Day 5
“I have found out that there ain’t no surer way to find out whether you like people or hate them than to travel with them.”- Mark Twain
Hari ke-5, kami ke Kaohsiung City's Monkey Mountain (Chai Shan) dikenali juga dengan nama Longevity Mountain - HIKING Shou Shan. Hujan belum berhenti lagi dari semalam, namun ramalan cuaca mengatakan bahawa hujan akan berhenti pada jam 9am ke 10am. Selepas minum pagi, kami teruskan dengan aktiviti mendaki, gunung yang ke-2.
Dari MRT Central Park (R9) ke MRT Yanchengpu Station (O2)
Sampai MRT Yanchengpu Station (O2), exit 4 dan ambil bas No 56 untuk ke Shoushan Parking Lot. Hujan masih belum berhenti lagi. Saya sebagai #thetravelplanner tanya semua member sama ada nak proceed ataupun nak batalkan pendakian. Masing-masing bagitau dah sampai tu teruskan, lagipun hujan macam nak berhenti.
Jadinya kami teruskan pendakian dengan doa permulaan dan tawakkal.
Dipermulaan trek, memang agak licin dan kami perlu berhati-hati dengan trek tangga kayu.
Cuaca agak dingin dan hujan mula berhenti. Pemandangan mulai bertambah cantik dan menakjubkan di kiri kanan trek. Tak sangka juga hutan simpan ini cantik. Kami belum lagi menjumpai monyet seperti yang dikatakan di dalam blog-blog bloggers yang pernah ke sini. Trek di sini bersimpang siur dan apabila tiba di persimpangan, kami mulai menghadapi masalah untuk memilih trek yang mana satu, sehinggalah kami bertemu dengan auntie kawasan.
Auntie kawasan |
Beliau dengan baik hati memandu arah perjalanan kami dari simpang trek tersebut ke tempat yang dikatakan puncak gunung dan beberapa puncak yang lain sehinggalah balik semula ke tempat kami mula-mula mendaki.
Kami turun semula ke kawasan tempat meletak kereta tersebut lebih kurang jam 1230 tengahari. Makan sekejap dan kemudiannya kami naik semula shuttle bus menuju ke MRT Station. Jam 1pm kami Naik shuttle bas No. 56 ke MRT Yanchengpu Station. MRT Yanchengpu Station (O2) ke MRT Central Park (R9).
Mulanya untuk teruskan perjalanan ke destinasi lain. Namun memandangkan semua dah comot, makanya kami kembali semula ke hostel untuk bersihkan diri, solat dan rehat sekejap.
Jam 430pm, kami keluar semula untuk ke Pier 2 Art District. MRT Central Park (R9) ke MRT Kaisyuan Station (R6) dan naik LRT line hijau
Green line C3 ke C10 - turun sekejap untuk berfoto-fotoan.
C10 ke C12 Love Piers dan turun di situ. Berjalan sambil berfoto sehinggalah ke C14
Singgah beli Ice Americano di salah sebuah kedai kopi di Piers 2 Art District. Tak ingat harga berapa, tetapi lebih murah dari Starbucks atau Coffee Bean di Malaysia :))
Jam 9pm, masing-masing dah penat. Balik ke hostel semula, naik train C14 Hamasen ke C3 untuk transit ke MRT Kaisyuan Station (R6) =>> MRT Kaisyuan Station (R6) ke MRT Central Park (R9)
Singgah di pasar malam belakang hostel untuk membeli souvenir. Fridge magnet 2 x $75 + Keychain $35. Beli merchandise Lan Lan Cat = pouch 2 x $130 + pencil case 1 $120
Balik ke hotel, solat, makan malam dan laundry. Kos laundry $50 + $50 untuk dry (Sharing basis). Masing-masing dah penat sebenarnya, tetapi bukan selalu datang ke sini. Kami gunakan masa sepenuhnya untuk explore. Alhamdulillah, misi hari ini berjaya.
No comments:
Post a Comment