12 July 2018

Travellingbie: Jakarta Day 2

Hari ke-2 di Jakarta - 1 Julai 2018 Ahad

Pagi ini dikejutkan dengan bunyi gerabak keretapi yang melalui landasan di belakang hotel. Walaupun masih terasa penat dengan tour semalam, mata dah tak nak tidur, bangunnya awal seperti biasa la nampaknya.

Semasa check in hotel malam tadi, resepsionis memaklumkan ada minum pagi untuk 2 orang. Rezeki...rasanya booking hotel tanpa breakfast :))
Minum pagi disediakan pihak hotel dengan makanan ala tempatan. Kebiasaan hotel bajet di Indonesia selalunya menyediakan satu atau dua menu sahaja beserta dengan keropok. Kali ini ada pelbagai jenis nasi goreng, telur dadar, keropok, buah-buahan, desert, wedang jahe, kopi & teh, air buah, soto dan lain-lain lagi. Santai santai makan, sambil rileks. Selepas minum pagi dalam 1 jam, saya naik semula ke bilik untuk packing dan check out.
Lain kali boleh tinggal di sini lagi ataupun untuk memudahkan pergerakan, tinggal di hotel yang lebih dekat dengan bandar.
Selepas check out, lebih kurang jam 1030am, destinasi seterusnya adalah Jakarta Fair 2018. Semalam, teman saya telah maklumkan bahawa Jakarta Fair 2018 akan berakhir hari ini. Kebiasaannya, hari terakhir merupakan hari yang meriah sekali dengan diskaun pembelian yang lumayan.

Dari hotel ke Jakarta Conventon Centre menaiki Grabcar dalam RP20k.

Tiba di Jakarta Fair, kos yang terlibat adalah:
1) Entrance Fee RP35k seorang;
2) Terjebak dengan membeli belah yang lumayan
2a) Blouse selepas diskaun = RM130k
2b) Dokoh Aceh RP100k
3) Torabika RP20k
4) Makan Mee Ayam Pedes Power RP20k
Jumlah = RP305k

Setelah puas mengelilingi kawasan pesta, hampir-hampir terjebak membeli banyak, banyak betul dugaan hari akhir di Jakarta. Semuanya murah-murah. :))
Jam 3pm, saya mula bergerak keluar dari Jakarta Fair untuk ke Bandara. GrabCar ke bandara sekitar RP150k. Setibanya di Terminal 3 yang baru, nasib baik sampai awal. Boleh jalan-jalan dulu di dalam Terminal baru tersebut.
Beli Roti 'O' untuk mengalas perut sepanjang menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur. Kos RP65k.
Bandara Soekarno Hatta Terminal 3 sekarang telah dinaiktaraf dan kelihatan seperti bandara dalam taman. Suasananya sangat nyaman dan selesa. Tempat makan pun banyak dan tempat solat juga selesa dan besar.
Jam 500pm lebih saya mulai boarding. Terima kasih pada teman di Jakarta juga. Selepas melalui pemeriksaan imigresen dan kastam dengan lancar, saya mencari cari boarding gate nya di mana. Penerbangan Airasia ke Kuala Lumpur di Gate 1. Memandangkan masa masih banyak lagi, saya meninjau-ninjau sekitar terminal. Sangat panjang, sangat selesa dan banyak butik-butik membeli belah terdapat di dalam terminal.
Ruang rehat yang sangat banyak dan disediakan kerusi sofa, ada juga tempat santai untuk bakal penumpan berehat sebelum terbang ke destinasi seterusnya. Lukisan mural juga kelihatan di dinding-dinding kosong bersebelahan cafe-cafe dan tandas. Sekiranya anda masih baru di sini, masuklah ke balai pelepasan lebih awal untuk anda meninjau tempat-tempat menarik di dalam Terminal. Boleh terleka lebih sejam di dalam terminal disebabkan banyak landskap menarik yang boleh dijadikan tempat berfoto.

Usah risau sekiranya anda lapar, cafe banyak disediakan. Sekiranya tekak terasa dahaga, minuman kosong percuma disediakan. Anda hanya perlu membawa botol kosong sahaja. Jimat kan? :))

Penerbangan Airasia ke Kuala Lumpur yang sepatutnya jam 625pm, agak lewat tiba sekitar jam 7pm. Berakhir sudah ziarah pendek saya di Jakarta dan hampir semuanya mencapai misi.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2jam dan saya tiba di KLIA2 sekitar jam 11pm lebih. Keluar dari kapal nak ken balai ketibaan pun dan jauh. Dari bandara lagi saya sudah menukar kasut kepada selipar hotel...penat kaki berjalan selama 2 hari di sana. :))

Makan lewat malam di Subway = RM13
Tren ke Putrajajaya = RM9.40
Parking Putrajaya Sentral = RM14

Maka berakhirlah sudah trip pendek ke negara jiran. Alhamdulillah.

Jumlah kos belanja keseluruhan selama 2 hari = RP1,178 juta termasuk shopping dan kiriman kawan-kawan. Makanya belanja sendiri = RP878k kurang dari RP1juta. :)
Jumlah belanja:
Belanja 2 hari di Jakarta termasuk makan, transport dan shopping = RP878k x 0.3 = RM263.40
Tiket 2 hala KL-JAKARTA dengan menaiki Airasia dan tanpa bagasi dan makan = RM90.10
Penginapan semalam = RM91.30
Tiket ERL = RM9.40 x 2 = RM18.80
Parking Putrajaya Sentral 2 malam = RM14.00

Jumlah keseluruhan 2H1M Jakarta = RM477.60
Sekiranya anda bercadang untuk ke Jakarta, lebih baik berdua kerana anda boleh berjimat dari segi penginapan dan pengangkutan GrabCar. Dan anda boleh gunakan duit penjimatan tersebut untuk membeli belah. :D

No comments: