"Everyday can be an adventure."
Trip kali ini agak memenatkan dengan aktiviti-aktiviti mendaki dan dengan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat wisata yang jauh-jauh belaka.
Kali ini #travellingbie bersiaran di Medan, yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Deli merupakan bandar terbesar di Provinsi Sumatera Utara dan yang ke-3 terbesar di Indonesia.
Kali akhir saya ke Medan, kalau tak silap lebih kurang 6 tahun yang lepas. Penerbangan kami dari KLIA2 ke Kuala Namu mengambil masa sekitar 1 jam dan masa di Medan 1 jam lambat dari KL. Penerbangan jam 5 petang, kami sampai di Medan juga jam 5 petang.
Bila sahaja menjejak kaki di bandara, suasananya sangat berlainan dan lebih moden. Lapangan terbangnya telah dinaik taraf kepada yang lebih baik dan moden. Keluar dari balai ketibaan, saya kagum melihat pemodenan telah dilaksanakan dan kelihatannya pelancong akan lebih mudah untuk ke kota Medan memandangkan stesen keretapi berada di sebelah bandara.
Kami disambut oleh Tania dan ibunya serta pak Amad sebagai supir sepanjang trip.
Checkpoint 1 - makan malam di Rumah Makan Cindelaras.
Makan malam kami dihidangkan dengan Ayam penyet dengan sambal pedas berangat. Nasi ayam penyet di sini boleh tahan sedapnya, dan sambal nya sangatlaah pedas. Boleh terbakar perut apatah lagi perut orang yang berpuasa seperti saya. :)) Masing-masing sebenarnya kelaparan dan sepinggan nasi habis dimakan kami semua. Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan puasa saya dan berbuka puasa di sana pada hari pertama perjalanan.
Checkpoint 2 - Hotel Green Garden
Perjalanan kami diteruskan check-in ke hotel. Hotel Green Garden yang terletak di Berastagi sejauh hampir 100km dari bandara mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk tiba di sana. Hari Jumaat itu, tidak sangka pula jalan sangat macet teruk. Itupun pak supir sudah menggunakan jalan tikus untuk mengelakkan kemacetan. Akhirnya kami sampai di hotel jam 1030 malam. Pak Darwis menyambut ketibaan kami dan memberi taklimat terlebih dahulu untuk aktiviti esoknya. Masing-masing kepenatan dan setelah check in, kami rehat untuk aktiviti seterusnya seawal 430 pagi nanti. Hotel kami ini sebenarnya telah dinaik taraf memandangkan itineri asal tidak dapat dijayakan dan terpaksa ditukar kepada itineri yang berbeza. Awalnya tidak puashati kerana dimaklumkan perubahan sehari sebelum bertolak ke Medan, namun selepas perbincangan dengan semua team member, kami bersetuju dengan cadangan itineri yang telah dicadangkan oleh pak guide dan meneruskan perkhidmatan trip dengan beliau.

Rehat pun seperti tidak rehat. Tempat tidurnya berubah dan selalunya susah untuk tidur dan melelapkan mata.
No comments:
Post a Comment