06 February 2019

Travellingbie : Trip Santai Kaohsiung Day 6

Day 6
"Dan mungkin bila nanti, kitakan bertemu lagi..."


No one realizes how beautiful it is to travel until he comes home and rests his head on his old, familiar pillow.” – Lin Yutang
Hari akhir di Kaohsiung, kami packing dan minum pagi.
Seterusnya check out dari Hotel Backpackers Inn Kaohsiung.


Sebelum menuju ke lapangan terbang, kami singgah jalan-jalan sebentar di Central Park dan kemudiannya menaiki MRT ke Kaohsiung Airport.
MRT Central Park (R9) ke MRT Kaohsiung Airport (R4)
Semasa di lapangan terbang dan semasa check in, pastikan berat beg tidak melebihi had. Penerbangan international Airasia lebih strict dan beg tangan juga ditimbang bagi memastikan had berat tidak melebihi 7kg.

Di lapangan terbang Kaohsiung ini sangat muslim friendly. Tempat solat disediakan bagi 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Buddha dan terletak berdekatan dengan Gate 30 di hujung sekali.

Bilik solat sangat kemas dan bersih dan selesa untuk menunaikan solat.



Penerbangan kami balik ke KL pada jam 135pm dan tiba di KLIA2 pada jam 530pm. Alhamdulillah.

Berakhir trip Santai Kaohsiung untuk tahun ini. Ada rezeki InsyaAllah datang lagi - boleh jelajah sehingga Alishan dan Taipei.

Bagi yang ingin jelajah Kaohsiung dan Taiwan secara am nya, jangan teragak-agak untuk melawat Taiwan - Muslim friendly, pengangkutan senang dan makan pun senang sebab ramai Indonesian di sana.

“Live life with no excuses, travel with no regret” -Oscar Wilde

05 February 2019

Travellingbie : Trip Santai Kaohsiung Day 5

Day 5

“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.”- Mark Twain
Hari ke-5, kami ke Kaohsiung City's Monkey Mountain (Chai Shan) dikenali juga dengan nama Longevity Mountain - HIKING Shou Shan. Hujan belum berhenti lagi dari semalam, namun ramalan cuaca mengatakan bahawa hujan akan berhenti pada jam 9am ke 10am. Selepas minum pagi, kami teruskan dengan aktiviti mendaki, gunung yang ke-2.
Dari MRT Central Park (R9) ke MRT Yanchengpu Station (O2)

Sampai MRT Yanchengpu Station (O2), exit 4 dan ambil bas No 56 untuk ke Shoushan Parking Lot. Hujan masih belum berhenti lagi. Saya sebagai #thetravelplanner tanya semua member sama ada nak proceed ataupun nak batalkan pendakian. Masing-masing bagitau dah sampai tu teruskan, lagipun hujan macam nak berhenti.
Jadinya kami teruskan pendakian dengan doa permulaan dan tawakkal. 
Dipermulaan trek, memang agak licin dan kami perlu berhati-hati dengan trek tangga kayu. 
Cuaca agak dingin dan hujan mula berhenti. Pemandangan mulai bertambah cantik dan menakjubkan di kiri kanan trek. Tak sangka juga hutan simpan ini cantik. Kami belum lagi menjumpai monyet seperti yang dikatakan di dalam blog-blog bloggers yang pernah ke sini. Trek di sini bersimpang siur dan apabila tiba di persimpangan, kami mulai menghadapi masalah untuk memilih trek yang mana satu, sehinggalah kami bertemu dengan auntie kawasan. 
Auntie kawasan




Beliau dengan baik hati memandu arah perjalanan kami dari simpang trek tersebut ke tempat yang dikatakan puncak gunung dan beberapa puncak yang lain sehinggalah balik semula ke tempat kami mula-mula mendaki.
Kami turun semula ke kawasan tempat meletak kereta tersebut lebih kurang jam 1230 tengahari. Makan sekejap dan kemudiannya kami naik semula shuttle bus menuju ke MRT Station. Jam 1pm kami Naik shuttle bas No. 56 ke MRT Yanchengpu Station. MRT Yanchengpu Station (O2) ke MRT Central Park (R9). 

Mulanya untuk teruskan perjalanan ke destinasi lain. Namun memandangkan semua dah comot, makanya kami kembali semula ke hostel untuk bersihkan diri, solat dan rehat sekejap.
Jam 430pm, kami keluar semula untuk ke Pier 2 Art District. MRT Central Park (R9) ke MRT Kaisyuan Station (R6) dan naik LRT line hijau
 
Green line C3 ke C10 - turun sekejap untuk berfoto-fotoan.
C10 ke C12 Love Piers dan turun di situ. Berjalan sambil berfoto sehinggalah ke C14


Singgah beli Ice Americano di salah sebuah kedai kopi di Piers 2 Art District. Tak ingat harga berapa, tetapi lebih murah dari Starbucks atau Coffee Bean di Malaysia :))

Jam 9pm, masing-masing dah penat. Balik ke hostel semula, naik train C14 Hamasen ke C3 untuk transit ke MRT Kaisyuan Station (R6) =>> MRT Kaisyuan Station (R6) ke MRT Central Park (R9)

Singgah di pasar malam belakang hostel untuk membeli souvenir. Fridge magnet 2 x $75 + Keychain $35. Beli merchandise Lan Lan Cat = pouch 2 x $130 + pencil case 1 $120

Balik ke hotel, solat, makan malam dan laundry. Kos laundry $50 + $50 untuk dry (Sharing basis). Masing-masing dah penat sebenarnya, tetapi bukan selalu datang ke sini. Kami gunakan masa sepenuhnya untuk explore. Alhamdulillah, misi hari ini berjaya.

“The pleasure we derive from journeys is perhaps dependent more on the mindset with which we travel than on the destination we travel to.”

04 February 2019

Travellingbie : Trip Santai Kaohsiung Day 4

Day 4

"Travel are among the best way to learn. We learn about others cultures, languages, behavior and their perceptions towards others."~uark

Hari ke-4 kami merupakan hari yang kurang produktif. Sebelum ke mana-mana, kami akan minum pagi dahulu. Ianya penting untuk tenaga sepanjajng hari dan mendapatkan mood yang baik. Menu pagi ini = Nasi + Rendang dari Kembara meals.
Rancangan asal adalah untuk ke Fo Guang Shan Memorial Buddha Centre, tapi ada yang tak nak ke sana. So, tukar plan, ke E-Da Outlet Mall.

Dari MRT Central Park (R9) ke MRT Zouying Station (R16) => Exit 1
Mall besar tapi kurang orang


Dari MRT station Zouying pula, kami naik shuttle bus ke E-Da Outlet Mall. Bila tiba di Mall, ianya masih belum buka lagi. Mall dibuka jam 11 pagi dan E-Da Outlet Mall. Mall ini agak membosankan dengan pengunjung yang tidak ramai dan tidak happening. Barangkali, penduduk sibuk untuk makan besar sempena Tahun Baru. Selepas berjalan-jalan santai di dalam Mall lebih kurang 1 jam, kami menunggu bas untuk ke MRT semula. Tidak ada apa yang menarik di sini kecuali Watson yang ada menjual produk Indonesia yang halal dan 7-Eleven.

Dari MRT Zouying Station (R16) kami ke MRT Kaohsiung Main Station (R11) untuk solat. Bilik solat terletak di TRA Kaohsiung Main Station => Exit 2 dan naik ke atas TRA. Tiba di tempat tren, pergi ke East Exit 1 dan bilik solat terletak di sebelah tepi pintu keluar. Di kaunter khidmat pelanggan, kami disambut oleh robot yang sangat mesra :). Untuk solat, anda perlu memaklumkan kepada petugas stesen dan mereka akan membukakan pintu bilik solat untuk anda solat. Kagum juga dengan negara bukan Muslim yang menyediakan tempat solat bagi pengunjung Muslim. Dan yang menggunakan kemudahan ini perlulah menjaga nama baik orang Islam dengan menggunakan kemudahan ini sebaiknya dan memastikan bilik tersebut sentiasa bersih selepas digunakan.
Selesai solat, kami meninjau-ninjau sekitar stesen dan keluar dari kawasan stesen untuk melihat apa yang menarik. Dari jauh kami melihat ada kedai makan Indonesia - Chen Lili Restoran. Lepak makan di situ sebelum balik ke hotel. Makan goreng-gorengan dan Es Kopi Kosong. Gorengan nya sejuk banget disebabkan kedai tidak menggorengnya di dapur kedai atas kekangan ruang. Sekiranya anda ingin makan di sini, boleh order makanan bergoreng atau bakso.

Keluar dari kedai, kedai-kedai disekitarnya ada yang sudah mula tutup. Singgah di kedai berhampiran dengan restoran dan membeli cenderahati untuk dibawa balik.
Dari MRT Kaohsiung Main Station (R11) kami ke MRT Sanduo Shopping District (R8), kalau-kalau terjumpa kedai souvenir. Hari dah hampir menunjukkan jam 6pm. Sekiranya anda ke sini, terdapat banyak kedai-kedai membeli belah termasuklah SOGO. Nasib kami baik kerana terdapat kedai cenderahati yang masih dibuka walaupun menjelang malam Tahun Baru.
Selepas mendapatkan cenderahati, kami ke MRT Sanduo Shopping District (R8) menuju ke MRT Central Park (R9) untuk balik berehat di hotel.

"Travel and explore. Learn from mistakes. Adjust with the environment and conditions good or bad. It never waste your time."~uark

03 February 2019

Travellingbie : Trip Santai Kaohsiung Day 3

Day 3
“Take every chance you get in life, because some things only happen once.” – Karen Gibbs

Hari ke-3 kami dirancang untuk jelajah Cijin Islan
Selepas minum pagi seperti biasa, kami ke MRT Sizihwan (O1).
Dari MRT Central Park (R9) - transit ke R10/O5 dan menaiki Orang Line untuk ke MRT Sizihwan (O1)

Setibanya di MRT Sizihwan, kami berjalan menuju ke kaunter Ferry untuk ke Cijin Island. Cuaca masih belum panas walaupun sudah hampir jam 10pagi. Memandangkan hari ke03 merupakan hari Ahad, ramai pengunjung yang datang ke pulau ini untuk rehlah, feri penuh dengan penumpang. Walaubagaimanapun, kami tidak risau disebabkan kekerapan feri adalah sekitar 7-10 minit dan tidak perlu lama menunggu untuk menaiki feri ke pulau Cijin.
Peta Pulau Cijin. Sumber : https://m.khh.travel
Kos naik ferry $30 sehala. Kalau menggunakan iPass = $20 sehala. Di pulau ini, anda boleh memilih untuk berjalan kaki dan menikmati pemandangan secara terperinci, atau boleh menyewa basikal atau menaiki coastal bus kecil yang disediakan untuk pelancong. Kawasan perkhemahan juga disediakan bagi yang ingin berkhemah dan bermalam di sini. Kelihatan juga ramai yang bermain layang-layang dan berkelah. Kemudahan seperti pondok-pondok kecil dan tandas awam disediakan. Pendek kata, macam-macam aktiviti boleh dilakukan.
Kami memutuskan untuk menyewa basikal letrik 4 seater memandangkan ada yang tidak boleh mengayuh basikal (single). Dengan sewa $600 untuk 2 jam, kami mendapat 1 basikal (single) percuma. Menurut tuan punya kedai sewa basikal, 2 jam mencukupi untuk jelajah Cijin dengan basikal, tetapi kenyataan beliau agak meragukan. Bagaimana mungkin kami dapat menikmati pemandangan indah sekitar pulau selama 2 jam. :))






 Pitstop 1 - Rumah api Cihou dan Fort Walk
Agak lama juga kami di sini memandangkan kami perlu mendaki bukit sebelum sampai ke rumah api tersebut.

The Chijin Lighthouse was originally built during the Qing Dynasty in 1883 by Chinese Customs to aid ships in their port entry. In 1918, the Japanese rebuilt the lighthouse to its likeness today. It flashes its light 4 times every 30 seconds. ~Sumber : https://www.englishintaiwan.com/travel-in-taiwan/south-taiwan-travel/kaohsiung-chi-jin-island-lighthouse-fort-walk

Seterusnya kami ke bahagian paling hujung untuk  di mana terletaknya Windmill Cijin




Selesai 2 jam sesi berbasikal, kami rasakan masa agak singkat untuk jelajah keseluruhan pulau secara terperinci. Saya cadangkan kami berjalan ke tempat-tempat yang tidak sempat disinggahi.
Makan tengahari dari 7-Eleven - keledek bakar yang manis dan lemon tea
Namun cuaca agak mendung dan selepas makan tengahari dengan bekalan masing-masing dan yang dibeli di 7-Eleven, kami beratur menaiki feri ke Sizihwan.

Feri ke Cijin Island
Di sebelah MRT Sizihwan adalah kawasan Pier 2 Art District. Jalan-jalan di sekitar kawasan pada petangnya dengan cuaca yang agak berangin, sangat mendamaikan. Kelihatan ramai pengunjung yang duduk lepak, berehat dengan kawan-kawan dan keluarga. Ada juga yang bermain layang-layang.













Pier-2 Art District dahulunya merupakan kawasan kilang (warehouse) yang ditinggalkan disebabkan perubahan sektor industri kepada sektor perkhidmatan. Walaubagaimanapun dengan adanya kumpulan artis yang nekad untuk melakukan perubahan, mereka telah mengubah kawasan terbiar tersebut kepada kawasan yang penuh dengan kreativiti, arts dan menjadikan tempat tersebut salah satu kawasan pelancongan terkenal di Kaohsiung. Sumber : http://pier-2.khcc.gov.tw/eng/home01.aspx?ID=1
Di sebelah MRT Sizihwan, terdapat 1 lagi jenis LRT iaitu Green Line. Light rail system ini menghubungkan MRT Orange Line dan Red Line serta memudahkan pengunjung untuk transit dan melawat kawasan-kawasan tumpuan pengunjung. Bermula dengan LRT Hamasen C14 sehinggalah ke C1, LRT tersebut dibina di atas jalan dan bagi kemudahan pengunjung untuk ke kawasan-kawasan pelancong. Kadar bayaran $10 bagi  sekali naik tidak kira berhenti di mana.

Bagi yang bercadang untuk ke Kaohsiung, jangan lupa masukkan Cijin Island dan Pier 2 Art District di dalam itinerari.

Kami tidak berkesempatan untuk jelajah dengan lebih menyeluruh Pier-2 Art District memandangkan kawasan tersebut agak luas dan ada travel buddy yang cedera. Balik dulu ke hotel dan di sebelah malamnya kami ke Pasar Malam Ruei Fong yang terletak berhampiran dengan MRT Maohsiung Arena Station.

Dari MRT Central Park (R9) kami ke R14. Suasana di night market tersebut agak meriah, namun kami tidak menjumpai sebarang cenderahati di sana dan pada pendapat saya, ianya tidak sesuai untuk Muslim Traveller. Bau makanan yang kurang menyenangkan dan agak meloyakan membuatkan kami semua pening kepala. Kami anggap ini merupakan pengalaman yang menarik walaupun tidak mendapat apa-apa hasil sepanjang kunjungan ke pasar malam tersebut. Pasar malam di belakang hotel penginapan kami nampaknya lebih teratur dan bersih berbanding pasar malam Ruei Fong. Akhirnya tanpa membeli apa-apa, kami balik semula ke hotel.

Berakhir sudah trip hari ke-3. Masing-masing dah penat, makan malam kami pula hanya di bilik hotel sahaja.