula berasa kepanasan selama lebih kurang 15minit sebelum enjin kapal dihidupkan.
Penerbangan dari KL ke Kaohsiung mengambil masa lebih kurang 4jam 30minit. Makanan dihidangkan bagi yang telah membeli makanan. Menu saya kali ini = Butter Chicken Masala dan rasanya agak sedap.
Jam 1245pm, kami tiba di Kaohsiung International Airport selepas lebih 4 jam penerbangan.
Setibanya di Kaohsiung dan melepasi imigresen dan kastam, kami  terus menuju ke aras 3F untuk solat. Walabagaimanapun, bilik solat terletak di dalam Balai Berlepas.
Kami turun semula ke Aras 1F  dan menuju ke MRT Kaohsiung International Airport (R4) untuk ke hotel. Di kaunter MRT, kami membeli iPass untuk digunakan di dalam MRT, LRT dan Bas. Maklumat kad iPASS boleh didapati di sini = https://www.i-pass.com.tw/en. Kad iPass ini boleh dibeli dengan kadar $100 (non refundable with $0 value). Kami topup kad  sebanyak $100 untuk digunakan di stesen MRT dan yang lain.

I'm in love with cities I've never been to and people I've never met.” – John Green.

Cuaca siang hari di Kaohsiung agak panas, namun berangin. Suhu lebih kurang 24'c dan malamnya agak dingin sekitar 20'c. Masa di Kaohsiung sama dengan Malaysia.
Dari MRT Kaohsoung Airport (R4) ke MRT Central Park (R9) dengan kos sebanyak $25 menggunakan iPass. Sekiranya anda membeli tiket biasa di mesin tiket, kosnya = $30. Setibanya di MRT Central Park, kami keluar ke Exit 2, dan berjalan lebih kurang 200m untuk ke hotel. Backpackers Inn - Kaohsiung terletak di sebelah kiri dan sederet dengan kedai outlet sukan seperti New Balance dan Adidas.
Kami tiba di hotel lebih kurang jam 3pm. Memandangkan check-in jam 4pm, kami rehat di lobi hotel sambil mendapatkan maklumat-maklumat tambahan untuk jelajah kami di sini. Backpackers Inn Kaohsiung ini mempunyai bilik Dorm bagi Lelaki dan Perempuan dan juga Bilik Persendirian. Saya memilih untuk booking bilik persendirian bagi kami semua - 1 bilik double dan 1 bilik Triple untuk selama 6h5m. Kemudahan lift bagi dorm dan bilik persendirian (private suite) juga dibezakan bagi langkah keselamatan. Private room terletak di aras 6 sehingga 9, manakala dorm pula terletak di aras 5 ke bawah.


Jam 4pm, kami mendapat bilik - 802 dan 803. Check in bilik dahulu, solat, rehat sekejap dan menunggu untuk solat maghrib dan isyak.
Permainan ini banyak terdapat di Kaohsiung



Pengaruh KPop di Taiwan

Selepas solat, kami keluar meninjau-ninjau persekitaran di sekelliling hotel. Di belakang hotel terdapat pasar malam. Pasar malam tersebut kebanyakannya menjual pakaian, aksesori telefon, makanan dan lain-lain. Agak sedikit sangat yang menjual cenderahati dan kami dapati cenderamata di sini agak mahal - actually sangat mahal :))
Selepas berjalan meninjau-ninjau persekitaran hotel, kami balik semula ke hotel untuk makan malam. Makan malam kami di rooftop hotel di aras 10. Selepas makan, masing-masing rehat untuk persediaan bagi perjalanan hari 2.

No comments: